Sunday, 28 November 2010

when they ask questions....

aku yang tengah minum teh pun tersedak...
ok,soalan yang extreme unk dijawab.
ye la..pada aku benda tu mengenai perpecahan
n kalau salah jawab
boleh jadi fitnah..even matlamat sama.
aku pun senyum je
bila dengar banyak khabar angin rupenye
pasal benda ni.
meke memang advance,kalah aku
ramai orang yang pilih unk senyap je
but,pada aku..dah apa yang diorang tau lagi banyak yang pelik dari yang betul
baik clearkan...aku pun baru je tahu,
hope Allah permudahkan
untuk kita  memahami
di sebalik perbezaan,kita tetap ada persamaan
semoga bersama-sama dalam satu rombongan ke syurga kelak
kena banyak berlapang dada
kat jalan ni
kita nak bina karektor,bukan reputasi.
kena jadi pasir yang berkualiti untuk bergabung jadi batu bata
supaya bahan cukup kualiti
n kalau guna untuk  bina bangunan
tak retak nanti
:)

Friday, 26 November 2010

kapal,atas..bawah..

"perumpamaan orang-orang yang menjaga hukum-hukum Allah dan yang melanggarnya adalah ibarat orang yang naik kapal.Ada yang di atas dan ada yang di bawah.Jika orang yang di bawah melubangi kapal,tentulah air juga akan menenggelamkan orang-orang di atas.seandainya mereka tidak dicegah,tentulah mereka semua akan tenggelam,dan jika dicegah maka mereka akan selamat semuanya."
(HR.Bukhari dan Tirmidzi)
ada sebuah kapal,yang bertingkat-tingkat..sumber air untuk kapal ini terdapat di tingkat atas kapal,jadi,orang-orang di tingkat bawah perlu berulang-alik ke atas untuk mendapatkan sumber air.Keadaan ini berlarutan hingga beberapa ketika yang lama..orang-orang yang tinggal di tingkat bawah kapal mula merasa letih kerana perlu berulang-alik ke atas untuk mengambil air,lalu salah seorang dari mereka mencadangkan agar membuat lubang di tingkat bawah agar mereka lebih mudah untuk mendapatkan sumber air,tiada seorang pun dari tingkat ats atau dari mana tingkat yang tampil untuk membangkang kegiatan tersebut,jadinya apabila dilubangkan,mereka yang tidak bersalah turut tenggelam juga,analogi ni membawa maksud kita tidak boleh baik sorang-sorang ataupun hanya dengan kelompok yang baik-baik dan mengendahkan kelompokyang melakukan kemungkaran kerana bala bencana dari Allah itu datangnya menimpa pada seluruh umat manusia seandainya Allah murka..huhu..
sedikit peringatan untuk diri sendiri di pagi Jumaat ini agar menjadi kekuatan untuk memperbaiki diri sambil mengajak orang lain,iAllah:)

