Showing posts with label fikir. Show all posts
Showing posts with label fikir. Show all posts

Wednesday, 11 April 2012

Rendah Diri

Rendah diri (ie: tawadhuk, namun bukan hina), akan dapat dibina sekiranya kita kerap memuhasabah diri sendiri. Jika sesuatu berlaku, semua atas izinNya. Sifat ini sukar untuk dibina sekiranya seseorang itu sibuk memuhasabah orang lain berbanding dirinya sendiri.

Cthnya: A hidup dalam masyarakat di kampung B. Dia ingin sahaja mengetahui perkembangan orang-orang kampung B, tapi apa yang dilakukan hanyalah bertanya kepada ketua kampung yang mungkin juga tidaklah hebat mana untuk menceritakan semuanya ataupun memuaskan hati si A. Kemudian si A mula rasa tidak puas hati, was-was, ragu-ragu dan oleh jadi juga meng'assume' ketua kampung B sedang menyembunyikan kebenaran.

Namun, setelah A bermuhasabah diri, barulah dia nampak gambaran lebih besar, mengapa drinya merasakan ketua kampung B tidak telus, maklumat tidak seperti dikehendaki dan sebagainya. Rupa-rupanya salah satu sebab adalah si A sendiri telah lama mengabaikan tanggungjawabnya sebagai salah seorang penduduk kampung. Si A sudah lama tidak duduk sekali mengopi bersama penduduk kampung, si A sudah lama tidak join majlis merewang, si A juga sudah lama tidak menziarahi orang-orang kampung. Si A juga sedar, hubungannya dengan ketua kampung semakin pudar.

ketua kampung B juga memuhasabah dirinya juga, barulah juga dia nampak gambaran yang lebih besar. Memanglah dia seorang ketua kampung yang berdedikasi, namun pasti ada sebabnya mengapa ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati. Puas dia mencari jawapan mengapa situasi ini berlaku. Difikirkan lagi, dia sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik, segala prosedure telah di ikuti, tetapi mengapa kejadian seperti ini berlaku? banyak kemungkinan yang muncul di fikirannya. Diktatorkah aku? memaksakah? kejamkah? cakar besi kah? akhirnya setelah diteliti..mungkin juga hubungannya dengan si A juga semakin pudar, jadinya mereka sukar untuk berkata-kata dalam bahasa yang sama.

Hubungan, hubungan inilah yang paling penting dalam usaha untuk menyebarkan maklumat. Jika hubunga keruh, walaupun apa yang difikirkan sama, namun boleh jadi sebelah pihak menunjukkan signal yang berbeza dan lagi sebelah pihak terus salah menginterpretasinya. Hubungan dengan Allah dan Maha Pencipta.  Permasalahn ini berlaku sahaja di mana-mana, bukan di kampung B sahaja, tetapi boleh jadi berlaku di kelab-kelab dan persatuan, organisasi raksasa, pihak pengurusan sekolah dsb...

ps: ini hanyalah pandangan ringkas penulis yang mungkin sahaja mempunyai pemikiran yang agak dangkal.

CP.


Monday, 6 February 2012

Jangan Sampai...

" Kau la nasihat dia, aku rasa dia tak nak dengar nasihat aku.."

Jangan hingga jadi begini, hingga orang pun teragak-agak untuk menegur kesalahan kita.

Ataupun, orang terus tidak mahu menahsihati kita kerana kesombongan kita.

Hanya ingin menerima teguran dari orang-orang tertentu.

Memilih untuk mendengar nasihat..

Kerendahan itu terletak pada hati...

disisi Allah,Manusia bezanya hanyalah taqwa..

Hanya kita yang gemar meletakkan benchmark pada manusia dengan memandang pada fizikalnya.

Ingatlah, sekiranya diri tidak mampu memberi nasihat kepada orang, jadilah orang yang mampu menerima nasihat. Agama adalah nasihat.

Namun, kita juga janganlah  teragak-agak untuk memberi teguran/nasihat kepada orang lain sekiranya perbuatannya bolej memudaratkan dirinya dan orang lain.

Berilah secara berhikmah. Nasihat  tidak lahir dari perkataan sahaja, tidak..malah nasihat juga lahir melalui perbuatan.

Post pendek.

Dari ku, kepada diriku khasnya:)




Tuesday, 1 November 2011

seronoknya membasuh

Bangun pagi, bersiap ke kelas, tidak lupa  untuk membasuh baju. Maklumlah, kalau tak basuh baju, bila  pakai pun tak selesa, bau pun macam tak best je dan yang paling penting kita sendiri annoyed tengok kotoran-kotoran yang mengannoyingkan.

Basuh baju pun bukan senang, bukan main sumbat je dalam mesin basuh. Akan asing dulu baju yang banyak kotoran dan yang tak banyak kotoran. Baju yang banyak kotoran akan dibasuh tangan dahulu.

Huh, sibuk bercerita cara aku basuh baju.

Cuma aku harap, keseronokan basuh baju dan lihat baju kembali bersih dapat aku rasa dalam proses membasuh, meneliti kotoran hati dan berusaha menanggalkannya.

Kadangkala kita leka, cintakan dunia.

Namun, aku rasa bersyukur. Allah tak pernah tinggalkan aku. Kerana Allah maha Kuat.

Hari-hari awal bulan Zulhijjah. Banyak-banyak zikir. Banyak kan doa.

Semoga Allah berikan aku kekuatan, kefahaman, pulihkan semangat yang hilang kerana kecelaruan.

Namun, sebagai manusia, adab jangan di lupa.

Ok, coretan sempat di pagi hari.


" ku  ingin merasakan kesan membasuh hati iaitu, memakai hati yang bersih, wangi, bebas dari daki-daki yang mengannoyingkan, hati yang lembut mengingati penciptanya, hati yang menyantuni ciptaanNya, hati yang menyantuni makhlukNya hanya keranaNya..aku mahu kesan ini lebih daripada rasa gembira memakai baju yang siap dibasuh, wangi dan bersih".

0826
1/11/11
Birmingham, Selly Oak
Susun buku sebelum ke kelas,
Susun hati untuk hari mendatang.

Thursday, 28 July 2011

Apa yang aku ingin kejar sebenarnya?

Tanya pada hati
apa kehendak diri
*tentulah penuh list yang masih belum dipenuhi
pada duniawi yang tamatnya aku pun tidak pasti

tanya pada iman
apa kehendak diri
jawapannya mudah
cintailah Allah dan rasul sepenuh hati
cinta itu bukan kata nama
cinta itu bukan kata sifat
cinta itu kata kerja
cinta itulah yang membawa pada akhirat yang kekal abadi

Aku diam membisu
Aku soal diri
Cintakah aku dengan sepenuh hati?

Cubalah untuk cinta wahai diri
Kerna kamu tidak tahu bila kamu dijemput pergi
sama ada dalam golongan kanan atau kiri
pada Allah tempat kamu kembali

Allah
SyurgaMu luas
Tanamkan rasa cintaku padaMu
agar aku dapat menumpang teduh di SyurgaMu
aku hamba hina
jangan biarkan aku tentukan nasibku
walau sesaat pun

Jangan beri aku diriku
Aku tidak mampu menguruskannya
Jangan beri aku pada orang lain
Mereka akan mensia-siakannya
Peganglah diriku
Pandulah aku

ameen




Sunday, 17 July 2011

dan ini bukan belog politik

Tak nampak pun para pendemonstrator ni bawak senjata. Tapi apa yang anda nampak? anda lihat sendiri siapa yang mulakan keganasan dahulu?

Naik gelabah?

ini bukan bicara politik, tetapi bicara rakyat.

30 Jun yang lepas, saya ke London.
Ada jugak demonstrasi dari pihak guru.
Ok je. Itu barulah namanya sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Rakyat bekerja untuk hak rakyat.

Mungkin agak lambat tengok koleksi-koleksi video tak kotor ni( baca: bersih 2.0)

Wah.[fullstop]

Monday, 27 June 2011

Kita bukan di zaman mereka.

Semalam, sewaktu menaiki keretapi dari Leeds untuk pulang ke rumah, saya melalui sebuah stesen janakuasa yang pada saya agak misteri. Saya agak stesen tersebut adalah  stesen janakuasa elektrik. Kebetulan pada waktu itu yang duduk disebelah saya semalam adalah senior saya yang sememangnya pakar dalam bab nuklear ni. Tanpa berlengah, saya tanya.

" Kak, apa tu, _____ nuklear kan?"(dah lupa dialog, tapi ada kaitan dengan nuklear la)

Berdekatan dengan Derby.


Lalu senior saya mengiyakan.

Wah, memang betul jangkaan saya selama ini bahawa negara ini mengenerate electricity menggunakan nuklear( salah satu)..

Akhirnya saya pun bertanya pada senior saya dengan lebih lanjut, di samping itu juga saya ada kaitkan dengan  sedikit ilmu nuklear yang saya ada baca. Isu nuklear memang panas sejak-sejak ini. Tambahan lagi kemalangan nuklear yang  berlaku di Fukushima beberapa hari selepas tsunami melanda negara tersebut. Walaupun  tidak belajar mengenai nuklear tetapi rasa ingin tahu tetap ada. Tanam sifat inquiry.

Ok, ketepikan cerita diatas, ianya hanya mukaddimah sahaja. Apa yang saya ingin tambah lagi adalah tentang masyarakat di negara kita yang sensitif tentang nuklear. Tetapi sejauh mana pengetahuan mereka terhadap nuklear yang membuatkan mereka sensitif akan isu ini? Adakah kerana mereka tahu ataupun hanya dengar-dengar sahaja?, Jika dengar-dengar sahaja sudah terbukti bahawa budaya ilmu seolah-olah kurang. Masyarakat  lebih gemar dengan budaya mengeji dahulu sebelum mengkaji. Tetapi rasanya bukan sekarang, sejak zaman hang Nadim, Mahsuri, Dang Anum ataupun Hang Tuah lagi.

Masyarakat gemar mempercayai fitnah ataupun cerita karut yang disebarkan melebihi mengkaji dahulu mana sumbernya. Kini isu Lynas senyap sahaja, kerana apa? sudah ditenggelamkan dengan isu lain. Mengapa dahulu bangkang Lynas? adakah membangkang kerana ada alasan yang kukuh  ataupun hanya mengikut norma masyarakat sahaja? Lihat orang pangkah isu Lynas, ikut juga membangkang. ( saya masih juga membangkang isu Lynas)

Akhir sekali, suburkanlah budaya mengkaji(ie: membaca, bertanya pada yang pakar) sebelum kita membuat keputusan. janganlah kesimpulan yang di buat hanya sekadar melihat arus. Budaya ilmu@ mengkaji perlu disuburkan untuk mengelakkan kejadian seperti Mahsuri, hang Tuah dan pelbagai lagi berulang kembali. Jangan sinonimkan masyarakat melayu dengan fitnah tidak berasas, lalu terus menghukum. Kita bukan zaman mereka lagi. Kita mahu jadi masyarakat berilmu. Membangun tamadun menggunakan  ilmu, bukan tindakan melulu hasil dari sumber yang tidak tahu.


Kita bukan lagi di zaman mereka.

Wednesday, 15 June 2011

Sakit

 Ada dua kesakitan yang boleh kita rasa.

1) Kesakitan mengikut peraturan, disiplin, menahan nafsu, kehendak dan sewaktu dengannya.
2) Kesakitan kerana menyesal atas sesuatu yang telah berlaku.

Sakit yang pertama tu, kat mana-mana boleh rasa, contohnya kalau nak berjaya exam. Selalunya seseorang tu akan disiplinkan diri dia sepanjang minggu ulangkaji. Waktu tu tak boleh la dia nak pergi melancong ke, membeli-belah  ke, senang kira benda yang lagha dan best untuk dilakukan tapi membuatkan kita lupa untuk stadi.

 Ataupun paling utama dalam kehidupan kita sebagai Hamba Allah sepenuh masa, tak boleh la kita nak suka-suka nak tinggal solat, tak nak puasa, tak nak bayar zakat berbuat sesuatu ikut nafsu. Lagi-lagi dunia serba mencabar ni, banyak betul benda yang mengasyikkan di depan mata ni. Kalau memang tak jaga rapi segala pancaindera ni, boleh je main redah. Tapi kesakitan akibat main redah tu tetap ada.~

Kesimpulannya, untuk jadi Hamba Allah yang cemerlang sebagaimana kita disiplinkan diri untuk jadi pelajar cemerlang, kita kenalah ikut segala peraturan yang ditetapkan.

Sakit yang kedua ni kita akan dapat apabila kita tak nak sakit yang pertama. Kita rasa sakit yang pertama tu apa la sangat. Ala, exam nanti jawab je la apa-apa kan. Tak payah la nak ulangkaji. Akhirnya bila dapat keputusan periksa yang teruk, kita akan rasa sakit penyesalan ni bila terlintas dalam hati kita,

"Kenapalah aku tak berusaha dulu"

Ataupun,

"Padanla dengan aku yang malas ni"...sambil bercucuran air mata. T_______T

Tapi bila kita dah rasa sakit yang pertama, apabila keputusan peperiksaan tidak menyebelahi kita, insyaAlah. Kita akan rasa itulah yang terbaik Allah berikan kerana kita tidak sia-siakan masa yang lampau untuk berusaha sebaiknya.

Dari segi Hamba Allah pula, banyak yang bila kita baca dalam Quran tragedi-tragedi penyesalan yang berlaku apabila orang-orang kafir dah lihat bagaimana seksaan neraka yang selama-lamanya, mereka akan meminta pada Allah untuk pulang semula ke dunia. Padahal mustahil untuk pulang ke dunia kerana Allah sudah banyak kali mengingatkan untuk bertaubat ketika berada di dunia iaitu selagi:
1) nyawa belum sampai ke kerongkong
2) Matahari terbit dari barat.
 Pada waktu itu penyesalan sangat-sangat dirasai.
Di dunia yang fana mereka gembira mengingkari perintah Allah, bangga. Ada pepatah inggeris, yang berbunyi,

" If you dont break the rules, you cant feel the joy"..

Wah, zaman sekolah dulu, saya pegang la pepatah ni.[hehehe]. Tapi, bila kita sudah semakin dewasa, sudah terasa begitu banyak rupanya tanggungjawab kita sebagai Hamba Allah. Tentulah Allah tidak menciptakan kita secara sia-sia. Kalau kita pun selalunya tak nak buat sesuatu yang kita rasa kita pun tak dapat hasilnya.

Jadinya, untuk diri saya sendiri dan semuanya, marilah kita merasa sakit yang pertama yang hanya sekejap je untuk melepaskan diri dari kesakitan yang selama-lamanya. Semoga Rahmat Allah luas untuk kita. Ameen.
Dalam akademik pun sama juga, 'No pain, no gain'..

Petang ni plan buat BBQ, tapi gaya macam nak hujan.
Ya Allah, semoga aktiviti petang ni berjalan lancar.
Ameen!


Monday, 13 June 2011

Istighfar..Istighfar..


Aku mula rasa istighfar ni penting.
Of course la penting secara biasanya, tapi yang ini aku rasa penting jauh dari lubuk hati aku yang tak merah ni. Hitam kot. Tapi, insyaAllah..aku akan cuba mengmakeover hati aku dari masa ke masa.

Peristiwa ni baru je berlaku, bila aku telefon teksi tak sampai-sampai. Aku kol pemandu teksi tu  lagi, dia kata lagi sepuluh minit. Aku tunggu. Tapi tengok-tengok dah 15 minit. Dengan keadaan yang hujan, sejuk memang menguji kesabaran sebagai seseorang yang particular mengenai masa. Aku mula rasa aku nak kol dia lagi sekali dan kata "in a 5 minutes, if you doesnt come i ll cancel my booking"...

