Showing posts with label bahan ilmiah. Show all posts
Showing posts with label bahan ilmiah. Show all posts

Thursday, 7 March 2013

[reviu] The Punishment of Gaza

Penulis: Gideon Levy

Bil. Mukasurat : 148

Penerbit : Verso

Genre : Politik

Harga: £7.19 (Baru) £3.50 ( Pelbagai keadaan)

Tahun: 2010


Gideon Levy, nama ini baru sahaja saya kenal apabila melihat sebuah dokumentari di Al-Jazeera yang bertajuk Going Against The Groin. Beliau adalah seorang jurnalis Israel yang menulis untuk Hareetz . Setelah melihat dokumentari ini dan juga membaca buku beliau, secara peribadinya beliau adalah seorang jurnalis yang telus, mencari berita yang paling tepat untuk disiarkan dan melihat konflik ini dengan mata hati dan melawan arus propaganda yang disiarkan melalui media-media lain di Israel.

Gideon Levy, seorang yang lantang bersuara apabila beliau meninjau sendiri bagaimana keadaan Palestin. Selain beliau,  Richard Goldstone juga merupakan seorang yang lantang bersuara di peringkat antarabangsa apabile beliau membentangkan Goldston Report yang telah ditentang habis-habisan oleh Israel. 


Umumnya buku ini sangat menarik, memuatkan sebanyak 40 artikel dari tahun 2006-2009. Ianya adalah pandangan dari sebelah pihak yang lain, tetapi mempunya kesedaran mengenai injustice yang berlaku. Saya dapat menilai perkara ini apabila membaca apa yang ditulis memang tidak lari dengan apa yang dilaporkan oleh media-media lain seperti al-Jazeera, Berita di televisyen (sebelum tahun 2008, berita di televisyen Malaysia agak bagus dan boleh dipercayai) serta cerita dari NGO-NGO yang fokusnya adalah untuk kebebasan Palestin.2006-2009,  pelbagai perkara yang berlaku sepanjang waktu ini yang memang memberi impak besar pada masa kini.

Membaca ulasan dari Gideon Levy, membuatkan saya mengimbas semula episod-episod yang berlaku sepanjang masa tersebut. Mujurlah saya ada mengetahui sedikit sebanyak konflik ini sejak dibangku sekolah lagi. Apa pandangan beliau, catatan beliau mengenai Perang Lubnan ke2 sewaktu tahun 2006, begitu juga dengan operasi 'Autumn Cloud' dan juga 'Summer Rain' yang dijalankan pada tahun yang sama. Kemudian, dari segi politiknya, tahun 2006 mengukir satu sejarah yang sungguh hebat iaitu kemenangan Hamas pada pilihanraya yang sah, namun begitulah mereka (Israel, US dan kuasa Barat lain) tetap tidak mengiktiraf Hamas, bahkan mengasak lagi dengan mengenakan sekatan ekonomi.

Ada juga diantara rentetan  yang dimuatkan, catatan yang agak mikro, kisah-kisah rakyat Palestin  seperti berhadapan dengan dugaan dan tuduhan yang kadangkala tidak masuk akal. Hakikatnya, tentera Israel laknatullah ini menganggap rakyat Palestin umpama objek untuk dijadikan latihan menembak, tidak kira dari darat, laut mahupun udara. Namun, yang diwar-warkan di Israel adalah , merekalah tentera yang paling bermoral didunia.

Antara catatan beliau mengenai Hamas yang dimuatkan ditajuk ke 20: Talk With Hamas. Tajuk ini adalah coretan beliau sewaktu Jun 2006,

" The two year siege and boycott-which has included starvation, blackouts and bombardments-have produced no sign that Hamas is weaker"(p-66)

Begitu juga apabila Hamas langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mengalah, Gilad Shalit kini berada ditangan Hamas (ingat semula peristiwa yang berlaku pada tahun 2006, serangan telah dimulakan oleh mereka), ini menyebabkan mereka tiada pilihan lain melainkan berunding dengan pihak Hamas (Walaupun hakikatnya mereka tidak mengiktiraf Hamas). Coretan Gideon levy mengenai situasi ini..

" Israel has nothing to lose. Our policy is such that we do not talk to Abbas because he is too weak, and we do not talk with Haniyeh because he is too strong"(p66-67)

Inilah ironinya, apa yang mereka lihat, pandangan mereka. Mereka takut sebenarnya. Gaza, penjara terbesar di dunia, namun itulah tempat dimana adanya angkatan tentera paling berani.

Pandangan peribadi
Buku ini adalah sebuah buku yang agak mencabar, dari segi bahasa dan juga koleksi artikel yang ada. Ianya membangkitkan semula ingatan-ingatan saya mengenai konflik yang penuh dengan ketidakadilan, ianya bukan perang, ianya adalah satu pembantaian terhadap Palestin secara keseluruhan. Tahun 2006-2009, pelbagai peristiwa yang berlaku, operasi 'Cast Lead' (Operasi ini lebih kejam daripada perang Yom Kippur,1967), pertukaran pemimpin di Israel iaitu dari Ehud Olmert ke Benjamin Netanhayu, begitu juga di US,sewaktu tahun 2009, dari George W. Bush kepada Barrack Obama. Merek yang berminat untuk membaca buku ini perlu ada sedikit pengetahuan asas mengenai konflik Israel-Palestin dan juga kancah di negara-negara timur tengah yang lain, jika tidak, mungkin anda akan pening-pening sedikit.

Hidayah Bani
Nottingham, IK
07032013


Wednesday, 12 September 2012

[reviu] Memoir Seorang Guru

Judul :Memoir Seorang Guru

Penulis: Azizi Abdullah

Penerbit: Alaf 21

Harga: RM13

Bil. Mukasurat: 299





Azizi haji Abdullah. Satu nama yang tidak asing satu masa dahulu dan kini semakin luput namanya untuk dijadikan buah mulut generasi muda kini. Kunjungan saya ke kedai buku semasa cuti telah menggerakkan hati saya untuk membaca karya allahyarham Ustadz Azizi Abdullah. Akhirnya, saya mencapai karyanya yang bertajuk Memoir Seorang Guru.

Novel ini mengisahkan tentang seorang bapa yang sangat-sangat bersungguh menghalang anaknya daripada menceburi profesyen perguruan. pelik! Itulah reaksia anaknya, mengapa bapa tegar menghalang niat sucinya, ingin menjadi seorang guru. Akhirnya, tiada apa yang mampu di ungkapkan dengan kata-kata, hanyalah 'bapa tidak suka kamu menjadi guru'. Namun, hati tua si bapa, siapa yang tahu. Hanyalah memori sebagai seorang guru Pendidikan Islam menceritakan segalanya. memoir-memoir inilah yang telah membangkitkan rasa, menjadi tulang belakang kepada mesej novel ini. Memoir yang penuh seribu makna, benci, dendam, perasaan penuh bersalah dan dikejar bayang-bayang dosa. Alangkah tiada berkatnya profesyen guru padaku..inilah yang hanya mampu terluah lagi oleh seorang bapa.

Novel ini pendek, namun mesejnya sarat. Ringkas, namun bisa membuatkan pembaca muhasabah panjang. Menarik nafas...berfikir sejenak. Diri saya sendiri, sebagai seorang bakal guru. Apabila membaca novel ini, saya tidak tahu hendak letakkan diri di mana. Adakah saya ingin meletakkan diri sebagai murid yang dibenci ataupun menjadi tenaga pengajar yang penuh dengan kebencian.

'Takah Murabbi'...sering di ulang-ulang dalam novel ini. Si bapa terasa menyesal kerana sepanjang profesyennya sebagai guru, takah murabbi itu sangat jauh untuk dicapai. Saya juga bungkam apabila terbaca patah-patah perkataan ini...apakah guru ini hanyalah profesyen yang cukup bulan makan gaji ataupun menjadi murabbi kepada anak-anak harapan.

Walaupun setelah dua minggu berlalu, namun ada beberapa perkara yang sering bermain di fikiran saya. Pertamanya adalah mengenai menjadi 'guru' ataupun 'murabbi'. kedua adalah mengenai keberkatan dan ketiga adalah adakah saya mampu menyemai perasaan sayang kepada murid-murid ataupun perasaan sebaliknya, iaitu benci. Satu perasaan yang memang dibenci.

