Tajuk : Kini Bukan Lagi Zaman Abrahah
Bil. mukasurat : 127
Penulis : Dr. Raghib Al- Sirjani
Harga : RM 11.00
Melihat pada tajuk buku ini, saya sudah menjangkakan yang isinya juga sehebat tajuk buku tersebut. Zaman Abrahah ataupun disebut tahun gajah, pelbagai peristiwa yang signifikan yang berlaku pada waktu tersebut. Pada masa itulah datangnya Abrahah yang ingin meruntuhkan Baitullah yang terletak di Mekah. Pada tahun yang sama juga, lahirlah junjungan besar Nabi Muhammad saw. Buku ini mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian mukadimah dan juga bahagian ke dua iaitu Umat Yang Tidak Pernah Mati.
Mengupas sunatullah sepanjang zaman- Mukadimah
" Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (47:7)
Penulis menerangkan, mengapa 'Kini Bukan Lagi Zaman Abrahah'. Penulis lebih selesa membiarkan kita berhenti seketika, berfikir kembali dengan memaparkan kembali cerita-cerita umat-umat terdahulu.
Sunatullah umat terdahulu, bagaimana Allah secara langusng yang memberi pembalasan kepada mereka yang mendustakan agamaNya tanpa ditinggalkan seorang pun!
Kisah Abrahah, langsung Allah musnahkan dengan tentera AbabilNya dan batu-batu yang berasal dari tanah yang terbakar. Kisah Nabi Nuh, Allah musnahkan mereka yang ingkar dengan air yang keluar dari langit dan bumi. Kisah Nabi Luth, Allah sendiri telah menebalikkan muka bumi memusnahkan kaumnya yang melawan tabi'. Kisah Nabi Musa dan Firaun, Allah sendiri yang memusnahkan Firaun dan tenteranya dengan menenggelamkan mereka ke dalam Laut Merah. Inilah sunatullah umat nabi yang dahulu.Iaitu umat sebelum lahirnya nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad saw.
Tanggal 12 Rabiulawal, saksi lahirnya nabi terakhir. Bermulalah zaman baru dimana pertolongan Allah itu tidak tiba dengan datangnya burung Ababil, tidak dengan diterbalikkan bumi, tidak dengan tentera nyamuk tetapi pertolongan Allah hanya tiba apabila ;
" Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (47:7)
Inilah dia prinsip untuk umat akhir zaman untuk bangkit. Iaitu berusaha sehabisnya dalam menegakkan agama Allah. Penulis mengajak kita mengintai kembali sejarah dengan menceritakan semula babak-babak perang yang berlaku. Perang Badar, Perang Uhud, Perang Ahzab dan beberapa peristiwa yang lain. Penulis menunjukkan bahawa di akhir zaman ini, kemenangan hanya akan diperolehi apabila:
" Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (47:7).
Bab ke dua : Umat Yang Tak Pernah Mati.
Secara peribadinya, umat yang tidak pernah mati ini membawa makna bahawa umat akhir zaman(umat Islam) inilah umat yang tidak akan dimusnahkan secara total melainkan tibanya hari kiamat. Pada bahagian ke dua, penulis telah menceritakan dengan ringkas tentang realiti umat Islam. Setelah menegahkan realiti, penulis membentangkan, mengapa kita boleh jatuh dan golongan manakah yang terlibat dengan konspirasi menjatuhkan umat Islam. Saya tersentap, salah satu golongan yang menjatuhkan umat Islam itu adalah umat Islam yang tidak peduli. Saya diam, dan kembali berfikir. Jika saya meletakkan diri saya sebagai watak putih, saya tidak akan rasa bersalah. Namun, ketika membaca buku ini, saya meletakkan diri saya sebagai watak hitam. Watak yang dikatakan malas, mengetahui kebenaran Islam, kesyumulannya, namun hanya berdiam diri. Ya, memang terasa.
Setelah menceritakan dengan panjang lebar, penulis membuka cerita tentang 'Umat yang tak pernah mati' dengan menceritakan semula kegemilangan kita, kehebatan Umat Islam memerintah 2/3 dunia. Penulis membawa semula kita pada realiti yang lampau dimana kitalah yang terhebat, kitalah yang terkuat kerana kitalah Tentera Allah, kemenangan yang diperolehi kerana Allah bersama kita, mengiringi kita ke medan jihad. Bukan air, bukan nyamuk, bukan banjir ataupun secara ringkasnya tidak lagi seperti sunatullah umat terdahulu.
Penutup-Menaikkan semangat yang hilang, kamulah Umat yang Terbaik
Melalui kemengan yang pernah dilakar, penulis mengajak pembaca supaya percaya bahawa Islam akan naik semula. Ini adalah janji Allah dan sudah termaktub bahawa Umat Islam adalah sebaik-baik umat(3:110) dan juga Islam adalah agama yang akan menguasai timur dan barat. Tetapi, kemenangan ini tidak dikecapi dengan hanya tatapan mata dan berdoa, kemenagan ini hanya akan dicapai apabila kita berjuang sehabisnya untuk menegakkan Islam di muka bumi sebagaimana firman Allah dalam Surah Muhammad:
" Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (47:7).
Percayalah, Umat Islam adalah yang paling tinggi darjatnya.
Kesan pada diri
Pada saya, buku ini bukan sekadar motivasi. Buku ini adalah buku yang membuka mata dan menyuruh kita tersedar dari lena. Menggerakkan kita bahawa kita perlukan agama Allah untuk mulia. Boleh saja Allah datangkan kemenangan pada esok hari, bangun sahaja kita dari lena, Islam sudah menguasai dunia. Namun, Allah telah menetapkan sunatullah untuk umat akhir zaman. Allah ingin memuliakan kita sebagai tenteraNya dalam menaikkan Islam. Allah memilih kita untuk menjadikan Agama Allah agama yang luhur. Buku ini juga bagaikan menampar saya yang sedang bermalas-malas.
Penulis dengan penuh semangat mengajak kita melakukan apa yang kita mampu. Bukan hanya membisu dan menutup mata seolah-olah tiada apa berlaku. Saya lihat kembali medan jihad saya yang sangat kecil berbanding medan jihad umat Islam lain di Palestin, Pakistan, Afghanistan, Iraq, Bosnia dan banyak lagi serata dunia. Mereka tidak mampu lena di tanah air sendiri.
Wallahualam
"Mereka yang terdahulu sudah melakar sejarah. Kini tibalah masanya untuk kita pula melakar sejarah. Ambillah sejarah yang lalu sebagai pengajaran, sebagai salah satu sumber kekuatan hati bahawa Islam pasti bangkit kembali."
2 comments:
subhanAllah. best sgt buku ni.
jzkk dayah utk kupasan. bergegar jiwa bace T_T
47:7
jazakillah khair kak, :)
Post a Comment