Assalamualaikum..
Alhamdulillah, Allah masih kurniakan aku kekuatan untuk menulis walaupun kadangkala diri ini jatuh, Allah tetap beri kekuatan untuk bangkit, kadangkala rasa diri ini sombong, Allah tetap mahu memandang, kadangkala hati ini terasa sakit, Allah tetap sediakan ubatnya, dimanakah ubat itu? Tepuk dada, tanyalah iman kita.
Sakit rasanya apabila perkara ini berlaku, tapi ini adalah satu cara Allah untuk mendidik hati yang hitam ini,mungkin tanpa peristiwa ini, apakah yang berlaku padaku? Apakah aku masih mampu bertahan dengan niat yang menipu? Aku bermonolog sendiri, ya Allah, hebatNya diriMu dalam menentukan apa yang terbaik buat hambaMu. Peristiwa yang berlaku baru-baru ini menyebabkan aku sedar satu perkara yang menjadi penghalang untuk cahaya Ilahi bergerak dalam garisan yang lurus melintasi sekeping hati yang dimiliki.
Di dalam entri yang sebelum ini,ada diketengahkan mengenai peranan media. Andai media itu mengiku garis peraturan tetapan hati manusia,tentulah ianya tidak adil. Mengapa? Kerana manusia itu sendiri tidak adil,manusia mempunyai kehendak. Kehendak yang tidak menentu,kadangkala melulu. Di masa kini,untuk kita bangkit kembali, untuk kita melihat sendiri bagaimanakah Islam di zaman nabi,kita sendiri perlu membuka mata,mangkaji sendri panduan yang ada. Andai mengikut garis panduan kita,pasti terlena, maka ikutlah garis panduan yang ditetapkan oleh Allah swt.
Aku masih lagi berdiri melihat dunia melalui dimensi yang kecil, masih belum 3600 ataupun 3D. masih melihat pada Malaysia tanah airku dan kemudiannya dibandingkan di bumi putih ini. Aku memandang pada media kita,satu medium yang hanya dikendalikan oleh beberapa orang dan kemudiannya di siarkan secara pukal pada rakyat Malaysia. Andai rancangan yang dikeudarakan itu lebih mementingkan hiburan berbanding mesej yang tersirat,maka itulah yang kamu dapat. Penyalahgunaan media massa yang ada. Hati saya menjerit,seni itu indah,tetapi kita yang mencalarkannya mengikut hawa nafsu kita yang akan lalai dan lupa,yang hanya mahu mengikut keseronokan sementara sahaja, selepas itu, apabila ditanya,kosong,hanya gelak ketawa,derai air mata,tangisan tidak terhingga atau gerak tari yang tiada sudahnya yang kita muntahkan. Apakah itu mampu membawa kita melepasi neracaNya. Aku diam,hatiku menjerit.
Bukan kerana aku tidak mendapat apa-apa, tetapi aku terkejut apabila mengenangkan definisi yang di salah ertikan, bagaimana kita mahu memanfaatkan Islam itu syumul seandainya dalam sesuatu itu kita dicampuradukkan dengan sesuatu yang bukan Islam? Carilah definisi tersebut dan bandingkannya dengan apa yang kamu inginkan?samakah? sedangkan minyak tidak akan bercampur dengan air,inikan pula antara haq yang batil. Tapi kini perumpamaan untuk haq yang batil tidak boleh di umpamakan seperti minyak dan air, pada aku kini haq yang batil bagaikan hitam dan putih kemudian ada kelabu diantara kedua warna tersebut.
Sakit rasanya apabila mengenangkan perkara ini, walau apa pun yang berlaku,berpeganglah pada apa yang ada pada dirimu walaupun sukar….aku diam, aku tahu Allah sayang padaku. Andai aku seorang mahu lakukan perubahan pada media kita,itu mustahil. Kerana itu perlu kita bangkitkan kembali diri ini,mengkaji di mana yang haq, dimana yang batil. Menyelami setiapa perkara yang terjadi. Percayalah, Negara kita tidak akanberubah seandainya kita hanya sekadar menghentam dan saling memaki antara satu sama lain. Bukan itu penyelesaiannya, bukalah mata,bacalah…bacalah kalam Allah yang dikurniakan pada kita. Bukan menulis untuk memuaskan hati, tetapi untuk memperbaiki diri sendiri di jalan yang penuh berduri.
Jatuhnya Melaka kerana kealpaan mereka,
Lalai dengan tarian lenggok lentiknya tubuh,
Bangga dengan harta setinggi gunung,
Cukup dengan kawasan menjadi tumpuan dunia
Melenakan hati yang ria
Memberi peluang pada sang tentera salib
Datang merampas tanah mereka,
Membinasakan segala yang ada
Lalu dibina kota
Itulah kisah 500 tahun yang dahulu
Sunatullah…
Yang berlaku dengan izinNya,
tidak mustahil andai perkara itu diulang-ulang
Atas kelalaian kita pula..
Start from simple things first.
cukupkah andai kalian melaungkan kata-kata semangat dakwah,tetapi pada diri kalian masih di nilai oleh mereka yang memuji jahiliah yang ada pada diri anda. Aku tidak sanggup,aku tidak mahu. maafkan aku.
No comments:
Post a Comment