Thursday 29 December 2011

Aku lihatmu....

Aku melihatmu bintang
Hanyasanya bilanganmu tidak terkira
Cantik gemerlapan, lagi memukau mata
Kau cantik, aku mahu kau jadi penemanku
Namun, tatkala awan gelap tiba, siang menjelma,
Kau tinggalkanku

Aku lihat pula padamu bulan
Kau satu dalam seribu bintang
Kau lah paling terang, engkaulah pilihan hatiku
Aku jatuh cinta padamu
Sering aku lihat kamu, 
Sambil cerita kisah suka duka ku
Kau jadi saksi, tawa dan tangisku
Kala awan gelap tiba
Gerhanalah kamu
Kau juga  pergi tinggalkanku

Aku lihat matahari
Kau sumber kehidupan
Kau lebih hebat dari bulan dan bintang
Aku kira, tanpamu tiadalah kehidupan
Kau jadi saksi kerja kerasku
Mencari ilmu, rezeki, ibrah di bumi tempat tinggalku
Namun awan gelap menjelma
Mendunglah bumi
Malam menjelma, hilanglah mentari
Kau jua, tinggalkanku

Tangisan menjelma
Malam gelap gelita, tanpa bintang dan bulan
Siang mendung suram tanpa terik mentari

Masa berlalu
Ampunkan aku
Aku manusia pelupa
Aku mencari yang ada, tiada
Hingga lupa pada yang selalu ada
Sang Pencipta dan Pencinta
Sungguh, aku manusia pelupa
Terlalu mencintai ciptaan 
Hingga aku terlupa pada Zat Maha Pencipta
Sungguh, ampunkan aku


Kesatlah air mata
Hilangkanlah hiba
Rabbmu sentiasa ada
Mengawasimu sepanjang masa
Tuhanmu tidak pernah lupa
Walau hakikatmu hanyalah manusia alpa

Kala terasa diri tidak punya apa

 Hanya tangisan menerpa menyelubungi masa
Hentikanlah tangismu
Mulakan langkah yang baru
Mohonlah pada Rabbmu
Pimpinlah jalanmu
Menuju pada Cintamu yang hakikatnya Satu
Dihadapanmu masih ada rumah-rumah Allah
Disana ada kemanisan
Disana ada penawar duka






3 comments:

Unknown said...

dan aku tetap mengharap pada matahari, bulan dan bintang,
untuk menemaniku di kala hatiku gersang,
mencari cinta yang Maha Pencinta ..

*haha, merepek2 ..
nice one sista!
=)

Hidayah Bani said...

hehe.. zetoot.. comel mcm power puff gurl, kalau tambah nanti makin panjang. hehe:p

jazakillah khair zetot! teringin nak g lancaster.:)

Unknown said...

mari mari dtg Lancaster !
pintu rumah kami sntiasa terbuka ..

=)