Showing posts with label fikir.tazkiyatun nafs. Show all posts
Showing posts with label fikir.tazkiyatun nafs. Show all posts

Monday, 30 July 2012

Ditipu

Ada dua golongan yang sering tertipu dengan kematian.

1) Golongan muda kerana menyangka yang akan mati dahulu adalah golongan tua.

2) Golongan sihat kerana menyangka yang akan mati dahulu adalah golongan yang sakit.

Namun, di mana-mana dahaja berlaku kematian. Umur sehari boleh meninggal, umur dua hari pun boleh meninggal. Setiap saat ada sahaja manusia yang meninggalkan dunia ini. Ini menunjukkan umur sebagai indikator waktu kematian tidaklah begitu releven, tetapi kita sang manusia tetap mahu meyakinkan diri sendiri bahawa kita masih ada pada keesokan harinya. Abang saya meninggal dahulu sebelum ayah saya, walhal abang saya lebih muda dan sihat berbanding ayah saya. Satu contoh paling dekat dengan diri sendiri.

Sihat. Ini satu lagi sebab mengapa kita begitu yakin. Namun asbab kematian itu banyak, dan malang itu tidak berbau. Berapa ramai yang sihat, namun meninggal akibat kemalangan.

Hakikatnya, kita yakin dan pasti bahawa kita akan mati. Kita tidaklah berapa takut akan kematian, namun apa yang lebih menakutkan kita adalah dimanakah kita selepas kematian. Selepas kematian, kita hanya ada dua pilihan iaitu syurga atau neraka. Selepas mati, kita sudah tidak mampu membuat pilihan kerana pilihan hanya dapat dibuat sebelum kita melangkah ke alam barzakh.


Wallahualam. Tazkirah untuk kita semua.



Sunday, 3 June 2012

Dah mati baru tahu?

Salam wrm semua.
Alhamdulillah, semoga kelapangan yang diberikan oleh Allah dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Sungguh, masa itu adalah makhluk Allah yang taat pada Penciptanya, kerana itulah kadangkala kita boleh merasakan sejam itu pendek dan adakalanya panjang!

Ada dua cerita yang menarik, mungkin tidak popular seperti kisah kura-kura dan arnab.

Kisah pertama adalah kisah seorang pengemis.
Seorang pengemis yang memang hari-hari mengemis, tiada rumah, tinggal di jalanan. Satu hari beliau menjumpai sehelai kot di tempat pembuangan sampah. Maka, hari-hari seterusnya, kot tersebut membaluti tubuhnya. Kot tersebutlah melindungi dirinya dari kesejukan malam, panas terik siang. Akhirnya, pengemis tersebut dijumpai mati ketika musim sejuk tiba. Kot tersebut masih membaluti tubuhnya.

Seorang petugas kebersihan telah ditugaskan untuk mengurus mayat tersebut. Setelah mayat pengemis tadi diuruskan, petugas tersebut membelek-belek kot sang pengemis tadi. Alangkah terkejutnya petugas tersebut apabila mendapati bahwa didalam poket kot tersebut terdapat 10ribu US dolar.

Mengemis sahaja? Cukup arr........


Owh.. tidak...tepuk dahi.

Kisah Kedua

Seorang yang dihormati dan sering dikunjungi orang ramai..X namanya. Beliau seorang yang tidak pernah mengenakan pakaian yang sesuai untuk dirinya. Mengapa dikatakan sebegitu rupa? kerana beliau hanya memakai kain kapas yang sudah lama tidak kira sewaktu musim sejuk mahupun panas. Namun, peliknya, ketika beliau mati, ternyata beliau meninggalkan kekayaan lebih dari pada empat ribu dinar. Satu nilai yang banyak. Kan.......

Simpan harta? Buat apa? Kerana setiap kita akan ada pengakhirannya. Namun, simpanlah secukupnya untuk kita teruskan hidup selagi hayat masih ada.


Apa yang ada disebalik dua kisah ini?

1) Dapat kita lihat persamaan antara kedua watak ini, iatu meninggalkan harta yang banyak setelah mati.

2) Namun, kita boleh melihat perbezaan antara kedua kisah ini. Sang Pengemis meninggalkan harta yang banyak tanpa dia pun tidak mengetahui, namun si X pula meninggalkan harta yang banyak dan ia sedar ia telah meningalkan harta yang banyak, tapi si X kedekut hinggalah ajal menjemput tiba.

3) Sang pengemis; Sekiranya dia berusaha lebih,berfikiran kreatif membelek-belek barang yang ada pada dirinya, tentu dia akan menjumpai duit yang banyak tu kan dan bolehla dia guna untuk memperbaiki hidupnya, namun disebabkan dalam fikirannya hanyalah...ala...cukupla aku sekarang mintak sedekah dan tak berusaha untuk berfikir lebih jauh...makanya...matilah dia dalam keadaan kelaparan dan kesejukan.

4)Manakala si X pula, mati dalam keadaan tidak bersyukur? kenapa? Kerana sewaktu hidupnya da tidak memanfaatkan kekayaan yang ada untuk digunakan dengan sebaiknya, boleh sahaja dia guna untuk sedekah, infaq, wakaf..untung-untung semua tu dilaburkan khas untuk saham hari akhirat.

5) Apakata kita aplikasikan cerita ini untuk renungan kita bersama, kekayaan/ harta yang ada dalam kisah ini kita misalkan dengan keupayaan/potensi yang ada sama ada terpendam ataupun nampak yang Allah kurniakan pada diri kita.

6) Daripada kisah pertama, ya, kadangkala memang ada potensi diri yang kita tidak nampak, namun insyaAllah ianya ada sekiranya kita BERANI mendalami potensi yang ada dengan berfikir dengan lebih jauh, kreatif. Tidak cukup dengan hanya baca, lihat dan dengar, namun perlu fikir, analisa/kaji dan praktikkan apa yang realistik.

7) Kisah kedua pula, ya..kadangkala kita tahu kita ada potensi diri, contohnya: boleh menganalisa politik dengan adil secara 360 darjah dan 3D ( dan ini adalah contoh sahaja, anda boleh ganti dengan kebolehan menjahit, mengait, memasak dan sebagainya), namun kita malasssss ataupun tidak yakin ataupun terasa inferior complex yang berlebihan....cukupla aku tengok sahaja apa yang berlaku, bio lah Parti A lawan Parti B dengan fitnah, dan Parti B pula mendowngradkan partinya dengan lawan mencari fitnah jua....akhirnya tenggelamlah negara tempat si Parti A dan B ini dengan onar dan fitnah...ptui..dengan dan kebolehan yang ada..biarlah ku simpan tanpa dimanfaatkan..

8) Jadinya, pesanan terutamanya kepada diri saya sendiri, kita perlulah yakin, insyaAllah(jangan sampai superior pulak) dalam mengembangkan fikiran kita dan berani mengorak langkah, berfikir lebih jauh. Sekiranya kita lihat kita mempunyai potensi yang boleh dimanfaatkan kearah kebaikan, maka mulakanlah langkah dalam memanfaatkan kebolehan tersebut dengan ikhlas dan benar.

9) Semoga Allah membimbing dan memberi petunjuk kepada kita semua dalam mengharungi hidup ini. Semakin meningkat umur, semakin banyak realiti kehidupan yang kita alami. Janganlah hanya alami sahaja realiti kehidupan ini, namun analisalah, fikirlah secara retrospektif akan apa yang telah berlaku supaya ianya menjadi pengajaran dalam kita menjalani kehidupan seharian yang akan mendatang hinggalah ajal menjemput kita...semoga manfaat/kebolehan yang ada pada diri kita digunakan dengan amanah, supaya ianya menjadi saham diakhirat kelak..

10) Semoga segala usaha kita diterima Allah. Ameen.




Tuesday, 24 April 2012

Muslim Sejati

Post ini hanyalah dari salin dan post secara bulat-bulat dari sebuah buku(rujuk pada rujukan);


Sebagai renungan kita bersama;

Muslim sejati ialah mereka yang menjadi hamba kepada Allah bukan hamba kepada dirinya. Di mana sahaja dia diletak, dia beramal. Ke mana sahaja dia diarah, dia tujui. Dia melakukannya sama ada berada di hadapan mahupun di belakang, menjadi pemimpin ataupun tentera bawahan, tanpa mengidam-idamkan pangkat ataupun dunia,

Rasulullah saw bersabda;


