Monday, 15 April 2013

[Travelog]Kembara Lubnan_5

31 Mac 2013

Antara hari yang saya tertunggu-tunggu. Hari ini  seharian, masa akan dihabiskan untuk perjalanan pergi dan pulang ke selatan Lubnan, untuk melihat Palestin. Tanpa saya sedar, tulisan saya menghampiri hari-hari terakhir disini. Banyak yang saya ingin cerita tentang Lubnan ini, saya kira jika anda membaca travelog ini tanpa mengetahui sejarah ringkas Lubnan, anda akan merungkai banyak persoalan. Saya juga begitu, saya bukanlah seorang yang arif sejarah.


Sehari sebelum bertolak, beria-ria bro Tarek mengingatkan kami membawa jaket, katanya suhu di selatan sejuk. Hakikatnya saya agak malas ingin membawa jaket kerana merasakan selatan Lubnan tidaklah sejuk mana, malam sebelum bertolak pun, kami ada mencari berapa suhu di tempat tersebut, ah..tidaklah sejuk mana, sekitar 17-18 degree celcius.

Namun, paginya, sempat jugalah saya mencapai jaket. Risau unpredictable weather, maklumlah bro Tarek orang sini. Kami bertolak sekitar 8:30 pagi dari Beirut, berhenti untuk sarapan di Saida yang jaraknya sekitar sejam dari Beirut. Di Saida, Abu Ammar menanti kami. Disini, kami dihidangkan dengan roti yang diatasnya ada keju. Namun sayangnya, saya sudahpun bersarapan di hotel dan tidak mampu untuk menghabiskan sarapan yang mereka sediakan. Kami makan dikedai biasa, tepi jalan. Namun tentu ada uniknya mengapa Abu Ammar membawa kami kesini. Saya kira, biarlah kami merasa sedikit cara bersarapan seperti orang Lubnan biasa-biasa setelah beberapa hari bersarapan di hotel. Ya, negara unik ini.

Kemudian, kami bertolak meneruskan perjalanan. Sebelum sampai ke Lubnan, kami berhenti sebentar untuk menanti dua orang sisters yang akan turut serta bersama kami di sempadan. Salah seorang boleh berbahasa inggeris, jadi saya hanya bersembang dengan salah seorang dari mereka. Ada juga masanya saya akan bersembang akan cuba bersembang dengan kedua-duanya dengan menggunakan bahasa isyarat dan juga tambahan dua tiga perkataan bahasa arab yang saya pernah belajar. Hakikatnya, saya menyesal kerana kurang bersungguh untuk belajar bahasa ini. 

Perjalanan ke sempadan Palestin amat menakjubkan, walaupun ngantuk, saya tidak mampu pun untuk melelapkan mata kerana ingin melihat keadaan sekitar. Selain daripada kecantikan semulajadi, Abu Ammar juga bercerita tentang perang saudara yang meletus hampir 40 tahun dahulu sanbil menunjukkan kesan-kesannya. Pada waktu itu, saya hanya mampu tercengang dan terkumpullah pelbagai soalan didalam kepala. Maklumlah, persiapan saya sebelum ke Lubnan saya kira agak minima. saya fikir hanya berbekalkan cerita From Beirut to Jerusalem (Ang Swee Chai) saya mampu berhadapan dengan persoalan yang bakal tiba, namun sangkaan saya itu meleset kerana setelah difikir-fikirkan buku tersebut hanyalah menceritakan keadaan yang berlaku pada waktu Korban Sabra dan Shatilla berlaku, tetapi tidak menceritakan latarbelakang sejarah bagaimana perang tersebut berlaku.

Sebelum kami betul-betul sampai disempadan, kami sempat berhenti di tepi jalan, menikmati pemandangan laut mediterranean yang sangat menakjubkan. Airnya sungguh jernih. Saya kira, saya tidak akan habis memuji kecantikan semulajadi yang Allah kurniakan kepada tanah barakah ini. Hari yang saya kira event yang agak penting, bateri kamera saya pula habis. Jadinya, saya tidak mampu merakam banyak gambar.

Dalam dua kilometer lagi untuk ke Palestin, kami sudah mula melalui check-point. Passport kami dikutip untuk diteliti. Alhamdulillah, setelah semuanya dipermudahi, kami dilepaskan untuk meneruskan perjalanan. Namun Allah lebih mengetahui, kami dilarang untuk melintasi sempadan yang sekiranya kami berjaya..masuklah kami ke tanah Palestin. Tanpa mengecewakan kami, kami dibawa untuk melihat palestin dari van (yang bergerak). Palestin amat dekat, hingga sampai ke satu tahap, jarak Palestin dari kami sekitar 10 meter!