Dah mula rasa bengang, tiba-tiba teringat nak beristighfar. Aku pun dalam hujan renyai-renyai, kesejukan, aku istighfar. Tiba- tiba rasa tenang, rasa bertolak ansur dan bersangka baik tu datang. Dalam fikiran aku dah mula terdetik, insyaAllah mungkin pak cik ni terperangkap dalam kesesakan jalan raya kot rather than aku menyumpah-nyumpah pak cik tu. Aku rasa tenang beristighfar sebab aku dah mula rasa ini adalah ujian dari Allah. Allah nak aku sucikan diri, mintak maaf dari dia as Bos Besar dahulu sebelum dapat apa yang aku nak.


Alhamdulillah, tak sampai lima minit aku istighfar, tenangkan diri teksi pun datang. Maka aku pun naik teksi dengan senyuman kerana rasa berjaya mengalahkan syaitan amarah. Alhamdulillah.

Cerita ni simple je, tapi sangat bermakna untuk aku. Kalau dulu, aku rasa bila naik bengang tu, macam-macam lah yang keluar. Dah la cakap benda-benda tak baik, bersangka buruk, akhirnya aku jugak yang letih. Ntah-ntah masuk akaun dosa=.=. Aku bukan hendak dedahkan keaiban aku dulu, takde sapa nak dedahkan keaiban sendiri kan. Aku rasa nak kongsi cerita ni sebab aku rasa  bersyukur sangat. Rasa macam dah jumpa alternatif yang sangat baik untuk tenangkan diri. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Harap-harap  perubahan ke arah kebaikan ini dilakukan secara istiqamah. Tidak terlalu laju, tidak terlalu pantas.

Wallahualam. Doakan yang terbaik untuk semua. :)

Salam Istiqamah.

Salam balik Malaysia.

Ps: Teringin nak tulis entri pasal astro dan sirah. Tapi tak sempat lagi kumpul bahan.


Thursday, 9 June 2011

Tajdid Sang Pencerah

Dalam cerita Sang Pencerah, KH Dahlan agak kurang melawan kaum tua yang meletakkan tuduhan kepadanya melalui kata-kata, melalui hujah. Bukan beliau mengalah, tetapi beliau mahu tajdid itu diteruskan tanpa menghiraukan cacian dan makian yang hanya apabila dilawan, umpama menyiram petrol pada api. Walaupun pada mulanya beliau hampir putus asa apabila mereka meruntuhkan pesantren tempat beliau mencurahkan ilmu.

Beliau terus melakukan pembaharuan. Pembaharuan itu bukanlah di bawa-bawa, tetapi memang perlu dibawa memandangkan budaya kampung di mana agama terlalu diritualkan hingga membebankan kehidupan. Mereka tidak merasakan kesyumulan Islam. Islam itu apabila kenduri kahwin perlu dibuat besar-besar ataupun kenduri tahlil perlu ada pulut kuning dan kuih. Bagi orang yang tiada duit, akan mula berfikir, bagaimana aku mahu melakukan ibadat ini, aku tiada duit.

Fenomena ini tidak berlaku pada zaman KH Dahlan sahaja. Namun ianya masih berlaku di zaman ini.

Babak ini merupakan babak yang paling saya suka apabila KH Dahlan secara berhikmah memberikan pendapatnya pada kaum tua.



Jangan mudah menuduh manusia lain kafir. Kaji dahulu apa tindakannya.

Orang kafir dahulu pun mengambil peradaban Islam terutamanya ketika di Baghdad, kalau benar mereka tidak mengambil peradaban kita, perlukah wujudnya University Oxford untuk  menterjemah kitab-kitab dari bahasa arab?. Apakah salah kita yang pernah terjatuh ini berlapang dada mengambil semula ilmu kita dahulu?.

Yang perlu diambil adalah budaya ilmu. Bukan budaya yang lainnya.

Apa yang di lihat kini, memang ada dari kita mencedok budaya barat, tetapi yang dicedok budaya negatifnya hingga yang mengikut lebih teruk dari yang diikut.



Wallahualam

Thursday, 12 May 2011

Kapitalisme

 ialah perusahaan ataupun perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan pada pengeluar modal tanpa mempedulikan kemaslahatan yang berlaku akibat dari perusahaan tersebut.

Bagaimana:
Semua cara adalah halal. Rasuah, riba, perjanjian yang tidak adil dan sebagainya. Perdagangan manusia juga adalah halal kerana konsep kapitalisma itu sendiri, iaitu asal untung.

Contoh kejadian:
Lihat semula sejarah tingkatan dua. Pihak British telah mengeksploitasi ekonomi negara kita sehabis-habisnya. Dari Perlis sampailah ke Sabah. Perkara ini tidak berlaku pada negara kita sahaja. Banyak lagi negara timur yang menjadi mangsa.


Kesan jangkan panjang
Sekularisme. Ibadah hanya ritual. Kehidupan adalah apa yang anda ada. Meningkatnya gejala sosial. Menuntut hak kebebasan hingga ingin bebas dari hukum tuhan. Idologi ini mempunya kesan domino yang sangat hebat pada kehidupan manusia di abad ini. Ideologi ini disebarkan pada zaman modenisme dan menjadi semakin teruk pada zaman ini iaitu pasca-modenisme.

Bagaimana ideologi ini disebarkan:
Zaman modenisma: Disebarkan melalui kolonolisme iaitu penjajahan. Pada ketika itu, kuasa Islam mula lemah akibat dari kalahnya perang dunia pertama. Negara Islam mula dipecahkan oleh pihak eeropah. Negara yang tunduk pada Kerajaan Uthmaniah juga keluar. Antara negara tersebut adalah Greece dan Balkan.
Zaman pasca modenisme: Sudah tidak perlukan tentera, cukup dengan kolonolisme melalui pemikiran. Senjata paling ampuh adalah hedonisme yang berlebihan. Pendek kata: Serangan pemikiran.


Jadi, apakah ideologi yang digubal oleh manusia mampu mengamankan dunia?

Mengapa mengantuk belajar sejarah zaman sekolah dulu?
Kerana objektifnya  adalah semangat kekitaan, semangat patriotisme, nasionalisme. Sejarah tidak menjadi satu subjek yang mampu membuka mata . Caranya tidak menimbulkan kesedaran pada keadaan kita sekarang hasil dari peristiwa sejarah yang berlaku. Sejarah banyak dipadam.






Berita Hairan dan seangkatan dengannya memang

melampau.
Merekalah syarikat akhbar yang paling dilanggan.
dibeli secara universal.(kira pihak sekolah, institut pun jual. harakah sekolah tak boleh langgan)
tapi isi memang kurang memuaskan
antara tajuk hari ini: Padah berasmara dengan isteri orang.
'berita' camni hangat la untuk orang dewasa
tapi macamana dengan generasi muda
yang masih dibangku sekolah.
apa mereka pandang pada dunia luar
inilah yang mereka tahu.



muak baca berita hairan, utusang, baik baca al-jazeera, bbc. lagi-lagi BBC learning. banyak sih blajar=).

ergh.. unlike berita hairan!
Ps: tiada unsur politik, yang saya nak adalah media yang telus, berpendidikan, fikrah yang jelas untuk saya dan generasi akan datang.

Wednesday, 11 May 2011

Dakwah kita

Adalah dakwah penggerak dan penyelamat.

a) Tanggungjawab yang besar
Memartabatkan kalimahNya, mendokong syariatnya dan menegakkan semula negaraNya. 
Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Al- Hajj:40)

b) Matlamat utama kita
Negeri akhirat
i) Membebaskan dunia Islam dari cengkaman negara asing.
ii)Menegakkan semula negara Islam yang bebas dimuka bumi ini.
  Bebas dalam kontek ini adalah bebas mengamalkan segala hukum Allah dan sistem sosial Islam. Bukan     hanya berlabelkan negara Islam, tetapi disekat dari melaksanakan hukum Allah sebagai sesuatu yang syumul.

c)Wahana atau wasilah utama kita:
Ceramah,ucapan, buku, pengajian, menganalis penyakit, mencari ubat masih belum mencukupi. Sebagaimana matlamat menghalalkan cara, seperti itulah kita mahu cara menghalalkan matlamat. Perlu menggunakan segala wahana dan yang paling utama adalah tiga perkara berikut:
a) Iman yang mantapi
b) Pembentukan yang kemas (Organisasi,strategi. Tidak caca marba, pemikiran jangka panjang dan pendek)
c)Usaha yang berterusan.
Terdapat wahana tambahan perlu disuaikan  dengan keadaan. Ada yang bersifat ofensif dan defensif. Ada yang mengikut arus norma masyarakat, ada yang perlu kita menongkahnya. Sememangnya dakwah ini sebenarnya ialah menongkah kebiasaan dan mengubah adat dan budaya.

d)Cabaran
1)Krisis
2) Fikrah yang disuntik syaitan

e)Rintangan sepanjang jalan
Sekatan oleh orang-orang atasan yang irihati.
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). 
(At-Taubah:32)

f)Faktor kejayaan
Tidak melakukannya kerana tujuan peribadi. Apa yang dilakukan hanya untuk mengharap Keredhaan Allah dan untuk kebaikan manusia.
Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf:21)

Sumber: Himpunan Risalah Imam Hasan Al-bana, Antara Semalam dan Hari Ini, hal: 214, 215, 216-220.



Friday, 6 May 2011

Baju Kotor.

Sepasang suami isteri berpindah ke rumah baru. Mereka sibuk mengenas rumah baru tersebut. Esoknya, sedarnya si isteri dari tidur, dia melihat rumah sebelah melalui tingkap rumahnya. Dilihat seorang wanita tua sedang minyidai kain di ampaian, kain yang disidai di ampaian tersebut kelihatan kotor. Terlintas dalam hatinya, mengapakah wanita tua ini tidak membasuh baju sehingga bersih.

Hari kedua, si isteri terasa ingin melihat keluar lagi. Diwaktu yang sama, dia memandang ke luar melalui tingkap yang sama. Apa yang dilihat wanita tua itu menyidai pakaian, pakaian yang disidai masih kotor. Terdetik dalam hatinya, bagaiman wanita yang sudah tua dan berpengalaman ini membasuh baju. Dia memberitahu suaminya akan hal itu, namun suaminya diam sahaja,(buat kering).

Hari ketiga, si isteri ini bangun lagi, dia melihat keluar rumah melalui tingkap yang sama. Dilihat wanita tua itu sedang minyidai baju, tetapi kali ini baju itu bersih! Terdetik dalam hatinya, tentu wanita ini sudah mempunyai skills membasuh baju yang betul, ataupun menggunakan sabun yang betul-betul berkesan.

"Bang, sayang tengok mak cik tu dah basuh baju dengan bersihnya la, dah tiga hari sayang perhatikan, bersih jugak akhirnya, hoho".

Suaminya dengan selamba menjawab,

" Erm, takdela sayang, pagi tadi abang bangun awal sikit, cuci tingkap yang sayang guna untuk tengok mak cik tu".

si isteri

"erk...."

Moral : Mengadili seseuatu dengan menggunakan alat yang kotor. Akan nampak lah yang kotor itu walaupun yang kotor itu datangnya dari tuan punya pengadil.

Rehat seketika.




Wednesday, 4 May 2011

sayang duit, sayang alam sekitar.

Cashier : Do you need a bag? it worth 3p.

Me : errr, no thanks.
..*sambil(terpaksa) memasukkan barang ke dalam beg sekolah*


Perbualan yang saya dah selalu terbual bersama mak cik/kakak cashier. Waktu mula-mula sampai sini, rasa kekok jugak, lama-lama alert dan rasa bagus jugak macam ni.

Simple je caranya, jual beg plastik berbanding tidak sediakan langsung(kalau tak sediakan, kesian pulak pada yang beli banyak barang, tapi lupa bawak beg) untuk menyelamatkan alam sekitar . Kira macam denda la pada orang yang tak bawak beg plastik@reusable beg sendiri.
Plastics bag, take more than hundred years to decomposed.
kredit gambar


Maka, berkuranglah penggunaan dan pengeluaran beg plastik. Lalu, sayang duit, sayang juga alam sekitar.
(Ok la, 3p boleh derma pada Aqsa Syarif ke, Viva Palestine ke, Islamic Relief ke). Sungguh, 3p itu sangat berharga.
sekali keluar beli barang lebih satu plastik,
balik umah, simpan.
dah penuh lemari rumah, buang. erk..
(tercucuk diri)
[kredit gambar]

Masa saya kat matrik dulu, saya ada belajar pasal warna tong sampah kitar semula, siap buat presentension lagi. Rupa-rupanya, mengenal warna tong kitar semula tu tak penting( bukan tak penting, cuma kuraaang penting), yang lebih penting adalah praktikaliti bagaimana hendak mengitar semula. Hoho.


Rindu metrik :P
[kredit gambar]
Anyway, Miss Melissa Benidict Solution, a lorry of thanks to you. :), miss you teacher..
 *ok, solution tu takde sebenarnya.



Wednesday, 27 April 2011

Pencuri.

Saya curi masa
Sebab saya mahu lepas segalanya
Masa saya sedikit
Tanggungjawab saya banyak
Saya janji saya curi masa sedikit sahaja

Tapi

Saya curi masa lebih dari yang sepatutnya
Saya jadi alpa
Saya jadi pelupa
Saya  menari diiringi pelangi senja
Gembira rasa tanggungjawab hilang serta merta

Saya terasa bahagia
Akibat curi masa
Saya lari, saya menari, saya gembira
Malangnya guruh menerpa , saya tersedar dari lena
Saya lihat tanggungjawab masih setia menunggu saya
Meminta untuk ditunaikan haknya.
Namun masa telah jauh tinggalkan saya
Saya terdiam seribu bahasa.

Saya menangis
Tapi saya tahu tangisan ini tidak berguna
Masa datang sekali sahaja
Tapi saya gunakan dengan sia-sia
Masa berlalu dengan pantas
Tanggungjawab mengekori saya

Saya semakin dewasa
Mereka yang sebaya  jauh sudah tinggalkan saya
Saya merangkak dalam cahaya
Saya bertatih belajar semula apa itu masa
Saya berjalan merentasi usia
Picture: Credits to Deviant Art
url
Apa yang saya ada kini
Masa yang tinggal dan tangunggjawab yang belum tertunai
Itulah harapan saya
Apa yang masih ada
Supaya saya mampu bina kekuatan dari kelemahan
Supaya saya mampu memecut laju merentasi  masa yang masih tinggal
Berbekalkan keredhaanNya
Selagi enjin nadi belum mati
Saya ingin tunaikannya




Saya agak

Jika saya berada di zaman para sahabat
Saya tidak tahu apa status saya
Sahabat yang tanpa sengaja tidak ikut angkatan Tabuk
Atau yang sudah sedia 1001 alasan mengapa tidak ikut sekali?
Tapi
Saya mahu turut serta ke angkatan jihad tersebut
Saya tidak mahu menjadi mereka yang tercicir dibelakang

Andai saya boleh pulangkan semula masa yang telah saya curi
Tentu sudah saya lakukan
Namun
Segunung emas, seluruh langit dan bumi masih tidak mampu
Menebus sesaat yang telah berlalu.



Demi Masa.(Al-Asr)
2244
27042011
Kabur mata zahir
Gilap mata hati





Tuesday, 12 April 2011

Apa yang kamu rasa bila.

Menyedari yang semalam kamu lebih baik dari hari ini?

Mutabaah amal semalam kamu lebih baik dari hari ini?

Butir Doa kamu padaNya pada semalam hari lebih baik dari hari ini?

Masa kamu yang semalam lebih baik dari hari ini?

Kualiti pelajaran kamu yang semalam lebih baik dari hari ini?

Bangun pagi kamu yang semalam lebih pantas berbanding hari ini?

Kepekaan telingamu pada azan subuh semalam lebih baik dari hari ini?

Tangisanmu padaNya lebih cepat lepas pada semalam berbanding hari ini?

Ramadhanmu yang lepas lebih baik berbanding kali ini?

Solatmu semalam lebih khusyuk berbanding hari ini?

Ingatanmu pada ibu bapa didalam doa pada semalam hari lebih baik berbanding hari ini?

Apakah pantas untuk kamu menoleh ke belakang?

Tolehlah, kutip kembali maruah dirimu, keperibadianmu,

Kamu jatuh sebenarnya

Kamu diseksa sebenarnya

Kamu tahu apa seksaan itu?

Seksaan itu adalah lalai dan futur.


jauh dari mengingatiNya

Bangunlah kembali,

Berjalanlah tanpa henti,

Berdoalah pada Allah agar kamu tidak jatuh lagi.


Aku? Mencari semangat yang hilang. Aku? melihat kembali diriku di masa lalu.
Aku malu padaMu.

Jangan kamu putus asa dari rahmat Allah walaupun kamu pernah jatuh beribu kali.
Wahai diri.


sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum berlaku kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala. 
                                                                                                                                   (HR: Al-Bukhari).




[kredit gambar]

Monday, 11 April 2011

Man in space.

Assalamualaikum wrm... heh, tajuk dah bahasa inggeris, tapi entri berbahasa melayu. Bolehla=P

Pada hari Ahad yang lepas, sementara menunggu keretapi dari Euston- Birm n.s, sempat juga saya mencapai majalah Sky at Night. Tajuk utamanya pastilah mengenai manusia pertama yang ke angkasa lepas iaitu Yuri Gagarin. Angkasawan yang berasal dari Rusia ini telah berada di angkasa lepas selama 108 minit menggunakan kapal angkasa Vostok 1 yang dilancarkan menggunakan roket Korolev R-7. Peristiwa ini berlaku pada 12 April 1961. Tahun ini merupakan ulangtahun ke 50 manusia ke angkasa lepas yang buktinya anda boleh lihat melalui video, hasil penulisan, gambar-gambar yang telah dirakam ataupun mendengarnya dari mereka yang tahu!.

[kredit gambar]


 Serba sedikit saya ceritakan tentang Yuri Gagarin ni, beliau telah menaikkan semangat dan nama Rusia serta negara eropah yang lain untuk meneroka bidang sains angkasa ni. Selain itu juga, apa yang menariknya Amerika Syarikat juga turut tercabar. [heh, diorang mana boleh kalah], lalu presidan A.S waktu ketika itu iaitu John. F Kennedy telah menetapkan visi dan misi A.S lebih tinggi dari apa yang Yuri Gagarin @ Soviet Union ni dah buat. Misi mereka ialah mereka akan ke bulan pula dan meneroka lebih dari itu.  [waah]. Ucapan beliau yang bertekad tinggi ini telah dirakam di Rice University A.S. 
Inilah permulaan perlawanan antara Soviet Union dan A.S dalam misi menawan angkasa.

bla..bla.. kita mana boleh kalah dengan Soviet Union
[kredit gambar]



Ucapan beliau:
' Many years ago, the great British explorer Goerge Mallory, who was to die on Mount Everest, was asked why did he want to climb it. He said, " Because it is there, "  Well, space is there, and we are going to climb it, and the moon and the planets are there, and new hopes for knowledge and peace are there. And therefore, as we set sail we ask God's blessing on the most hazardous and dangerous and greatest adventure on which man has ever embarked.'
                                                                                                                           J. F kennedy 1962.


Yuri Gagarin telah mati ketika beliau berusia 34 tahun. Baiklah, sedikit-sedikit sahajalah cerita pasal Yuri Gagarin ni, kalau anda nak tahu lebih lanjut, ada di bahagian sumber dan anda boleh sambung membaca melalui sumber yang telah saya letak di penghujung entri ini.

Roket ini telah dilancarkan pada jam 9.07 am waktu Rusia. Pada waktu tu, YG  dengan semangatnya telah jerit
"Poyekhali!" yang membawa maksud ( Let's go!)

Model kapsul Vostok-1
    




Pada kita manusia pertama yang pergi ke angkasa lepas tentulah Nabi Muhammad s.a.w. Baginda merupakan manusia pertama yang melawan arus tarikan graviti bumi dan terbang bersama buraq ke angkasa lepas. Kelajuan buraq melebihi kelajuan cahaya. [wah.....], cuma apa yang membuatkan kita kurang peka untuk memberi jawapan bahawa baginda merupakan orang pertama ke angkasa lepas adalah kerana tiada bukti seperti gambar, video dan sebagainya. Apa yang ada? yang kita ada hanyalah iman yang mempercayai akan kekuasaan Allah ni. Manusia pertama yang sanggup mempercayai bahawa Nabi Muhammad ni dah jadi angkasawan dan juga dijalankan hingga ke Masjid Al-Aqsa ialah Saidina Abu Bakar yang keimanannya jika ditimbang dengan keimanan seluruh penduduk bumi, nescaya iman beliau lebih kuat. {fuh~}. 
Sumber  Rujukan:
i)Muhammad Said Ramadhan Al- Buti, Fiqh Sirah jil. 1, hal 197-210
ii) BBC Sky at Night, April 2011.
iii)Profesor Brian Cox & Andrew Cohen,Wonders of the Solar System, pg 16.

Dob 4.5 saya masih lagi berehat-rehat dilitupi oleh blanket pink.¬_¬. Musim stadi. Perlu seimbangkan antara hobi, dan stadi. Ibadah adalah keseluruhannya. insyaAllah. Jom semua!..


                        

Thursday, 7 April 2011

Panas, Panas, Menggelegak...grrr...[part 2]

Assalamualaikum wrm.

Part1 [klik sini]

       Alhamdulillah, syukur pada Allah. Baru-baru ni, saya mendapat satu cara bagaimana menggembirakan hati yang sedih atau marah. Caranya ialah, apabila saya rasa kesedihan dan kemarahan saya memuncak, saya bisikkan pada hati saya, "berapa banyak nikmat Allah yang aku syukuri?" Terus saya berasa malu untuk terus bersedih dan memarah-marah tak tentu pasal. Saya malu kerana apa hak saya untuk marah dan sedih, sedangkan Hak Allah itu lagi hebat dan lebih cash apabila saya membuat Allah marah dan sedih dengan perbuatan-perbuatan saya yang penuh hina- dina dan keji. (TT_________TT), apabila saya melakukan kesilapan, Allah tidak pula terus menarik nikmat saya atau bagi warning depan mata, bahkan terus-menerus memberi nikmat yang ada. Lalu hati kecil saya berkata lagi, "alangkah sedikitnya syukurmu wahai diri".

   Saya akan menyambung kembali  apa yang saya tulis mengenai tajuk diatas atau secara straight to the point nya adalah marah. Hakikat kemarahan ini, kita boleh lihat dan nilai pada perubahan yang berlaku pada diri  kita semasa kita marah. Apa yang kita rasa? dan apa yang kita boleh lihat reaksinya?
Pada waktu kita marah, darah yang menggeleak dalam hati kita akan menuntut untuk melakukan tindak balas.[ ada rasa begini tak? jika tiada, memang saya tabik spring dekat anda]. Kemudian api kemarahan ini akan menjadikan darah dalam hati kita mendidih, kemudian mengalir ke seluruh urat saraf dan seterusnya naik ke bahagian atas badan sebagaiman air yang menggelegak di dalam periuk nasik naik ke permukaan. [ fiuhhh~].
kemarahan itu umpama nuclear power plant reactor, apabila tidak dipam airnya secara berterusan(sabar, zikrullah),
makanya leburlah besi-besi hati kita yang kuat itu, bercelarulah sistem yang ada, meningkatlah suhu reaktor.
akibatnya, tekanan udara dalam reaktor menjadi tinggi...lalu~
[kredit gambar: Google]


  Akibatnya! Muka, mata dan kulit kita akan menjadi kemerahan. Umpama darah merah yang terkandung dalam gelas kaca. Darah akan menyirap naik dengan ganasnya apabila kita marah kepada orang yang lebih rendah kedudukannya berbanding kita, ini kerana kita boleh bertindak ke atas beliau, justeru itu sekiranya kita tidak dapat mengawalnya, maka berlakulah peristiwa berdarah lagi ngeri hasil dari api kemarahan itu tadi. Sekiranya kemarahan itu kepada orang yang lebih tinggi pangkatnya dari kita dan mustahillah kita nak bertindak balas kepada beliau makanya...menyusutlah darah yang terserlah dipermukaan kulit lalu masuklah ia ke lubuk hati(makan hati)...  ataupun hanya mampu potpet di belakang sahaja. [fiuuh¬_¬]. Ok, apabila kita marah pada orang yang lebih tinggi daripada kita, makanya kita akan mula berasa sedih. Disebabkan kesedihan secara fizikalnya kulit akan menjadi kuning dan pucat.
erk, apabila tidak dapat mengawam kecelaruan nuclear power plant reactor akibat putusnya bekalan air(sabar, zikrullah) sebagai ajen penyejuk makanya, meletuplah reaktor tersebut.[ok, yang kat atas tu gambar dia over sikit].
Bila dah meletup, pelbagai kesan buruk yang dapat kita rasai, antaranya berkeliarannya bahan-bahan radioaktif yang merbahaya seperti Iodine-131 yang boleh merebak ke seluruh dunia.[ ok, analogi ni over]. 


Sekiranya marah itu adalah pada orang yang setara dengan kita, maka kita akan kelihatan berubah-ubah dan darah pula akan naik dan turun secara drastik. Jadinya, akan kelihatan gelisah dan pucat. Jadinya, pada ketika kemarahan- kemarahan ini naik, syaitan akan meghampiri dan meyucuk-nyucuk kita untuk memberi makanan kepada marah ini iaitu tindak balas....hu~.
Jadinya, apabila kita marah, masa tersebut bukanlah masa yang sesuai untuk kita mencari solusi kerana saat itu solusi kita berdasarkan emosi! jadi berwaspadalah apabila kita mula merasakan tanda-tanda seperti ini, banyakkan beristighfar dan mengingati Allah. Kekuatan kita tidaklah terletak pada kuatnya kita menumbangkan lawan, tetapi kuatnya kita apbila menumbangkan api kemarahan...=]

Bukanlah orang yang kuat dan gagah itu dengan hebat bergusti tetapi kuat yang sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.   [ HR: Al- Bukhari,Muslim]



Akan bersambung lagi....
ps: Bersama-samalah kita membantah pembinaan loji muklear. hua~ sayangkan alam sekitar kita, sayangkan negara! kerana Allah.

Wednesday, 6 April 2011

Malu dengan Amir.

Saya lihat video ni, lebih tiga kali.
Bukan kerana saya terhibur.
Tetapi kerana saya terkesan.
Jarang saya menitiskan air mata melihat movie, video walaupun kawan-kawan kata itu, ini  sedih.
Tapi kali ini, apabila saya lihat video ini,
Saya tidak sedih.
Tapi saya Malu.
Lantas, air mata saya bergenag tanpa dipinta.

ye, saya setuju

Ingatlah, kelak kita akan ditanya mengapa kita memilih si polan-polan menjadi pemimpin. Sudah tiba masanya kita berfikir. klik sini.
Ulasan Mufti Perak mengenai akhlak/moral , fitanh, video sex.