Bumi barakah. Masa saya tiba di Haramain adalah pada musim panas. Jadi waktu siangnya agak panjang. Subuh sekitar jam 4.20 am , manakala Isyak sekitar jam 08:20 pm. Suhu pada waktu itu sangat panas. Hotel yang kami duduki mempunyai penghawa dingin yang sangat menyegarkan. Namun, itulah ujian. Saya bisikkan pada diri, nikmat air cond ataupun kesejukan saya boleh rasai di mana-mana. Nikmat suhu panas hampir separuh dari suhu menggelegaknya air, saya rasai di sini.
Maha suci Allah, dunia ini bulat, namun suhunya berbeza-beza. Dari bumu eropah yang suhunya sekitar 16-17 darjag celsius, saya beralih ke bumi Barakah ini dimana suhunya mencecah hingga 50 darjah celcius. Kulit saya menggelupas dan hampir terbakar, hidung saya berdarah. Namun, saya tidak mampu merungut kerana barulah saya faham bagaimana suasana bumi Rasulullah saw dan para sahabat. Bagaimana menderitanya Bilal apabila diikat dipadang pasir, ditimpakan atas badannya seketul batu besar namun masih kuat hatinya hinggakan lisannya tidak henti menyebut 'Ahad'.
Untuk aktiviti ziarah, kami lakukan pada waktu pagi. Suhu yang panas di sini tidak mengizinkan kami untuk bergerak aktif di siang hari. Di Mekah, kami diberi kesempatan untuk mendaki Jabal Nur, dimana terletaknya Gua Hira. Kondisi kesihatan kami tidak mengizinkan kami untuk menawan Jabal Thur, tempat di mana Rasulullah dan Abu Bakar r.a bersembunyi selama tiga hari sebelum meneruskan perjalanan hijrah mereka ke Madinah.
Sepanjang 10 hari di Mekah, untuk kami berniat ihram umrah semula, kami akan berniat ihram di Masjid Tanaim. Jaraknya dari Mekah adalah lebih kurang 15 minit menaiki teksi. Tambang ke sana berbeza-beza mengikut jenis teksi yang kami naiki.
Sepanjang waktu ihram, banyak perkara yang tidak boleh kami lakukan. Antaranya adalah bergaduh. Apabila membaca buku, mungkin anda akan rasa bergaduh ini adalah bergaduh yang teruk. Rupa-rupanya, tawar menawar sewaktu ihram juga tidak dibenarkan kerana ianya melibatkan pertikaman lidah antara oramg yang ihram dan juga peniaga. Bertikam lidah juga dikategorikan sebagai bergaduh juga. Itulah sebabnya, apabila kita ingin menunaikan ibadah, jangan hanya berguru dengan buku kerana lapangan ibadah ini mudah dan luas. Tetapi bukan untuk dipermudahkan.
Pengalaman sewaktu berada di Masjidil Haram sangat berharga. Disana terdapat pelbagai bangsa dari serata dunia. Ramai orang menegur saya, namun saya hanya mampu tersenyum ataupun menganggukkan kepala. Saya bertanya,
" Do you speak english?"
Namun mereka masih bercakap dengan saya menggunakan bahasa arab. Lalu berdetiklah hati kecil saya.
" Rugi dulu tak belajar bahasa arab"
Apa yang saya tahu hanyalah,
" ma ismuki?"
"ismi Hidayah" [ok, jangan gelak].
Nasib baik sahabat bersama saya ada yang pernah mengambil bahasa arab hingga PMR, jadi faham lah sedikit- sedikit.
Tawaf. Ibadah ini memerlukan fokus, ibadah ini umpama solat. Tidak boleh berkata-kata dalam bahasa pertuturan. Bukan apa, tatkala sedang khusyuk bertawaf, tiba-tiba terasa ditolak. Disinilah kesabaran di uji, sama ada ingin menolak semula ataupun mendoakan semoga Allah mempermudahi urusan mereka yang menolak kita. Maklumlah, saiz saya agak mini. Saya tidak ditolak oleh orang muda, namun saya ditolak oleh orang-orang tua. Sabar itu ada pilihan. Sabar yang paling banyak pahala adalah sabar ketika menerima ujian. Bukan sabar selepas menerima ujian.Saya masih ingat kata seorang ustadz, berihram ini menyebabkan kita lahir sebagai seorang yang baru. Semoga Allah menerima segala amalan kita.
Di Mekah, keadaan kesihatan saya kurang memuaskan. Saya terkena selsema dan batu-batuk. Tetapi saya bersyukur kerana dipilih bersama-sama mengikuti solat Jumaat di Masjid-Al Haram. Khutbahnya pendek dan ringkas. Tidak seperti khutbah yang saya dengar di TV1. Walaupun saya tidak tahu bahasa arab, namun saya mentranslate khutbah sedikit-sedikit. Ada sebut pasal tazkiyatun nafs, ada sebut pasal ayat Quran 51:56. Ada juga hadis 1, iaitu hadis mengenai niat. Pada ketika ini, sekali lagi saya tepuk dahi.
" Tu la, dulu tak nak belajar bahasa arab".
Ok, lepas ni saya ingin belajar bahasa arab.

Suasana untuk memasuki Gua Hira' yang sangat sesak membuatkan saya hanya mampu melihat dari atas. |

Rasa rindu sering muncul. |