Sunday, 13 February 2011

bahasa.

assalamualaikum..
Alhamdulillah,Allah masih beri saya hadiah hari ini apabila masih membenarkan saya bernafas tanpa perlu membayar sesen pun padaNya,saya masih boleh melihat langit di malam hari dan dipagi hari sambil  menanti bilakah saya boleh melihat bintang dan bulan yang agak menyorok  minggu ni.Sambil saya membuat kerja,sempat juga saya berfesbuk dan berblogging melihat blog kawan-kawan saya dan junior saya.Saya dapat rasa satu perasaan yang kurang senang apabila ada sesetengah status menggunakan perkataan yang tidak sopan iaitu WTF,Bullshit..etc..etc...apabila ditanya mengapa buat status sebegitu,tanpa rasa segan silu jawapannya:"saja,dah lama tak mencarut,sesekali jadi bodoh apa salahnya,bosan jadi pandai."
Saya sedar,saya bukanlah seorang yang sesuai untuk mengetengahkan isu ini,mungkin belum cukup sopan dan solehah ataupun bijak,tetapi untuk menanti saya menjadi sopan,solehah dan bijak baru menulis mengenai hal ini,mungkin pada waktu itu saya sudah tiada lagi di dunia,tiada siapa mampu menjaminnya  kecuali Allah yang Esa,selain itu rasa kurang senang yang ada pada diri saya mengenai  budaya yang masih dianggap cool oleh sesetengah golongan ini mendorong saya untuk menulis mengenai perkara ini.Bahasa melambangkan siapa diri kita,dalaman kita.Janganlah kita membinasakan diri kita menggunakan organ yang tidak bertulang ini.


Daripada Abu Hurairah:Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah saw tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab ”Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik”. Baginda ditanya tentang apa yang akan memasukkan manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab ”Mulut (lidah) dan faraj (alat kelamin)” (Fathu Bari. Jld 8:316)


Apa yang saya kesalkan adalah budaya seperti itu dirasakan cool dan kadangkala biasa sahaja,bagaikan bahasa harian yang digunakan apabila mahu berkomunikasi  di kalangan mereka,saya berasa sangat kecewa kerana pada saya penggunaan kata-kata seperti itu ibarat menjatuhkan maruah sendiri terutamanya di khalayak ramai.Mungkin ada yang rasa khalayak ramai itu adalah pergi ke hadapan semua orang dan berkata-kata seperti itu,tetapi di zaman yang seperti ini,di Facebok,Twitter atau blog juga merupakan medan khalayak ramai.Semalam,ketika saya singgah sebentar ke Green Lane Mosque,Birmingham saya sempat berbual dengan seorang wanita yang boleh saya katakan sebaya ibu saya,wanita itu mencari buku dakwah dalam bahasa mandarin,untuk diberikan pada sahabatnya yang bukan Islam tetapi mahu mendekati Islam menggunakan bahasaibundanya,saya terharu melihat kesungguhan wanita tersebut.
 Sebelum saya meminta diri dari,beliau telah berkongsi sesuatu dengan saya,iaitu berhati-hatilah menggunakan teknologi sekarang kerana ia adalah salah satu medium untuk  menyebarkan fitnah.saya kira nasihatnya sangat berharga,mungkin kerana beliau sudah melihat peredaran zaman lebih lama dan mengalami kepesatan teknologi yang hebat sejak beliau lahir.Saya berharap,terutamanya pada diri saya sendiri agar tidak menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan seperti ini.Tujuan saya menulis bukanlah untuk syok sendiri,mengkritik di sana-sini,tetapi adalah untuk memperbaiki diri sendiri. khas untuk kaum saya terutamanya yang bakal menjadi ibu pada generasi yang akan datang,janganlah kita menjadi guru pertama pada anak-anak kita yang masih suci dengan menggunakan bahasa yang kotor seperti itu,janganlah kita bertindak  mengotorkan kain yang fitrahnya bersih.
Pada diri saya sendiri terutamanya,masih belum terlambat untu berubah,menggunakan bahasa yang lebih sopan,cubalah iAllah pasti berjaya kerana ianya mengubah sikap kita,bukanlah untuk mengubah sifat semulajadi kita walaupun sukar.

hb.
0928/130211

2 comments:

nurulhusnazubir said...

masya Allah..betapa manusia itu apabila tidak beriman pd Allah dan hari akhirat, dia berkelakuan bgitu bongkak..bygkan kalau kita lihat seorg hamba, bcakap bsar..msti rase cm nk ***..inikan kita, mnusia, y mrupakan hamba pd Allah..em,..lagikan, kita kdg2 geram klu tgok bibit2 (org gaji) bmewah-mewahan..inikan lgi kita, hamba..ee..nauzubillah..moga kita dan generasi y lahir dri kita dijauhkan sifat2 sedemikian, dan dirahmatiNya, sntiasa

p.s: baru smpat utk myelak2 blog...meng'qada' pmbacaan..:)

Hidayah Bani said...

bagusnya analogi awak tu,kalau kita ada org gaji pun akan marah dan kurangkan gaji klu dia buat apa yang kita tak suka,tp Allah tak,even hamba dia sombong mana pun,tak buat apa yang Dia suruh,sikit pun nikmat Allah tak dikurangkan¬_¬...bagi lagi banyak adalah.
ps:sy geram jugak dgn diri sbb kdg2 bila sorg2 ada jgk terlepas yg tak elok..tp kesedaran tu penting kan dan Allah akan sembunyikan aib kita klu kita tak exposed aib kita(bknla hipokrit)