Monday, 29 August 2011

Kehendak & Kemampuan-2

Part 1
Ada pula yang mampu, tetapi tidak mahu. Ianya tipikal secara umumnya. Contoh luas lagi, kes Lynas. Berapa ramai saintis yang ada di Malaysia, namun sukar sungguh untuk mencari saintis yang berani tampil menjelaskan pada umum apa itu Lyna. Balik-balik rakyat Malaysia yang bukan semua ada pengetahuan am pening. Ahli politik/saintis ni kata ok. Lagi sebelah pihak kata tak ok. Saya yang bukan pakar(cewaah) juga dah pening kepala.

Ada juga yang mahu, tetapi tidak mampu. Contoh pun banyak dan jelas. Ada contoh yang baik, dan ada yang tidak. Bak kata pepatah melayu: yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan _________. (baca: lupa dah)

Jadinya, kemahuan dan kemampuan perlu ada. Saling melengkapi untuk membuat tugasan. Bagaimana untuk kita memberi £1 pada orang lain padahal kita hanya ada £1 sahaja? Habislah kita. Ataupun kita mampu, ada £100, tapi £1 pun tak nak bagi. Sama je. Itulah sebab kita kena ada kemahuan dan kemampuan.

Sewaktu Perang Tabuk, ada sahabat Rasulullah yang ingin turut serta ke Tabuk, mereka ini mahu, namun tiada kenderaan. Maka bercucuranlah air mata mereka kerana tidak dapat ikut serta ke Tabuk. Punya kemahuan, namun tiada kemampuan.

 Ada pula yang mampu, kaya raya. Punya kenderaan. Namun jauh sekali mahu turut serta. Perjalanan ke Tabuk itu jauh, panas, walhal duduk-duduk sahaja di Madinah lebih senang. Kurma sudahla berbuah dengan meriahnya. Inilah golongan Munafik yang disebut dalam Quran. Ini pula punya kemampuan, namun tidak punya kemahuan.

Rujukan : Buletin Utama TV3
               Raheequl Makhtum
               Surah At- Taubah

Akhir sekali, selamat hari raya aidilfitri,
Salam Aidilfitri!
Maaf Zahir Batin
Kalau ada salah silap,
ForGIVE & forGET itu lebih baik:)
insyaAllah
Semoga Allah terus terangi hati kita dengan Nur Ilahi.



Cuak menanti 17 sept
nhb
Jauh, Rimbunan pohon sawit, Malaysia


Saturday, 27 August 2011

Kehendak & Kemampuan


Ramai yang memiliki kemampuan, namun tak ramai yang memiliki kemahuan. Jika kita belum jelas,  sebagai contoh kita boleh lihat secara umumnya, berapa ramai di kalangan kita mempunyai lesen kereta(baca: mampu bawa kereta) tapi berapa ramai yang mahu membawa kereta?

Sama juga dalam melakukan beberpa tugasaan, ramai yang mampu. Tapi tak ramai yang mahu. Lagi-lagi tugasan yang berat ini, namun ganjarannya adalah lebih baik dari seluruh isi bumi. Ramai yang tahu akan ganjarannya, namun berapa ramai yang mampu, lalu ditapis lagi berapa ramai yang mahu.

Untuk yang mahu pula, perlu jelas hala tuju, perlu jelas metode perlaksanaannya.

Ini juga untuk aku.


UK

Salam wrm, rasa macam kejap pulak masa berlalu. Pejam celik, dah dua tahun aku jadi Brummies. Tahun lepas macam tak rasa sangat, mungkin sebab tak berapa communicate dengan junior yang nak fly rasanya. Tahun ni, banyak juga pertanyaan yang di ajukan. Jadinya, bila banyak tanya pasal preparation, barang apa nak bawak, camna nak survive kat sana, tersingkaplah kenangan   dua tahun yang lepas...fiu~~

Visa itu perit
Pada semua orang yang nak g UK untuk belajar, tentu kena buat visa kan....Jadinya, inilah antara part yang agak perit, terkejar-kejar dan macam-macam lah! kalau waktu tahun saya, boleh pulak surat tawaran MIA. jadi, visa dibuat agak super lewat dan saya walk in je untuk mensetelkan visa. Alhamdulillah, waktu saya walk in, orang tak ramai dan visa saya siap dalam masa empat hari. XD. Apa yang saya lihat dari pertanyaan junior-junior saya, nampaknya proses buat visa makin susah. fuh~nasib baik saya dua tahun yang lepas.
tadaaa.. visa bila dah siap

Luggage.
Kecuali private. Mereka ni mungkin akan naik flight selain dari MAS. Scholars akan naik MAS selalunya. Jadi pada siapa yang akan naik mas, bolehla anda apply grads card. Tempat untuk apply adalah dekat KL sentral ataupun dekat pejabat MAS,  Wisma KFC(tak tahu ada lagi ke tak). Faedah Grads card adalah: apabila anda naik MAS, anda hanya boleh check in luggage sebanyak 20kg, tetapi jika anda mempunyai Grads card, anda boleh check in sebanyak 30 kg. Berfaedah bukan? :). Untuk cabin luggage, beg laptop tak dikira sebagai check in luggage, jadi anda boleh bawa beg check in dan juga beg lappy anda.
bentuk Grads card


Electrics appliances
Saya dulu bawak rice cooker. Agak ok untuk bawak sebabnya dekat UK rice cooker macam tak banyak pilihan. Tapi kalau nak beli pun ok, kira optional. Untuk barang letrik yang lain, rasanya tak payah bawak pun takpe. Anda boleh dapat barang-barang letrik dekat Argos dengan harga yang berpatutan. Bolehla anda isi beg anda dengan barang-barang lain ya! Laptop, untuk benda ini, sangat-sangat diasihatkan untuk membeli siap-siap dari Malaysia memandangkan kat Malaysia lagi murah dan boleh dapat free bis lagi tuh Kat UK, jika anda membeli laptop, anda akan dapat laptoptu seketul je. *Also apply on other electric appliances.
bawak yang kecil-kecilan pun boleh. optional, harga rice cooker kat UK macam agak mahal

Accomodation
Untuk Uni. of Birmingham, harga hall sangat-sangat-sangat lah mahal. Pada saya yang KPM ni, tak mampu rasanya untuk duduk hall sebab masa zaman saya(baca: 2 tahun lepas) hall paling murah adalah £346. Ok, ramai jugak yang curious, kalau tak duduk hall, tak dapat lah nak mingle around dengan local, so what purpose blaja kat UK? huhu, pada saya personally benda tu depends la pada orang tersebut, kalau saya nak rapat dengan local, tak la sampai kamcing. Just rapat yang bertegur sapa, bersembang-sembang dan kalau dah kena satu group, berdiscuss-discuss la.
Mason Hall yang super mahai

   Pada saya, untuk mingle kenal diorang tak lah sangat sebab kebanyakan diorang mempunyai life yang sangat berbeza dengan saya. Life dengan drinking, clubbing and so on adalah budaya mereka. Kadangkala ada juga ajak berdiscuss di pub. Inilah masanya untuk kita membuktikan yang kita adalah anak timur. hehe. Tolak dengan cara yang baik, dan terangkan bagaimana budaya kita. InsyaAllah, after that, diorang akan hormat. Jika anda nak mingle around juga, banyak lagi cara yang lain, boleh  sembang-sembang dan banyak lagi. Tak perlu sampai nak masuk budaya mereka(baca:pandai-pandai jaga diri). Cukuplah dengan cara yang berhikmah. Dah dua tahun ni, kenal la jugak camna perangai coursemate-coursemate saya. kkof...
inilah mereka waktu membantah kenaikan tution fees. nak tak nak, naik jugak. huf.

