Saturday, 24 August 2013

Kisah Warga Asing

Hehe

Sejak-sejak ni, timbul pula cerita mengenai kad pengenalan khas untuk warga Bangladesh. Hangatlah semuala warga asing dari negara  ini, tetapi kurang sedikit hangatnya berbanding ketika PRU dahulu.

Kemudian, cerita mengenai ekonomi di Malaysia yang semakin merudum. Ekonomi Malaysia ni, boleh dilihat semakin tak sihat apabila tukaran mata wang asing dengan RM menjadi tinggi. Contohnya, waktu pertengahan tahun hari tu 1 GBP= MYR 4.80, sekarang GBP1=MYR 5.10.

Berbalik kepada kisah pekerja asing ni.

Ada beza antara pekerja asing yang berasal dari Indonesia dan Bangladesh.

Ini yang saya lihatlah. Mungkin disebakan tinggal di kawasan Felda, jadi dapatlah kaji sikit apa kaitan ekonomi dengan pekerja asing.

Oklah, pekerja dari Indonesia ini, sikap mereka menyimpan wang. Dan kemudiannya akan menghantar wang tersebut ke Indoensia, maka berlakulah pengaliran wang kita ke negara luar. Ini saya dapat lihat mengenai sifat mereka berbelanja. Mereka kurang minat untuk ke pasar lambak, menunggu bas dihari minggu untuk ke pekan, membeli motor dan melepak pagi-pagi di warung kopi.

Berbeza dengan sikap warga Bangladesh, mereka membelanjakan wang yang mereka dapat. Mereka akan menunggu bas untuk ke pasaraya, membeli motorsikal, sanggup berjalan kaki dari ladang sawit ke kedai makan petang-petang dan membeli nasik lemak di waktu pagi. Maka, bermulalah kitaran wang ringgit yang sihat.

Ekonomi ni, mudahnya (untuk orang yang tiada degree ekonomi) adalah perbelanjaan. Kitaran wang. Kalau hari ini, kita dapat RM20, dan simpan. Dan semua orang pun buat macamtu. Tiadalah kitaran wang yang sihat.

Hari tu ke bank, tukar wang RM100 lama, usia hampir 25 tahun . Belum pun sempat tukar ke pejabat Maybank, ada  seorang lelaki 30-an kejar. Jadi, tukar dengan beliauje lah. Maka, bertukarlah penyimpan wang lama tersebut. Semoga wang 100 lama tu sihat-sihat dan diframe dengan baik.


[Reviu] Unbroken

Salam wrm

Pada tahun ini, banyak buku yang saya baca berkisarkan kisah benar, sejarah dan juga fantasi. Dalam list ini juga, termasuklah sebuah buku yang bertajuk Unbroken.

Sebenarnya, saya tidak tahu langsung kewujudan buku ini. Hinggalah melihat post kawan di FB. Disebabkan waktu tersebut agak tegang dengan assignment, saya mengambil keputusan untuk membaca buku tersebut (versi kindle). Membaca buku sebelum due date ternyata memberi kepuasan kepada saya. 

Buku ini adalah biografi Louie Zamperini dan juga sahabatnya iaitu Allen Philips. Berlatarbelakangkan selepas WW1 dan ketika WWII, buku ini ternyata memberikan debaran yang tersendiri. Louie, daripada seorang kanak-kanak nakal--> Atlit Olimpik di Berlin (waktu Hitler memerintah, beliau dapat berjabat tangan dengan Hitler) ---> Tentera Udara US ---> Prisoner of War (POW), Tahanan Perang-->Kehidupan selepas perang.

Jika dilihat pada tajuk: 

 Unbroken: A world War II Story of Survival, Resilience and Redemption


Memang agak kena dengan jalan cerita. Direct. Kisahnya agak mendebarkan, bagaimana Aircraft yang dinaiki karam di lautan, bertahan di laut lebih daripada sebulan dan juga bertahan menjadi tahanan perang di penjara Askar Jepun. Semasa beliau menjadi tahanan perang, keluarga Louie di Amerika telah mendapat berita yang beliau telah mati . Apa yang menariknya, apabile tentera Jepun mengetahui Louie adalah bekas atlit Olimpik, pelbagai peristiwa yang berlaku. Antaranya, Louie disogok oleh seorang askar Jepun untuk dikalahkan supaya kekasih askar Jepun tersebut bangga dengan beliau (askar Jepun). Beliau juga digunakan sebagai bahan untuk menyebarkan propaganda Jepun.

Kisah tahanan perang juga sangat bermakna untuk diketahui, ini kerana rakyat Malaysia juga merupakan tahanan perang WWII. Cara seksaan hampir serupa. Namun, askar-askar Amerika akan mencatat apa yang mereka lalui dan akan menyembunyikan catatan tersebut. Jika mereka mati, mereka akan memberitahu dimana mereka menyembunyikan catatan tersebut kepada tahanan yang lain.

Kemudian, buku ini menceritakan kehidupan Louie dan Alan selepas perang. Trauma yang dialami. Ternyata, bukan mudah untuk melupakan apa yang berlaku sepanjang mereka menjadi tahanan perang.


Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang sukakan genre sejarah, biografi. Tetapi, ianya diceritakan dalam bentuk fiksi. Tidaklah dimuatkan dengan jalan cerita yang padat dengan fakta dan membosankan. Kurang repetition. Buku ini mendapat rating yang tinggi di US dan biasa-biasa sahaja di UK. Salah satu sebab, mungkin semangat patriotik US membuatkan buku ini mendapat sambutan yang hangat. 

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda bolehlah melihat reviu-reviu orang lain di laman Goodreads.



Cover  Unbroken versi US

Cover Unbroken versi UK

2204
24/8/2013
Sungkai, Perak
Malaysia~ Prepares for the unexpected