credited to google image
birmingham
-5C
0739
jannatulhuda

Monday, 22 November 2010

prosess yang berterusan

belajar..hatta kite dah masuk kat liang lahad pun di ajar lagi kan..keluar je dari rahim ibu pun,kita dah  belajar..ada yang kita belajar dengan pertolongan Allah,cth:waktu mula2 nak menyusu,waktu nak bertatih,berjalan..bukan tak pernah jatuh kan waktu belajar berjalan tu..huhu..n ada jugak yang kita belajar directly dari guru,naqibah n indirectly dari apa yang berlaku di sekeliling kita..kalau kita guru/daie sekalipun,anak murid/mad'u tu jugak yang akan ajar kita juga,in terms of life...dan kita perlukan stamina untuk semua tu..
alhamdulillah,weekend yang lepas,aku pergi Cardiff bersama-sama sahabat dan juga junior2 ku..banyaknya yang aku belajar..dari junior,sahabat,senior,dari environment,dari talk2 yang di sampaikan tu jugak..sampai aku rasa..oh..sikitnyeeeeeeeeee yang aku tahu.¬_¬...banyaknya yang kena tingkatkan/perbaiki dalam diri aku...
cakap mengenai diri....apa yang ada dalam diri adalah iman..kadang2 iman tu turun,kadang2 naik...ada jugak bila rasa down..iman kita pun rasa exhausted..hu~~rupa2nya..iman ni macam tubuh badan kita jugak,,perlukan stamina..stamina iman! n perlulah di bina..kalau dalam ni rasa berenergy,apatah lagi yang luaran kan..jadinya banyak yang perlu kita lakukan untuk stamina iman ni..antaranya berbuat sesuatu dengan sebenar2nya,cth:kalau baca Quran,baca dengan maknanya dan hayati apa yang Allah katakan pada kita,walaupun baca satu ayat je..bacaan begitu lebih berkesan daripada baca satu muka yang kita hanya baca macam baca katalog,iAllah,pahala tu akan dapat..tapi keberkesanan pada jiwa...macamana kan?kalau tidur pun..kena tidur yang sebenar2nya..makan n semuanya agar apa yang kita lakukan tu ibadah dan terkesan pada jasad dan roh kita...tapi tu la kan,macamana nak rasa yang iman tu ada?
jadi..aku pun nak share satu hadis mengenai kelazatan iman..
sabda nabi :ada 3 perkara(syarat) untuk mendapatkan kelazatan iman iaitu mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada mencintai orang lain,mencintai seseorang kerana Allah,dan benci kembali kepada kufur serupa dengan bencinya jika dia dicampakkan ke dalam api neraka yang menyala.(riwayatBukhari dan Muslim)
jadi..untuk rasa kelazatan ni..takkanla nak terus terjah je kan,jadi..kena la bina stamina dulu bagi kuat,macam nak bina menara,foundation/base/ceracak  tu kena la mantap..kalau tak mantap.dah bina tinggi2..bolej je retak dan roboh..camne tu? ....masyaAllah,rasa kerdilnya diri ni untuk membina stamina iman...tapi,memang takde tapi....kena bina jugak supaya diri ini kuat!dan dapat bersaing dalam merebut pengakhiran yang terbaik dalam perjalanan yang panjang menuju pada Allah swt.penciptaku¬_¬
photo by deviant art
ada dengar
mengenai hadis ke19..
secarik menganei hadis tersebut
berbunyi:
pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah mengering tintanya
(hr;Tirmizi)
takdir dah ditentukan kan..
takkan la nak usaha lagi,dah Allah tentukan..huhu
tapi..pada aku
usaha tu tetap ada
sebab
aku tak tahu apa takdirku
wallahualam
berusaha untuk dapatkan yang terbaik untuk kembali semula
ke kampung halaman.
syukur pada Allah,semoga Allah jadikan aku lebih bersyukur..
12:16
221110
birmingham uk
petang ni lab..hehe..

Friday, 19 November 2010

hari ni,
dapat satu pengajaran..tak kisah la siapa yang bagi..
janji,jangan kita tutup hati kita rapat2..
buka hati kita untuk terima walau apa pun..
bersyukur..sebab hati masih sensitive...
iAllah,akan perbaiki diri...:)
pelajaran tentang kehidupan,ada di sekeliling kita
terserahlah..mahu menerima atau tidak.
Alhamdulillah~~~

Tuesday, 16 November 2010

cinta Allah

salam wrm..
petang raya ni,or hari raya ni,seharian aku takde kelas n takde apa2 aktiviti sangat,jadi aku isi masa tersebut dengan membaca senaskhah buku fikrah yang bertajuk Isti'ab..rasa nak share satu hadis yang aku baca..masyaAllah...
"orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.Amalan yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang kamu masukkan ke dalam diri seorang muslim,membebaskannya dari suatu kesusahan atau melunasi hutangnya,atau membebaskanny adaripada kelaparan.Sungguh,seseorang berjalan bersama saudaranya dalam satu keperluan lebih aku sukai ketimbang 'iktikaf di masjid ini selama sebulan.Siapa yang menahan kemarahannya sedangkan kalau mau ia bisa melampiaskannya,maka Allah akan memenuhi hatinya dengan keridaan pada hari kiamat.Siapa yang berjalan bersama saudaranya untuk satu keperluan hingga menunaikannya maka allah akan meneguhkan kedua kakinya pada hari semua kaki tergelincir" (HR.Al-Asbahani)

hadis yang sangat padat..hadis ni aku baca di bawah tajuk kecil isti'ab eksternal yang dipecahkan pada skop yang lebih kecil iaitu ciri2 daie untuk menarik manusia mendekati Allah..iaitu membantu orang lain dan melayani keperluan mereka.banyak point penting,semoga kita bersama-sama melakukannya hanya kerana keredhaanNya.

dalam bilik
10 zulhijjah 1431
birmingham,uk

al muslim akhul muslim...

kisah nabi Ibrahim dan anaknya,nabi Ismail

assalamualaikum wrm...
Alhamdulillah,ni ada lah kali ke2 aku menyambut hari raya Aidiladha di perantauan.:)
rasanya?10 Zulhijjah....berbeza...memang berbeza,sungguh bulan Zulhijjah banyak mencatat peristiwa agung antaranya kisah nabi Ibrahim mengorbankan anaknya nabi Ismail dan juga merupakan bulan bagi umat Islam menunaikan ibadah haji...semoga semakin aku dewasa,semakin kehidupanku lebih bermakna.erm...hari raya haji ni,mmg teringat satu kisah yang di abdikan dalam Quran..iaitu kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail..pada aku,asas pada kisah yang sangat hebat ni adalah di mana cinta kepada Allah mengatasi cinta pada makhluk,sanak saudara,dan segala apa yang ada di dunia yang sementara.
kisah ini telah Allah ceritakan pada kita di dalam surah As-Saffat dari ayat102-110.


Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. (102) Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). (103) Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! (104) Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (105) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. (106) Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (107) Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. (108) Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. (109) Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (110)(as-Saffat:102-110)


dalam kisah ni,terlalu banyak nnilai2 murni yang sangat memberi kesan kepada jiwa aku sendiri,antaranya apabila nabi Ibrahim menyuarakan apa yang telah baginda mimpi dan mimpi itu datang dari allah swt,maka Nabi Ismail juga sanggup bersama ayahnya untuk melaksanakan perintah Allah yang menguji kesabaran dan juga kekuatan hati..betapa kuatnya rasa Cinta pada Allah melebihi cinta pada darah daging sendiri andai semuanya kerana Allah swt.sedikit perkongsian sempena hari raya Qurban yang memang penuh pengorbanan ini,semoga kita menjadikan raya itu satu ibadat dan bukan keranan adat,maka di mana pun kita berada,sejauh mana pun dari negara asal kita..jalankanlah dengan berlapang dada kerana semua itu takdirNya.




jauh di bumi inggeris,
10 Zulhijjah 1431
jannatulhuda10'

Monday, 15 November 2010

serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada.
dan...yang tertinggi adalah itsar
jazakillah khair

Wednesday, 10 November 2010

reactive

erm..aku jadi reactive
bila tengok ada dua blog yang mempunya post yang berkaitan dengan manja2 ni
n memang ada quote
dakwah bukan untuk orang manja
uhu...manja macamana plak tu?
aku pun pikir
dapatla jawapan yang memang aku rasa.....
pada aku relevenla
org lain
tak tahu plak kan
ok..pada aku manja tu subjektif.
boleh nak manja.
tapi jangan kerja dakwah tu semakin lambat,padahal dunia mahukannya cepat.
di paras yang sangat kronik.
boleh nak manja
tapi jangan sampai tak boleh tengok orang lain dgn org tu.
boleh nak manja
asal boleh kawal perasaan
boleh nak manja
bila boleh terima teguran dengan berlapang dada.
kerana dakwah kita dakwah kasih sayang.
sebagaimana sayangnya Rasulullah saw pada sahabatnya
Abu Bakar as Siddiq.
sebagaimana ikatan ukhuwah antara para sahabat
yang tidak dibuat-buat kasih sayangnya
dan kasih sayang itu kerana Allah
tiada siapa pun yang dapat  kecuali manusia-manusia yang Allah mahukan
kerana kuasa ukhuwah itu
boleh menggentarkan musuh...
mencampakkan rasa takut pada musuh
sampaikah pada tahap tu?
kalau berlapang dada pun sangat sakit untuk di praktiskan?
bagaimana dengan itsar?
ok..pesana unk diri sendiri
yang kadang2 lemah jugak
belum buat,dah rasa tak boleh.
erghhh....kena yakin,Allah tak pernah tinggalkan hambaNya
padahal manusia itu sendiri yang alpa.
dakwah bukan untuk menyeragamkan manusia
tetapi untuk membina manusia
yang boleh berkerjasama
dalam menjunjung amanatNya
dalam redhaNya
photo credit to deviant art 

Monday, 8 November 2010

hujan

hari ni hujan lebat
pergh...
banyak sangat la bnda jadi pagi ni
hurm..kena kuat...
rain of feeling-deviant art

Sunday, 7 November 2010

¬_¬

salam
buku yg sedang dibaca sekarang adalah buku yang bertajuk Isti'ab karya Fathi Yakan..
tersentuh dengan huraian beliau mengenai kesabaran yang perlu dimiliki oleh seorang da'i
"Da'i yang benar adalah da'i yang hidup untuk orang lain dan bukannya untuk dirinya sendiriberusaha membahagiakan orang lain meskipun mengorbankan kebahagiaan peribadi.Semua itu dilakukan dengan sebuah keyakinan bahawa apa yang dilakukan akan berbuah keimanan di hatinya,dan ia juga yakin bahawa apa yang dilakukan adalah tabungan kebaikan disisi Allah swt pada hari hisab".

tapi..klu tgk balik,ini adalah untuk kebaikan pada hari hisab kan?hence memang ada point selfish di sini...huhu..maknanya kat dunia itulah bukan untuk dirinya,tapi  kat akhirat,apa yang dilakukan di dunia walaupun bukan unk dirinya akan menjadi saham.sesungguhnya kehidupan akhirat itu lebih baik kan..hu...
tu la..aku pun sekarang tgah fikir unk jaulah peribadi aku,sama ada nak g waktu spring or winter ni...hope Allah permudahkan.
sedikit perkongsian unk diri sendiri menginsafi...akan berusaha bangkit walau jatuh beribu kali.

