Friday, 6 January 2012

Pesanan

Alhamdulillah, dari perkataan Alhamdulillah itu pun, tidak tercukup pujian kita kepadaNya melainkan hanya Allah lah yang layak memuji diriNya sendiri. Bismillah pula mencakupi segalanya apabila kita membacanya tiap kali mahu memulakan sesuatu, ianya ibarat membawa Allah dalam setiap perbuatan kita, jadi apabila kita mengingati Allah di setiap perbuatan, mahukah kita membuat perkara yang tidak sepatutnya?

Kita orang muda, peringkat hidup yang kiranya paling dicemburui oleh peringkat-peringkat kehidupan yang lain. Manakan tidak, diperingkat inilah komitmen kurang, masih punya banyak pilihan dalam hidup, punya kudrat yang kuat, minda yang hebat dan sebagainya.

Namun, kita juga akan seperti yang lainnya, akan meninggalkan masa muda ini. Boleh sahaja kita rasa masa muda ini sekejap sangat, boleh juga kita rasa masa muda ini adalah masa yang panjang. Inilah ketakjuban masa, makhluk ciptaan Allah yang sentiasa bergerak tanpa boleh diundurkan. Masa muda inilah masa untuk kita enjoy, selalu juga dengar quotation tersebut. Enjoy? apakah definisi enjoy anda? saya tidak kata quotation ini salah jika kita bijak mencari definisinya.

Apa yang kita enjoy di masa muda ni? ada manusia yang enjoy apabila dia membaca, mencari ilmu, mengembara, menjadi sukarelawan..ada juga manusia yang enjoy berhibur, memberi makan pada nafsu, menggunakan masa yang ada dengan melihat filem-filem ataupun drama yang apabila ditanya apakah nilai moralnya, jawapannya hanya sengih ataupun...terfikir-fikir semula, apa ya? namun masa sudah dihabiskan. Tetapi buahnya? tiada.

Jadinya, pada saya, perlulah kita gunakan pepatah "masa muda la nak enjoy" dengan perkara yang apabila kita enjoy, ianya akan memberi faedah kepada kehidupan dunia dan akhirat. Pandanglah sesuatu perkara dengan penuh ilmiah, jangan hanya fikirkan keseronokan semata-mata.

Apabila kita ingin membuat sesuatu, timbanglah dengan neraca yang baik. Timbanglah semula dengan neraca apakah faedah dan kerugian yang akan kita dapat,  di dunia, di akhirat. Jangan nanti kita menyesal kerana tidak menggunakan neraca yang Allah kurniakan kepada kita untuk menimbang mana baik dan buruk, mana faedah yang akan kita peroleh, dan apakah kerugian yang kita dapati.

Kelemahan kita orang muda adalah terburu-buru. Akibat dari semangat yang sangat membara, kadangkala kita lupa pada konsep kesederhanaan. Kadangkala kita berlebih-lebihan, ada juga masanya seolah-olah tidak mengambil bahagian. Inilah yang pentingnya kita sederhana, merendah diri, sentiasa nasihat menahsihati, sedia menerima teguran dan juga bertanyalah kepada mereka yang lebih berusia akan sesuatu perkara yang kita kurang pasti.

Akibat dari fikirkan keseronokan, kita mahu akal kita ini memikirkan perkara yang selesa sahaja, sukar untuk memikirkan hakikat, realiti kehidupan. Lalu, aktiviti dalam hidup seharian di isi dengan berhibur berbanding membaca, menganalisa dan memahami apakah realiti kehidupan kini. Endah, tidak endah penyakit negara, masyarakat, dunia, jika tahu pun, hanya tertahu, bukan kerana ingin ambil iktibar ataupun menggunakan akal untuk mencari penyelesaian... tiba-tiba perkara tersebut berlaku di sekeliling kita, mungkin sahaja perkara realti ini berlaku pada ahli keluarga kita, sahabat kita ataupun diri kta sendiri. Boleh jadi, malas mengambil tahu realiti kehidupan di Palestina, Korea Utara, negara-negara timur tengah yang lain membuatkan kita buta. Lalu, apabla peristiwa tersebut berlaku pada kita, barulah mata celik semula, kala itu artis-artis pujaan, hiburan sungguh lari tinggalkan kita. Apa lagi yang ingin bersama kita? hanyalah hati dan akal. Itupun sekiranya sudah di isi ataupun sentiasa di isi dengan input-input yang berfaedah, berguna, ilmiah, praktikal dan realistik.

Bersungguh-sungguhlah apabila ingin melakukan sesuatu dalam kehidupan. Sungguh-sungguh, inilah sikap yang perlu kita terapkan sepanjang perjalanan kita menuju Allah.

Jangan berlagak pandai, hakikatnya semakin di isi dada ini dengan pengetahuan tentangNya, semakin rasa kerdilnya diri, barulah nampak seluas mana lautan ilmu dan medan amal. Jadinya, apabila kita berlagak pandai, kita ini seolah-olah memang tidak sedar diri, hanya duduk di kepompong yang kecil dan claim kita mengetahui segalanya. Ok, senangnya boleh kata, bagai katak bawah tempurung, bangga dengan bawah tempurungnya, hakikat sebenar, bumi Allah ini sungguh luas.

Oh, ya.. ada beberapa pesanan dari sahabat muda khas untuk saya, saya coretkan di sini supaya saya ingat; antaranya adalah

jangan bertangguh

jadilah guru yang baik


senyum selalu

Nasihat ini adalah nasihat untuk diri saya sendiri terutamanya. Khas untuk melangkah ke tahun baru.


No comments: