Showing posts with label palestine. Show all posts
Showing posts with label palestine. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

[Travelog]Kembara Lubnan 3_2

Masih lagi 29 Mac 2013

Di entri ini, saya ingin membawa anda melihat kecantikan malam di Beirut!

Selesai sahaja training di AZ, kami pulang ke hotel. Sepanjang kembara ini, saya akui, masa untuk berehat agak terhad. Jam 5:30 petang nanti, bro Hassan dan isteri beliau akan bawa kami jalan-jalan di Downtown Beirut.

Setelah hampir 3 hari disini, Beirut adalah sebuah bandar yang sangat cantik, punya udara yang nyaman. Beirut juga mendapat nama "Paris of The East" kerana nilainya kecantikannya, kebudayaan dan tinggalan sejarah yang agak tinggi. Tidak mungkin akan saya lupakan bandar ini.

Sekitar jam 5:45 petang, kami bertolak ke Downtown. Monumen pertama yang saya kira signifikan dan menarik perhatian saya adalah  Masjid Mohamad Al-Amin. Cantik! Senibinanya umpama Masjid Biru di Istanbul. Keluar sahaja dari kereta, saya terpinga-pinga. Ya, saya perasan..di sebelah masjid yang gah ini ada gereja yang besar, namun bukan itu sebabnya. Saya terpinga-pinga kerana sepanjang Masjid Al-Amin azan, sepanjang itulah gereja sekitar masjid membunyikan loceng.
Masjid Al-Amin yang sangatlah cantik! Tapi sayang, bilangan jemaahnya kurang.
Masjid Al-Amin dari sudut lain.


Kami semua pelik sebenarnya, lalu sister Maryam menerangkan kepada kami , inilah bukti betapa kuatnya semangat antara sect dan faction disini. Memang akan terbawa-bawa hingga kini. Tidak cukup dengan perang saudara yang berlaku bertahun-tahun lamanya. Alang-alang sampai di masjid ini, kami terus bersolat Maghrib jamak Isyak disini. Selesai sahaja solat maghrib( waktu imam berdoa), dan sepanjang imam mengalunkan ayat-ayat quran sewaktu solat..waktu itu jugalah loceng-loceng gereja berbunyi. Memang tak mahu kalah. Bukan sahaja mahu berbunyi lima kali sehari, bahkan sewaktu solat juga mahu berbunyi. Apa-apalah..dunia ini memang pelik bukan?

Keluar dari masjid, sekali lagi saya terpinga-pinga. Ada satu bangsal yang agak besar bersebelahan masjid, dihias dengan bendera negara Lubnan. Didalamnya terdapat kubur-kubur pejuang negara dan juga bekas perdana menteri Lubnan, iaitu Rafik Hariri.
Kubur Rafik Hariri yang terlatak bersebelahan dengan Masjid Al-Amin[kredit: Google]


Mr. Hariri and 22 others were killed on Valentine's Day 2005 from the blast of a massive truck bomb on the corniche in downtown Beirut. More than six years later, the warrants were given to Lebanon's Prosecutor-General, with the demand his officials arrest the four Lebanese citizens.
Sumber berita

Ini rupanya sebab pemimpin ini mati. Hebat sungguh negara arab ni. Konfliknya, memang hingga tahap bunuh membunuh. Jika di Malaysia pula, lain pula ceritanya kan.

Kemudian, kami di bawa berjalan-jalan di sekitar bandar ini. Bandar ini memang sebuah bandar purba dan menjadi peradaban dunia bertahun lamanya. Adakah anda ingat lagi subjek sejarah tingkatan empat? Jericho? Bandar pertama peradaban dunia. Jericho terletak di Palestin, manakala Lubnan pula memang jirannya. Memang terbuktilah bahawa Bilad as Shams ini adalah tempat terawal manusia hidup dan juga tempat para nabi diutuskan untuk menyampaikan risalah agama Allah yang suci. Masya Allah..hebat bukan jika kita kaitkan sejarah dengan Islam.





Sekitar Downtown


Roman Bath!

