Hajat di hati untuk buat post tentang harapan 2012/1433H, tapi takpelah, simpan dulu.
Berbalik kepada tajuk di atas, kenapa ye?
Kisah ini dilakarkan dalam Quran khas untuk kta 1433++H dahulu; Malaikat dan jin dicipta terlebih dahulu berbanding manusia, makanya ketika Allah berfirman untuk mencipta manusia iaitu khalifah, akhirnya terjadilah detik ini;
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.(2:30)

Pada zahirnya, manusia lebih mulia dari malaikat. Ini ternyata apabila malaikat tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh Allah mengenai nama-nama, namun Nabi Adam dapat menjawab soalan-soalan tersebut. Menurut Sayed Sabiq, inilah kemuliaan ilmu dalam memahami dan mengenali sesuatu. Ia dikhususkan oleh Allah swt kepada manusia. Inilah yang membezakan antara manusia dengan malaikat.
Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. (31) Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (32) Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?. (33) Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (34) (2:31-34)

Dari segi yang lain pula, kita dapat melihat ketaatan malaikat kepada Allah adalah semulajadi, telah di setkan umpama komputer. Lain pula dengan manusia dan jin. Malaikat meninggalkan maksiat tanpa memerlukan daya kesungguhan kerana mereka sebanarnya tidak mempunyai nafsu syahwat.
Jadinya, ketaatan manusia kepada Allah lebih hebat kerana manusia ini mempunyai pilihan, mempunyai hawa nafsu dalam usaha taat kepada Allah swt. Manusia sentiasa perlu berjihad melawan hawa nafsu, memerangi syaitan, menanggung segala kesusahan untuk melakukan ketaatan disamping berusaha sedaya upaya untuk menyempurnakan diri serta memartabatkan rohnya secara suka ataupun terpaksa.
Manusia dan sabar
Sabar adalah satu keperluan yang sangat penting, sangat diperlukan dalam usaha taat kepada Allah swt. Terdapat tiga jenis kesabaran yang bertahap. Menurut para ulamak, tahap kesabaran paling tinggi adalah dalam taat untuk mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
Sabar yang perlu kita hadapi tanpa plihan;
Adalah sabar apabila kita menerima ujian. Kesabaran ini adalah tanpa pilihan kerana Allah telah menetapkan ujian tersebut untuk kita hadapi.
Kemudian, menurut jumhur ulama' antara sabar dalam menahan diri daripada melakukan maksiat dan sabar dalam menunaikan perintah Allah, sabar dalam menunaikan perintah Allah lebih tnggi derajatnya;
Antara Sebab mengapa jenis sabar ini lebih tinggi darjatnya;
1) Allah telah menciptakan kita untuk beribadat kepadanya, (51:56) dan mengenaliNya. Untuk mencapai matlamat ataupun tujuan hidup ini, kita perlulah menurut segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya dan untuk melakukan semua ini, sabar sangat-sangatlah diperlukan.
2) Allah membalas kebaikan dengan 10 kebaikan, dan kejahatan dengan 1 kejahatan. Jadinya, amalan kebaikan lebih dicintai oleh Allah swt dan kita dapat melihat pilihan dalam bersabar untuk melakukan maksiat. Mahukah kita lakukan sekiranya Allah lebih mengasihi perbuatan baik yang balasannya lebih dari apa yang kita lakukan.
3)Sekiranya pembalasan amalan kebaikan sama dengan pembalasan kejahatan yang kita lakukan, ternyatalah apakah nasib kita di Mahsyar kelak. Namun, Allah tetap dengan firmannya; "Kasih sayangKu melebihi kemurkaanKu".
Taat dan sabar, inilah yang ada pada manusia dalam perjalananNya menuju Allah.
Rujukan;
1) Akidah Islam, menurut Al-Quran dan Hadis, Sayed Sabiq
2) Patience and good manners, Amr Khalid
No comments:
Post a Comment