Course: Chemistry
 Anyway, sepanjang dua tahun belajar benda ni, semuanya ok. :D. Mengenai slang brit, agak pekat kalau diorang sembang-sembang ja, tapi kalau lecturer tu bagi lecture, bahasa dia akan standard. Jadinya, kalau anda tak tidur, bagi tumpuan sepenuhnya, insyaAllah tahulah apa yang pensyarah cakap walaupun pada waktu tersebut anda tak faham. At least anda boleh rekod apa yang pensyarah cakap dan simpan dalam kepala anda. Mungkin ianya boleh jadi restore points bila sesak.-.-
  Bila anda tak faham, jangan simpan lama-lama ataupun membiarkan diri anda terus tak faham sampai time exam! *applicable untuk mana-mana orang. Anda bolehla mengemel pensyarah tersebut, cuba untuk membuat temujanji dengan beliau. Kemudian datanglah berjumpa dengan pensyarah tersebut dan cuba explain apa yang anda tak faham. kkof. (selalunya saya buat time dah dekat exam-.- hehe)
Bloody haworth


Survive
Kita adalah duta kecil pada negara kita dan agama kita sendiri. Jadinya, wajiblah kita mingle around dengan diorang bukan hanya untuk mendalami culture diorang, tapi untuk menunjukkan juga apa values and faith yang kita ada. Pasal kita ni Malaysian, rasanya dia boleh google tengok camna orang Malaysia. Tapi as a muslim, banyak sangat kan sekarang berita-berita tak bagus pasal muslim, jadi...kita lah yang patut tunjukkan apa yang ada dalam hot-hot news pasal Muslim=terrorist tu bukanlah muslim yang sebenar haaa...nampak dah big picture betapa besarnya tanggungjawab kita as a muslim:).
Islam itu Indah :)

Shopping
 Bulan 12 akan ada boxing day, tapi saya selalunya akan ambil langkah berboxing kat internet memandangkan saya bukanlah seorang yang suka keadaan yang sesak. Kalau kat Birm, Bullring adalah tempat popular untuk bershopping. Jarak bullring dari rumah saya adalah 10 minit by train. -.-,
Bullring yang dibangga-banggakan.



Travel
Efisen. keretapi laju dan kerap. But, money also can be a prob kalau tak pandai manage. Usually, kat sinila peluang untuk travel dalam negara ataupun luar negara nak ke luar negara. XD
Kat sini la nak travel, g Ireland, Spain . mana-mana negara eu



Ok, sekian. selamat berbuka. :)

Wednesday, 24 August 2011

short note-harga

Pernah kamu rasa, kamu telah buat sesuatu yang baik dengan bersungguh-sungguh. Namun, tiada siapa hargai. Kamu sedih. Begitu juga aku. Namun..inilah yang menguatkan diriku.

" Sebelum manusia menghargai usaha kamu, Allah terlebih dahulu hargai usaha kamu"

Jika aku buat hanya untuk penghargaan manusia, sia-sia sahaja. Manusia itu lemah! Tidak setia.

Buatlah kerana  penghargaan Allah. Kerana Allah kekal. Maha Kaya.

Setia merahmati dan melindungiku.

Saat dunia tidak mempedulikanku. Allah setia bersamaku

Walaupun aku tidak pernah melihatNya.

Namun, aku dapat rasai kasih sayangNya.

Pastikan usaha kita bersih, supaya nanti..walaupun seluruh dunia tidak memandang , Allah terlebih dahulu meninggikan darjat kita dan menghadiahkan kita lebih dari apa yang manusia mampu beri. Percayalah wahai diri.

aku juga manusia lemah.

Sunday, 21 August 2011

Mistik, bulan kelilingi kaabah? nak percaya?

Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)..


Ilmu pengetahuan saya tidaklah tinggi, tahu mengenai astrofizik pun hanyalah sedikit. Namun saya agak geram dan rasa lawak apabila membaca status tersebut. Terdetik untuk menulis mengenai apa yang pelik melalui status tersebut, tapi Alhamdulillah, falak online juga mempunyai fikiran yang hampir sama dengan apa yang saya fikir mengenai status ini.  Sila baca ya!


