Wednesday 29 December 2010

ukhuwah fillah,biarlah sampai ke syurga..

jangan  hanya meniti di bibir sahaja
Daripada Abu Said al-Khudri,ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
''Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenaran yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka.Mereka mengatakan,'wahai Tuhan kami,saudara-saudara kami dahulu solat bersama kami,puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami.Tetapi engkau memasukkan mereka ke dalam neraka'.
''Allah berfirman,'pergilah dan keluarkan sesiapa yang kalian kenal daripada mereka'.
kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah-wajah mereka.Diantara mereka,ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya.Mereka pun mengeluarkannya lalu berkata: wahai Tuhan kami,kami telah mengeluarkan siapa yang telah engkau perintahkan kepada kami".
"Allah berfirman:'Keluarkan sesiapa yang dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar". Kemudian Allah berfirman lagi:'siapa yang dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar?. Hingga firmannya:'Siapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah (keimanan)''..
                                                                           (riwayat al-Nasa'i dan Ibnu Majah) hadis kudsi

wallahualam,satu gambaran tentang kehidupan yang bakal kita tempuh kelak,hence melalui hadis ini,amat-amat-amatlah penting untuk kita berkawan dengan sahabat yang sentiasa mengigatkan kita pada Allah dan kita juga menjadi sahabat yang mengingatkan sahabat kita pada Allah,barulah persahabatan itu mempunyai nilai sama ada di dunia mahupun akhirat,sesungguhnya untuk berbuat amal kebaikan itu amatlah susah dan sangatlah di benci oleh nafsu,jadi itulah perang yang sebenar,yang besar..point yang kedua pula adalah mengenai keimanan-mentauhidkan Allah,penting kan..apabila berbuat sesuatu buat 100% kerana Allah swt..huhu
peringtan untuk diri sendiri terutamanya dan pada semua supaya kita boleh menjadi ahli keluarga,sahabat,saudara yang boleh menyelamatkan sahabat,ahli keluarga dan orang yang kita kenal di akhirat kelak..ameen,ameen,ameen..
bersama saling berpesan-pesan dalam kehangatan kasih sayang yang hanya keranaNya
 photo credit to:nujum pak google
:) sangat rindu family nak masuk syurga dengan family ameen.

mengemis Ikhlas dari Allah
2051,291210
dalam bilik
jannatul huda
inginkan
al-Mukhlisin

1 comment:

nurulhusnazubir said...

chak!!
^_^
jumpa kembali..hehe