Binasalah hamba dinar. Binasalah hamba dirham. Binasalah hamba pakaian berbelang. Sekiranya di diberi perkara dia redha. Sekiranya dia tidak diberi dia marah. Binasa dan berterusanlah dia dirudung malang. Apabila dia terkena duri, dia tidak dapat mengeluarkannya. Beruntunglah hamba Allah yang memegang tali kekang kudanya di jalan Allah. Kepalanya kusut masai dan kakinya berdebu. Sekiranya dia ditugaskan sebagai pengawal, dia bertugas sebaga pengawal. Sekiranya dia ditempatkan di bahagian belakang ( ketumbukan tentera), dia berada di bahagian tersebut.
                                                                ( Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah)


Rujukan: Dr. Yusuf al-Qardhawi, Kebangkitan Islam (diantara perselisihan yang dibenarkan dan perpecahan yang dicela), Bab 3, (ms 227&228)


Sekadar renungan kita bersama.

nhb
birm
24032012



Friday, 25 November 2011

cukuplah

jangan salahkan diri kita, tidak kisahlah 10 tahun yang lepas, 20 tahun yang lepas.
kita jahil? bodoh? buta?
Apa lagi?
Tanpa kita rasa semua tu, 
mungkin tiada kita kini
Jika kita sempurna
Mana mungkin kita boleh memahami perasaan tidak sempurna
dan sekarang, memang kita sebenarnya masih lagi tidak sempurna
Mana mungkin kita boleh melabel manusia
Hidup ini terlalu panjang
untuk kita salahkan masa silam
Namun jangan padam
Kerana  dengan menoleh ke belakang
titik-titik kehidupan ini dapat disambung
untuk melengkapkan lukisan hidup kita

Kamu kata, kamu baru jumpai hidup
setelah lama kamu hidup
Namun, maksudnya bukan begitu
Tidakkah kamu tahu Allah telah mengatur yang terbaik buatmu
Ibu bapa telah berperanan mendidikmu
pada masa yang lalu
Kita masih belajar
Setiap tahap adalah belajar
Tanpa masa silam
Tiada kita hari ini



Better late than never.

As I get older
The priorities have changed
Commitments become doubled perhaps more
I know, people around me have the same sense too
And yet, this is because we are getting older 
and we have the same destination
that is Allah

This is my personal opinion
You can choose to take it, or just ignore it.

Salam Maal Hijrah
1433H

ps: Hijrah tidak berlaku semasa bulan Muharram, hanya tahun 1 hijrah diambil dari tahun berlakunya hijrah umat  dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Baginda dan Saidina Abu Bakar berhijrah pada akhir bulan Safar dari Mekah, kemudian tiba di Quba pada 8 Rabiulawal. Baginda menetap di situ selama 4 hari dan tiba di Madinah pada 12 Rabiulawal.

Rujukan: Raheequl Makhtum


Monday, 6 June 2011

Trust.


We offered the the Trust[1] to the heavens and the earth and the mountains, but they refused to carry it and were afraid of doing so; but man carried it. Surely he is wrong doing, ignorant ( Al-Ahzab: 72)

[1]Trust: Burden of responsibilities which Allah has placed on man after endowing him with reason as well as power and authority in the earth.

And remember. We only weak human being  because..

O people, it is you who stand in need of Allah; as for Allah, He is self -sufficient, Immensely Praiseworthy
                                                                                                                                              ( Fatir: 15)

Ref: Al- Mawdudi, Towards understanding the Quran.

Tuesday, 31 May 2011

Takabur.

[amaran: agak panjang]


Sifat ini sudah ada sejak dari zaman penciptaan Adam a.s lagi. Ianya telah diceritakan oleh Allah s.w.t dalam surah al-Isra' ayat 61-62.


Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)? (17:61)


Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya). (17:62)


Sifat ini senyap-senyap bersarang di dalam hati, sampai satu masa akan terserlah jua. Sifat ini lah yang menyebabkan Iblis iaitu Azazil dikeluarkan dari syurga.


Sifat ini boleh didefinisikan sebagai merasakan diri mulia lebih dari makhluk lain. Padahal, apa yang kita perhatikan tidaklah Allah mengisytiharkan mana satu lebih mulia. Api ataupun tanah. Namun, dari sifat takabbur ini telah membuatkan diri merasa lebih tinggi, lebih mulia dan hebat dari yang lain.


Penyakit ini apabila dilihat dari perspektif kisah-kisah nabi terdahulu, kita dapat melihat ianya ada pada Firaun yang merasa dirinya hebat. Dirinya adalah tuhan hingga beliau sanggup membina bangunan yang luas pasaknya, tinggi puncaknya untuk melihat Tuhan Musa iaitu Allah yang Maha Esa. 


Dan Firaun pula berkata: Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu) dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta. (28:38)


Begitu juga Namrud. Namrud merupakan salah seorang dari empat insan yang Allah kurniakan kelebihan untuk memerintah timur dan barat bumi ini. Asalnya dia hanyalah seorang insan biasa. Namun apabila diberi kelebihan seperti ini, hanyut dirinya bersama kuasa yang ada. Akhirnya, sehebat-hebat beliau, mati juga kerana seekor nyamuk yang masuk ke kepala beliau melalui telinganya. 


Dua kisah tersebut adalah dari segi apabila seseorang itu telah diberi kuasa. Bagaimana dengan kita pula? Yang pastinya kita tidaklah sehebat Firaun yang memerintah Mesir dan juga Namrud. Alangkah ruginya sekiranya kita membela juga sifat takabur.


Tidak perlu melihat jauh ataupun menunding jari ke arah manusia lain. kita lihat pada diri kita dahulu. Kadangkala sifat ini memang ada dan bila kita menyedarinya, tidak patut kita membelanya kerana ianya hanya akan membuatkan diri kita menderita. 


Sifat ini dapat dirasai apabila kita merasakan diri kita lebih hebat berbanding orang lain. Akibatnya rasa ego menguasai diri. Rasa inilah yang melahirkan rasa tidak boleh kalah dengan orang lain dan mudah rasa terhina. Sentiasa mengejar dunia melebihi keperluan kita hanya kerana tidak mahu rasa terhina apabila ada seseorang yang mengatasi kita. Takabur ini juga membuatkan seseorang boleh menganggap orang sekelilingnya adalah lawan. Sukar menerima kritikan dan juga sukar untuk memaafkan orang lain.


Hakikatnya, apa yang tersembunyi dari sifat takabur ialah  inferior. Sifat ini dipupuk untuk menutup rasa inferior. Risau sekiranya si polan mengatasi kita. Tidak kiralah dari segi apa pun. Dan yang paling menakutkan apabila risau si Polah mengatasi dalam hal-hal kebajikan hingga diri merasa tercabar lalu membuat lebih apa yang si Polan sudah lakukan. Memanglah kita sudah lakukan lebih, tetapi sekiranya kita melakukan hanya kerana tidak mahu diatasi, apakah ianya masih lagi di landasan yang betul iaitu beramal hanya kerana Allah?


Dari segi perspektif seorang Daie, perlunya berhati-hati apabila memberi nasihat pada seseorang. Jangan hingga seorang daie itu merasakan dirinya mulia akibat ilmu yang dimiliki ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang lain. Disebabkan merasa dirinya mulia, dia memandang pada orang yang dinasihatinya itu sebagai seorang yang hina disebabkan kejahilan yang ada pada orang tersebut.


Perumpamaan dari situasi ini adalah umpama orang yang mencampakkan diri sendiri kedalam api demi menyelamatkan orang lain. Ini merupakan kemuncak kejahilan, kehinaan dan terpengaruh dengan hasutan syaitan yang telah berjanji untuk menganggu anak Adam hingga hari kiamat.( Rujuk surah al-Isra' ayat 63-65). Jadinya betapa pentingnya pada kita sebagai insan yang lemah memohon perlindungan dari Allah swt. dari sifat ini. Ibu segala kejahatan hati. Air yang jernih, tidak semestinya berbau wangi. Janganlah hanya kerana inginkan kemuliaan di dunia namun hati penuh dengan sifat takabur ini.


Saya akhiri entri panjang ini dengan sebuah kisah:


Pernah dikatakan kepada Daud at- Tho'ie : Apakah pendapat kamu berkenaan seorang lelaki berjumpa dengan golongan pemerintah lalu dia menyuruh mereka kepada perkara makruf dan mencegah dari perkara munkar?
Daud at- Tho'ie berkata : Aku bimbang dia dihukum sebat.
Dikatakan lagi : Dia boleh tahan dan bersabar dengan sebatan.
Daud at-Tho'ie berkata : Aku takut dia akan dipancung.
Diaktakan lagi: Dia mampu bersabar dengannya.
Daud pun berkata: Aku bimbang dia akan menghidapi penyakit yang tersembunyi iaitu ujub[1].