Memang nusantara penuh dengan misteri lagi ghaib, namun saya menyeru pada diri saya dan yang lain, marilah kita mempercayai dahulu sedalam-dalamnya benda ghaib yang perlu dipercayai iaitu dosa, pahala, syurga, neraka, dan yang disebut dalam Quran. Sebagai muslim yang izzah dengan agama kita yang memang  kaya dengan ilmu pengetahuan, marilah kita sama-sama kayakan diri kita dengan hikmah yang telah hilang!  Jangan kita hanya taklid buta, ini kerana di dunia ini, sains adalah berpandukan wahyu. Al-Quran telah banyak menerangkan fakta sains 1400 tahun yang lalu.


 Saya tak suka manusia yang malas dan saya juga membenci diri saya sendiri sekiranya saya malas. 






Highly recomended book.







Thursday, 18 August 2011

Madinah Bumi Bercahaya -Part 3

Setelah diberi masa oleh Allah hampir sepuluh hari di Mekah, kini tibalah masanya kami bertolak ke Madinah. Jarak Mekah- Madinah adalah sekitar ~509++ km. Perjalanan ini memakan masa hampir 5 jam. Sepanjang perjalanan, saya memerhati keadaan geografi Mekah-Madinah. Panas, terik dan kering. Tiada bekalan air. Buminya berbatu-batu, penuh dengan debu. Kadangkala nampak juga beberapa ekor unta peliharaan. Pada saya, keadaan geografi ini agak mencabar. Keadaan yang berbatu, penuh debu membuatkan saya berfikir jauh, terkenangkan hijrah penduduk Islam Mekah suatu masa dahulu.
keadaan di tepi highway mekah-madinah
Madinah, saya sampai Madinah pada waktu malam. Madinah memang kota bercahaya. Kotanya terancang, cantik. Hati saya mengakui betapa tersusun dan hebatnya kota yang telah dipimpin oleh Rasulullah saw. Madinah berbeza dari Makkah secara geografi dan juga fizikalnya. Di Madinah, tumbuh-tumbuhan hidup subur, kurma berbuah dengan lebatnya. Di Mekah, kurang sedikit tumbuh-tumbuhan yang mampu hidup.



Hari pertama, kami dibawa melawat ke masjid-masjid. Antaranya adalah Masjid Quba dan juga Masjid Kiblatain. Masjid-masjid ini mempunyai kisah yang tersendiri. Masjid Quba merupakan masjid pertama yang dibina Rasulullah saw. Masjid ini mempunyai fadhilatnya tersendiri, menurut hadis nabi, pahala solat sunat dua rakaat disini bersamaan dengan pahala sekali umrah.
Masjid Quba, Masjid Quba merupakan masjid ke empat terbaik selepas masjid Al-Aqsa.

Masjid kiblatain pula, merupakan masjid yang mempunyai dua kiblat. Disinilah turunnya wahyu supaya umat Islam bertukar kiblat. (rujuk surah Al Baqarah:142-147)
Masjid dua kiblat. Baitul Maqdis dan Makkah. 180  degree arah  keduanya bertentangan

Selepas itu, kami juga dibawa ke medan Uhud. Medan inilah yang menyaksikan kekalahan umat Islam, keperitan yang dirasai oleh Rasulullah. Medan uhud tentunya punya kisah sendiri, medan yang menjadi saksi di mana umat Islam demotivated apabila mendapat khabar angin Rasulullah sudah wafat, medan yang menjadi saksi ketamakan manusia pada harta rampasan perang, medan yang menjadi saksi patahnya gigi geraham Rasulullah saw dan banyak lagi. Medan Uhud juga lah menjadi saksi 70  syuhada yang syahid.

kawasan berpagar: Kubur para syuhada
Bukit Uhud yang terletak di belakang kawasan perkuburan syuhada.
Jabal Rumat, bukit dimana pasukan pemanah Islam diletakkan. Rasulullah sudah berpesan, jangan tinggalkan bukit ini samaada menang atau kalah! Namun ketamakan atas harta rampasan perang menyebabkan mereka tinggalkan juga.
Akhirnya, Khalid bin Walid memimpin pasukan Quraisy Mekah mengambil alih bukit ini, maka bermulalah detik tragis peristiwa Uhud.
Melihat pada perkuburan para syuhada Uhud mengingatkan saya pada Saidina Hamzah, Mus'ab b Umair, Julaybi dan banyak lagi, selain itu juga pada Hanzalah. Hanzalah ialah seorang pejuang yang rela melepaskan pelukan sang isteri dan bersegera menyahut panggilan jihad. Ditakdirkan Allah, beliau syahid di medan uhud, lalu jenazah beliau dimandikan oleh para malaikat. Ketika jenazah Hanzalah dijumpai, jenazah tersebut dalam keadaan yang basah.

