Friday, 5 April 2013

[Travelog] Kembara Lubnan_2


28 Mac 2013

Hari kedua saya berada di Lubnan. Cuaca disini agak menyenangkan sekali. Suhunya sekitar 17-18 C dan keadaan yang lembap membuatkan saya amat  selesa berada di negara beriklim mediterranean ini.

Pada pagi hari, kami  bersiap-siap untuk ke Al-Zaytouna Training Centre. Sebelum ke sana, kami bersarapan di hotel tersebut. Makanan yang disediakan, agak banyak dan nampak menyelerakan. Namun, apakan daya. Ianya mungkin tidak kena tekak saya. Makanan asasi mereka lebih kepada roti, keju dan daging. Saya, biasalah.. sudah mula rindukan nasi.

Keju-keju
Sayur-sayuran (salad) dan Labaneh Ball(saya tidak mampu makan ball ini sebab rasanya terlalu seperti susu lembu yang segar)


Selepas bersarapan, sekitar jam 8:30 pagi..bro Tarek menunggu kami di lobi hotel. Selepas semuanya bersiap, kami pun berangkat menggunakan van yang telah disediakan untuk ke destinsi yang hendak dituju. Hari kedua, siang hari.. umpama hari pertama saya melihat Beirut dalam keadaan terang. Semalam, saya sudah agak letih, jadi pagi ini saya agak teruja untuk menangkap gambar. Boleh tangkap sikit-sikit, cuma perlu berhati-hati.



Keadaan Beirut di awal pagi. Sewaktu saya dalam perjalanan ke Al Zaytouna Training Centre.
Secara ringkasnya, di Al-Zaytouna Training centre, dari jam 9am-4pm, kami akan mendengar tiga ceramah yang bertajuk ;
1)  Land of Palestine
Penerangan ringkas mengenai tanah Palestin dan Bilad as Shams (Jordan, Palestine, Lubnan dan Syria). Apa yang saya dapat dari ceramah ini adalah pengenalan mengapa tanah Palestin, apakah posisinya di dalam Islam. Mengapa ia adalah tanah suci umat Islam. Saya kira, memang patut tajuk ini adalah tajuk pertama ceramah kerana ianya adalah asas. Asas sebuah negara ialah Sempadan, penduduk tetap, kerajaan dan kedaulatan.

Tanah ini  juga amat berkait rapat dengan hadis baginda yang berbunyi;

Umamah al-Bahili reports that the Prophet ﷺ said, ‘’A group of my community will remain on truth, they will vanquish their enemy and those who disagree with them will not be able to harm them until Allah commands’’. ‘’Where are these people’’? The companions asked. The Prophet ﷺ replied, ‘’in and around al-Quds (Jerusalem).


Serta diterangkan dalam surah al-Isra mengenai kepentingan tanah ini. 




Kiranya, isu Palestin ini adalah isu yang holistik, disinilah terdapatnya isu aqeedah, isu perlanggaran undang-undang antarabangsa, isu kemanusiaan, penindasan dan sebagainya. 




Hakikatnya, pada saya ini adalah isu aqeedah, kita sebagai umat Islam perlu menitik beratkan isu ini sebagai isu yang holistik, bukan hanya kerana hak-hak kemanusiaan. 




2)  People of Palestine




Ringkasnya, ceramah ini menerangkan secara ringkas asal usul penduduk Palestin, dari mana mereka datang dan apakah nama keturunan mereka, Seperti yang kita pernah belajar, Jericho adalah tempat pertama adanya peradaban manusia yang agak teratur dan ini terbukti apabila Jericho letaknya di Palestin. Tempat bumi para anbia diutuskan untuk menyebarkan risalah Islam.




Mana mungkin, kita mampu memahami sesebuah isu tanpa memahami asal usul dan buadya masyarakat yang berada di negara tersebut. 




3)  Palestinian Army Struggle




Ceramah ini dipersembahkan dalam bentuk 'timeline' dimana bermula sejak tahun 1500 masihi apabila yahudi masih lagi diselubungi rasa bersalah akibat keingkaran & kejahatan mereka, diikuti peristiwa oloucast dan juga kebangkitan idologi Zionist dalam membentuk sebuah negara yahudi(zionist) di 'tanah yang dijanjikan'. Sebelum perjanjian Balfour, rakyat Palestin sudah mula sedar adanya yahudi di begara mereka. keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila termeterainya perjanjian Balfour dan penghijrahan beramai-ramai kaun yahudi (kebanyakanny dari eropah) ke Palestin. tanah-tanah di Palestin juga telah dibeli dengan banyaknya oleh rejim zionis. Hal ini terjadi kerana petani-petani kecil di Palestin memilih untuk tidak mendaftar tanah mereka akibat tidak mampu menampung cukai tanah yang tinggi. Akhirnya, orang-orang kaya memonopoli dalam bab pendaftaran tanah dan mejual tanah tersebut kepada yahudi.




Mei 1948. pengisytiharan negara Haram Israel. Saya pendekkan cerita ini melalui video ini. Kiranya, ceramah ini cuba memahamkan audience bagaimana zionis cuba untuk menjajah Palestin sedikit demi sedikit sehingga akhirnya rakyat Palestine perlu melawan semula, dan sehingga kini kita masih lihat rakyat Palestin tetap setia melawan rejim Zionis.