Glosari:
[1] ujub: Seseorang yang merasa kagum akan diri sendiri.


Rujukan:
1) Surah Al-Isra (61-65)
2) Mukhtasar Minhaj Al- Qasidin, Imam Ahmad bin Qudamah al-Maqdisi, bab 14, hal. 248,249.







Wednesday, 18 May 2011

[secebis buku] Ukhuwah

Wah. sempat lagi saya mencuri masa mengupdate blog yang macam lama tak update. Alhamdulillah, 2 paper telah ditumbangkan dengan pelbagai perasaan. Ada yang susah, takde yang senang. Natijahnya, semua itu adalah ujian untuk kita. Samaada ingin terus mensyukuri nikmat dengan redha akan ujiannya, ataupun terus hilang kepercayaan. Lalu mengalah.

Baru-baru ini, saya sempat mengselang-selikan bacaan nota dengan sebuah buku yang dari awal permulaan lagi sudah banyak menghentam, mengetuk, menumbuk, jiwa, hati dan segalanya yang ada pada saya. Terasa banyaknya kekurangan dan pada saya janganlah terus demotivated dengan kekurangan tu, kena cuba bangkit dan berusaha betulkan apa yang salah. TT____TT.

Antaranya adalah mengenai Ukhuwah. Didalam buku Jalan mereka yang menuju Allah, ada menyebut tentang adab kita sesama saudara, prasangka dan sikap mencari kesalahan orang lain.

Hak-hak yang wajib ditunaikan terhadap saudara, didalam bab Adab-adab persahabatan, persaudaraan dan pergaulan.

Hak ketiga:
antara ringkasan,


Ibnu Mubarak berkata: Orang Mukmin sentiasa mencari keuzuran sahabatnya atau alasan untuk dia memaafkannya, sedangkan orang munafik akan mencari kesalahan orang lain(bagi menyalahkannya).


Al-Fudhail : Kemuliaan itu ialah memaafkan kesalahan sahabat-sahabatnya.


Kemudian, antara hak yang wajib adalah meninggalkan sikap berburuk sangka, bahkan kita hendaklah berusaha untuk berbaik sangka.  


Jauhilah kamu daripada berprasangka buruk kerana prasangka buruk itu adalah percakapan yang paling dusta. (Mutafaqqun Alaih)


i) Iman seorang tidak akan sempurna sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Ayat ini adalah hadis, salah satu hadis dari hadis 40. Rasanya hadis 13. Lihatlah betapa tingginya nilai persaudaraan dalam Islam apabila ianya dikaitkan dengan iman.


ii) Serendah-rendah persaudaraan adalah bersangka baik, iaitu bergaul dengan sahabat dengan cara yang dia sukai dan kita juga akan suka sekiranya sahabat kita bergaul dengan kita dengan cara yang kita senangi.


sekiranya kita sudah berprasangka buruk, apakah lagi yang tinggal untuk tahap persaudaraan antara kita? T_T


iii) Bagaimana kita inginkan persahabatan ataupun keadilan buat diri kita sekiranya kita sendiri tidak adil dengan orang lain?


iv) Punca irihati, dengki dan mendedahkan keaiban saudara sendiri adalah berpunca dari perasaan hasad dengki. Perkara ini terdorong apabila seseorang itu tidak mahu mengalah, ingin menonjolkan keistimewaan, kelebihan dan kepandaian dirinya di samping  memandang hina terhadap lawannya. Melalui perkara ini lah timbulnya rasa tidak puas hati, sering berprasangka, mengintip perbuatan lawan dan sebagainya.


Sumber: Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi, Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin, jil.1, bab 11, hal 195-197.
Jika anda tertanya-tanya bagaimana bukunya,
inilah dia.:)
Sangat merekemenkan anda-anda membacanya.
Berat, namun inilah kenyataannya sebagai seorang hamba.
melalui buku ini, beberapa entri dihasilkan.
[marah part1] [marah part2] [marah part3]

Pertama sekali saya tujukan ringkasan isi ini untuk diri sendiri, dan kemudiannya untuk kita bermuhasabah kerana tidak semua manusia lepas daripada berbuat kesalahan. Namun, apabila kita sudah mengetahui apakah kesalahan tersebut, marilah kita bersama-sama mengubahnya secara perlahan-lahan. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu masih terbuka peluan untuk mencapai  rahmat Allah yang sangat luas.

Naluri manusia, sukar untuk menerima sesuatu itu adalah kesalahan yang sebenarnya datang dari diri sendiri, terasa sakit. Namun apabila kita menerima kesalahan itu kerana Allah dan dengan berlapang dada, akan ternampaklah sinar kebahagiaan dari Yang Maha Esa. Kadangkala Allah langkahkan hati dan kaki ini untuk berbuat kesalahan supaya apabila kita menyedarinya kita sedar bahawa kita ini hamba, kerdil lagi hina dan hanya mengharap kepada ampunan yang maha Esa.

Sakit kepala, hujan renyai-renyai.
1313 after tumbangkan physical paper.
Allahuakhbar, Subhanallah, Alhamdulillah, Astaghfirullah.
Hinanya diri, kotornya hati, lesunya jiwa.T_T
Mari sama-sama kita naikkan taqwa, bersihkan hati, kuatkan jiwa.
Masih merangkak,perlu banyak belajar.T_T

Sunday, 1 May 2011

Panas, Panas, Menggelegak...grrr...[part 3]

Assalamualaikum

Alhamdulillah, akhirnya cuti easter dah nak habis dan akan bermulalah summer term 11. [kkof-kkhoof]. But as usual, my preparation for summer exam still unsufficient. [ Tawakkal + usaha + doa yang perlu di raise up kan].

Part 1 dan part 2 dah selesai ditulis, kini tibalah part 3 pula. Part 3 ni mengenai cara mengatasai kepanasan, kemarahan dan yang sewaktu dengannya. Ok, tak nak cerita panjang, jom kita teroka satu persatu cara ni.

1) Bila marah, cuba fikir semula mengenai hadis-hadis, ayat Quran dan kisah-kisah yang menyatakan tentang kelebihan, ganjaran dan darjat orang yang menahan marah.
Ada satu riwayat daripada Ibnu Abbas, ketika zaman pemerintahan Saidina Umar r.a adalah seorang lelaki ni yang ingin menghadap saidina Umar, lalu beliau mengizinkannya. Ketika menghadap, lelaki ni telah mengkritik beliau dengan mengatakan:

            "Wahai anak Al- Khattab, demi Allah, kamu tidak pernah memberi kepada kami dengan pemberian yang melimpah ruah dan kamu juga tidak pernah memutuskan hukum antara kami dengan adil".

Mendengar apa yang lelaki ini telah katakan, maka saidina Umar naik marah sehingga hampir bertindak memukul lelaki tersebut, melihat kejadian ini, al- Hurr bin Qais berkata: Wahai amirul mukminin, sesungguhnya Allah swt telah berfirman kepada Nabi saw :



Jadilah engkau pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. (QS. 7:199).


Al- Hurr berkata lagi : Sesungguhnya orang ini jahil, tidak mengetahui. Selepas kejadian ini, saidina Umar menjadi seorang yang lebih menjaga batas-batasnya apabila beliau berasa marah.

2) Mengingatkan diri akan azab Allah swt, nescaya akan menggetarkan hati dan menggerunkan jiwa. Berdialoglah dengan diri dengan berkata.

" Kekuasaan Allah kepadaku melebihi kekuasaanku ke atas orang ini. Kalau aku bertindak terhadapnya mengikut kemarahanku, pasti aku tidak akan selamat dari kemurkaanNya kepadaku pada hari kiamat kelak sedangkan ketika itu aku amat perlukan keampunanNya".

3) Mengingatkan diri terhadap apa akibat buruk yang akan kita peroleh hasil dari permusuhan dan perbuatan membalas dendam. 

4) Hendaklah menggambarkan betapa buruknya wajah kita yang dah sedia cantik dan ayu ni apabila marah. Marah ni jugak akan membawa kita jauh dari akhlak para nabi dan ulamak.

