Wednesday, 8 December 2010

Alhamdulillah

dah beberapa hari kita menyambut tahun baru..1432 hijrah datang menjengah kita semua,banyak perkara yang berlau sepanjang akhir tahun 1431 h yang memberi kesan pada hidup aku...di dalam kesibukan aku menghitung hari,menghela nafas sebagai pelajar dan iAllah dai'e,beberapa aktiviti berjaya aku lalui selaku warga selly oak.
antara aktiviti tersebut adalah daurah di cardiff,mukaddimah ISK(usrah gabungan 1) dan ISK (usrah gabungan 2)..semoga aktiviti ini bukanlah sekadar aktiviti yang hanya menjadi rutin,tapi adalah kehidupan yang setiap kali dilalui,penghayatannya berbeza...lain rasanya dengar ISK sebagai seorang yang 0,dan bila mendengar ISK bila dah pernah dengar,btw even dah banyak kali dengar,tapi pasti ada kelainan di setiap apa yang kita dengar supaya ianya boleh menjadi iktibar kepada kita semua.:)
sebut pasal ISK,banyak desas desus yang mula mengatakan ISK semakin tidak relevan,pada aku ISK tu hanyalah alat untuk opening eyes,but itu depends pada masing2 ambil ISK tu sebagai apa..dan betul jugak,kalau kita ada alat,tentu kita perlu update alat kita selaras dengan zaman kan,macam kalau dulu perang pakai senapang n pistol je..tapi sekarang masing2 dah berlumba pakai bom hidrogen,gas saraf,bahan radioaktif ataupun senjata biologi..macam tu la kita perlu mengupdate alat selaras dengan zaman yang semakin mencabar,tapi matlamat nya sama je kan..untuk berperang..sama lah dengan ISK ni perlu di update,untuk menjadi satu benda yang trigger diri melihat dan memahami realiti dan tanggungjawab diri...
Alhamdulillah syukur,segalanya berjalan lancar atas izin Allah,
semoga aktiviti ini memberi kesan pada diri untuk mendekatkan diri pada Allah serta pada sahaba-sahabat lain jugak.lagi satu rasa syukur yang tak terhingga sebab dah dapat cari rumah sewa untuk tahun depan,syukur Allah permudahkan urusan,memberi lintasan hati untuk call landlord tu dan malam tadi kami dah tandatangan kontrak,semoga semuanya berjalan lancar atas izin Allah..dan harap tahun depan bia'h solehah masih menyirami bumi birm di atas keberkatan-keberkatan penduduknya juga...uhu~lagipun sekarang junior2(ada junior mintak panggil sahabat muda..hehe..lawak la..ok2) mencari rumah jugak,hope Allah permudahkan urusan mereka n mudahkan mendapat rumah yang dekat2 supaya memudahkan urusan tahun depan...tak boleh nak predict tahun depan camna,but apa2pun Allah maha mengetahui kan..
2 mingu terakhir ni memang penuh dengan cabaran,ada test...lab dah double..pastu lab report pun macam tahu tak tahu je nak buat..but ya Allah,janganlah kesibukan yang melanda ini membuatkan hati aku lalai dari mengingatiMU dan janganlah hatiku hilang arah tuju keihkhlasan bila diminta melakukan tugas keranaMU,sepatutnya saya pakukan pada diri yang KERANA ALLAH ITU ADA AKU MASIH DISINI,bernafas..so kenapa tak boleh give even aku dah take berbillion kali(infinity la terus)..uhu...
takdir Allah menentukan
bumi selly oak menjadi saksi
perjalanan hidupku
selama beberapa ketika
selama aku bergelar pengembara
yang mencari jalan dekat denganNya
terima kasih Allah
Allah adalah sebaik-baik penentu
aku hanya merancang
alhamdulillah

No comments: