Anda dinasihatkan membaca setelah mendapat keyakinan diri(dari rakan sebaya juga) untuk bertahan, andai anda tidak dapat bertahan ditengah jalan, jalan back sentiasa terbuka untuk diklik.
Assalamualaikum wrm..
Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik dah bulan Februari. Tak lama lagi menjelanglah musim exam dan iAllah akan tamatlah second year saya. Agak sekejap jugak la. Oh , ye baru-baru ni saya mengalami satu pengalaman yang buat perut saya bergelodak, rasa macam tak lalu nak makan dah.
Peristiwa ini berlaku apabila saya teringin untuk membeli nasik lemak di sebuah kedai yang terletak di SO, nama kedai itu biarlah dirahsiakan. Kali pertama saya membeli nasik lemak di kedai tersebut, rupa nasik lemak itu agak kemas dan rasanya agak bagus, jadi niat saya untuk membeli nasik lemak buat kali kedua agak membara. Akhirnya, pada hari yang saya rasa senang untuk keluar, saya pun pergilah ke kedai tersebut untuk membeli nasik lemak tersebut.
Pada mulanya saya agak terkejut apabila kena menunggu lama untuk membeli nasik tersebut, kemudian lagi terkejut apabila melihat nasik tersebut dibalut menggunakan kertas, tidak menggunakan polistren seperti dahulu. Akhirnya saya pun pulang ke rumah menjinjit nasik tersebut sambil berfikir tentang perubahan yang berlaku dalam masa seminggu.(macam tak puas hati pun ada)
Sampai sahaja ke rumah, saya terus membasuh tangan untuk mengerjakan nasik lemak ayam tersebut, betapa terkejutnya saya apabila melihat telur goreng kini digantikan dengan telur rebus separuh, lagi lagi saya terkejut apabila melihat ayam yang digoreng masih mempunya bulu yang lebat(masyaAllah..(T.T)) Saya tidak mampu makan dan tidak mampu meneruskan proses mengerjakan nasik tersebut, lalu saya menutup ayam tersebut dan makan dengan sambal ikan bilis dan telur rebus(1/2).
Selepas selesai mengerjakan nasik tersebut, saya duduk-duduk dan sempat terfikir suatu perkara, andai fizikal kita tidak mampu menerima sesuatu kekurangan yang terdapat pada makanan, ataupun makanan itu kotor, apakah kita pernah menitikberatkan tentang makanan hati kita juga? Andai fizikal mahukan makanan yang bersih, bagaimana pula hati kita? Andai fizikal saya tidak mampu menerima nasik lemak yang sangat sedap tapi ayamya masih berbulu, mampukah hati menerima makanan yang sedap tetapi kotor, saya boleh analogikan seperti kita mencari alasan untuk menonton sebuah filem, kita katakana filem itu mempunyai pengajaran yang sangat bernilai untuk kita ambil dan terapkan dalam kehidupan seharian, tetapi filem itu mempunya hanya sedikit (sikittt je)aksi dewasa, lebih dari pengajaran yang ada, so pengajaran mendominasi la kan,so boleh la kan?,owh itulah pengadilan kita pada hati yang zahir ini, apa mampu hati menerima? Fizikal anda mungkin gembira, tetapi hati kita umpama makan nasik lemak ayam goreng yang berbulu, hati kita yang tidak nampak ini sedang menangis dan nak termuntah-muntah kerana dipaksa makan ayam tersebut. Fitrahnya, hati kita ini bersih. (TT_TT). Betapa bersihnya hati kita asalnya sehingga diumpamakan seperti ini..cinta=hati.love is cinta.erk..(=.=)
" Dua cinta yang tidak boleh bersatu dalam satu masa adalah cinta kepada Allah dan cinta kepada maksiat"
Makanan yang sedap tidak mampu untuk kita terima andainya terdapat najis didalamnya,
Begitulah hati kita.
Ps: entry yang agak extreme, tetapi setelah difikirkan pengajarannya, bolehla untuk kita ambik kan.
No comments:
Post a Comment