Showing posts with label cinta Allah. Show all posts
Showing posts with label cinta Allah. Show all posts

Thursday, 28 July 2011

Apa yang aku ingin kejar sebenarnya?

Tanya pada hati
apa kehendak diri
*tentulah penuh list yang masih belum dipenuhi
pada duniawi yang tamatnya aku pun tidak pasti

tanya pada iman
apa kehendak diri
jawapannya mudah
cintailah Allah dan rasul sepenuh hati
cinta itu bukan kata nama
cinta itu bukan kata sifat
cinta itu kata kerja
cinta itulah yang membawa pada akhirat yang kekal abadi

Aku diam membisu
Aku soal diri
Cintakah aku dengan sepenuh hati?

Cubalah untuk cinta wahai diri
Kerna kamu tidak tahu bila kamu dijemput pergi
sama ada dalam golongan kanan atau kiri
pada Allah tempat kamu kembali

Allah
SyurgaMu luas
Tanamkan rasa cintaku padaMu
agar aku dapat menumpang teduh di SyurgaMu
aku hamba hina
jangan biarkan aku tentukan nasibku
walau sesaat pun

Jangan beri aku diriku
Aku tidak mampu menguruskannya
Jangan beri aku pada orang lain
Mereka akan mensia-siakannya
Peganglah diriku
Pandulah aku

ameen




Wednesday, 1 June 2011

saya masih ingat lagi.

Tahun lepas, pertama kali pulang ke Malaysia dari sini. Apa yang saya bawa?:

1) Hard disk yang penuh dengan movies. Cakap je nak movie apa. Indon, inggeris, melayu dengan harapan
  dapat mengisi masa lapang di rumah. [internet kat sini laju, jadi downloadlah berbundle-bundle filems]


Misi tidak berjaya. Hard-disk dimamah virus. Akhirnya, saya tak tengok semua filem-filem yang saya bawak. Akibat mati kutu, saya beli dan baca beberapa buah buku. Alhamdulillah, buku-buku yang saya beli kini mak dengan abah saya yang baca. insyaAllah, bermanfaat.

Alangkah ruginya, kalau apa yang saya tinggalkan dirumah cerita-cerita yang lagha. Keluarga saya menonton cerita-cerita tersebut. Bukankah itu satu pelaburan yang merugikan?

Akhirnya, baru saya sedar. Sang Pencinta sangat menyayangi saya. Dimusnahkan apa yang saya rasa indah, diganti dengan yang lebih indah.

Namu begitu, saya masih tidak berputus asa, insyaAllah. Kali ni pun saya masih nak bawak balik hard-disk yang penuh dengan filem. wahaha...Antara filem-filem tersebut:

Highly recomended:

1) Sang Murabbi
2) Sang Pencerah
3) Alangkah lucunya negeri ini
4)Dalam mihrab cinta
5) Emak ingin naik haji.

Tuesday, 24 May 2011

Cinta & Bahagia

Pernah tak terjadi pada kita?

Tiba-tiba rasa phone hilang, punyalah cari dan cari. Sampai kita rasa letih. Tapi bila jumpa balik, rupa-rupanya phone tu ada dalam poket kita je.

Ataupun, mana-mana barang lain, macam pen ke. Cari punya cari dalam beg, dalam fail rupa-rupanya ada dekat atas meja. Tempat kita duduk menghadap studi dari tadi.

Tak perasan kan. Tapi letih jugak mencari.

Pada aku, macam tu lah bahagia dan cinta

Ada di hadapan mata,
Namun bila kita masih cemari rasa, jiwa, anggota
Bahagia rasa jauh dari pandangan mata
Padahal, ianya amat dekat
Rasa bahagia itu perlu dicipta, dicari
Kerana ianya dekat
Bersihkan jiwa, basahkan lidah dengan zikir
Tenangkan hati
Hilangkan rasa syak wasangka pada manusia
kerana syak wasangka itu meletihkan
Jangan hingga kawan disangka lawan
Jangan hingga ibu bapa disangka halangan
Itulah terjadi apabila prasangka bersarang dihati
Membuat diri merana tiada henti
Cukuplah wahai diri
Bangkit kamu dari mimpi ngeri ini
Basuh wajahmu, bersihkan hatimu
Basahkan lidahmu dengan kalimah-kalimah Yang Maha Satu.

Cinta itu dekat
Cinta itu sentiasa ada
Cinta itu dari Yang Maha Esa
Kerana dia Maha Pencinta
Seandainya manusia seringkali membuat kita terluka
Cinta Allah sentiasa menyapa
Namun sukar dirasa
Apabila kita tidak perasan nikmatnya
Menagih cinta dari manusia
Umpama mengundang hiba
Andai asasnya bukan dari Yang Maha Esa.

Again, Suddenly feel this is personal entry.
T_T.
I m not ina good mood now.

Kadangkala rasa, manusia ini bongkak
Apabila begitu sukar menerima maaf seseorang..
Rasa hampir menangis, bila baca hadis mengenai Allah tetap ampunkan dosa hambaNya walaupun banyak mana pun. (except dosa syirik. wallahualam).
Mulia sangatkah kita? Untuk menghukum seseorang. T___T
Manusia ni, memang tak sempurna. T_T, Sering buat kesalahan. Itu sifat semulajadi manusia, Fitrah.
Tapi dosa dengan Allah, sekiranya kita bertaubat. Bukan sahaja Allah ampunkan, malah beri lebih dari tu.
Rasa takut pada Allah. Bila rasa takut pada Allah, takut juga nak berbuat dosa pada manusia.
Sebab tak terampun selagi dia tak ampunkan.
Semoga Allah lembutkan hati kita, lunturkan ego kita.
Semoga Allah pimpin gerak geri kita.
Supaya tidak ulang kesalahan yang sama.

Hadis tu: Hadis 42, Hadis Arba'in.

Jangan kerana kita, sahabat kita tertutup pintu untuk ke syurga.
Untuk muhasabah diri terutamanya.

T____T





Monday, 7 February 2011

aku duduk sendiri..
diam menyepi,kadangkala terasa mahu lari dari semua ini
ku gagahkan diri,
mencapai kalamMu...
ku selak,ku baca dan fahami maknanya..
ya Allah,begitu luasnya cintaMu
betapa Agungnya diriMu..
kala itu,air mata mula membasahi pipiku..
menyesali diri ini
malu pada diriMu,
rasa sedih hilang silih berganti..
setiap kata-kataMu penyembuh luka di hati
setiap apa yang termaktub punyai kisah sendiri..
dari rasa sedih,silih berganti pada rasa malu..
dari rasa malu beralih pula pada rasa rindu..
pada yang Maha Satu..
cintaMu seluas langit dan bumi,
menanti di setiap persimpangan liku-liku hidupku.
kala aku berlari,cinta&kasihMu juga berlari
kala aku terjatuh,kasihMu menanti untuk diri ini berdiri kembali..
kasihMu tidak pernah jauh..
ada dalam setiap helaan nafas,gerak geri perbuatanku...
tetapi,
diri ini yang sombong,diri ini yang leka..
merasa hebat tanpa pertolongan Yang Maha Esa
kadangkala lupa..
saat berjalan di tutup mata..
walaupun sebenarnya ada cahaya
tetapi diri ini yang sombong lagi hina..
aku mampu berjalan sendiri katanya
tanpa perlukan cahaya...
akhirnya,apabila jatuh...
barulah ku tahu apa fungsinya cahaya
ya Allah...betapa hebatNya cintaMu
cintaMu adalah cinta yang paling menyenangkan.
cinta yang abadi lagi hakiki.
aku malu..
tapi aku PERLUKAN cintaMu.
ya Allah.
~cahaya Petunjuk~
0840
070211
04031432

Abdullah ibn Mubarak recited:
you disobey Allah
and yet you still claim to love Him
by Allah,such behaviour is disgusting
by any standard!
you would have obeyed Him had your LOVE been TRUE,
for the LOVER is always obedient to the BELOVED!

Reference:Poem by Abdullah ibn Mubarak,from The Purification of The Soul,compiled from the works of Ibn Rajab al-Hanbali,Ibn Qayyom al Jawziyya,Abu Hamid al-Ghazali.