5)Justifikasi, apakah sebenarnya punca kita untuk marah? adakah kerana bisikan syaitan ataupun kerana Allah swt.

Sekiranya kita berasa marah akibat termakan hasutan syaitan, bisikan ini akan bergema-gema, bergaung-gaung, berbisik-bisik dalam hati kita. Kata sang pembisik syaitonnirrojim :

" Kalau kamu tidak bertindak, ingatlah kamu ini akan dianggap sebagai seorang yang lemah lagi lembik, hina dina, keji dan kamu yang kerdil ni akan dipandang rendah oleh orang lain".

souce: URL

Dan, kita mula lah memperoleh kekuatan untuk marah demi mempertahankan hak asasi kemanusiaan yang ada dalam diri ini.

 Tapi! Tunggu sat, cuba berbisik kembali pada sang pembisik syaitonnirrojim ni, lawan semula dengan justifikasi yang lebih rasional :

" Wahai diri, janganlah kamu fragile dengan bisikan si jahat ini, adakah kamu(diri) merasa hina, jijik dan keji akibat bersabar sekarang? Apakah kamu tidak merasa hina di hari akhirat kelak dimana akibat dari perbuatanmu di dunia ini, orang itu pula yang memegang tanganmu dan bertindak keatasmu? Adakah kamu bimbang sekiranya dipandang keji dan kerdil oleh orang lain tetapi tidak bimbang dipandang hina oleh Allah Taala, para malaikat dan juga para nabi a.s !!? "

Untuk menjadikan diri ini dipandang mulia oleh Allah, perlulah kita menjaga nafsu amarah ini dengan sebaik-baiknya.

6) Mengatasi secara amali, iaitu berwudhuk, mengubah posisi kedudukan, bersikap tenang, minta berlindung dengan Allah.

Hikmat berwudhuk ketika marah ini telah diriwayat melalui sebuah cerita, begini ceritanya:

Urwah bin Muhammad sedang duduk bersama-sama sahabat-sahabatnya, tiba-tia datanglah seorang lelaki yang memperkatakan sesuatu yang tidak suka didengar. Lantas Urwah bangun lalu berwudhuk. Seyelah berwudhuk, dia menceritakan kepada sahabat-sahabatnya akan hadis berwudhuk ketika marah, katanya Rasulullah saw bersabda:

Sesungguhnya marah itu dari Syaitan dan syaitan diciptakan dari api. Api hanya akan dapat dipadam dengan air. Oleh itu apabila seseorang kamu marah hendaklah dia berwudhuk.   
                                                                                                    (Hr : Ahmad, Abu Daud dan al-Bukhari)


source: URL



Manakala perintah untuk mengubah posisi iaitu dari berdiri kepada duduk, dari duduk kepada berbaring adalah untuk mendekatkan diri kita untuk kita berfikir dan tenang. Untuk mengingatkan semula bahawa kita ini adalah asal dari tanah. Kita ini asalnya hina, dan kemarahan yang muncul ini adalah berpunca dari sifat takabur. Layakkah kita sebagai seorang hamba bersifat takabur?

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berfikir, merenung kembali asal kejadia kita, melihat kembali niat kita apabila kita marah dan berfikir apakah kebaikan yang kita dapat apabila marah?


Semoga berguna untuk kita semua terutamanya untuk diri saya yang marhein, serba kekurangan dan masih lagi tercemar dengan sifat marah yang tidak menentu dan justifikasi yang tidak rasional. [khhof.., flipping summer exam paper, erk..., susahnyee...]. Marah,emosi yang tidak sepatutnya juga membuatkan himmah kita terpenjara.[klik sini]


Rujukan:

1)Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi, Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin, Jil. 1, hal 361,362,363,364,365.



Wallahualam
1449
01052011
Birmingham.

Wednesday, 27 April 2011

Pencuri.

Saya curi masa
Sebab saya mahu lepas segalanya
Masa saya sedikit
Tanggungjawab saya banyak
Saya janji saya curi masa sedikit sahaja

Tapi

Saya curi masa lebih dari yang sepatutnya
Saya jadi alpa
Saya jadi pelupa
Saya  menari diiringi pelangi senja
Gembira rasa tanggungjawab hilang serta merta

Saya terasa bahagia
Akibat curi masa
Saya lari, saya menari, saya gembira
Malangnya guruh menerpa , saya tersedar dari lena
Saya lihat tanggungjawab masih setia menunggu saya
Meminta untuk ditunaikan haknya.
Namun masa telah jauh tinggalkan saya
Saya terdiam seribu bahasa.