Saturday, 6 November 2010

mengingati Allah pada setiap langkah.

Isnin..011110..aku bawakan satu cerita..
seorang chemist..sangat nervous unk masuk lab,membuat eksperimen unk kali ke 4.
Agak gementar kerana beberapa eksperimen dia sebelum ni tidak mendapat result yang memberangsangkan,tak dapat product..betapa dia takut andainya kali ini dia ditakdirkan tidak mendapat result yang memberangsangkan,muhasabah diri,menyuntik semangat yang baru...lalu,setiap langkah yang diambil dimulakan dengan nama Allah,sentiasa mengingatiNya di setiap detik,dia mula sedar..persediaan yang cukup masih tidak mencukupi kerana probability eksperimen hanyalah..0.5 lulus,0.5 gagal dengan izin Allah. walaupun setiap procedure telah dibuat dengan baik.Alhamdulillah,eksperimen dia pada hari tu dapat product dan dari analisis IR dan GC,product dia ok tanpa unreactive styrene.
Dia mula berfikir,apakah pantas dia mendapat product ini tanpa izin Allah?Allah menguji dengan beberapa eksperimen yang tidak menjadi..apakah kerana dia hanya fokus unk mendapatkan result& product yang baik hingga melupakan pada Maha Besar yang menentukan kebarangkalian pada eksperimen yang lepas..duduk sebentar,menghela nafas...Allah sayangkan dia,mahu dia dekat denganNya,di uji untuk selalu mengingatiNya,Allah sgt sweet.Terima kasih kerana beri dia peluang untuk betulkan niat,meletakkan 100% harapan pada Maha Besar....
pic from google.

perlu lebih produktif

aku selalu tak yakin pada benda yang aku nak buat
boleh jadi ke tak ni?
kadang2 aku takut sebelum buat...apa sebenarnya yang aku takutkan?kegagalan?
mungkin jugak la,tapi if dah cuba lebih baik dari tak cuba langsung kan?
rasa inferior dengan orang yang outspoken?
erm..tu memang r,n aku memang tak suka.
camne nak overcome eh tanpa libatkan konflik?
aku rasa aku kena lebih advance.
produktif dengan diri sendiri..dan percaya,kejayaan dan kegagalan tu Allah bagi.
Allah tengok pada usaha kita.....
ye la...bajet la..heh..padahal penah buat status kat fb...
walaupun dah fail untuk kali ke 1000,jgan takut untuk mncuba lagi,kmungkinan kali 1001 itu anda akn berjaya dengan izinNya.
sepatutnya aku tambah lagi...dengan menyuntik usaha yang lebih dari sebelumnya....


urgh..kenapa eh..ok2..kena siapkan pro forma.
pagi-07:44
perlu lebih produktif
bukan unk siapa2
tapi kerana Allah.
daie kena produktif kan?
ergh..kill me softly (above statement)
tapi,memang itu perlu.
so,no more surplus time.
=_=

Monday, 1 November 2010

mainan hati....

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
 niat paling penting,supaya apa yang kita buat tidak hangus.
menjadi abu
lepas tu ditiup angin,terbang begitu je
tapi,kita rasa dah buat yang terbaik,pengorbanan paling hebat
hanya di zahir mata manusia
hati???masih bermain-main semata2 keredhaan manusia
biar jatuh seribu kali
asal boleh bangkit tegap berdiri.
demi mencari keredhaan Ilahi
mainan hati,hanya diri dengan Allah menjadi saksi.
“Katakanlah, mahukah Kami beritahukan kepadamu mengenai orang yang paling merugi perbuatannya? Iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” (Surah al-Kahfi ayat 103-104).
tidak mahu menjadi hamba Allah yang rugi,
ya Allah,kurniakanlah aku hati yang sentiasa mengingatiMu
berbuat sesuatu keranaMu
berlapang dada keranaMu
aku ingin tunaikan ikrarku..
Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,tuhan seluruh alam (6:162)

yang takut akan diri sendiri
tak nak jadi orang yang rugi
hanya Allah yang ku harapkan 
agar mentsabatkan hati ini
hanya keranaNya
tiada yang lain.

07:05
cahaya petunjuk itu harta paling bernilai
birmingham,uk
http://laskarmentari.wordpress.com
photo credit to deviant art