Saya menghela nafas lega apabila dapat menamatkan novel ini. Lenggok bahasanya, jalan ceritanya..mampu membuatkan saya sebak, benci, dan juga berfikir, 'benarkah ini perasaan seorang guru?'. Apapun, saya masih lagi belum berada di dunia realiti profesyen perguruan. Masa terus berlalu, mungkin sahaja sikap murid-murid yang diceritakan di dalam memoir ini adalah sikap murid-murid di zaman 60-an, 70-an dan juga 80-an. Masa berlalu, ragam semakin berubah, dunia semakin mencabar, kadangkala belajar hanya untuk pandai, budi langsung tidak tersemai. . Inilah yang saya dapat perhatikan kini, rencah kepada dunia perguruan. Namun, inilah realiti, gosoklah mata beberapa kali, dan teruskan menyusun langkah kaki.

Harga buku ini adalah RM13. Sangat berbaloi. Boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran ataupun boleh juga dibeli secara online. Bacalah! Satu bahan bacaan yang membuatkan kita memuhasabah diri, tidak kira sama ada anda bakal guru ataupun tidak, sekurang-kurangnya anda pernah menjadi anak murid kepada seorang guru.

Saturday, 25 August 2012

[reviu] Travelog Impian Abadi

Tajuk : Travelog Impian abadi, itu yang tertulis

Penulis: Raudzah Roslan

Bil. Mukasurat : 257

Harga : MYR 19:00

Tahun terbitan: 2012









Buku ini telah saya baca ketika bulan puasa yang lepas, boleh saya katakan buku ini agak santai dan saya tidak mengambil masa yang lama untuk menghabiskan buku ini. Perkara pertama yang saya ingin katakan adalah, penulis bijak menimbulkan pelbagai persoalan dalam kepala membaca sehingga saya menyelak sedikit bab akhir untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang bermain di minda saya.

Mengapa saya memilih buku ini,

Saya lihat buku ini sudah tersusun di rak buku, mungkin sahaja kakak saya belikan ketika dia berkunjung ke Pesta Buku April lepas. Saya lihat juga buku-buku lain, namun memilih untuk membaca buku ini kerana kulit bukunya yang cantik. (dan ya, saya salah seorang yang melihat pada kulit buku :p). Cantik, detik hati saya apabila melihat kulit buku ini.

Sebenarnya, saya tidak kenal siapa penulisnya, maka ia juga menimbulkan pertanyaan. Maka bermulalah operasi saya mengkaji buku ini, helaian demi helaian, bab demi bab..akhirnya saya tersenyum. Boleh tahan buku ini.

Apa yang menarik

Penulis menceritakan kisahnya semasa di ITM(kini UiTM), bagaimana beliau memulakan hidup di sana, bagaimana persahabatan dan cabaran. Namun, apa yang penulis tekankan di permulaan cerita adalah kisah dahsyat minggu orientasi yang beliau hadapi! Maka, dalam kepala saya juga terbayang minggu orientasi saya di UPM yang memang dahsyat letihnya. Memang tradisi universiti di Msia agaknya.

Abang Lu'e menjadi persoalan dalam kepala saya, siapakah abang Lu'e, apakah nanti penulis akan berkahwin dengan abang Lu'e? dan inilah yang membuatkan saya menyelak sedikit ke penghujung buku. Hasilnya, ya. Penulis berkahwin dengan abang Lu'e dan saya pun puas hati.

Kemudian, penulis menceritakan cabaran yang dihadapinya selepas mendapat diploma, alam pekerjaan yang serba mencabar. Kemudian alam perkahwinan yang ada sahaja dugaannya.


Siapakah penulis?

Hakikatnya, persoalan siapalah penulis ini dan juga siapakah suami penulis bermain di fikiran saya. Hinggakan saya  terfikir-fikir sewaktu raya. Muhd Kamil b Ibrahim. Macam pernah dengar nama ni. Rupa-rupanya suami penulis adalah Prof. Kamil, penulis buku travelog haji, travelog dakwah dan buku-buku lain. Seorang ahli akademik.


Apa yang saya dapat?

Tentulah ini soalan yang bermain di kepala saya memandangkan saya tidak mahu menggunakan masa dengan sia-sia, membaca sebab hendak habiskan buku pada saya memang buang masa. Apa yang saya dapat adalah pengalaman penulis dan juga kisah hidup graduan universiti pada tahun 80-an. Pada waktu iti tidak ramai rakyat Malaysia yang dapat belajar hingga ke pengajian tinggi. Apa pun, melalui travelog ini dapat kita lihat bagaimana hidup seseorang boleh berubah.

Buku yang santai ini, lebih kepada perkongsian, pengalaman hidup. Pengalaman hidup manusia ternyata berbeza walaupun hakikatnya matlamatnya adalah sama. Mengapa matlamatnya sama? Kerana manusia, tidak kira muslim mahukan bukan muslim ingin mengecapi tiga perkara ini;

1) Ketenangan hati dan jiwa
2) Kekayaan
3) kebebasan.

Tetapi, tidak ramai yang dapat mengecapi ketiga-tiga perkara ini, apa yang kita lihat, ada yang dapat mengecapi perkara pertama dan ketiga, namun tidak perkara yang kedua, ada yang dapat mengecapi perkara kedua, namun tidak untuk yang pertama.

Inilah fitrah manusia, matlamat keinginan kita dan ianya lebih cantik apabila didasari dengan aqidah Islam. Namun, kita sebagai muslim perlu ditambah lagi satu matlamat; iatu Syurga Abadi.

Wallahualam

Hidayah Bani
25/8/12


Friday, 24 August 2012

[reviu] Diari Musafir; Jangan Berhenti 'Berlari'

Tajuk : Diari Musafir Jangan Berhenti Berlari

Harga : MYR 35.00

Bil. Mukasurat: 448

Penulis : Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Genre: Motivasi











Alhamdulillah, Allah telah mengizinkan saya menghabiskan buku ini dalam masa yang singkat.

Mengapa saya memilih buku ini?

Kali pertama saya melihat buku ini adalah di KLIA, pada waktu itu saya hampir-hampir ingin membeli buku ini, memandangkan masa yang ada agak singkat, maka saya lupakan hasrat saya dan mencapai buku yang lain. Namun, keinginan saya untuk membaca buku ini masih tidak terbantut apabila saya menemui buku ini buat kali kedua. Saya amat merasakan buku ini adalah buku 'mesti baca' saya. Bukannya apa, saya kerap juga membaca blog ustadz Zaharuddin dan amat mengagumi beliau dari segi kepakarannya dalam fiqh muammalat dan kesungguhannya berjuang dalam menegakkan perbankan Islam. Beliau salah seorang ulama yang berani dalam menjawab soalan-soalan kontreversi khususnya mengenai fiqh muamalat.

Apabila kita kagum dengan seseorang, dan mengetahui beliau sudi berkongsi serba sedikit kisahnya, masakan kita tiada keinginan untuk mengambil tahu, untuk kita jadikan motivasi dan ilmu dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar.

Hampir-hampir bertemu.

Saya masih ingat ketika SESSi yang diadakan di Birmingham ketika saya di tahun satu pengajian, ada dua slot selari, slot tersebut ialah : Muamalat dan juga politik Islam, pada ketika itu, saya tidak mengenali Ustadz Zaharuddin, lalu saya memilih untuk mendengar ceramah mengenai politik Islam.

Apa yang menarik?

Buku ini mempunyai dua bahagian, bahagian pertama adalah travelog beliau ketika masih belajar dan bahagian kedua adalah travelog kerjaya. Sudah tentu saya lebih berjaya menghayati travelog bahagian pertama. Tambahab beliau juga adalah salah seorang anak Malaysia yang menyiapkan PhD di UK.
Untuk bahagian kedua, apabila membaca bahagian tersebut, sudah tentulah apa yang saya fikir, memang mencabar kehidupan selepas belajar kerana inilah medan praktikan dan tidak semuanya akan ideal!

Pada permulaan lagi beliau sudah menyuntik semangat pembaca melalui kisah beliau mengukir kejayaan, tidaklah kejayaan yang datang adalah kerana memang beliau bijak, namun kerada adanya kesungguhan dan berani mencabar diri untuk membat yang terbaik.

Kisah beliau di Jordan juga agak menarik, bagaimana kesungguhan beliau menuntut ilmu di luar universiti menampakkan beliau seorang yang tidak akan melepaskan peluang belajar dari guru-guru yang memang tersohor di sana. Ketika di UK, beliau menceritakan kisah hidupnya di sana dan juga pengalaman beliau mengembara di tempat-tempat lain seperti Jerman, Switss, Czech.

Apa yang saya dapat melalui buku ini?

Sudah tentulah semangat dan juga ilmu yang beliau garapkan melalui buku ini. Buku ini juga memberikan saya inspirasi agar memanfaatkan masa yang ada di UK untuk menghadiri simposium, ceramah yang boleh memantapkan kerjaya saya. Memanfaatkan masa yang ada untuk bertemu dengan tokoh-tokoh yang berada di UK. Melalui buku ini juga, saya lebih belajar bahawa untuk berjaya, tipulah sekiranya tiada kegagalan yang di tempuhi.

Buku ini ternyata memberi kepuasan kepada saya, jika boleh diberi rating, saya akan memberikannya 5 bintang. Buku ini juga banyak membuatkan berhenti dan berfikir, lebih membuka minda, lebih bersangka baik dalam menghadapi cabaran yang bakal mendatang.

Ahli Akademik?

Ini adalah kerjaya ustadz Zaharuddin buat masa ini, sebagai pensyarah di IIUM. Untuk menjadi ahli akademik, beliau banyak melepaskan peluang untuk menjadi CEO, vice president of syariah dan banyak lagi kerjaya yang gajinya mencecah puluh ribu sebulan. Ini kerana neracanya adalah saham akhirat dan juga kesederhanaan dunia. Bukannya kerjaya lain tidak dapat menyediakan beliau saham akhirat, namun bagi beliau, menjadi pensyarah adalah profesyen yang sesuai dengan matlamat beliau.


Akhir kata, saya amat berpuas hati dengan buku ini dan merasakan bahawa buku ini ada rohnya tersendiri. Selain itu, untuk menghabiskan buku ini tentulah perlu pada 'driving force', namun driving force ini adalah terletak pada diri kita sendiri sama ada apa neraca kita membaca sesebuah buku. Jika ingin menambah ilmu dan juga mengoreksi diri, bacalah dengan rendah diri dan kesediaan untuk belajar. Mungkin kita ada prinsip kita sendiri, namun dalam usia yang setahun jagung ini dan masih 'muda', gunakanlah masa yang ada untuk menganalisa, belajar. Jangan tergesa-gesa mengatakan itu, ini, membuat itu ini seolah-olah kitalah pakar. Dengan hanya ilmu yang sekerat-kerat, mudahlah sesat dan terjerat.


Monday, 13 August 2012

[reviu] Doktor Umum

Tajuk: Doktor Umum

Penulis : Tun Dr. Mahathir Mohamad

Bil. ms: 982

Harga: MYR 59.00










Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Alhamdulillah, saya selamat menghabiskan buku ini dalam masa tiga minggu. Mungkin pada anda yang ulat buku merasakan waktu ini agak lama. Namun, 3 minggu inilah yang saya termampu untuk membacanya. Kadangkala ada hari yang saya tidak membaca langsung, ada hari yang saya mampu menelaah berbab-bab, umpama membaca novel. Namun, di bulan Ramadhan ini, di samping menggunakan masa dengan membaca, perlulah juga kita bersama-sama lebih menggunakan masa untuk membaca dan menghayati kitab suci Al-Quran.

Mengapa saya memilih buku ini?

Saya sudah bercita-cita untuk membaca memoir Tun. Mahathir sejak tahun lepas lagi(2011), ketika pelancaran buku ini versi bahasa inggeris. Saya masih ingat lagi ketika saya di kedai buku, hampir mencapai buku ini (versi bahasa inggeris), namun pantas pekedai tersebut mengatakan  buku ini akan dicetak dalam versi bahasa melayu. Lalu, saya pun meletakkannya semula.

Secara jujurnya, saya ingin sangat membaca buku ini adalah untuk mengetahui dengan mendalam pemikiran, idea, latar belakang, susur galur politik dan pengurusan kehidupan peribadi beliau sebagai orang yang paling lama menyandang jawatan sebagai perdana menteri Malaysia seterusnya mengenal sendiri negara Malaysia.

Saya masih ingat lagi bagaimana cabaran yang dihadapi oleh beliau, beliau digelar firaun, maha zalim dan paling popular diktator, apatah lagi apabila terdengar rancak perbualan mengenai krisis beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelbagai lagi label yang dikeluarkan untuk mengecop beliau. Mungkin kerana lamanya beliau di tampuk pemerintahan, maka pengalaman beliau umpama mutiara bagi sesetengah pihak dan sebaliknya bagi pihak yang lain. Sebagai generasi muda, amat rugi sekiranya kita tidak mahu mengutip pengalaman yang beliau sendiri lakarkan tidak kira kita di pihak yang mana. Sebelum ini, apa yang saya baca, dengar mengenai beliau kebanyakannya dari akhbar dan juga khabar-khabar sekeliling. Keluar sahaja memoir ini, ianya umpama satu pencerahan buat saya kerana beliau sendiri menceritakan apa yang berlaku sepanjang perkhidmatannya sebagai doktor dan juga ahli politik di Malaysia.

Bacalah dalam konteks ilmu

Bacalah buku ini dalam konteks ilmu, sekiranya anda ada pemikiran anda. Anda berpegang sahajalah. Namun apa yang saya dapat melalui buki ini sangat banyak. Apa pun, anda sendiri menilainya saat anda membaca buku ini, apa yang anda ingin dapat melalui buku ini.

Apa yang menarik

Secara peribadinya, banyak bab yang menarik. Antara bab yang menjadi kegemaran saya adalah kisah beliau semasa zaman peperangan, bagaimana beliau mensustain kehidupan dan pemikirannya yang pro-barat pada waktu tersebut. Bab tentang krisis ekonomi Malaysia, tentang undang-undang dan juga tentang Tun Daim. Sejak kecil lagi saya sudah mendengar akan kehebatan Tun Daim dan pada waktu tersebut saya telah memasang cita-cita ingin menjadi seorang ahli ekonomi. Namun, masa telah berlalu dan kini apabila membaca apa yang Dr. M coretkan megenai Tun Daim saya semakin kagum dengan beliau. Bab mengenai krisis beliau dengan timbalannya sudah tentu antara perkara yang saya ingin tahu.

Saya tersenyum apabila beliau bercerita mengenai cita-cita beliau ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam jurusan undang-undang. Antara sebab beliau memasang cita-cita tersebut adalah kerana beliau suka melihat perbahasan/perdebatan. Saya juga pernah mempunyai perasaan yang sama mungkin. Kebanyakan cita-cita saya sewaktu zaman persekolahan adalah  berpaksikan sains sosial. Namun Allah lebih tahu dan kini saya adalah graduan sains tulen. Masa berlalu, minat kita pada sesebuah bidang tidak akan hanya tersekat dengan jurusan yang di ambil ketika di universiti , dimana ada kemahuan disitu ada jalan, saya kerapkali berkata kepada diri saya sendiri agar tidak berputus asa dalam bidang sains tulen dan pada masa yang sama menjauhi bidang sains sosial. Jangan menjumudkan diri pada satu dimensi sahaja.

Buku yang tebalnya hampir 1000 mukasurat ini pada saya sarat dengan kisah suka dan duka. Sudah menjadi kebiasaan saya untuk lebih tersentuh ketika membaca buku puisi dan juga buku sejarah. Namun bukan novel cinta. Kadangkala saya baca juga novel cinta kerana buku tersebut menghiasi rak buku di dalam bilik, namun saya tahu yang cerita di dalam novel tersebut adalah bohong dan terlalu ideal. Tetapi, sejarah adalah perkara benar yang telah berlaku dan pengalaman seseorang yang amat berharga. Ianya mungkin tidak ideal, namun pernah berlaku. Pragmatik.

Pendapat peribadi yang lain?

Ketika saya membaca buku ini, terlintas juga di fikiran saya untuk membaca memoir pemimpin-pemimpin Malaysia yang lain dan saya rasa buku ini adalah salah satu buku yang paling menarik pernah saya baca. Mungkin kerana apabila meyelak, menelaah buku ini..saya terus membayangkan negara kita Malaysia dan ternyata buku ini bagaikan isi dengan kuku apabila dikaitkan dengan pembangunan Malaysia.
Apapun, ternyata beliau disegani dalam dan luar negara. Ketika saya berada di luar negara, sekiranya saya memberitahu yang saya berasal dari Malaysia, kebanyakan mereka hanya akan mengenal Dr. M. Pada waktu itu, saya terfikir juga, mngapa mereka (kebanyakannya adalah penduduk Britain yang berasal dari Bangladesh, Pakistan, Arab, Palestin dan negara timur tengah) begitu menyanjung Dr. M dan apabila saya sebut pemimpin lain, mereka tidak kenal. Akhirnya buku ini memberi jawapan kepada persoalan tersebut.


Akhir kata, jika anda berminat, silalah jangan segan silu membaca memoir ini. Mungkin saya agak terlambat dalam me'reviu' buku ini kerana ianya sudah berada di pasaran setahun yang lepas.



Hidayah








Tuesday, 29 May 2012

Kisah Si Arnab dan Kura-kura

Ini kisah perlumbaan pertama,

Takpe, tak payah la cerita camane ceritanya, ramai dah tahu kan.

da di da..da di da... kura-kura pun menang, sebab dapat potong si Arnab ni di tengah jalan, waktu tu si Arnab sedang berehat, lalu tertidur.

Pengajaran dari cerita ni pun, bukanlah saya yang beria fikir, tapi dapat dari sebuah buku yang bertajuk, Nota Zikir Untuk Fikir karya Ustadz Pahrol Mohd Juoi.

Antara benda yang boleh kita analisa untuk dijadikan pengajaran;

1) Cuba kita lihat watak kura-kura dan arnab. Kita dapat melihat sifat kedua makhluk ini.
sifat arnab: Fizikal: kuat, mempunyai kaki yang lebih panjang., berlari dengan lebih laju
                 Akhlaknya: Superior, bangga, sombong, over confident.
Sifat Kura-kura: Berkaki pendek, lembab.
                 Akhlaknya: menjaga maruah dengan menerima cabaran si Arnab(supaya tidak berterusan dihina),
                 sedar akan kemampuan diri, fokus, rajin, istiqamah, jelas dengan matlamatnya.

2) Kemudian, ketika perlumbaan, Arnab yang berbekalkan kekuatannya telah mendahului si Kura-kura, namun kura-kura tetap tak DOWN, malah dengan matlamatnya yang jelas, dia terus merangkak dan merangkak.

3) Apakah trek perlumbaan ini singkat sahaja? Mungkin ya, namun jika kita teliti semula, jika benar trek tersebut pendek, tentulah di Arnab tidak berlengah, baik dia habiskan je. Namun, di lihat perjalanan untuk perlumbaan ini jauh, hinggakan si Arnab ini mula rasa letih dan keletihan ini mengaburi matlamatnya. Lalu niatnya berubah untuk berehat seketika.

4) Si Kura-kura yang istiqamah ini, konsisten, jelas dengan matlamatnya meneruskan perjalanan walaupun lambat, merangkak dan merangkak hingga akhirnya dia terlebih dahulu sampai ke garisan penamat.

5) Apa lagi pengajaran yang boleh kita lihat?  sikap? ya..sikaplah yang menentukan kejayaan kita. Bukanlah hanya kekuatan, kegeniusan dan kehebatan. Namun sikap..bagaimana kita mahu mempositifkan perjalanan kita. Dengan adanya kelebihan, tidak tentu ia akan menjamin kejayaan.

6) Banyak lagi pengajaran, namun apa yang lebih saya tekankan ialah sikap dalam mengejar sesebuah matlamat. Kejelasan kita pada matlamat tersebut dan bagaimana sikap kita dalam menghadapinya.

7) Kerap juga kan kita mendengar, dia bijak zaman sekolah dahulu, tapi mengapa kecundang di tengah jalan. Sebab pertama tentulah itu semua takdir dari Allah swt. Namun, antara sebab lain adalah sikap kita dalam menghadapi dugaan dan cabaran, terutamanya dalam hidup.

8) Ada yang memang dilahirkan dengan dikurniakan kebijaksanaan, kekuatan fizikal, ketampanan dan kecantikan..namun itu semuanya tidaklah dapat dikekalkan dan dipelihara sekiranya tiada sifat-sifat yang positif.

9) semoga kita mengambil pengajaran dari kisah ini, terutamanya dalam menghadapi dugaan dan cabaran. Kadangkala untuk stress, down, tensi, ataupun rasa over confident, superior, bongkak adalah pilihan kita.

10) Sekian, kisah arnab dan kura-kura, mungkin agak tak details, kisah perlumbaan kedua arnab dan kura-kura boleh dibaca kat Malaysia(rasanya masih lagi menjadi komponen sastera untuk murid tingkatan empat)

11) Hakikatnya,, banyak cerita-cerita masa lalu yang kita boleh jadikan pengajaran. Cerita dari Al-Quran, Sirah Nabi, Para Sahabat, Sejarah dunia dan juga cerita-cerita rakyat sebegini. Terpulanglah kepada kita bagaimana mahu menilainya.

Si Comel Arnab, kasihan kena jadi watak antagonis walaupun comel. hehe

Si Kura-kura yang mempunyai sifat positif biarpun sedar tidak mempunyai kekuatan fizikal seperti si Arnab yang comel.




Monday, 2 January 2012

Taat Malaikat? Taat manusia?

Hajat di hati untuk buat post tentang harapan 2012/1433H, tapi takpelah, simpan dulu.

Berbalik kepada tajuk di atas, kenapa ye?

Kisah ini dilakarkan dalam Quran khas untuk kta 1433++H dahulu; Malaikat dan jin dicipta terlebih dahulu berbanding manusia, makanya ketika Allah berfirman untuk mencipta manusia iaitu khalifah, akhirnya terjadilah detik ini;

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.(2:30)


Pada zahirnya, manusia lebih mulia dari malaikat. Ini ternyata apabila malaikat tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh Allah mengenai nama-nama, namun Nabi Adam dapat menjawab soalan-soalan tersebut. Menurut Sayed Sabiq, inilah kemuliaan ilmu dalam memahami dan mengenali sesuatu. Ia dikhususkan oleh Allah swt kepada manusia. Inilah yang membezakan antara manusia dengan malaikat.
 Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. (31) Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (32) Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?. (33) Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (34) (2:31-34)

Dari segi yang lain pula, kita dapat melihat ketaatan malaikat kepada Allah adalah semulajadi, telah di setkan umpama komputer. Lain pula dengan manusia dan jin. Malaikat meninggalkan maksiat tanpa memerlukan daya kesungguhan kerana mereka sebanarnya tidak mempunyai nafsu syahwat.

Jadinya, ketaatan manusia kepada Allah lebih hebat kerana manusia ini mempunyai pilihan, mempunyai hawa nafsu dalam usaha taat kepada Allah swt. Manusia sentiasa perlu berjihad melawan hawa nafsu, memerangi syaitan, menanggung segala kesusahan untuk melakukan ketaatan disamping berusaha sedaya upaya untuk menyempurnakan diri serta memartabatkan rohnya secara suka ataupun terpaksa. 

Manusia dan sabar
Sabar adalah satu keperluan yang sangat penting, sangat diperlukan dalam usaha taat kepada Allah swt. Terdapat tiga jenis kesabaran yang bertahap. Menurut para ulamak, tahap kesabaran paling tinggi adalah dalam taat untuk mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan larangannya. 

Sabar yang perlu kita hadapi tanpa plihan; 
Adalah sabar apabila kita menerima ujian. Kesabaran ini adalah tanpa pilihan kerana Allah telah menetapkan ujian tersebut untuk kita hadapi.

Kemudian, menurut jumhur ulama' antara sabar dalam menahan diri daripada melakukan maksiat dan sabar dalam menunaikan perintah Allah, sabar dalam menunaikan perintah Allah lebih tnggi derajatnya; 

Antara Sebab mengapa jenis sabar ini lebih tinggi darjatnya;

1) Allah telah menciptakan kita untuk beribadat kepadanya, (51:56) dan mengenaliNya. Untuk mencapai matlamat ataupun tujuan hidup ini, kita perlulah menurut segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya dan untuk melakukan semua ini, sabar sangat-sangatlah diperlukan.

2) Allah membalas kebaikan dengan 10 kebaikan, dan kejahatan dengan 1 kejahatan. Jadinya, amalan kebaikan lebih dicintai oleh Allah swt dan kita dapat melihat pilihan dalam bersabar untuk melakukan maksiat. Mahukah kita lakukan sekiranya Allah lebih mengasihi perbuatan baik yang balasannya lebih dari apa yang kita lakukan.

3)Sekiranya pembalasan amalan kebaikan sama dengan pembalasan kejahatan yang kita lakukan, ternyatalah apakah nasib kita di Mahsyar kelak. Namun, Allah tetap dengan firmannya; "Kasih sayangKu melebihi kemurkaanKu".

