tentu saja aku akan putus asa
kerana janji manusia yang selalu mengundang derita
kerana kita tidak punya apa-apa
kerana kita tidak punya apa-apa
betulkan niatku ya Allah
agar segalanya tidak sia-sia
lebur menjadi debu yang berterbangan.
sebenarnya
dunia ini untuk Allah semata
kerana ia seketika
Akhirat itu untuk kita
kerana ia kekal selamanya.
jauhkanlah aku dari memilih dunia yang maya
dan hanya memandang akhirat dengan ekor mata
hanya keranaMu ya Allah
agar hati ini tidak mengeluh resah
bertambah gelisah
tatkala badai datang melanda.
jauhkan aku dari berputus asa dari rahmatMu.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(39:53)
janji tuhanku yang Maha Pengasih.
gunung~pasak bumi juga tidak mampu~ pics:google |
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.(59:21)
want to shift my life to equilibrium.
0724/27-1-11
3 comments:
ameen...
ameen..
ameen..
(^_^)
~anisashraf
hhuu..puitis nye..^^
nice2..
kefahaman ttg Islam melahirkan cinta pd Allah dan rasul,iA, dan akan menjadi ransangan dan motivation kita utk tunaikan apa y disampaikn, dan insylh, menyampaikan pd y lain..ouh..betapa indahya, jika mereka memahami Islam y sbnr..harap sama2, dpt kejar impian ni, kak..kita jadi batu-bata y tsusun tegap ye, insylh..support one another ats dasar cinta kpdnya..ameen~
moga terus thabat..perjalanan masih jauh...takutt~
terkesan. tsk. tsk. :'(
Post a Comment