Salah seorang yang membawa kami, saya tidak pasti sama ada Abu Hisyam ataupun Abu Ammar bercerita kepada ahli delegasi lelaki tentang insiden yang berlaku pada tahun 2006. Mereka (Rakyat Palestin di Lubnan) berpakat untuk merempuh pagar yang memisahkan antara mereka dengan tanah air yang tercinta. Ya, mereka tahu mereka akan mati jika cuba merempuh pagar tersebut dan hasilnya? enam orang telah ditembak mati ketika peristiwa itu berlaku dan salah seorang dari mereka hanya berada di barisan belakang mereka yang ditembak mati! Ah, mereka tahu mereka akan mati, namun mereka ingin tunjuk kepada dunia melalui media bahawa mereka, masih ada rasa ingin pulang ke tanah air mereka sendiri. Salah seorang dari mereka juga, pernah menjadi tahanan ketika di Palestin dan Lubnan. Hebat sungguh mereka ini, Allah telah takdirkan saya untuk berjumpa dengan mereka yang benar-benar terlibat secara langsung didalam konflik Arab-Israel ini. Sebelum ini, saya hanya mampu membaca di surat khabar, internet, menonton video ataupun berita.

Ada juga masanya kami keluar dari van dan melihat keadaan sekeliling, mereka yang membawa kami adalah rakyat Palestin, tersentuh saya melihat mereka menangkap gamabar tanah air mereka dari jauh, cuba pula kita bayangkan yang kita hanya melihat Malaysia dari dekat, berpagar, dikawal...dan kita hanya mampu menangkap gambar. Mungkin sukar untuk kita bayangkan..namun kerana hubungan kemanusiaan yang terjalin diasaskan oleh aqidah inilah yang membuatkan kita tergerak untuk bersama-sama dengan mereka.

Kawasan Selatan Lubnan dikawal oleh askar-askar UN dari pelbagai negara termasuklah Malaysia. Yang sempat saya lihat adalah askar dari Korea Selatan dan juga Indonesia. Kami sempat turun dan bersembang-sembang dengan askar UN dari Indonesia ini. Keadaan disempadan agak berangin, namun tidaklah sejuk. Jadinya, jaket yang saya bawa saya tinggalkan didalam van.

Tembok Pemisah





Gambar sempadan Palestin dan Lubnan. Lihat, memang agak dekat dan betapa suburnya kawasan ini.
Gambar ini diambil dari Facebook Page Israa Institution


Melihat Palestin dari jauh membuatkan saya benar-benar merasa geram dengan Israel. Telitilah sejarah, anda akan merasakan bahwa setiap yang berlaku itu ada rasionalnya. Mungkin hanya pada mereka. Israel, they are fighting for land. Utara Palestin memliliki tanah yang sangat subur, hijau, penuh dengan kegiatan pertanian. Dalam perjalanan pulang( sekitar jam 3 petang) dan kami masih lagi di sempadan..ada ternampak pekerja-pekerja di ladang Palestin. Ya, mereka itulah rakyat Palestin yang bekerja diladang negara haram Israel dengan dibayar gaji yang agak murah.

Ah, ada cerita menarik mengenai rakyat Israel ini, tergelak juga saya ketika mendengarnya..mereka ini, percaya pada hari Sabat (Sabtu) mereka tidak boleh menyalakan api, jika yang ortodoks (totok), lebih hebat...menekan suis untuk menyalakan lampu juga dikira salah. Jadinya, terpaksalah mereka meminta bantuan dari jiran mereka yang muslim untuk menyalakan lampu rumah mereka. Pelik, manusia memang pelik.

Dalam perjalanan ke sempadan juga, saya sudah lali memerhatikan kereta kebal turut berjalan sama. Saya akhiri kisah saya kesempadan dengan beberapa perenggan yang saya baca dari buku From Beirut to Jerusalem karya Thomas Friedman. Saya mula membaca buku ini setelah dua minggu pulang dari Lubnan! Bila membaca buku ini, ada juga rasa saya juga sudah menjejakkan kaki ke Beirut, namun tidaklah seperti beliau, Thomas tinggal lebih lama dan berada di Beirut ketika perang meletus.  Saya akui, saya amat bersetuju dengan statement beliau dan ini jugalah yang tersimpul diminda saya ketika berada disana. Saya kira, jika berada di negara ini lebih lama, saya sendiri tidak mampu menyangka apakah jenis jawapan yang akan saya terima.

"Beirut was always a city that provoked more questions than answers, both for thise whi lived there and those who did not. The most frequent questions from my readers and friends back home all began with "How?"- How do people cope, How do people survive? How do people  go on living in the city where violence has killed or injured 100 K souls in fourteen years of civil strife?"
                                                                             (Thomas Friedaman)



Nurul Hidayah Bani
2358
150413
Nottingham, United Kingdom







1 comment:

Unknown said...

Hanya mampu ambil gambar dari jauh.
=(