Saya menangis
Tapi saya tahu tangisan ini tidak berguna
Masa datang sekali sahaja
Tapi saya gunakan dengan sia-sia
Masa berlalu dengan pantas
Tanggungjawab mengekori saya

Saya semakin dewasa
Mereka yang sebaya  jauh sudah tinggalkan saya
Saya merangkak dalam cahaya
Saya bertatih belajar semula apa itu masa
Saya berjalan merentasi usia
Picture: Credits to Deviant Art
url
Apa yang saya ada kini
Masa yang tinggal dan tangunggjawab yang belum tertunai
Itulah harapan saya
Apa yang masih ada
Supaya saya mampu bina kekuatan dari kelemahan
Supaya saya mampu memecut laju merentasi  masa yang masih tinggal
Berbekalkan keredhaanNya
Selagi enjin nadi belum mati
Saya ingin tunaikannya




Saya agak

Jika saya berada di zaman para sahabat
Saya tidak tahu apa status saya
Sahabat yang tanpa sengaja tidak ikut angkatan Tabuk
Atau yang sudah sedia 1001 alasan mengapa tidak ikut sekali?
Tapi
Saya mahu turut serta ke angkatan jihad tersebut
Saya tidak mahu menjadi mereka yang tercicir dibelakang

Andai saya boleh pulangkan semula masa yang telah saya curi
Tentu sudah saya lakukan
Namun
Segunung emas, seluruh langit dan bumi masih tidak mampu
Menebus sesaat yang telah berlalu.



Demi Masa.(Al-Asr)
2244
27042011
Kabur mata zahir
Gilap mata hati





Sunday, 24 April 2011

noted!

Musuh dalam diri - hawa nafsu.

" Sebenarnya ada dua faktor yang menyebabkan hal ini berlaku. Pertama, kebanyakan umat Islam jahil kerana tidak mendapat suluhan ilmu. Kejahatan hawa nafsu langsung tidak diketahui apatah lagi untuk diperangi.

  Kedua bersikap eskapisme, yakni cuba lari daripada menghadapi Kenyataan. Kita sedar bahawa menentang hawa nafsu bererti menentang diri sendiri, maka tentunya ia sesuatu yang sangat memedihkan. Jadi lebih mudah menyalahkan orang lain daripada terpaksa "berperang" dengan diri sendiri. Contohnya lebih mudah mengajak orang berdemonstrasi membakar bendera Israel dan AS daripada mengejutkan diri sendiri untuk membuang selimut pada waktu dingin pagi, musim panas di sini untuk solat subuh.".

Fuh....
ps: terasa bagaikan salah seorang perajurit yang ditinggalkan batalion perang kerana tidak mampu melawan nafsu diri sendiri. T___T.

Sumber: diolah melalui. Majalah Solusi isu No. 25 , hal. 16.

Wednesday, 20 April 2011

duduk-duduk

Kalau letih,
ambil la masa dalam 10 minit
duduk-duduk
tengok balik pada diri.
kalau rasa 10 minit tak cukup
kena tambah lagi.
fikir, zikir.
cari definisi hidup.
cari definisi bahagia
cari definisi selamat
cari definisi matlamat
singkap definisi rancangan
tafsir erti kehidupan.
menangis kerana Tuhan.
sebab hidup ni macam pengembara.
yang duduk-duduk sekejap dibawah pohon yang rendang
sambil kumpul bekalan sebanyak yang mungkin.
Untuk teruskan perjalanan yang lebih jauh
yang tiada penghujung...

Manusia sentiasa sibuk.
Meh duk kejap.
Kita muhasabah diri.

ps: kalau duduk menanti kekuatan kunjung tiba, umpama mengharap bulan jatuh ke riba. Duduklah untuk membina kekuatan dari kekurangan yang sebelumnya. Tiada siapa yang Allah ciptakan tidak berguna.
Kalau takde pakcik angkut sampah tu , habisla satu SO berbau. waha, hidup ni adalah ekosistem, kitalah yang mengimbanginya. Tulis memang senang. he......
Semoga Allah redha..ameen.