Apabila ditanya, apakah penyelesaian kepada semua isu ini. Saya tidak bersetuju dengan penyelesaiannya adalah khalifah. Setakat satu perkataan 'khalifah'. Namun, sekiranya jawapan itu adalah satu sistem pemerintahan yang adil dan menerapkan nilai-nilai Islam sebagai ad-Deen, bukan sekadar ritual, itu adalah yang saya mahukan. Tidak kiralah apa namanya. Yang penting adalah nilai, cara, penerapan yang dilaksanakan. Bukan sekadar  nama.







Dari Al-Zaytouna Training Centre inilah saya melihat pemandangan sekitar Beirut, iaitu dari tingkat 12. Keadaan banguan-bangunan ini dalam keadaan sederhana dan terdpat kesan-kesan pembaikan. Mungkin juga ini kerana Lubnan adalah sebuah negara yang agak sengit dalam 'civil war' dan juga perang 'Arab-Israel'




Keadaan persekitaran dari tingkat 12.

Saya juga ada merakam video. Anda boleh lihat video tersebut di awal entri.




Petang harinya pula, sekitar jam lima petang, ketua delegasi kami iaitu Saudara Yusuf Johari membawa kami berjalan-jalan melihat pemandangan di sekitar persisiran laut mediterranean. Saudara Yusuf sudak hampir enam kali ke Lubnan dan maklumlah pula Lubnan ini lebih kecil dari Malaysia, jadinya beliau agak ingat jalan di sekitar Hamra ( dalam Beirut) untuk membawa kami melihat keadaan sekeliling.


Laut Mediterranean amat cantik, udara dan suhunya amat menyenangkan. Tidak seperti UK yang kadangkala suhunya amat sejuk mahupun Malaysia yang siangnya agak panas. Hari ini, saya umpama sudah biasa melihat askar-askar berkawal di sekitar Beirut dan juga di pesisiran pantai. Owh, saya tidak pernah ke Mesir, jadi saya tidak tahu bagaimana keadaan lebih banyak peminta sedekah . Ini kerana, di sini saya juga melihat beberapa peminta sedekah dan juga kanak-kanak yang cuba mendapatkan wang dengan menyediakan perkhidmatan mengilatkan kasut. Saya akui, hati saya agak sayu dan bersimpati melihat orang tua yang tidak berdaya meminta sedekah ditepi jalan. Sedangkan saya hanya mampu melihat. 



Itulah sebab saya lebih mempercayai kepada penerapan nilai, bukan sekadar nama. Sekiranya ada negara yang namanya Negara Islam, tetapi didalamnya kebajikan orang tua, wanita dan kanak-anak tidak terjaga; berlakunya banyak rasuah dan tipu daya; kadar jenayah dan penganiayaan yang tinggi, tiada maknalah harga sebuah nama tersebut. Namun, ini hanyalah 'reflection' saya, persoalannya kini..apakah tindakan yang akan saya lakukan. Semoga  tindakan ini bermula dengan diri sendiri dan bagaimana saya ingin mencari kefahaman memahami Islam secara holistik, berdasarkan nilai-nilai dan cara hidup. Memahami dan menanam aqidah Islam yang sebenar-benarnya. Insya Allah 


Rumah api dan juga kapal terbang yang berlepas. Beirut adalah sebuah ibu negara yang agak kecil



Salah seorang kanak-kanak penggilap kasut. Kawan saya ada bertanya, mereka dari mana. Katanya mereka  dari Syria.
Apapun, semoga Syria cepat sembuh daripada kekejaman yang berlaku disana.


Kucing di batu pesrsisiran Mediterranean

Batu yang unik dan menarik perhatian pelancong







Bersambung...




Nurul Hidayah Bani

Nottingham, UK

5 comments:

Unknown said...

hihi, banyaknya sy boleh kaitkan dgn turki.

azan. kat turki pn, msti eksaited bila azan berkumandang, terus nk rakam. =p
Bila islam menang nnti, msti masjid2 kat uk ni dah boleh mengalunkan azan mcm tu jugak, insyaAllah.

keju. haha, ada satu kali tu, mkn buffet. nmpk sesuatu petak2 putih, sy in ingat tauhu, amek punya banyak. tetiba, masam semacam. keju rupanya. -.-

peminta sedekah dan org2 yg bekerja d tepi jalan. kadang2, ada pakcik2 tua membawa penimbang berat badan, demi mendapatkan sedikit wang. huhu, sedih tgk.

best2! x sabar tggu sharing seterusnya. ;)

Yusri Yusop said...

bagus penulisan ko.. teruskn menulis.. ak tgh dok baca from beirut to jerusalem.. sampai part hafez al assad punya kejam.. dari bapak sampai anak jahat..

Hidayah Bani said...

insha Allah, kemenangan itu dekat..semoga azan itu disambut dengan bersama-sama menunaikan solat:)

mmg tak lalu la keju, may be org middle east sgt suka kottt..

inilah yang saya fikirkan...saya cuba fikir..apa yang kita boleh lakukan untuk menjaga kebajikan golongan yang lemah ini.

inshaa Allah..jazakillah izzati setia mmbaca hehehe:)

dira said...

bangunannya lebih kurang macam mesir..yes, kat mesir sgt byk peminta sedekah hatta yang pakai abaya lawa2 pun merayu kami memberi wang. tapi based on gambar2 akak, lubnan nampak lebih tenang, lebih bersih. sungguh. byk yg kita boleh belajar.

cepat2lah akk update, xsabar. :)

Hidayah Bani said...

uyusri : tq. mmg jahat pun. cepat2la jatuh rejim tu.
Nadhirah: iAllah :).