Kemudian, ustadz yang ditugaskan juga menceritakan akan hadis nabi mengenai bukit yang terbakar. Apabila bukit trbakar, maka itulah tanda kiamat semakin menghampiri. Bukit yang ditunjukkan oleh ustadz sudah terbakar 150 tahun yang lepas.
bukit terbakar. Ada nama bahasa arab dia, tapi dah lupa.

Kemudian, kami pun pergi ke ladang kurma. Disini kami membeli kurma nabi ataupun disebut kurma Ajwa.

keadaan tandan kurma di atas pokok, macam  pokok sawit, tapi tandan kurma lebih panjang berbanding sawit dan pelepah pokok ini tidak berduri.

Kebanyakan ladang kurma disini dimiliki oleh Bani Auf, keturunan sahabat jutawan iaitu Abdul Rahman b Auf. Di sini, ada satu pendapat yang popular iaitu,

"Madinah akhlaknya lebih baik berbanding orang Mekah, ini kerana kami sudi menerima Rasulullah namu orang Mekah mengusir Rasulullah."

Melalui kebersihan, pembangunan memang saya katakan Madinah lebih cantik dan indah.. Namun Mekah tetap ada auranya tersendiri iaitu aura rumah Allah~ Baitullah.

bersambung.....

Wednesday, 17 August 2011

Ini bukan cerita rekaan


Ini kisah benar
Kisah mengenai hak kemanusiaan
Jangan bazirkan masa dan air mata puja artis korea/indon or pendek kata hiburan la, tonton cereka mereka
Walhal masa dan air mata kita sangat diperlukan oleh mereka
Kerana mereka adalah kita
Dan kita adalah mereka
Mereka ahli syurga
Mahu berkumpul tak dengan mereka?
Atau kamu mahu saja berkumpul dengan artis kesayangan?
Oh Allah, Give me chances to be with them even in my prays. ameen.


ps: really hate kpop n jpop and korean love drama. for me, there are more things that beneficial for us to be our interest.

Tuesday, 16 August 2011

column chromatography

Tajuk kali ni agak saintifik. yes! column chromatoghraphy( tak tahu apa dalam bm) is use to separate a compound into its components. Takpe, nak terangkan konsep melalui perkataan macam susah ja, jom tengok gambar!.
melalui gambar diatas, CC digunakan untuk memisahkan komponen-komponen yang terdapat dalam sample. Nak kata proses ni adalah penapisan, boleh jugak Tapi proses ni lebih pada memisahkan melalui pasir yang menjadi ajen penapisan.

Kalau proses CC ni adalah untuk chemicals, macamana pulak dengan diri kita? apakah proses untuk memisahkan haq dan batil yang bagaikan telah menjadi satu dalam diri kita ni?

Tapi kenapa pulak satu? saya sebut ianya telah menjadi satu apabila kita berasa aman je bila dalam keadaan maksiat, rasa rilek je. Maknanya yang batil itu telah satu dengan kita. Tapi, ingat..selagi belum kiamat dan belum mati masih banyak lagi cara untuk kita memisahkan yang batil ni dalam diri kita.

Apa yang kita perlukan untuk memisahkan haq dan batil yang ada dalam diri kita?

yang kita perlukan adalah.....

