Masih lagi 29 Mac 2013
Di entri ini, saya ingin membawa anda melihat kecantikan malam di Beirut!
Selesai sahaja training di AZ, kami pulang ke hotel. Sepanjang kembara ini, saya akui, masa untuk berehat agak terhad. Jam 5:30 petang nanti, bro Hassan dan isteri beliau akan bawa kami jalan-jalan di Downtown Beirut.
Setelah hampir 3 hari disini, Beirut adalah sebuah bandar yang sangat cantik, punya udara yang nyaman. Beirut juga mendapat nama "Paris of The East" kerana nilainya kecantikannya, kebudayaan dan tinggalan sejarah yang agak tinggi. Tidak mungkin akan saya lupakan bandar ini.
Sekitar jam 5:45 petang, kami bertolak ke Downtown. Monumen pertama yang saya kira signifikan dan menarik perhatian saya adalah Masjid Mohamad Al-Amin. Cantik! Senibinanya umpama Masjid Biru di Istanbul. Keluar sahaja dari kereta, saya terpinga-pinga. Ya, saya perasan..di sebelah masjid yang gah ini ada gereja yang besar, namun bukan itu sebabnya. Saya terpinga-pinga kerana sepanjang Masjid Al-Amin azan, sepanjang itulah gereja sekitar masjid membunyikan loceng.
Masjid Al-Amin yang sangatlah cantik! Tapi sayang, bilangan jemaahnya kurang. |
Masjid Al-Amin dari sudut lain. |
Kami semua pelik sebenarnya, lalu sister Maryam menerangkan kepada kami , inilah bukti betapa kuatnya semangat antara sect dan faction disini. Memang akan terbawa-bawa hingga kini. Tidak cukup dengan perang saudara yang berlaku bertahun-tahun lamanya. Alang-alang sampai di masjid ini, kami terus bersolat Maghrib jamak Isyak disini. Selesai sahaja solat maghrib( waktu imam berdoa), dan sepanjang imam mengalunkan ayat-ayat quran sewaktu solat..waktu itu jugalah loceng-loceng gereja berbunyi. Memang tak mahu kalah. Bukan sahaja mahu berbunyi lima kali sehari, bahkan sewaktu solat juga mahu berbunyi. Apa-apalah..dunia ini memang pelik bukan?
Keluar dari masjid, sekali lagi saya terpinga-pinga. Ada satu bangsal yang agak besar bersebelahan masjid, dihias dengan bendera negara Lubnan. Didalamnya terdapat kubur-kubur pejuang negara dan juga bekas perdana menteri Lubnan, iaitu Rafik Hariri.
Kubur Rafik Hariri yang terlatak bersebelahan dengan Masjid Al-Amin[kredit: Google] |
Mr. Hariri and 22 others were killed on Valentine's Day 2005 from the blast of a massive truck bomb on the corniche in downtown Beirut. More than six years later, the warrants were given to Lebanon's Prosecutor-General, with the demand his officials arrest the four Lebanese citizens.
Sumber berita
Ini rupanya sebab pemimpin ini mati. Hebat sungguh negara arab ni. Konfliknya, memang hingga tahap bunuh membunuh. Jika di Malaysia pula, lain pula ceritanya kan.
Kemudian, kami di bawa berjalan-jalan di sekitar bandar ini. Bandar ini memang sebuah bandar purba dan menjadi peradaban dunia bertahun lamanya. Adakah anda ingat lagi subjek sejarah tingkatan empat? Jericho? Bandar pertama peradaban dunia. Jericho terletak di Palestin, manakala Lubnan pula memang jirannya. Memang terbuktilah bahawa Bilad as Shams ini adalah tempat terawal manusia hidup dan juga tempat para nabi diutuskan untuk menyampaikan risalah agama Allah yang suci. Masya Allah..hebat bukan jika kita kaitkan sejarah dengan Islam.
Sekitar Downtown |
Roman Bath! |
Roman Bath |
Sekitar Downtown |
Masjid lama |
Sekitar Downtown |
Selesai berjalan-jalan atau kata lain hingga saya sendiri pun rasa letih untuk berjalan-jalan, brother Hassan membawa kami ke restoran As-Saha. Sebuah restoran yang sangat historic, yang menunjukkan kebudayaan negara ini. Saya lihat, mereka ini amat-amatlah bangga dengan makanan mereka. Di sini, kami makan makanan tradisional Lubnan dan juga manisan mereka. Makanan mereka terdiri daripada roti-roti, daging, sayur-sayuran. Saya sudah mula rindu nasi putih! Namun biasalah..inilah masanya untuk saya kenal kebudayaan dan makanan mereka.
keterujaan |
Kecantikan, senibina Islam. Hebat Beirut ini, adunan pelbagai tamadun. Dari Rom hinggalah Islam |
ketinggian nilai senibina |
Kecantikan bulan ditambah dengan keunggulan senibina restoran. |
Koleksi gambar di restoran As-Saha Maaf, tak tangkap gambar makanan kebanggaan mereka. |
Usai makan, kami dibawa berjalan-jalan ke Zaytouna Bay. Kata sis Rana, biarlah dua tiga hari yang awal ini kami menikmati hidup yang mewah disini. Makanan yang lazat, pemandangan yang cantik. Cuci matalah katakan. Ya, betul juga, memang mewah....namun hakikatnya, otak saya sudah menerawang mencari...dimana agaknya saya boleh dapatkan gambaran mengenai kesengsaraan yang digarap melalui tulisan Dr. Ang Swee Chai iaitu From Beirut to Jerusalem. Saya sudah mula mendapat gambaran mengenai Hizbullah dengan melihat selatan Beirut dan juga kesan perang saudara dengan melihat suasana masjid dan gereja dan askar-askar yang berkawal. Keluar sahaja dari teksi, hampir terjatuh rahang saya! Ah, cantiknya tempat ni. Macam bukan bekas negara lepas perang! Jadi, adalah sikit-sikit gambar yang saya sempat rakam di teluk yang menjadi sarang si super kaya dunia, sang penabur duit, sang korupsi dan berbagai jenis sang kancil, ular hinggalah sang buaya. Katanya, di sebelah sana..ada banyak tempat yang sedang derita. Benarkah ya sekiranya saya dilahirkan dan dibesarkan di sini. Agaknya, propaganda mereka yang iri hati dengan kekayaan keluarga saya agaknya. (Monolog kononnya anak orang kaya)
Tempat parking bot-bot peribadi |
ini kalau ambik pakai DSLR mesti lagi lawa. hehe |
Credit |
Credit |
Sikit lagi macam gambar yang saya rakam. Credit |
Sewaktu berjalan-jalan di teluk ini, kami manfaatkan masa yang ada bersembang-sembang dengan sister Maryam. Banyak sungguh mutiara yang kami dapat dari beliau. Di Lubnan, sama sahaja dengan negara lain, korupsi agak hebat, ekstrim diantara sectarian dan juga faction itu umpama tiada kesudahan. Saya juga bertanya, bagaimana agaknya sis Maryam ni boleh survive dari perang Israel-Hizbullah 2006? Jawabnya, dalam perang tersebut, hanya tempat-tempat tertentu sahaja yang diserang dan di Beirut, tempat tersebut adalah di selatan Beirut.
Kami bertukar-tukar cerita. Terkilan juga, kerana saya tidak pandai berbahasa arab. Jika tidak, tentu lebih banyak yang saya akan peroleh. Saya pernah ada perasaan berkobar-kobar untuk belajar bahsa arab, namun padam pula...nampaknya, bila sudah pergi ke tempat yang penting sebegini, perasaan saya untuk mendalami bahasa arab semakin tinggi. Doakan ada kesempatan, insya Allah.
Sekitar jam 12 malam, kami pulang ke hotel. Ah..malam yang panjang!Esok, apa pula saya akan lihat... mengikut tentatif, esok saya akan ke kem Burj al Barajneh dan Shatilla, Pusat anak yatim Al-Ghawth, Takaful Centre for Child Welfare, Humanitarian Relief for Development Soceity dan juga Palestinian Association for Human Rights (Witness)
Ps: Gambar yang bukan saya rakam, saya ada letak kredit.
Nurul Hidayah Bani
1918
09042013
Nottingham, UK
1 comment:
MasyaAllah, cantiknya!
Lawak la part terjatuh rahang, sy terbayang rahang kak Dayah jatuh, pstu sy p sambut, haha!
Takyah pkai DSLR, yg tu pn cantik dah.
More more! yeayy
Post a Comment