Taat dan sabar, inilah yang ada pada manusia dalam perjalananNya menuju Allah.

Rujukan;

1) Akidah Islam, menurut Al-Quran dan Hadis, Sayed Sabiq
2) Patience and good manners, Amr Khalid

Friday, 30 December 2011

[reviu] Nothing To Envy; Real life in North Korea




Tajuk: Nothing to envy; Real Lives In North Korea


Penulis: Barbara Demick


Harga: Amazon; £5.99, Normal: £8.99


Bil. Mukasurat: 316
Rating: 5 bintang






Nothing To Envy; hanyalah terlihat pada tajuknya sahaja, lain dari apa yang saya fikir. Rupa-rupanya, itulah propaganda Kim Il Sung dan Kim Jong Il dalam usaha mereka menegakkan komunisma, sosialisma dan melawan kapitalisma. Apa yang menjadikan saya tiba-tiba membaca buku ini adalah apabila seorang sahabat saya meminta  untuk membeli buku ini untuknya dan juga kematian 'dear leader' mereka iaitu Kim Jong Il.

Berkisarkan kisah benar di North Korea, satu negara yang pada saya wujud hanya pada nama. Tidak terkupas oleh mana-mana media di dunia tentang apakah keadaan negara ini? apa yang ada? bagaimana budayanya? penduduknya? ekonomi dan politiknya?

Penulis buku ini; Barbara Demick adalah seorang journalis Amerika yang tinggal di Seoul(2001), pada masa tersebut, kesukaran untuk jurnalis ini melawat Korea Utara telah menyebabkan beliau menemurah pelarian-pelarian Korea Utara yang kini tinggal di Korea Selatan(KS). Masa selama tujuh tahun telah diambil dalam usaha beliau menemuramah pelarian-pelarian dari Korea Utara(KU) lalu dikumpul menjadi buku.

Pelbagai perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila membaca buku ini, terkejut, pelik, geram, sedih, semuanya bercampur baur. Bab pertama buku ini, iatu gambar satelit waktu malam memaparkan perbandingan antara KU dan KS, apa yang membuatkan saya terkejut adalah KU tiada bekalan elektrik! yang ada hanyalah di Pyongyang, iaitu ibu negara komunis tersebut.

Gambar satelit yang menunjukkan bagaimana KU dan KS ketika waktu malam.
Pelik! Hebat. Itulah yang tergambar apabila saya membaca buku ini, propaganda menutup segalanya, menutup apa yang penduduk KU sedang alami. Kononnya berkorban demi 'Dear Leader' mereka. Selepas tahun 1990, keadaan KU bertambah teruk apabila kebuluran semakin meningkat, ekonomi semakin teruk. Kerana prinsip negara ini yang independent, tiada import eksport dengan negara luar. Apa yang lebih teruk, mereka tidak dibenarkan berjual beli, bercucuk tanam kecuali dengan syarat-syarat tertentu. 

Mengapa negara ini tiada siapa tahu penderitaan yang di alami? 

Mereka dikawal ketat, setiap perumahan akan ada mata-mata yang akan sentiasa melaporkan apa yang mereka dapati kepada pihak kerajaan, lalu siapa yang mengutuk kerajaan ataupun dikenali sebagai disbeliever akan ditangkap dan dipenjara. Siapa pula believer? Believer adalah mereka yang percaya dengan propaganda yang disebarkan. Mereka setia pada Kim Jong Il dan Kim Il Sung. Tiada apa, ok sahaja apabila kebuluran, apabila mereka tiada kerja, tidak dibenarkan bercucuk tanam, berjual beli, mereka ok sahaja kerana 'dear leader', pada mereka Kim Il Sung disembah bagaikan tuhan dan Kim Jong Il bagaikan anak tuhan. Apa yang menarik perhatian saya ialah, setiap rumah di KU akan dibekalkan dengan potret KJI dan KIS beserta kain putih yang perlu digunakan untuk mengelap potret tersebut, kemudian akan ada tentera datang membuat spot-check, memastikan potret tersebut di lap, tiada debu, habuk!



Apa yang dikawal?
Negara yang sedang membangunkan program Nuklear dan memiliki armada tentera ke-empat terbesar di dunia ini sangat 'menjaga rakyat' mereka. 

Mereka dikawal, setiap mereka yang ingin mempunya televisyen perlu patuh dengan polisi open door. Setiap televisyen akan ditetapkan dengan rancangan TV oleh kerajaan sahaja. Cerita, buku, filem semuanya berkisarkan propaganda. Tiada apa yang bukan propaganda. Di saat KS jauh mendahului dengan Samsung, Hyundai, pemuda-pemuda di KU kelaparan, tiada pekerjaan, mundur, tiadak tahu apa itu internet, jauh dengan dunia luar. Namun, apa yang mereka tahu hanyalah' merekalah yang terbaik', ini kerana  melalui propaganda, KS, China, teruk, lebh teruk menghadapi kebuluran, kemiskinan berbanding mereka. Itulah dia apa yang tersurat di sebalik propaganda 'Nothing To Envy, we proud to be North Korean'.
Salah satu poster propaganda


Tainted Blood; Darah tercemar


Kehidupan di Korea Utara adalah berdasarkan kasta, dari Workers Party hinggalah kasta sebagai labour, miners. Inilah kelas-kelas sosial mereka, golongan yang dikenali sebagai Tainted blood adalah golongan seperti bekas askar Korea Selatan yang menetap di Korea Utara selepas Korean War, mereka yang pernah melakukan jenayah, dan melawan ideologi komunis. Tainted blood akan berkekalan hingga tiga keturunan, pada waktu ini, hak mereka diabaikan, mereka tidak dibenarkan untuk menempatkan diri ke kasta lebih tinggi, ke Institut pengajian tinggi dan tidak akan terpilih untuk apa-apa event yang ekslusif kerana tainted blood.

Self-Reliance
Melalui ideologi yang diajar sejak mereka kecil, self reliance sangat ditekankan. Seperti yang kita tahu, melalui ideologi komunis; manusia mempunyai kuasa untuk mengawal alam dan juga segala yang baik dan buruk adalah datang dari diri mereka sendiri. Apa yang dicoretkan oleh penulis di dalam buku ini mengenai self reliance adalah; mereka akan bekerja dan akan memperoleh kupon, kemudian melalui kupon tersebut mereka akan dapat makanan dari pihak kerajaan. Tiada konsumerisme, seperti yang saya sebut diatas, mereka dilarang untuk berjual beli, bercucuk tanam dan menjalankan import eksport.

Dear Leader; Kim Il Sung

Dear Leader
Menarik! Untuk terus menghebatkan propaganda, segala ucapan Kim Jong Il dan juga Kim Il Sung akan dibaca oleh pembaca berita dan televisyen dengan nada yang sungguh gah sekali. Rakyat KU tidak pernah mendengar suara pemimpin mereka secara live, inilah yang lebih membuatkan mereka berasa Dear Leader mereka sungguh istimewa, namun tembelang pecah jua apabila dalam buku ini, salah seorang watak iaitu Jun sang mendengar suara 'Dear Leader' dari Radio Korea Selatan yang didengar secara curi-curi. Apabila mendengan, Jun Sang hanya menggeleng dan berfikir, sah lah 'dear leader' mereka ini hanyalah manusia biasa. Namun brainwash mengatasi segala-galanya bagi mereka yang tidak mengetahu hakikat sebenar.

Ridiculous Restriction
 Selepas satu, satu pula sekatan dikenakan, dan pada kita, inilah sekatan yang agak merepek dan tidak bagi Workers' party. Mereka telah melarang penjaja kecuali wanita tua yang berumur 40 tahun ke atas, para pemuda perlulah melapor diri untuk bekerja di kilang-kilang tidak kira sama ada kilang tersebut mampu atau tidak untuk membayar gaji kepada mereka. Kemudian, sekatan dikenakan terhadap barangan jual beli, polis khas akan sentiasa mengawal jual beli ini agar tiada pelanggaran sekatan. Mereka tidak boleh berjual beli beras, kacang soya dan jagung, alat penjagaan diri, makanan ringan, pakaian dan sebagainya atas alasan barang-barang tersebut adalah dari China. Berkata mengenai pakaian, mereka menghalang penjualan pakaian dari China atas alasan pakaian tersebut terlalu berwarma dan ini tentulah tidak sesuai dengan pendirian mereka yang sosialis. Selain itu juga, alasan yang dikenakan adalah mereka patut menyokong barangan dari KU.

" We are supposed to buying North Korean products instead of Chinese. But NK does not make anything- it all comes from China- So there is nothing to buy". 
Luah hati salah seorang ahli perniagaan di KU ketika penulis menemuramahnya di China.

" Our general wants to bring back socialism the way it used to be''.


North Korean are waiting, for a tram, or maybe for a  passing car?, a friend or relative? maybe they are waiting for nothing in particular, just waiting for something to change.
                                                                                                          Barbara Demick, 2010


Monday, 12 December 2011

Justifikasi antara seni dengan hedonisme.


Kritikan hebat  Atan Ali yang disiarkan di utusan Malaysia baru-baru ini memberikan gambaran jelas  kemana hala tuju industri perfileman nagara kita. Adakah ianya mahu menegakkan unsur seni ataupun menegakkan budaya hedonism semata?

Islam tidak menghalang perkembangan  seni, malah banyak nilai-nilai Islami diteraapkan melalui syair hatta ketika zaman Rasulullah sekalipun[1,2]. Rasulullah membenarkan orang Yathrib mendendangkan Thalaal Badru ‘Alaina sempena menyambut ketibaan baginda. Ketika membina masjid Nabawi, Rasulullah turut serta bermadah[2]. Seni itu luas dan mempunyai matlamatnya yang tidak kosong semata-mata. Seni juga melambangkan budaya dan cara hidup sesebuah masyarakat. Lhat sahaja seni bina istana-istana kerajaan Umayah Andalus  yang diasaskan oleh Abdul Rahman Ad-Dakhil , Istana al-Hambra di Granada, seninya tidak dapat dihakis lagi bahawa ianya adalah seni bina Islam.

Namun di Negara kita kesenian kian kabur, mungkin juga sebelum kedatangan Islam ke negara kita, aspek seni banyak dipengaruhi oleh kebudayaan hindu. Selepas adanya Islam, seni orang melayu banyak dipengaruhi unsur-unsur Islam antaranya marhaban, ghazal, dan sebagainya.

Hedonisme? Apakah itu?

Hedonisme  diambil dari bahasa yunani iaitu hedonismos yang membawa kepada ‘kesenangan’, menurut kamus oxford  ia membawa makna " the pursuit of pleasure; sensual self indulgence", jika diterjemahkan kepada bahasa melayu ianya menunjuk kepada mengejar keseronokan,  tiada disiplin diri dalam mengawal nafsu.

Tanpa  kita sedar, kita sendiri telah kabur dimana letaknya seni, dan dimana letaknya hedonism. Ada juga pihak yang mencantikkan hedonism dengan topeng ‘seni’. Kehebatan lakonan yang tiada nilai juga disebut sebaga seni. Namun, apakahh nilai lakonan tersebut? Adakah ianya hanyalah tuntutan nafsu jasadi?  

Dari segi rancangan televisyen, konsert, kebanyakannya lebih membawa kepada kesenangan sementara  berbanding dengan adanya nilai-nilai seni yang bermanfaat. Hedonisme yang dipakaikan dengan pakaian seni melahirkan generasi muda yang terkinja-knja di konsert, yang melalukan seks bebas, melahirkan anak luar nikah, pakaian yang semakin kurang kain dan sebagainya. Jika dilihat dengan jelas,apakah ini seni? Kesannya tiada yang positif, namun negatif. Tidak menguntungkan bangsa kita sedikit pun.

Nilailah semula, apakah nilai akhlak yang anda boleh dapat melalui filem di Negara kita, Mat Remp-it, Impak Maksima, Hantu kak Limah pulang  ke rumah, pisau cukur dan yang terbaru lebih berombak, ialah ombak rindu. Mengenai Ombak rindu, saya hanya dengar-dengar sahaja, kerana saya tidak pernah membaca edisi novelnya. Siapa Izzah, siapa Haris? Tipulah jika saya tidak tahu kerana apabila saya bertanya(survey) dari lima  orang kawan saya, empat daripadanya memang tahu siapa mereka. Hebat sungguh penangan 'seni' tanah air. :)

Jika jawapan saya sendri, apa yang saya dapat hanyalah gelak tawa, ataupun adalah sedikit rasa sedih. Namun, apabila ditanya dimanakah nilainya, mungkin saya akan diam ataupun kabur, dimana saya mahu cari nilainya? Ataupun jika saya cari tidak jumpa kerana memang tiada pun! Kehidupan? Ya, mungkin ada, namun ianya hanyalah gambaran kehidupan yang negative dan tidak memberikan inspirasi pun kepada golongan yang ingin mencari makna hidup, malah boleh jadi mengajar kepada mereka realiti hidup yang negatif.

Melentur buluh biarlah dari rebungya,
Ayah kencing berdiri, anak kencing berlari,

Jika kanak-kanak/ remaja yang masih mencari jalan hidup, sekiranya dipengaruhi dengan unsur-unsur ini, inilah yang menjadi ‘pengajaran’ kepada mereka.

Mengajar orang muda umpama mengukir di atas batu, kerjanya rumit, panjang, namun hasilnya asli. Jika cantik ukirannya, tinggilah nilainya. Itulah peranan kita kepada diri kita dan generasi muda dalam mengukir diri. Jangan tunggu hingga kita sudah tua, baru hendak belajar bagaimana hendak membentuk diri. Jika pada waktu itu, ianya umpama mengukir di atas air, mudah sahaja, namun kesannya hampir tiada.

Akhir sekali, nasihat untuk diri saya sendiri yang masih cetek ilmu pengetahuan, merangkak mencari makna hidup, mengutip pengalaman dari orang yang lebih dewasa, carilah seni, bahan bacaan yang tidak merugikan kita. Kajilah sejarah, sirah, hasil-hasil tulisan tokoh-tokoh Abbasiyah, Umaiyah, Uthmaniyyah dan juga ketika zaman Khulafa al-Rasyidin, tokoh 'Golden ages' kita, apalah kita kenal dengan  Ibn al-Jawzi, apakah kita kenal dengan Ibn rajab, para tabien, para sahabat? apakah kita tahu bagaimana kisah mereka menawan puncak dunia berprinsipkan Islam?

Tepuk dada, tanyalah iman : )



Wallahualam.

Rujukan:
[1] Syamail Muhammad s.a.w, Imam al-Tirmizi, Telaga Biru Pub., hal:159

[2] The sealed Nectar( Sirah Nabawiyah, Raheequl Makhtum), Safiur-Rahman Al-Mubarakpuri, Darussalam pub. , page: 172./ Versi PDF bahasa melayu, hal: 95/276.




Thursday, 1 December 2011

Racun Dalam Hidangan? Duri dalam daging

Saya masih ingat lagi, semasa saya membaca Raheequl Makhtum, ada satu bahagian yang sangat sedih. Membuatkan saya hampir menangis.

Kisah yang berlaku sewaktu perang Khaibar. Apa yang berlaku pada baginda?

Seorang wanita yahudi, telah meletak racun yang kuat kesannya pada kambing yang dihidangkan kepada baginda dan sahabat-sahabat. Rasulullah makan. Lalu Rasulullah meminta semua orang berhenti makan kerana kambing tersebut memberitahu bahawa dia mengandungi racun!

Namun, ada juga sahabat baginda yang makan. Lalu syahid!

Rasulullah menderita kesan dari racun tersebut hingga baginda wafat.

Apa alasan wanita tersebut?

Dia ingin melihat kenabian baginda, sekiranya baginda memaafkan, benarlah Muhammad adalah seorang nabi. Sekiranya dia selamat dan baginda wafat, maka baginda hanyalah seorang raja. Raja biasa.

Akhirnya, terbukti baginda memang nabi.


Aku terharu kerana sikap pemaaf baginda dan juga derita yang dialami hasil dari racun tersebut.

Aku masih menyemai cinta kepada baginda. Walhal baginda sudahpun menyematkan cintanya kepada umatnya.

Alangkah kerdilnya aku.

Rujukan;
1)Sirah Nabawiyah(Raheequl Makhtum) versi PDF, hal. 221-222. Perihal kambing beracun.
2) Syamail Muhammad saw, lauk Rasulullah saw, hal.103-104.



Monday, 8 August 2011

[reviu] Kini bukan lagi zaman Abrahah



Tajuk : Kini Bukan Lagi Zaman Abrahah
Bil. mukasurat : 127
Penulis : Dr. Raghib Al- Sirjani
Harga : RM 11.00



Melihat pada tajuk buku ini, saya sudah menjangkakan yang isinya juga sehebat tajuk buku tersebut. Zaman Abrahah ataupun disebut tahun gajah, pelbagai peristiwa yang signifikan yang berlaku pada waktu tersebut. Pada masa itulah datangnya Abrahah yang ingin meruntuhkan Baitullah yang terletak di Mekah. Pada tahun yang sama juga, lahirlah junjungan besar Nabi Muhammad saw. Buku ini mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian mukadimah  dan juga bahagian ke dua iaitu Umat Yang Tidak Pernah Mati.

Mengupas sunatullah sepanjang zaman- Mukadimah


" Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (47:7)

Penulis menerangkan, mengapa 'Kini Bukan Lagi Zaman Abrahah'. Penulis lebih selesa membiarkan kita berhenti seketika, berfikir kembali dengan memaparkan kembali cerita-cerita umat-umat terdahulu.
Sunatullah umat terdahulu, bagaimana Allah secara langusng yang memberi pembalasan kepada mereka yang mendustakan agamaNya tanpa ditinggalkan seorang pun!

Kisah Abrahah, langsung Allah musnahkan dengan tentera AbabilNya dan batu-batu yang berasal dari tanah yang terbakar. Kisah Nabi Nuh,  Allah musnahkan mereka yang ingkar dengan air yang keluar dari langit dan bumi. Kisah Nabi Luth, Allah sendiri telah menebalikkan muka bumi memusnahkan kaumnya yang melawan tabi'. Kisah Nabi Musa dan Firaun, Allah sendiri yang memusnahkan Firaun dan tenteranya dengan menenggelamkan mereka ke dalam Laut Merah. Inilah sunatullah umat nabi yang dahulu.Iaitu umat sebelum lahirnya nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad saw.

Tanggal 12 Rabiulawal, saksi lahirnya nabi terakhir. Bermulalah zaman baru dimana pertolongan Allah itu tidak tiba dengan datangnya burung Ababil, tidak dengan diterbalikkan bumi, tidak dengan tentera nyamuk tetapi pertolongan Allah hanya tiba apabila ;

" Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (47:7)

Inilah dia prinsip untuk umat akhir zaman untuk bangkit. Iaitu berusaha sehabisnya dalam menegakkan agama Allah. Penulis mengajak kita mengintai kembali sejarah dengan menceritakan semula babak-babak perang yang berlaku. Perang Badar, Perang Uhud, Perang Ahzab dan beberapa peristiwa yang lain. Penulis menunjukkan bahawa di akhir zaman ini, kemenangan hanya akan diperolehi apabila:

" Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (47:7).

Bab ke dua : Umat Yang Tak Pernah Mati.


Secara peribadinya, umat yang tidak pernah mati ini membawa makna bahawa umat akhir zaman(umat Islam) inilah umat yang tidak akan dimusnahkan secara total melainkan tibanya hari kiamat.  Pada bahagian ke dua, penulis telah menceritakan dengan ringkas tentang realiti umat Islam. Setelah menegahkan realiti, penulis membentangkan, mengapa kita boleh jatuh dan golongan manakah yang terlibat dengan konspirasi menjatuhkan umat Islam. Saya tersentap, salah satu golongan yang menjatuhkan umat Islam itu adalah umat Islam yang tidak peduli. Saya diam, dan kembali berfikir. Jika saya meletakkan diri saya sebagai watak putih, saya tidak akan rasa bersalah. Namun, ketika membaca buku ini, saya meletakkan diri saya sebagai watak hitam. Watak yang dikatakan malas, mengetahui kebenaran Islam, kesyumulannya, namun hanya berdiam diri. Ya, memang terasa.

Setelah menceritakan dengan panjang lebar, penulis membuka cerita tentang 'Umat yang tak pernah mati' dengan menceritakan semula kegemilangan kita, kehebatan Umat Islam memerintah 2/3 dunia. Penulis membawa semula kita pada realiti yang lampau dimana kitalah yang terhebat, kitalah yang terkuat kerana kitalah Tentera Allah, kemenangan yang diperolehi kerana Allah  bersama kita, mengiringi kita ke medan jihad. Bukan air, bukan nyamuk, bukan banjir  ataupun secara ringkasnya tidak lagi seperti sunatullah umat terdahulu.

Penutup-Menaikkan semangat yang hilang, kamulah Umat yang Terbaik

Melalui kemengan yang pernah dilakar, penulis mengajak pembaca supaya percaya bahawa Islam akan naik semula. Ini adalah janji Allah dan sudah termaktub bahawa Umat Islam adalah sebaik-baik umat(3:110) dan juga Islam adalah agama yang akan menguasai timur dan barat. Tetapi, kemenangan ini tidak dikecapi dengan hanya tatapan mata dan berdoa, kemenagan ini hanya akan dicapai apabila kita berjuang sehabisnya untuk menegakkan Islam di muka bumi sebagaimana firman Allah dalam Surah Muhammad:

" Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (47:7).

Percayalah, Umat Islam adalah yang paling tinggi darjatnya.

Kesan pada diri

Pada saya, buku ini bukan sekadar motivasi. Buku ini adalah buku yang membuka mata dan menyuruh kita tersedar dari lena. Menggerakkan kita bahawa kita perlukan agama Allah untuk mulia. Boleh saja Allah datangkan kemenangan pada esok hari, bangun sahaja kita dari lena, Islam sudah menguasai dunia. Namun, Allah telah menetapkan sunatullah untuk umat akhir zaman. Allah ingin memuliakan kita sebagai tenteraNya dalam menaikkan Islam. Allah memilih kita untuk menjadikan Agama Allah agama yang luhur. Buku ini juga bagaikan menampar saya yang sedang bermalas-malas.

Penulis dengan penuh semangat mengajak kita melakukan apa yang kita mampu. Bukan hanya membisu dan menutup mata seolah-olah tiada apa berlaku. Saya lihat kembali medan jihad saya yang sangat kecil berbanding medan jihad umat Islam lain di Palestin, Pakistan, Afghanistan, Iraq, Bosnia dan banyak lagi serata dunia. Mereka tidak mampu lena di tanah air sendiri.

Wallahualam

"Mereka yang  terdahulu sudah melakar sejarah. Kini tibalah masanya untuk kita pula melakar sejarah. Ambillah sejarah yang lalu sebagai pengajaran, sebagai salah satu sumber kekuatan hati bahawa Islam pasti bangkit kembali."




Monday, 20 June 2011

Cikgu.

Pada hari Khamis lepas, saya sempat meluangkan masa menjadi sukarela untuk Masjid Jalalbad dimana murid-nurid year 2 Raddlebarn School akan melawat masjid tersebut. Lawatan ke masjid merupakan salah satu sukatan pelajaran mereka. Ianya seperti matapelajaran tatarakyat yang pernah diajar di Malaysia suatu ketika dahulu. Mereka, tidak kira agama akan diberi peluang untuk mengenal agama yang lain dari segi konsep dan juga perayaan. Objektifnya tentulah untuk mengenal dan menghormati agama lain. Apa yang menariknya, lawatan mereka ke Masjid Jalalbad menunjukkan bahawa subjek tersebut bukan hanya diajar di atas kertas, namun ada amalinya dan diberi kesempatan untuk bersoal jawab dengan penganut agama tersebut!

Ketika di masjid, saya ditemani oleh kak Ainol dan juga dua orang sisters lain yang merupakan mualaf(revert). Perkenalan dengan Gillian dan juga Sumaiyah adalah kenangan yang manis kerana banyak yang saya pelajari dari mereka, oh ya mereka berdua juga adalah guru. Mereka berdua ditugaskan untuk menjawab soalan brainstorm adik-adik year 2 tersebut. Antara soalan yang mereka ajukan adalah:

" Why do we need God?"
"Why you cover your legs?"
"Why you must pray five times a day?"

Khusyuk mendengar


Dan banyak lagi soalan yang diajukan hinggakan guru mereka terpaksa memilih siapakah yang bertuah untuk mengajukan soalan kepada sisters Gillian dan Sumaiyah.


Tanpa ada perasaan takut, bertalu-talu mereka mengajukan soalan. Nampak pada wajah mereka yang mereka mempunyai semangat inquiry yang tinggi. Selain itu, saya juga kagum dengan semangat mereka apabila diajukan soalan. Berebut-rebut ingin menjawab. Mereka tidak takut salah dan juga mempunya tahap konfiden yang tinggi. Sebagai bakal guru, selain dari melihat bagaimana behaviour murid-murid tersebut, saya juga melihat bagaimana skill guru-guru mereka.

Suasana apabila sesi QnA.


Ternyata pendekatan guru mereka membuatkan murid-murid tersebut semakin bermotivasi. Manakan tidak, setiap kali soalan yang keluar, tidak pula dijawab dengan "aish kamu ni, tak masuk periksa pun"(ok, yang ni dibahasa melayukan). ataupun setiap kali soalan yang mereka jawab tidak tepat, tidak pula guru tersebut merendah-rendahkan murid tersebut, malah memuji kerana berani menjawab.

Apabila melihat pendekatan guru disini yang jauh daripada pendekatan hukuman secara 'depan-depan', saya melihat semangat murid-murid semakin tinggi. Apa yang ingin saya tekankan adalah guru perlulah mempunyai interpersonal skill yang hebat. Manakan tidak, profesyen ini merupakan profesyen yang dimana dalam satu masa, mereka terpaksa menguruskan klien yang ramai dan berbeza-beza ragamnya.

Ternyata baru-baru ini, trend memilih perguruan sebagai pilihan terakhir untuk karier adalah sesuatu yang tidak sihat. Menjadi guru memerlukan cita-cita yang tinggi, keazamana dan juga semangat untuk memperbaiki anak bangsa yang semakin lama kita lihat semakin tenat. Jangan jadikan guru sebagai satu pilihan dimana apabila anda tiada pilihan lain, anda pun pilihlah untuk menjadi guru. Keadaan ini hanya menambahkan bilangan guru yang hanya menjadi guru kerana pekerjaan.

Guru adalah profesyen yang mulia, jadinya, sekali anda memilih untuk menjadi guru anda perlulah menanam rasa cinta untuk mendidik bukan sekadar mengajar. Jangan jadikan pendekatan hukum secara depan-depan adalah pendekatan yang pertama.  Diakhir sesi tersebut, saya hanya menjadi pendengar kepada perbualan kak ainol denagn Gillian dan Sumaiyah. Sesekali saya hanya tersenyum, mungkin saya lebih selesa mendengar pengalaman mereka. Maklumlah, mereka ni sudah berkahwin dan beranak, jadinya saya lebih selesa mendengar pendekatan mereka sebagai seorang guru dan ibu kepada objek  sasaran mereka. Sampai suatu ketika mak cik Sumaiyah berkata kepada saya:

" You are silent and so small", sekali lagi saya tersenyum. :p

Akhir sekali, sama ada pendekatan kepada murid-murid melalui sistem eropah yang mementingkan semangat inquiry, soalan secara terbuka dan sistem peperiksaan yang tidak berapa rigid mahupun pendekatan asia yang mementingkan disiplin, jumlah homework dan juga peperiksaan, kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan. Guru-guru disini juga memuji sistem asia kerana mempunya disiplin yang tinggi dalam melahirkan modal insan. Namun, sekiranya kedua-dua pendekatan ini dapat digabungkan, satu pendekatan yang agak cantik dapat diperkenalkan.

Ps: agak-agak diorang dapat tak tahan dengan kerja sekolah yang banyak dan hari-hari kena bawak buku teks bahasa Melayu macam kat sekolah rendah dulu? he..>)

Sunday, 22 May 2011

[Doa] Semoga Hati Tenang, Allah permudahkan.













"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;(20:25)

"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;(20:26)

"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,(20:27)

"Supaya mereka faham perkataanku;(20:28)






Tuesday, 22 February 2011

[reviu]serius best...

salam alaik..

Alhamdulillah,minggu ni ditakdirkan saya free sikit,jadi dapatla tulis sesikit kat blog ni n make over sket pada pattern yang baru. Ehem, disebabkan minggu yang banyak free ni, banyaklah godaan dan juga cabaran dari sang Iblis dan Syaiton yang menunggu di kiri dan bawah serta kekuatan yang di peroleh dari Allah yang sangat dekat untuk melimpahkan rahmatNya dan  malaikat Raqib dan Atid yang bersedia menulis pahala-pahala yang diganjarkan serta dosa-dosa yang melimpah ruah(T_T)

Berbalik pada tajuk di atas,serius best, apa yang di maksudkan serius best adalah dua buah buku yang tengah saya usaha untuk habiskan, buku yang pertama adalah buku wonders of solar system. Disamping baca buku ni, saya jugak ada tengok video wss ni.(kiranya buku  diadaptasi dari video-video ni).masyaAllah..best sangat sebab dapat kenal Allah lebih dari apa yang ada sekitar bumi ni. 

Salah satu yang mengagumkan saya adalah keadaan planet kita jika hendak di bandingkan dengan planet lain sangatlah berbeza. Bayangkan planet Mercury(Utarid) mempunyai julat suhu yang tinggi, pada waktu malam(membelakangi matahari) suhu planet ini boleh mencecah hingga -184oC dan apabila waktu siang, suhunya boleh mencapai hingga 427oC. Planet ini juga tidak mempunyai atmosphera yang sesuai dan terdedah pada hentaman-hentaman asteroid.

Beralih pada planet Zuhrah, planet ini pula sangat panas dan takde sejuk-sejuk ni disebabkan kesan rumah hijau(green house effect) yang hebat, atmosfera planet ini pula terdiri daripada carbon dioksida dan gas nitrogen. Purata suhu planet ini adalah 464oC. 

Planet Marikh pula mempunyai suhu yang lebih kurang dengan bumi iaitu maksimum 27oC dan minimum -133oC,planet ini tidak sesuai untuk didiami kerana mempunyai lapisan atmosfera yang sangat nipis, pada mulanya planet ini mempunya atmosfera yang komposisinya hampir menyamai bumi, tapi akibat daripada saiz planet yang kecil,maka tahap ketahanan daripada diranapkan oleh angin solar juga kurang hebat berbanding bumi,maka angin solar(solar wind) telah menghakis lapisan atmosfera ini sedikit demi sedikit. 

Akhir sekali, planet kita mempunyai suhu maksimum 58oC dan minimum -89oC. Bumi..yup,satu-satunya planet yang nampak istimewa..kalau zoom in lagi ke dalam planet ni, nampaklah hamba-hamba Allah yang mencari-cari tujuan hidup dan makhluk-makhluk ciptaannya. Angkasawan pertama? tentulah nabi Muhammad saw yang menaiki kapal angkasa yang paling canggih, tak diketahui berapa kali ganda lajunya daripada kelajuan cahaya, tapi canggih la kan=). 

Itulah idola saya dalam setiap bidang kehidupan.:D.


Di sini saya sertakan link trailer WSS. kalau cover buku dah ada pada entry yang sebelum ni.


pic from google.
tapi nak sertakan gak.

Ok, rasa panjang pulak kalau nak cerita dua-dua buah buku kat sini,takpelah..buku lagi satu to be continue...


Apa yang saya rasa bila baca buku ni, adalah perasaan yang sangat-sangat kagum pada Maha Pencipta iaitu Allah swt. Ternyata al-Quran yang diturunkan 1400 tahun yang lepas telah menceritakan segalanya. Maka, nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang hendak kamu dustakan.(QS: surah al-Rahman)
keempat-empat planet adalah 'terresterial planet'..

Thursday, 10 February 2011

Alhamdulillah,got it:DDD


salam alaik,
Alhamdulillah,finally my lovely ______ was arrived..T_T...
wonders of the solar system
Prof. Brian Cox n Andrew Cohen

saturn  rings,each ring is made up of billions of separate pieces of ice.
Most of the piesec are smaller than centimeter!but some are big as houses and some can be kilometre across!
hence, Which is it, of the favours of your Lord, that ye deny?(55:13)

The wonders!..contents.

wonders of the aurora,magnetic field of earth has deviated the solar wind.
earth's magnetic field that act as invisible shell that surround  our planet from solar wind.

Rhythms of the solar system.The closer the planet is to the sun,the faster its completes its orbit!

How Mars could lost it atmosphere?
naa..now you wajib thanks to Allah because our earth still has atmhosphere that defends us from sun attack.
+the atmosphere of mars was swept away by solar winds.+

okay,always looking forward for what we do and what Allah has give to us.
we even cant calculate the favours which Allah has gives.T_T...


+light of faith+
0513
clear sky.
jannatul Huda
100211