Assalamualaikum wrm....
singgah sebentar di kawasan tanah tinggi(spain)sebelum sampai ke Gibraltar,
di kawasan ini terdapat rumah-rumah yang dibina rapat2,berwarna putih,berdinding tebal dan bertingkap kecil ,mengapa rumah-rumah tersebut dibina macamtu adalah kerana kawasan di sini mempunyai suhu yang agak tinggi.
Alhamdulillah..Alhamdulillah,setelah beberapa kali menulis entry pasal spain,pastu saved dalam draf,pastu delete.Allah beri lagi saya peluang untuk menulis kembali entry mengenai jaulah spain yang baru sahaja saya lalui dari 1/1-6/1/11.(ok,yang ni betul2 nak post :P)
Jaulah yang berlangsung selama 6 hari 5 malam membawa saya ke beberapa buah tempat yang agak significant untuk dikenang dan diambil pengajaran pada setiap yang berlaku,antara tempat yang kami lawati ialah Malaga,Gibraltar,Cordoba,Granada.Kata pemandu pelancong kami iaitu encik Hairul,tempat2 yang kami lawati adalah mengikut sekuen sejarah Islam iaitu
Gibraltar yang merupakan pintu masuk tentera Islam semasa mahu menakluk Andalusia,dalam bahasa arab,Gibraltar dipanggil Jabal Tariq yang membawa maksud Gunung Tariq,diambil sempena nama panglima yang mengetuai misi menawan Andalusia iaitu Tariq bin Ziyad.Kini,Gibraltar merupakan tanah jajahan UK dan menggunakan nilai matawang GBP..Gibraltar menjadi antara punca keretakan hubungan UK dan Spain dari segi diplomatik sehingga kini.
Disini,kami mengambil tour untuk menaiki Rock of Gibraltar,sebanyak 4 tempat perhentian yang kami lewati,tapi saya tidak rasa puas hati kerana di sebalik apa yang tercatat pada sejarah Gibraltar,kisah Tariq b Ziyad bersama orang Islam yang lain seolah-olah dipadamkan,sepanjang perjalanan saya hanya menemui satu sahaja perhentian yang ada menyebut tentang Tariq b Ziyad.
Pemandangan dari batu Gibraltar sangat menarik,seolah-olah saya terimbas kembali bagaimana tentera Islam mempunya tekad yang sangat tinggi untuk menawan Andalusia,berbekalkan tawakkal pada Allah dan usaha hanya keranaNya,kapal-kapal yang mereka naiki telah dibakar,kiranya tak bley la nak balik.....juz mati syahid ataupun menang,masyaAllah..sangat inspired dgn kisah ni,untuk mengetahui lebih lanjut,anda bolehla membaca buku sejarah Islam di andalus,novel Tariq b Ziyad jugak agak menarik,novel keluaran PTS,novel inilah novel pertama yang saya baca semasa datang ke UK dulu..Alhamdulillah,setelah saya baca,Allah izinkan saya berpijak di bumi bersejarah Gibraltar
Some fact pasal Gibraltar,ia merupakan end point of Europe,selat Gibraltar pula adalah selat yang ,memisahkan antara benua Afrika dan benua Eropah.Anda juga boleh melihat satu garisan panjang sepanjang selat kerana terdapat dua buah lautan disini yang berbeza ketumpatan,warna,maka bolehla nampak satu laut tu terang dan satu laut tu gelap,both of laut tu iailah lautan Mediterranean dan laut Atlantik,lagipun fact ni memang dah terbukti kan dalam Quran yang diturunkan ~1400 tahun yang lepas..memang Quran ni best kan..:)
Dia biarkan air dua laut mengalir, sedang keduanya pula bertemu. (55:18)
signboard yang guna both languages(waktu kat sempadan) |
salah satu signboard yang terdapat dalam St Micheal's Cave... |
Gibraltar pya airport,yang jalan raya tu.:) |
pemandangan dari atas rock of Gibraltar |
Gibraltar dari Spain |
1550
8012011
jannatul huda
2 comments:
assalamualaikum
sye pon teringin nk g spain gak.. bole x bg contact encik hairi tour guide saudari tu..
salam wrm
nama tour guide ti encik hairul.
awak pegi dekt kelana konvoi punya webste
http://www.kelanaconvoy.co.uk/aboutus.htm
Post a Comment