Runtuhnya kota Melaka
Melaka,
Nama yang dijulang
Pelabuhan yang gemilang
Tanahnya subur, negaranya makmur
Sultannya berdaulat lagi mahsyur.
Harta & kuasa, Tiada masalah baginya,
Meminang Puteri Gunung Ledang,
Jambatan Emas , Hati Nyamuk, air mata anak-anak dara,
Mampu sahaja beta sediakan,
Asalkan hajat beta tercapai..
Rakyatnya juga sibuk dengan hiburan,
Dondang dendang, apa lagi? Tak mampu patik senaraikan.
Kuasa dan Nafsu
Habis rakyat dikerah begitu,
Patik juga tidak tahu,
Apabila situasinya begitu,
Pembesar- pembesar tidak menentu,
Pedagang- pedangang tersenyum, simpan rahsia seribu,
Tuanku, dibelakngmu ada pengkhianat!
Habis rahsia kota Melaka dibocorkan..
Kelemahan, kekuatan dapat dikesan..
Ah, mereka datang tuanku!
Datang dengan kapal, meriam..
Bagaimana dengan kami tuanku?
Kuasa? Puteri Gunung Ledang? Jambatan emas?hati nyamuk?
Aduh, kami sakit, kami hanya ada keris dan tombak.
Kami hanya ada tarian yang menghiburkan,
Kerana kami lena dibuai harta berjuta..
Aduh, sakitnya.
Tentera upahan tuanku juga belot, mereka lari!
Aduh, habis jambatan dibakar, masjid dirosakkan,
Wanita, kanak-kanank tiada pengecualian.
Aduh, patik masih rasa kesakitannya,
Walaupun patik generasi yang tidak terkira,
Jarak masa 500 tahun lamanya.
Patik harap, peristiwa ini tidak berulang lagi ditempat yang sama,
Wahai sahabat-sahabatku,
Bersedialah!
Jadilah pemimpin yang adil, rakyat yang setia.
Pilihlah pemimpin berlandaskan syarak yang ditetapkan olehNya.
No comments:
Post a Comment