[amaran: agak panjang]
Sifat ini sudah ada sejak dari zaman penciptaan Adam a.s lagi. Ianya telah diceritakan oleh Allah s.w.t dalam surah al-Isra' ayat 61-62.
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)? (17:61)
Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya). (17:62)
Sifat ini senyap-senyap bersarang di dalam hati, sampai satu masa akan terserlah jua. Sifat ini lah yang menyebabkan Iblis iaitu Azazil dikeluarkan dari syurga.
Sifat ini boleh didefinisikan sebagai merasakan diri mulia lebih dari makhluk lain. Padahal, apa yang kita perhatikan tidaklah Allah mengisytiharkan mana satu lebih mulia. Api ataupun tanah. Namun, dari sifat takabbur ini telah membuatkan diri merasa lebih tinggi, lebih mulia dan hebat dari yang lain.
Penyakit ini apabila dilihat dari perspektif kisah-kisah nabi terdahulu, kita dapat melihat ianya ada pada Firaun yang merasa dirinya hebat. Dirinya adalah tuhan hingga beliau sanggup membina bangunan yang luas pasaknya, tinggi puncaknya untuk melihat Tuhan Musa iaitu Allah yang Maha Esa.
Dan Firaun pula berkata: Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu) dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta. (28:38)
Begitu juga Namrud. Namrud merupakan salah seorang dari empat insan yang Allah kurniakan kelebihan untuk memerintah timur dan barat bumi ini. Asalnya dia hanyalah seorang insan biasa. Namun apabila diberi kelebihan seperti ini, hanyut dirinya bersama kuasa yang ada. Akhirnya, sehebat-hebat beliau, mati juga kerana seekor nyamuk yang masuk ke kepala beliau melalui telinganya.
Dua kisah tersebut adalah dari segi apabila seseorang itu telah diberi kuasa. Bagaimana dengan kita pula? Yang pastinya kita tidaklah sehebat Firaun yang memerintah Mesir dan juga Namrud. Alangkah ruginya sekiranya kita membela juga sifat takabur.
Tidak perlu melihat jauh ataupun menunding jari ke arah manusia lain. kita lihat pada diri kita dahulu. Kadangkala sifat ini memang ada dan bila kita menyedarinya, tidak patut kita membelanya kerana ianya hanya akan membuatkan diri kita menderita.
Sifat ini dapat dirasai apabila kita merasakan diri kita lebih hebat berbanding orang lain. Akibatnya rasa ego menguasai diri. Rasa inilah yang melahirkan rasa tidak boleh kalah dengan orang lain dan mudah rasa terhina. Sentiasa mengejar dunia melebihi keperluan kita hanya kerana tidak mahu rasa terhina apabila ada seseorang yang mengatasi kita. Takabur ini juga membuatkan seseorang boleh menganggap orang sekelilingnya adalah lawan. Sukar menerima kritikan dan juga sukar untuk memaafkan orang lain.
Hakikatnya, apa yang tersembunyi dari sifat takabur ialah inferior. Sifat ini dipupuk untuk menutup rasa inferior. Risau sekiranya si polan mengatasi kita. Tidak kiralah dari segi apa pun. Dan yang paling menakutkan apabila risau si Polah mengatasi dalam hal-hal kebajikan hingga diri merasa tercabar lalu membuat lebih apa yang si Polan sudah lakukan. Memanglah kita sudah lakukan lebih, tetapi sekiranya kita melakukan hanya kerana tidak mahu diatasi, apakah ianya masih lagi di landasan yang betul iaitu beramal hanya kerana Allah?
Dari segi perspektif seorang Daie, perlunya berhati-hati apabila memberi nasihat pada seseorang. Jangan hingga seorang daie itu merasakan dirinya mulia akibat ilmu yang dimiliki ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang lain. Disebabkan merasa dirinya mulia, dia memandang pada orang yang dinasihatinya itu sebagai seorang yang hina disebabkan kejahilan yang ada pada orang tersebut.
Perumpamaan dari situasi ini adalah umpama orang yang mencampakkan diri sendiri kedalam api demi menyelamatkan orang lain. Ini merupakan kemuncak kejahilan, kehinaan dan terpengaruh dengan hasutan syaitan yang telah berjanji untuk menganggu anak Adam hingga hari kiamat.( Rujuk surah al-Isra' ayat 63-65). Jadinya betapa pentingnya pada kita sebagai insan yang lemah memohon perlindungan dari Allah swt. dari sifat ini. Ibu segala kejahatan hati. Air yang jernih, tidak semestinya berbau wangi. Janganlah hanya kerana inginkan kemuliaan di dunia namun hati penuh dengan sifat takabur ini.
Saya akhiri entri panjang ini dengan sebuah kisah:
Pernah dikatakan kepada Daud at- Tho'ie : Apakah pendapat kamu berkenaan seorang lelaki berjumpa dengan golongan pemerintah lalu dia menyuruh mereka kepada perkara makruf dan mencegah dari perkara munkar?
Daud at- Tho'ie berkata : Aku bimbang dia dihukum sebat.
Dikatakan lagi : Dia boleh tahan dan bersabar dengan sebatan.
Daud at-Tho'ie berkata : Aku takut dia akan dipancung.
Diaktakan lagi: Dia mampu bersabar dengannya.
Daud pun berkata: Aku bimbang dia akan menghidapi penyakit yang tersembunyi iaitu ujub[1].
Glosari:
[1] ujub: Seseorang yang merasa kagum akan diri sendiri.
Rujukan:
1) Surah Al-Isra (61-65)
2) Mukhtasar Minhaj Al- Qasidin, Imam Ahmad bin Qudamah al-Maqdisi, bab 14, hal. 248,249.