Wednesday, 3 April 2013

[Travelog] Kembara Lubnan_1

Alhamdulillah..

Pada 27/3-1/4 yang lepas, saya bersama-sama 8 lagi ahli delegasi, terbang ke Lubnan. Sebuah negara yang di selatannya adalah Palestin dan diapit oleh negara bergolak, Syria. Perjalanan dari London-Beirut mengambil masa sebanyak lima jam. Masa sebanyak empat hari penuh dimanfaatkan dengan sebaiknya. Letih itu, ya ada..namun, sekiranya saya sendiri sudah ingin pergi, tiada rungutan yang mampu dikeluarkan apabila melihat layanan yang diberikan oleh saudara Palestin yang berada di Lubnan sangat-sangat baik.

Ahli-ahli delegasi yang lain.

Bertolak dari London sekitar jam 12:10 tengahari, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Rafiq Hariri, Beirut ketika jam 6:30 petang. Beza masa antara Beirut dan London adalah sebanyak dua jam, dan 6 jam dengan Malaysia. Kami disambut oleh wakil Al-Zaytouna Training Centre iaitu sister Rana, Bro Tarek, Abu Tareq dan Abu Ahmed.

ketika sampai di Airport, saya agak kaget kerana melihat ramai askar berkawal. Askar yang siap bersenjata. Dalam perjalanan menuju ke hotel juga, saya agak teruja melihat ada ketera kebal turut lalu dijalan raya. Ya, kami tidak boleh menangkap gambar kerana di kawasan selatan Beirut, ianya didominasi oleh Hizbullah. Sis Rana memberitahu kami bahawa dibahagian selatan Beirut ini kebanyakan bangunan adalah baru dibina kerana bangunan-bangunan ini pernah rosak teruk ketika perang Hizbullah-Israel 2006.

Layanan yang diberikan oleh mereka amat istimewa, kemudian, kami dibawa ke hotel tempat kami menginap dan diminta supaya rehat secukupnya untuk hari-hari yang akan datang. Maka bermulalah hari-hari di Lubnan dimana saya akan melihat realiti disebalik apa yang sebelum ini saya hanya dengar dan baca.

Hotel tempat kami menginap

Bersambung..

Nurul Hidaya Bani
Nottingham, UK


2 comments:

Unknown said...

alah, baru nak eksaited, haha.

Hidayah Bani said...

hehe..dia kena sikit2..baru dapat fikir dengan details, sayang sekali harung..saya tulis kucar kacir..iAllah..akan update cepat2