Alhamdulillah,syukur sebab hari ni saya masih lagi bernyawa untuk mengupdate blog ni,alang2 dah jumpa intenet an...semalam saya telah diizinkan Allah untuk menghadiri iftar jamaie yang dianjurkan oleh jim dan ikram yang bertempat di Sekolah Al-Hidayah,ipoh perak.saya telah bertolak dari TApah bersama kak hikmah n sampai kat sekolah tu sekitar jam 5 petang,antara usrah kabilah perak yang ada ialah kak tom,kak murni,kak ili,kak aisyah.senelum kami menjoinkan diri untuk iftar bersama2,kami sempat mengadakan usrah dan sedikit sharing session:)
kami sempat mentadabur surah Luqman..dan ayat yang paling ditekan adalah ayat 17 yang bermaksud:
"Wahai anak kesayanganKu, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.(31:17)
melalui ayat ini,point yang paling ditekan kan ialah amar maaruf nahi munkar,saya menyoal diri sendiri,apakah amal maaruf nahi munkar yang saya telah kerjakan?tidak terjawab soalan itu.YA ALLAH,ampunilah daku.:(..kesempatan ini juga saya ambil untuk mereflect diri dengan point yang lain iatu sabar dan solat......
sepanjang perkongsian juga,saya amat tertarik dengan kata2 kak hikmah iaitu
Allah sentiasa beri keyakinan.syaitan sentiasa beri keraguan.
saya sangat inspired mendengar kata2 tersebut.kadang2 timbul juga persoalan di hati,betulkah jalan dakwah ini yang ingin ku lalui?sanggupkah dan apa matlamat saya untuk melalui jalan ini.
wallahualam.
1 comment:
wah..bestnya dpt jumpa kak Aishah,kak murni n lain2..jeles2..
moga kita sama2 tsabat di jalan dakwah ini =)
Post a Comment