Monday, 14 June 2010

diam itu lebih baik....



sebenarnya bukan mudah untuk diam,kadangkala kita mahu juga untuk berkata2 walaupun apa yang kita mahu katakan itu tidak pasti kebenarannya..saya juga manghadapi masalah yang sama...ya,lidah itulah yang akan membinasakan kita andai kita tidak menjaga lidah kita sebaiknya.masyaAllah...*muhasabah diri. ada manusia yang mendiamkan diri dari apa yang tidak patut didiamkan(menyembunyikan kebenaran)..cthnya mengenai kebenaran Islam dan keEsaan Allah.Pada masa kini memang terdapat pelbagai fitnah dan khabar angin yang disebarkan  tidak pasti kebenarannya ,andai kita menyebarkannya juga kita akan mendapat dosa yang besar..*senangnya nk buat dosa..=_=
astaghfirullah...
jadi untuk motivate diri untuk diam(dari berkata bnda2 yang mendatangkan dosa dan fitnah)....Allah telah sediakan hikmah untuk perbuatan ini...antaranya ialah:

1.Sebagai ibadah tanpa bersusah payah2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.



Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)



*source from: Majalah Anis Edisi Mei 2009

No comments: