Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

[Travelog]Kembara Lubnan 3_2

Masih lagi 29 Mac 2013

Di entri ini, saya ingin membawa anda melihat kecantikan malam di Beirut!

Selesai sahaja training di AZ, kami pulang ke hotel. Sepanjang kembara ini, saya akui, masa untuk berehat agak terhad. Jam 5:30 petang nanti, bro Hassan dan isteri beliau akan bawa kami jalan-jalan di Downtown Beirut.

Setelah hampir 3 hari disini, Beirut adalah sebuah bandar yang sangat cantik, punya udara yang nyaman. Beirut juga mendapat nama "Paris of The East" kerana nilainya kecantikannya, kebudayaan dan tinggalan sejarah yang agak tinggi. Tidak mungkin akan saya lupakan bandar ini.

Sekitar jam 5:45 petang, kami bertolak ke Downtown. Monumen pertama yang saya kira signifikan dan menarik perhatian saya adalah  Masjid Mohamad Al-Amin. Cantik! Senibinanya umpama Masjid Biru di Istanbul. Keluar sahaja dari kereta, saya terpinga-pinga. Ya, saya perasan..di sebelah masjid yang gah ini ada gereja yang besar, namun bukan itu sebabnya. Saya terpinga-pinga kerana sepanjang Masjid Al-Amin azan, sepanjang itulah gereja sekitar masjid membunyikan loceng.
Masjid Al-Amin yang sangatlah cantik! Tapi sayang, bilangan jemaahnya kurang.
Masjid Al-Amin dari sudut lain.


Kami semua pelik sebenarnya, lalu sister Maryam menerangkan kepada kami , inilah bukti betapa kuatnya semangat antara sect dan faction disini. Memang akan terbawa-bawa hingga kini. Tidak cukup dengan perang saudara yang berlaku bertahun-tahun lamanya. Alang-alang sampai di masjid ini, kami terus bersolat Maghrib jamak Isyak disini. Selesai sahaja solat maghrib( waktu imam berdoa), dan sepanjang imam mengalunkan ayat-ayat quran sewaktu solat..waktu itu jugalah loceng-loceng gereja berbunyi. Memang tak mahu kalah. Bukan sahaja mahu berbunyi lima kali sehari, bahkan sewaktu solat juga mahu berbunyi. Apa-apalah..dunia ini memang pelik bukan?

Keluar dari masjid, sekali lagi saya terpinga-pinga. Ada satu bangsal yang agak besar bersebelahan masjid, dihias dengan bendera negara Lubnan. Didalamnya terdapat kubur-kubur pejuang negara dan juga bekas perdana menteri Lubnan, iaitu Rafik Hariri.
Kubur Rafik Hariri yang terlatak bersebelahan dengan Masjid Al-Amin[kredit: Google]


Mr. Hariri and 22 others were killed on Valentine's Day 2005 from the blast of a massive truck bomb on the corniche in downtown Beirut. More than six years later, the warrants were given to Lebanon's Prosecutor-General, with the demand his officials arrest the four Lebanese citizens.
Sumber berita

Ini rupanya sebab pemimpin ini mati. Hebat sungguh negara arab ni. Konfliknya, memang hingga tahap bunuh membunuh. Jika di Malaysia pula, lain pula ceritanya kan.

Kemudian, kami di bawa berjalan-jalan di sekitar bandar ini. Bandar ini memang sebuah bandar purba dan menjadi peradaban dunia bertahun lamanya. Adakah anda ingat lagi subjek sejarah tingkatan empat? Jericho? Bandar pertama peradaban dunia. Jericho terletak di Palestin, manakala Lubnan pula memang jirannya. Memang terbuktilah bahawa Bilad as Shams ini adalah tempat terawal manusia hidup dan juga tempat para nabi diutuskan untuk menyampaikan risalah agama Allah yang suci. Masya Allah..hebat bukan jika kita kaitkan sejarah dengan Islam.





Sekitar Downtown


Roman Bath!

Roman Bath

Sekitar Downtown

Masjid lama

Sekitar Downtown



Selesai berjalan-jalan atau kata lain hingga saya sendiri pun rasa letih untuk berjalan-jalan, brother Hassan membawa kami ke restoran As-Saha. Sebuah restoran yang sangat historic, yang menunjukkan kebudayaan negara ini. Saya lihat, mereka ini amat-amatlah bangga dengan makanan mereka. Di sini, kami makan makanan tradisional Lubnan dan juga manisan mereka. Makanan mereka terdiri daripada roti-roti, daging, sayur-sayuran. Saya sudah mula rindu nasi putih! Namun biasalah..inilah masanya untuk saya kenal kebudayaan dan makanan mereka.



keterujaan


Kecantikan, senibina Islam. Hebat Beirut ini, adunan pelbagai tamadun. Dari Rom hinggalah  Islam

ketinggian nilai senibina

Kecantikan bulan ditambah dengan keunggulan senibina restoran. 

Koleksi gambar di restoran As-Saha
Maaf, tak tangkap gambar makanan kebanggaan mereka. kihkih

Usai makan, kami dibawa berjalan-jalan ke Zaytouna Bay. Kata sis Rana, biarlah dua tiga hari yang awal ini kami menikmati hidup yang mewah disini. Makanan yang lazat, pemandangan yang cantik. Cuci matalah katakan. Ya, betul juga, memang mewah....namun hakikatnya, otak saya sudah menerawang mencari...dimana agaknya saya boleh dapatkan gambaran mengenai kesengsaraan yang digarap melalui tulisan Dr. Ang Swee Chai iaitu From Beirut to Jerusalem. Saya sudah mula mendapat gambaran mengenai Hizbullah dengan melihat selatan Beirut dan juga kesan perang saudara dengan melihat suasana masjid dan gereja dan askar-askar yang berkawal. Keluar sahaja dari teksi, hampir terjatuh rahang saya! Ah, cantiknya tempat ni. Macam bukan bekas negara lepas perang! Jadi, adalah sikit-sikit gambar yang saya sempat rakam di teluk yang menjadi sarang si super kaya dunia, sang penabur duit, sang korupsi dan berbagai jenis sang kancil, ular  hinggalah sang buaya. Katanya, di sebelah sana..ada banyak tempat yang sedang derita. Benarkah ya sekiranya saya dilahirkan dan dibesarkan di sini. Agaknya, propaganda mereka yang iri hati dengan kekayaan keluarga saya agaknya. (Monolog kononnya anak orang kaya)


Tempat parking bot-bot peribadi

ini kalau ambik pakai DSLR mesti lagi lawa. hehe



Credit

Credit


Sikit lagi macam gambar yang saya rakam. Credit

Sewaktu berjalan-jalan di teluk ini, kami manfaatkan masa yang ada bersembang-sembang dengan sister Maryam. Banyak sungguh mutiara yang kami dapat dari beliau. Di Lubnan, sama sahaja dengan negara lain, korupsi agak hebat, ekstrim diantara sectarian dan juga faction itu umpama tiada kesudahan. Saya juga bertanya, bagaimana agaknya sis Maryam ni boleh survive dari perang Israel-Hizbullah 2006? Jawabnya, dalam perang tersebut, hanya tempat-tempat tertentu sahaja yang diserang dan di Beirut, tempat tersebut adalah di selatan Beirut.

Kami bertukar-tukar cerita. Terkilan juga, kerana saya tidak pandai berbahasa arab. Jika tidak, tentu lebih banyak yang saya akan peroleh. Saya pernah ada perasaan berkobar-kobar untuk belajar bahsa arab, namun padam pula...nampaknya, bila sudah pergi ke tempat yang penting sebegini, perasaan saya untuk mendalami bahasa arab semakin tinggi. Doakan ada kesempatan, insya Allah.

Sekitar jam 12 malam, kami pulang ke hotel. Ah..malam yang panjang!Esok, apa pula saya akan lihat... mengikut tentatif, esok saya akan ke kem Burj al Barajneh dan Shatilla, Pusat anak yatim Al-Ghawth, Takaful Centre for Child Welfare, Humanitarian Relief for Development Soceity dan juga Palestinian Association for Human Rights (Witness)

Ps: Gambar yang bukan saya rakam, saya ada letak kredit.

Nurul Hidayah Bani
1918
09042013
Nottingham, UK


Monday, 8 April 2013

[Travelog]Kembara Lubnan_3

29 Mac 2013

Hari ketiga di Lubnan. Sebelum kami memulakan training course kami di Al-Zaytouna, kami melawat dahulu Al-Quds International Institution. Sebuah badan yang menyedarkan masyarakat tentang kepentingan Al-Quds dan pembebasannya. Al-Quds mempunyai 10 cawangan di seluruh dunia dan di Beirut adalah ibu kepada cawangan-cawangan ini. Baru-baru ini, Al-Quds membuka cawangan di Malaysia. Lawatan kami ini lebih kepada sesi penerangan ringkas tentang al-Quds dan juga sessi soal jawab. Salah seorang dari kami, iaitu saudari Ilham Aina ada bertanya soalan mengenai guru. Lantas saya yang tersentak. Agak bernas. Soalannya begini:

Is it in Palestine, we have problem like shortage of teachers ?

Jawapannya, tiada.

di Palestin, terdapat empat jenis sekolah, iaitu ;
1) Jewish School
In this school, students will be taught using Israel's curriculum and teachers will be highly paid. About 60% of this type of school in Palestine. Rolled by Jews.
2) Private School
Has small number of students and teachers.
3)Al-Waqf School
Around 20% in Palestine. Rolled by Palestinian, not a proper school, salary of the teachers are very low. Their class are on apartment or anywhere that they can set up a class. Do not have shortage in teachers, but have shortage in type of teacher( specific teachers such as chemisty, physics, mathematics teachers).
4) UN School.

Memandangkan saya dalah bakal guru untuk pendidikan tetier, saya bertanyakan tentang Post-16 education.

Al-jawab: di Al-Quds, hanya terdapat sebuah university, namun kelengkapannya kurang dan juga pihak universiti perlu mengenakan yuran. Namun, 70% penduduk adalah di bawah taraf kemiskinan dan tidak mampu menghantar anak mereka untuk ke pendidikan secondary, (private school and UN school). Jadinya pihak universiti juga memberikan diskaun. Namun, begitulah..halangan mereka untuk mendapatkan pendidikan formal amat hebat dan komitmen untuk belajar agaak tinggi. Mereka ingin membina hidup yang lebih baik. Jadinya, sebagai jalan lain, pihak Al-Quds cuba untuk berunding dengan beberapa buah negara lain untuk membekalkan biasiswa untuk anak-anak Palestin ini.

Sebelum pulang saya sempat menyampaikan poster kepada pihak Al-Quds, sambil memandang ke arah saya, manager Al-Quds berkata

"As long as you hold Palestine in your heart, we will liberated Palestine"


Bergambar bersama Manager Al-Quds
Credit: Ilham Ainaa

Setelah selesai lawatan , kami pun bergerak ke Al-Zaytouna untuk menyambung training course. Hari ini, sebanyak dua tajuk yang akan dibincangkan, iaitu :

4) The Zionist State of Israel
Ringkasnya, ceramah ini adalah mengenai negara haram Israel, dari segi politiknya, ekonomi dan ketenteraan. Apa yang menariknya mereka tiada perlembagaan, yang ada hanyalah undang-undang asas dan juga setiap kali pilihan raya, tiada parti yang akan menang dominan! Berbeza dengan Malaysia. Jadinya, didalam knesset (Parlimen mereka) suara mereka tidak bersatu. Apa yang penting adalah kemandirian, tidak kira bagaimana jalannya. Kini, politik mereka kelihatan lebih ekstrem, lebih kepada menyokong occupation.
Credit: Al-Zaytouna Slide


Dari segi ketenteraan pula, mereka diWAJIBkan menyertai latihan tentera seawal umur 15 tahun. Pada waktu inilah mereka belajar menggunakan senjata. Latihan ini meliputi kedua-dua jantina. Untuk keterangan lanjut, mungkin kita boleh bersama-sama membuat research mengenai mereka. Untuk berkobar-kobar melawan musuh, memang patut untuk kita mengenali mereka.

Dari segi ekonomi;
Al-Zaytouna Slide

5) The Current Situation in Palestine and its political map.

Ceramah ini memberikan penerangan ringkas mengeni Palestine representation dan juga rentetan politik yang berlaku. PLO, PA, Fatah, Hamas dan juga beberapa parti yang lain. Namun apa yang kita lihat kini, Hamas dan Fatah masih lagi belum mencapai kata sepakat. Ini kerana , masing-masing mempunyai ideologi yang berbeza untuk membebaskan Palestin. PR yang dibuat sewaktu tahun 2006, memberi kejutan kepada kuasa-kuasa 'besar ' Eropah & AS kerana mereka sangat yakin bahawa Fatah akan menang namun akhirnya, lain pula yang terjadi. Maka, pada mereka, PR pada tahun 2006 itu adalah tidak sah. Untuk tajuk ke 5 ini, saya rekemenkan buku Ustadz Maszlee Malik yang bertajuk : HAMAS, dari Parti underground ke Parti Pemerintah dan juga Hamas: Pejuang Suci Kota Baitul Maqdis.


Isi ceramah 4 dan 5 ini masih panjang untuk saya ringkaskan, namun begitu sama-samalah kita mempunyai inisiatif sendiri untuk mengambil tahu hal ini. Ramai orang mempersoalkan, mengapa hanya isu Palestin sahaja yang diwar-warkan? mengapa tidak isu Burma, Pakistan, Afghanistan? Saya kira, sebagai umat Islam, kita harus ada jawapannya kepada soalan ini. Sama-samalah kita cuba mencari jalan untuk memahami berbanding hanya duduk menanti untuk diberi pemahaman, penerangan.  Umumnya, yang saya lihat, pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia agak dangkal. Kadangkala ingin memberi pendapat, tetapi bukan pada tempatnya, ingin beri komen, namun tidak membantu langsung. Saya lihat cara komen, kelihatan jelas pembodohan yang berlaku, jarang membaca, jarang menganalisa, tidak sabar belajar. Namun, mahu cepat mencari kesalahan, mahu cepat menunding jari.

Ini bermakna, masih banyak lagi kerja yang patut kita lakukan untuk memupuk generasi yang berkualiti seterusnya melahirkan umat Islam yang ada pada kualiti dan kuantiti.

Bersambung.. [suasana Malam di Beirut, in shaa Allah]

Nurul Hidayah Bani
23:05
08042013
Nottingham, UK

Friday, 5 April 2013

[Travelog] Kembara Lubnan_2


28 Mac 2013

Hari kedua saya berada di Lubnan. Cuaca disini agak menyenangkan sekali. Suhunya sekitar 17-18 C dan keadaan yang lembap membuatkan saya amat  selesa berada di negara beriklim mediterranean ini.

Pada pagi hari, kami  bersiap-siap untuk ke Al-Zaytouna Training Centre. Sebelum ke sana, kami bersarapan di hotel tersebut. Makanan yang disediakan, agak banyak dan nampak menyelerakan. Namun, apakan daya. Ianya mungkin tidak kena tekak saya. Makanan asasi mereka lebih kepada roti, keju dan daging. Saya, biasalah.. sudah mula rindukan nasi.

Keju-keju
Sayur-sayuran (salad) dan Labaneh Ball(saya tidak mampu makan ball ini sebab rasanya terlalu seperti susu lembu yang segar)


Selepas bersarapan, sekitar jam 8:30 pagi..bro Tarek menunggu kami di lobi hotel. Selepas semuanya bersiap, kami pun berangkat menggunakan van yang telah disediakan untuk ke destinsi yang hendak dituju. Hari kedua, siang hari.. umpama hari pertama saya melihat Beirut dalam keadaan terang. Semalam, saya sudah agak letih, jadi pagi ini saya agak teruja untuk menangkap gambar. Boleh tangkap sikit-sikit, cuma perlu berhati-hati.



Keadaan Beirut di awal pagi. Sewaktu saya dalam perjalanan ke Al Zaytouna Training Centre.
Secara ringkasnya, di Al-Zaytouna Training centre, dari jam 9am-4pm, kami akan mendengar tiga ceramah yang bertajuk ;
1)  Land of Palestine
Penerangan ringkas mengenai tanah Palestin dan Bilad as Shams (Jordan, Palestine, Lubnan dan Syria). Apa yang saya dapat dari ceramah ini adalah pengenalan mengapa tanah Palestin, apakah posisinya di dalam Islam. Mengapa ia adalah tanah suci umat Islam. Saya kira, memang patut tajuk ini adalah tajuk pertama ceramah kerana ianya adalah asas. Asas sebuah negara ialah Sempadan, penduduk tetap, kerajaan dan kedaulatan.

Tanah ini  juga amat berkait rapat dengan hadis baginda yang berbunyi;

Umamah al-Bahili reports that the Prophet ﷺ said, ‘’A group of my community will remain on truth, they will vanquish their enemy and those who disagree with them will not be able to harm them until Allah commands’’. ‘’Where are these people’’? The companions asked. The Prophet ﷺ replied, ‘’in and around al-Quds (Jerusalem).


Serta diterangkan dalam surah al-Isra mengenai kepentingan tanah ini. 




Kiranya, isu Palestin ini adalah isu yang holistik, disinilah terdapatnya isu aqeedah, isu perlanggaran undang-undang antarabangsa, isu kemanusiaan, penindasan dan sebagainya. 




Hakikatnya, pada saya ini adalah isu aqeedah, kita sebagai umat Islam perlu menitik beratkan isu ini sebagai isu yang holistik, bukan hanya kerana hak-hak kemanusiaan. 




2)  People of Palestine




Ringkasnya, ceramah ini menerangkan secara ringkas asal usul penduduk Palestin, dari mana mereka datang dan apakah nama keturunan mereka, Seperti yang kita pernah belajar, Jericho adalah tempat pertama adanya peradaban manusia yang agak teratur dan ini terbukti apabila Jericho letaknya di Palestin. Tempat bumi para anbia diutuskan untuk menyebarkan risalah Islam.




Mana mungkin, kita mampu memahami sesebuah isu tanpa memahami asal usul dan buadya masyarakat yang berada di negara tersebut. 




3)  Palestinian Army Struggle




Ceramah ini dipersembahkan dalam bentuk 'timeline' dimana bermula sejak tahun 1500 masihi apabila yahudi masih lagi diselubungi rasa bersalah akibat keingkaran & kejahatan mereka, diikuti peristiwa oloucast dan juga kebangkitan idologi Zionist dalam membentuk sebuah negara yahudi(zionist) di 'tanah yang dijanjikan'. Sebelum perjanjian Balfour, rakyat Palestin sudah mula sedar adanya yahudi di begara mereka. keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila termeterainya perjanjian Balfour dan penghijrahan beramai-ramai kaun yahudi (kebanyakanny dari eropah) ke Palestin. tanah-tanah di Palestin juga telah dibeli dengan banyaknya oleh rejim zionis. Hal ini terjadi kerana petani-petani kecil di Palestin memilih untuk tidak mendaftar tanah mereka akibat tidak mampu menampung cukai tanah yang tinggi. Akhirnya, orang-orang kaya memonopoli dalam bab pendaftaran tanah dan mejual tanah tersebut kepada yahudi.




Mei 1948. pengisytiharan negara Haram Israel. Saya pendekkan cerita ini melalui video ini. Kiranya, ceramah ini cuba memahamkan audience bagaimana zionis cuba untuk menjajah Palestin sedikit demi sedikit sehingga akhirnya rakyat Palestine perlu melawan semula, dan sehingga kini kita masih lihat rakyat Palestin tetap setia melawan rejim Zionis.




Apabila ditanya, apakah penyelesaian kepada semua isu ini. Saya tidak bersetuju dengan penyelesaiannya adalah khalifah. Setakat satu perkataan 'khalifah'. Namun, sekiranya jawapan itu adalah satu sistem pemerintahan yang adil dan menerapkan nilai-nilai Islam sebagai ad-Deen, bukan sekadar ritual, itu adalah yang saya mahukan. Tidak kiralah apa namanya. Yang penting adalah nilai, cara, penerapan yang dilaksanakan. Bukan sekadar  nama.







Dari Al-Zaytouna Training Centre inilah saya melihat pemandangan sekitar Beirut, iaitu dari tingkat 12. Keadaan banguan-bangunan ini dalam keadaan sederhana dan terdpat kesan-kesan pembaikan. Mungkin juga ini kerana Lubnan adalah sebuah negara yang agak sengit dalam 'civil war' dan juga perang 'Arab-Israel'




Keadaan persekitaran dari tingkat 12.

Saya juga ada merakam video. Anda boleh lihat video tersebut di awal entri.




Petang harinya pula, sekitar jam lima petang, ketua delegasi kami iaitu Saudara Yusuf Johari membawa kami berjalan-jalan melihat pemandangan di sekitar persisiran laut mediterranean. Saudara Yusuf sudak hampir enam kali ke Lubnan dan maklumlah pula Lubnan ini lebih kecil dari Malaysia, jadinya beliau agak ingat jalan di sekitar Hamra ( dalam Beirut) untuk membawa kami melihat keadaan sekeliling.


Laut Mediterranean amat cantik, udara dan suhunya amat menyenangkan. Tidak seperti UK yang kadangkala suhunya amat sejuk mahupun Malaysia yang siangnya agak panas. Hari ini, saya umpama sudah biasa melihat askar-askar berkawal di sekitar Beirut dan juga di pesisiran pantai. Owh, saya tidak pernah ke Mesir, jadi saya tidak tahu bagaimana keadaan lebih banyak peminta sedekah . Ini kerana, di sini saya juga melihat beberapa peminta sedekah dan juga kanak-kanak yang cuba mendapatkan wang dengan menyediakan perkhidmatan mengilatkan kasut. Saya akui, hati saya agak sayu dan bersimpati melihat orang tua yang tidak berdaya meminta sedekah ditepi jalan. Sedangkan saya hanya mampu melihat. 



Itulah sebab saya lebih mempercayai kepada penerapan nilai, bukan sekadar nama. Sekiranya ada negara yang namanya Negara Islam, tetapi didalamnya kebajikan orang tua, wanita dan kanak-anak tidak terjaga; berlakunya banyak rasuah dan tipu daya; kadar jenayah dan penganiayaan yang tinggi, tiada maknalah harga sebuah nama tersebut. Namun, ini hanyalah 'reflection' saya, persoalannya kini..apakah tindakan yang akan saya lakukan. Semoga  tindakan ini bermula dengan diri sendiri dan bagaimana saya ingin mencari kefahaman memahami Islam secara holistik, berdasarkan nilai-nilai dan cara hidup. Memahami dan menanam aqidah Islam yang sebenar-benarnya. Insya Allah 


Rumah api dan juga kapal terbang yang berlepas. Beirut adalah sebuah ibu negara yang agak kecil



Salah seorang kanak-kanak penggilap kasut. Kawan saya ada bertanya, mereka dari mana. Katanya mereka  dari Syria.
Apapun, semoga Syria cepat sembuh daripada kekejaman yang berlaku disana.


Kucing di batu pesrsisiran Mediterranean

Batu yang unik dan menarik perhatian pelancong







Bersambung...




Nurul Hidayah Bani

Nottingham, UK

Wednesday, 3 April 2013

[Travelog] Kembara Lubnan_1

Alhamdulillah..

Pada 27/3-1/4 yang lepas, saya bersama-sama 8 lagi ahli delegasi, terbang ke Lubnan. Sebuah negara yang di selatannya adalah Palestin dan diapit oleh negara bergolak, Syria. Perjalanan dari London-Beirut mengambil masa sebanyak lima jam. Masa sebanyak empat hari penuh dimanfaatkan dengan sebaiknya. Letih itu, ya ada..namun, sekiranya saya sendiri sudah ingin pergi, tiada rungutan yang mampu dikeluarkan apabila melihat layanan yang diberikan oleh saudara Palestin yang berada di Lubnan sangat-sangat baik.

Ahli-ahli delegasi yang lain.

Bertolak dari London sekitar jam 12:10 tengahari, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Rafiq Hariri, Beirut ketika jam 6:30 petang. Beza masa antara Beirut dan London adalah sebanyak dua jam, dan 6 jam dengan Malaysia. Kami disambut oleh wakil Al-Zaytouna Training Centre iaitu sister Rana, Bro Tarek, Abu Tareq dan Abu Ahmed.

ketika sampai di Airport, saya agak kaget kerana melihat ramai askar berkawal. Askar yang siap bersenjata. Dalam perjalanan menuju ke hotel juga, saya agak teruja melihat ada ketera kebal turut lalu dijalan raya. Ya, kami tidak boleh menangkap gambar kerana di kawasan selatan Beirut, ianya didominasi oleh Hizbullah. Sis Rana memberitahu kami bahawa dibahagian selatan Beirut ini kebanyakan bangunan adalah baru dibina kerana bangunan-bangunan ini pernah rosak teruk ketika perang Hizbullah-Israel 2006.

Layanan yang diberikan oleh mereka amat istimewa, kemudian, kami dibawa ke hotel tempat kami menginap dan diminta supaya rehat secukupnya untuk hari-hari yang akan datang. Maka bermulalah hari-hari di Lubnan dimana saya akan melihat realiti disebalik apa yang sebelum ini saya hanya dengar dan baca.

Hotel tempat kami menginap

Bersambung..

Nurul Hidaya Bani
Nottingham, UK