kadangkala kita hampir sangat dengan sesuatu yang kita sangat2 inginkan,sangat impikan sejak dulu.
Tetapi dapat atau tidak pada sesuatu yang kita inginkan,hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Bagaikan gula2 yang dah ada dalam mulut.......tb2 duk bersembang boleh jatuh,atau aiskrim scope..baru je nak makan,pap! terjatuh kat lantai..nak kutip nti orang kata pengotor..jadi,biar je la..dah takde rezki..itulah yang saya fikirkan,sama ada kita redha atau tidak sehalanya berlaku,itu tolak tepi.(pada suatu masa dahulu)
namun,usia mengajar kita,dari sekecik2 example takde rezki,hinggalah sebesar2 contoh tiada rezki yang berlaku pada diri...apa2 pun semua yang berlaku banyak mengajar saya erti kehidupan.kini,andainya perkara sedemikian berlaku,perlulah saya fikirkan bahawa itu semua kehendak Allah dan Allah mengetahui apa yang terbaik untuk saya.Peristiwa seperti ini juga mengajar saya erti redha dengan ketentuan Allah,betapa sedihnya saya tidak dapat mengikuti program yang diadakan sewaktu cuti musim panas membuatkan saya sangat2 terfikir akan kekuasaan Allah swt dan cara penerimaan kita terhadap apa yang berlaku.Hanya sehari saya dapat mengikuti program tersebut,namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat saya dan walaupun sedih,disitulah saya belajar apa itu redha...berlapang dada dalam menerima apa jua yang Allah tentukan pada kita.wallahualam.Hanya rancangan Allah sahajalah yang terbaik untuk diri ini....
No comments:
Post a Comment