Tuesday, 16 November 2010

kisah nabi Ibrahim dan anaknya,nabi Ismail

assalamualaikum wrm...
Alhamdulillah,ni ada lah kali ke2 aku menyambut hari raya Aidiladha di perantauan.:)
rasanya?10 Zulhijjah....berbeza...memang berbeza,sungguh bulan Zulhijjah banyak mencatat peristiwa agung antaranya kisah nabi Ibrahim mengorbankan anaknya nabi Ismail dan juga merupakan bulan bagi umat Islam menunaikan ibadah haji...semoga semakin aku dewasa,semakin kehidupanku lebih bermakna.erm...hari raya haji ni,mmg teringat satu kisah yang di abdikan dalam Quran..iaitu kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail..pada aku,asas pada kisah yang sangat hebat ni adalah di mana cinta kepada Allah mengatasi cinta pada makhluk,sanak saudara,dan segala apa yang ada di dunia yang sementara.
kisah ini telah Allah ceritakan pada kita di dalam surah As-Saffat dari ayat102-110.


Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. (102) Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). (103) Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! (104) Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (105) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. (106) Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (107) Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. (108) Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. (109) Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (110)(as-Saffat:102-110)


dalam kisah ni,terlalu banyak nnilai2 murni yang sangat memberi kesan kepada jiwa aku sendiri,antaranya apabila nabi Ibrahim menyuarakan apa yang telah baginda mimpi dan mimpi itu datang dari allah swt,maka Nabi Ismail juga sanggup bersama ayahnya untuk melaksanakan perintah Allah yang menguji kesabaran dan juga kekuatan hati..betapa kuatnya rasa Cinta pada Allah melebihi cinta pada darah daging sendiri andai semuanya kerana Allah swt.sedikit perkongsian sempena hari raya Qurban yang memang penuh pengorbanan ini,semoga kita menjadikan raya itu satu ibadat dan bukan keranan adat,maka di mana pun kita berada,sejauh mana pun dari negara asal kita..jalankanlah dengan berlapang dada kerana semua itu takdirNya.




jauh di bumi inggeris,
10 Zulhijjah 1431
jannatulhuda10'

No comments: