29 Mac 2013
Hari ketiga di Lubnan. Sebelum kami memulakan training course kami di Al-Zaytouna, kami melawat dahulu Al-Quds International Institution. Sebuah badan yang menyedarkan masyarakat tentang kepentingan Al-Quds dan pembebasannya. Al-Quds mempunyai 10 cawangan di seluruh dunia dan di Beirut adalah ibu kepada cawangan-cawangan ini. Baru-baru ini, Al-Quds membuka cawangan di Malaysia. Lawatan kami ini lebih kepada sesi penerangan ringkas tentang al-Quds dan juga sessi soal jawab. Salah seorang dari kami, iaitu saudari Ilham Aina ada bertanya soalan mengenai guru. Lantas saya yang tersentak. Agak bernas. Soalannya begini:
Is it in Palestine, we have problem like shortage of teachers ?
Jawapannya, tiada.
di Palestin, terdapat empat jenis sekolah, iaitu ;
1) Jewish School
In this school, students will be taught using Israel's curriculum and teachers will be highly paid. About 60% of this type of school in Palestine. Rolled by Jews.
2) Private School
Has small number of students and teachers.
3)Al-Waqf School
Around 20% in Palestine. Rolled by Palestinian, not a proper school, salary of the teachers are very low. Their class are on apartment or anywhere that they can set up a class. Do not have shortage in teachers, but have shortage in type of teacher( specific teachers such as chemisty, physics, mathematics teachers).
4) UN School.
Memandangkan saya dalah bakal guru untuk pendidikan tetier, saya bertanyakan tentang Post-16 education.
Al-jawab: di Al-Quds, hanya terdapat sebuah university, namun kelengkapannya kurang dan juga pihak universiti perlu mengenakan yuran. Namun, 70% penduduk adalah di bawah taraf kemiskinan dan tidak mampu menghantar anak mereka untuk ke pendidikan secondary, (private school and UN school). Jadinya pihak universiti juga memberikan diskaun. Namun, begitulah..halangan mereka untuk mendapatkan pendidikan formal amat hebat dan komitmen untuk belajar agaak tinggi. Mereka ingin membina hidup yang lebih baik. Jadinya, sebagai jalan lain, pihak Al-Quds cuba untuk berunding dengan beberapa buah negara lain untuk membekalkan biasiswa untuk anak-anak Palestin ini.
Sebelum pulang saya sempat menyampaikan poster kepada pihak Al-Quds, sambil memandang ke arah saya, manager Al-Quds berkata
"As long as you hold Palestine in your heart, we will liberated Palestine"
Bergambar bersama Manager Al-Quds Credit: Ilham Ainaa |
Setelah selesai lawatan , kami pun bergerak ke Al-Zaytouna untuk menyambung training course. Hari ini, sebanyak dua tajuk yang akan dibincangkan, iaitu :
4) The Zionist State of Israel
Ringkasnya, ceramah ini adalah mengenai negara haram Israel, dari segi politiknya, ekonomi dan ketenteraan. Apa yang menariknya mereka tiada perlembagaan, yang ada hanyalah undang-undang asas dan juga setiap kali pilihan raya, tiada parti yang akan menang dominan! Berbeza dengan Malaysia. Jadinya, didalam knesset (Parlimen mereka) suara mereka tidak bersatu. Apa yang penting adalah kemandirian, tidak kira bagaimana jalannya. Kini, politik mereka kelihatan lebih ekstrem, lebih kepada menyokong occupation.
Credit: Al-Zaytouna Slide |
Dari segi ketenteraan pula, mereka diWAJIBkan menyertai latihan tentera seawal umur 15 tahun. Pada waktu inilah mereka belajar menggunakan senjata. Latihan ini meliputi kedua-dua jantina. Untuk keterangan lanjut, mungkin kita boleh bersama-sama membuat research mengenai mereka. Untuk berkobar-kobar melawan musuh, memang patut untuk kita mengenali mereka.
Dari segi ekonomi;
Al-Zaytouna Slide |
5) The Current Situation in Palestine and its political map.
Ceramah ini memberikan penerangan ringkas mengeni Palestine representation dan juga rentetan politik yang berlaku. PLO, PA, Fatah, Hamas dan juga beberapa parti yang lain. Namun apa yang kita lihat kini, Hamas dan Fatah masih lagi belum mencapai kata sepakat. Ini kerana , masing-masing mempunyai ideologi yang berbeza untuk membebaskan Palestin. PR yang dibuat sewaktu tahun 2006, memberi kejutan kepada kuasa-kuasa 'besar ' Eropah & AS kerana mereka sangat yakin bahawa Fatah akan menang namun akhirnya, lain pula yang terjadi. Maka, pada mereka, PR pada tahun 2006 itu adalah tidak sah. Untuk tajuk ke 5 ini, saya rekemenkan buku Ustadz Maszlee Malik yang bertajuk : HAMAS, dari Parti underground ke Parti Pemerintah dan juga Hamas: Pejuang Suci Kota Baitul Maqdis.
Isi ceramah 4 dan 5 ini masih panjang untuk saya ringkaskan, namun begitu sama-samalah kita mempunyai inisiatif sendiri untuk mengambil tahu hal ini. Ramai orang mempersoalkan, mengapa hanya isu Palestin sahaja yang diwar-warkan? mengapa tidak isu Burma, Pakistan, Afghanistan? Saya kira, sebagai umat Islam, kita harus ada jawapannya kepada soalan ini. Sama-samalah kita cuba mencari jalan untuk memahami berbanding hanya duduk menanti untuk diberi pemahaman, penerangan. Umumnya, yang saya lihat, pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia agak dangkal. Kadangkala ingin memberi pendapat, tetapi bukan pada tempatnya, ingin beri komen, namun tidak membantu langsung. Saya lihat cara komen, kelihatan jelas pembodohan yang berlaku, jarang membaca, jarang menganalisa, tidak sabar belajar. Namun, mahu cepat mencari kesalahan, mahu cepat menunding jari.
Ini bermakna, masih banyak lagi kerja yang patut kita lakukan untuk memupuk generasi yang berkualiti seterusnya melahirkan umat Islam yang ada pada kualiti dan kuantiti.
Bersambung.. [suasana Malam di Beirut, in shaa Allah]
Nurul Hidayah Bani
23:05
08042013
Nottingham, UK
1 comment:
No shortage of teachers in Palestine?
Baru berangan nak jadi cikgu kat sana (heheh, dan dan)
"As long as you hold Palestine in your heart, we will liberated Palestine"
:')
Nak lagi nak lagi !
=p
Post a Comment