[nanti sambung]

Monday, 15 August 2011

Hari--hari yang sudah berlalu [Mekah]- Part2

Part 2 adalah tambahan dari part 1

Jarak dari hotel ke Masjid dapat diukur dengan masa, iaitu sekitar 15 minit berjalan kaki. 15 minit berjalan kaki di UK sewaktu spring atau summer mungkin tidak berapa mencabar berbanding 15 minit berjalan kaki dari hotel ke Masjid. Dengan debu yang berterbangan dan juga keadaan yang kering. semoga debu-debu ini menjadi saksi saya di akhirat kelak.
Perjalanan Masjid-hotel-masji yang berdebu hasil daripada projek pembesaran Masjid al Haram


Berdekatan dengan masjid., terdapat sebuah rumah berwarna putih. Saiznya sederhana, rumah tersebut kini dijadikan perpustakaan oleh kerajaan Saudi. Rumah tersebut merupakan rumah di mana Siti Aminah melahirkan insan Yang Terpuji iaitu Muhammad saw.

Hari-hari di sini semakin pantas berlalu. Sedar-sedar sudah hari terakhir. 

Malam terakhir saya di Haramain, saya agak terpesona. Namun, saya tidak dapat menangkap gambar. Bulan yang saya dapat lihat dari langit Mekah sangat cantik. Warnanya oren. Kalau lah saya ada membawa teleskop. -.-'. Pada waktu tersebut, bulan hampir purnama. Sekitar 10 Syaaban. Berserinya bulan pada malam tersebut mengingatkan saya pada junjungan besar Muhammad saw.


Betapa awan kasihkan baginda. Langit di mana suhunya sangat panas, tiada langsung awan. Tidak seperti uk, awan berkepul-kepul. Di bumi yang kering, langitnya biru, tiba-tiba ada sekepul awan memayungi seorang Hamba Allah yang mulia. Hamba Allah itu tidak lain adalah Nabi Muhammad. Itulah salah satu tanda kenabiaan baginda.

Di Haramain juga, tidak terlepas dari orang miskin yang meminta-minta Disini jugalah membuatkan saya mendapat jawapan dari soalan ini: mengapa umat Islam ini meminta-minta, tak nak kerja ke?.
Saya mempersoalkan kerana di Malaysia, yang meminta adalah orang Islam, Mesir, uk dan banyak lagi tempat. Jawapannya rupa-rupanya mudah. Pada saya, Allah mencipta manusia yang miskin adalah untuk praktikaliti umat Islam terhadap surah al-Maun. Surah yang pendek dimana ada menyebut tentang orang yang miskin. Jika kita tidak mahu memberi, cukuplah diam sahaja. Tidak perlu mengherdik. Kaya tidak bermaksud Allah memberi kemuliaan, miskin tidak bermaksud Allah memberi kehinaan.

Kedua-duanya adalah ujian.. Ada manusia diuji dengan kemewahan, ada manusia yang diuji dengan kemiskinan. Yang terbaik di sisi Allah adalah siapa yang bertaqwa.
semoga lambaian ini bukan yang terakhir

Hari-hari di sini pantas berlalu. Mahu atau tidak, saya perlu terima bahawa masa akan terus berlalu. Di hari terakhir, saya sempat mengerjakan tawaf wida'. Rasa sayu mula menyelubungi diri. Hati berharap, sangat berharap dan harapan itu hanyalah kepada Allah swt. Semoga lambaian ku ini bukanlah lambaian yang terakhir. Ameen.

Monday, 8 August 2011

[reviu] Kini bukan lagi zaman Abrahah



Tajuk : Kini Bukan Lagi Zaman Abrahah
Bil. mukasurat : 127
Penulis : Dr. Raghib Al- Sirjani
Harga : RM 11.00



Melihat pada tajuk buku ini, saya sudah menjangkakan yang isinya juga sehebat tajuk buku tersebut. Zaman Abrahah ataupun disebut tahun gajah, pelbagai peristiwa yang signifikan yang berlaku pada waktu tersebut. Pada masa itulah datangnya Abrahah yang ingin meruntuhkan Baitullah yang terletak di Mekah. Pada tahun yang sama juga, lahirlah junjungan besar Nabi Muhammad saw. Buku ini mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian mukadimah  dan juga bahagian ke dua iaitu Umat Yang Tidak Pernah Mati.

Mengupas sunatullah sepanjang zaman- Mukadimah


" Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (47:7)

Penulis menerangkan, mengapa 'Kini Bukan Lagi Zaman Abrahah'. Penulis lebih selesa membiarkan kita berhenti seketika, berfikir kembali dengan memaparkan kembali cerita-cerita umat-umat terdahulu.
Sunatullah umat terdahulu, bagaimana Allah secara langusng yang memberi pembalasan kepada mereka yang mendustakan agamaNya tanpa ditinggalkan seorang pun!

Kisah Abrahah, langsung Allah musnahkan dengan tentera AbabilNya dan batu-batu yang berasal dari tanah yang terbakar. Kisah Nabi Nuh,  Allah musnahkan mereka yang ingkar dengan air yang keluar dari langit dan bumi. Kisah Nabi Luth, Allah sendiri telah menebalikkan muka bumi memusnahkan kaumnya yang melawan tabi'. Kisah Nabi Musa dan Firaun, Allah sendiri yang memusnahkan Firaun dan tenteranya dengan menenggelamkan mereka ke dalam Laut Merah. Inilah sunatullah umat nabi yang dahulu.Iaitu umat sebelum lahirnya nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad saw.

Tanggal 12 Rabiulawal, saksi lahirnya nabi terakhir. Bermulalah zaman baru dimana pertolongan Allah itu tidak tiba dengan datangnya burung Ababil, tidak dengan diterbalikkan bumi, tidak dengan tentera nyamuk tetapi pertolongan Allah hanya tiba apabila ;

" Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (47:7)

Inilah dia prinsip untuk umat akhir zaman untuk bangkit. Iaitu berusaha sehabisnya dalam menegakkan agama Allah. Penulis mengajak kita mengintai kembali sejarah dengan menceritakan semula babak-babak perang yang berlaku. Perang Badar, Perang Uhud, Perang Ahzab dan beberapa peristiwa yang lain. Penulis menunjukkan bahawa di akhir zaman ini, kemenangan hanya akan diperolehi apabila:

" Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (47:7).

Bab ke dua : Umat Yang Tak Pernah Mati.


Secara peribadinya, umat yang tidak pernah mati ini membawa makna bahawa umat akhir zaman(umat Islam) inilah umat yang tidak akan dimusnahkan secara total melainkan tibanya hari kiamat.  Pada bahagian ke dua, penulis telah menceritakan dengan ringkas tentang realiti umat Islam. Setelah menegahkan realiti, penulis membentangkan, mengapa kita boleh jatuh dan golongan manakah yang terlibat dengan konspirasi menjatuhkan umat Islam. Saya tersentap, salah satu golongan yang menjatuhkan umat Islam itu adalah umat Islam yang tidak peduli. Saya diam, dan kembali berfikir. Jika saya meletakkan diri saya sebagai watak putih, saya tidak akan rasa bersalah. Namun, ketika membaca buku ini, saya meletakkan diri saya sebagai watak hitam. Watak yang dikatakan malas, mengetahui kebenaran Islam, kesyumulannya, namun hanya berdiam diri. Ya, memang terasa.

Setelah menceritakan dengan panjang lebar, penulis membuka cerita tentang 'Umat yang tak pernah mati' dengan menceritakan semula kegemilangan kita, kehebatan Umat Islam memerintah 2/3 dunia. Penulis membawa semula kita pada realiti yang lampau dimana kitalah yang terhebat, kitalah yang terkuat kerana kitalah Tentera Allah, kemenangan yang diperolehi kerana Allah  bersama kita, mengiringi kita ke medan jihad. Bukan air, bukan nyamuk, bukan banjir  ataupun secara ringkasnya tidak lagi seperti sunatullah umat terdahulu.

Penutup-Menaikkan semangat yang hilang, kamulah Umat yang Terbaik

Melalui kemengan yang pernah dilakar, penulis mengajak pembaca supaya percaya bahawa Islam akan naik semula. Ini adalah janji Allah dan sudah termaktub bahawa Umat Islam adalah sebaik-baik umat(3:110) dan juga Islam adalah agama yang akan menguasai timur dan barat. Tetapi, kemenangan ini tidak dikecapi dengan hanya tatapan mata dan berdoa, kemenagan ini hanya akan dicapai apabila kita berjuang sehabisnya untuk menegakkan Islam di muka bumi sebagaimana firman Allah dalam Surah Muhammad:

" Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (47:7).

Percayalah, Umat Islam adalah yang paling tinggi darjatnya.

Kesan pada diri

Pada saya, buku ini bukan sekadar motivasi. Buku ini adalah buku yang membuka mata dan menyuruh kita tersedar dari lena. Menggerakkan kita bahawa kita perlukan agama Allah untuk mulia. Boleh saja Allah datangkan kemenangan pada esok hari, bangun sahaja kita dari lena, Islam sudah menguasai dunia. Namun, Allah telah menetapkan sunatullah untuk umat akhir zaman. Allah ingin memuliakan kita sebagai tenteraNya dalam menaikkan Islam. Allah memilih kita untuk menjadikan Agama Allah agama yang luhur. Buku ini juga bagaikan menampar saya yang sedang bermalas-malas.

Penulis dengan penuh semangat mengajak kita melakukan apa yang kita mampu. Bukan hanya membisu dan menutup mata seolah-olah tiada apa berlaku. Saya lihat kembali medan jihad saya yang sangat kecil berbanding medan jihad umat Islam lain di Palestin, Pakistan, Afghanistan, Iraq, Bosnia dan banyak lagi serata dunia. Mereka tidak mampu lena di tanah air sendiri.

Wallahualam

"Mereka yang  terdahulu sudah melakar sejarah. Kini tibalah masanya untuk kita pula melakar sejarah. Ambillah sejarah yang lalu sebagai pengajaran, sebagai salah satu sumber kekuatan hati bahawa Islam pasti bangkit kembali."




Friday, 5 August 2011

jangan malas


Apabila kamu malas
Hatimu kecil
semangatmu pudar
 kamu tak akan dapatkannya
Kamu tidak akan merasainya
Kamu tahu?
Allah mendengar tiap-tiap bait doa kita
Namun ingat,
Allah mendengar doa yang disertai dengan usaha
dan usaha itu adalah sehabisnya
bukan sekadar dalam lena


Kamu bukan di zama Nabi Luth di mana semua dimusnahkan dengan terbaliknya bumi
Kamu bukan di zaman nabi Nuh di mana semuanya dimusnahkan dengan air yang keluar dari labgit dan bumi
Kamu bukan di zaman nabi Saleh yang semuanya dimusnahkan dengan bencana yang datang dan pergi lalu semuanya mati
Kamu bukan di zaman nabi Musa ni mana Firaun dan tenteranya di tenggelamkan langsung di laut merah

Kini kamu di zaman nabi terakhir
di mana sunatullahnya adalah kita sendiri sebagai tentera Allah
Bukan nyamuk, bukan laut, bukan air, bukan angin.
Tetapi kita sendiri
Apa yang kita ada?
Pertolongan dari Allah apabila kita usaha sehabisnya

Kamu lihat semula sejarah Islam
Sejarah itu merupakan tentera Allah yang menguatkan hati
kamu lihat kemenangan
kamu lihat pada bilangan.
kamu lihat pada perbandingan.
Akan kamu percaya bahawa kita mendapat pertolongan Allah melalui perjuangan

Kamu perlu percaya pada bangun dan jatuh
Jangan kamu jatuh melihat kejatuhan
Kamu perlu bangun untuk menebus kekalahan
Kamu ingin jadi tentera Allah?
Segalanya bermula dari diri kamu.
Sekiranya kamu dapat melawan jahiliyah di hatimu
itu kemenangan yang jitu.
Itulah medanmu yang paling dekat
namun paling hebat

Jangan mengaku kamu kuat
Kiranya kamu tidak dapat mengalahkan ayam jantan
Dimana di pagi hari dia berkokok
Kamu masih lemah terlena.
dalam mimpi yang tiada makna
medan jihad kamu tidak sehebat dia
-.-




Aku?
Jangan malas.
dah.
pegi tolong mak kat dapur.

Ilham dari buku : kini bukan zaman Abrahah