Roman Bath

Sekitar Downtown

Masjid lama

Sekitar Downtown



Selesai berjalan-jalan atau kata lain hingga saya sendiri pun rasa letih untuk berjalan-jalan, brother Hassan membawa kami ke restoran As-Saha. Sebuah restoran yang sangat historic, yang menunjukkan kebudayaan negara ini. Saya lihat, mereka ini amat-amatlah bangga dengan makanan mereka. Di sini, kami makan makanan tradisional Lubnan dan juga manisan mereka. Makanan mereka terdiri daripada roti-roti, daging, sayur-sayuran. Saya sudah mula rindu nasi putih! Namun biasalah..inilah masanya untuk saya kenal kebudayaan dan makanan mereka.



keterujaan


Kecantikan, senibina Islam. Hebat Beirut ini, adunan pelbagai tamadun. Dari Rom hinggalah  Islam

ketinggian nilai senibina

Kecantikan bulan ditambah dengan keunggulan senibina restoran. 

Koleksi gambar di restoran As-Saha
Maaf, tak tangkap gambar makanan kebanggaan mereka. kihkih

Usai makan, kami dibawa berjalan-jalan ke Zaytouna Bay. Kata sis Rana, biarlah dua tiga hari yang awal ini kami menikmati hidup yang mewah disini. Makanan yang lazat, pemandangan yang cantik. Cuci matalah katakan. Ya, betul juga, memang mewah....namun hakikatnya, otak saya sudah menerawang mencari...dimana agaknya saya boleh dapatkan gambaran mengenai kesengsaraan yang digarap melalui tulisan Dr. Ang Swee Chai iaitu From Beirut to Jerusalem. Saya sudah mula mendapat gambaran mengenai Hizbullah dengan melihat selatan Beirut dan juga kesan perang saudara dengan melihat suasana masjid dan gereja dan askar-askar yang berkawal. Keluar sahaja dari teksi, hampir terjatuh rahang saya! Ah, cantiknya tempat ni. Macam bukan bekas negara lepas perang! Jadi, adalah sikit-sikit gambar yang saya sempat rakam di teluk yang menjadi sarang si super kaya dunia, sang penabur duit, sang korupsi dan berbagai jenis sang kancil, ular  hinggalah sang buaya. Katanya, di sebelah sana..ada banyak tempat yang sedang derita. Benarkah ya sekiranya saya dilahirkan dan dibesarkan di sini. Agaknya, propaganda mereka yang iri hati dengan kekayaan keluarga saya agaknya. (Monolog kononnya anak orang kaya)


Tempat parking bot-bot peribadi

ini kalau ambik pakai DSLR mesti lagi lawa. hehe



Credit

Credit


Sikit lagi macam gambar yang saya rakam. Credit

Sewaktu berjalan-jalan di teluk ini, kami manfaatkan masa yang ada bersembang-sembang dengan sister Maryam. Banyak sungguh mutiara yang kami dapat dari beliau. Di Lubnan, sama sahaja dengan negara lain, korupsi agak hebat, ekstrim diantara sectarian dan juga faction itu umpama tiada kesudahan. Saya juga bertanya, bagaimana agaknya sis Maryam ni boleh survive dari perang Israel-Hizbullah 2006? Jawabnya, dalam perang tersebut, hanya tempat-tempat tertentu sahaja yang diserang dan di Beirut, tempat tersebut adalah di selatan Beirut.

Kami bertukar-tukar cerita. Terkilan juga, kerana saya tidak pandai berbahasa arab. Jika tidak, tentu lebih banyak yang saya akan peroleh. Saya pernah ada perasaan berkobar-kobar untuk belajar bahsa arab, namun padam pula...nampaknya, bila sudah pergi ke tempat yang penting sebegini, perasaan saya untuk mendalami bahasa arab semakin tinggi. Doakan ada kesempatan, insya Allah.

Sekitar jam 12 malam, kami pulang ke hotel. Ah..malam yang panjang!Esok, apa pula saya akan lihat... mengikut tentatif, esok saya akan ke kem Burj al Barajneh dan Shatilla, Pusat anak yatim Al-Ghawth, Takaful Centre for Child Welfare, Humanitarian Relief for Development Soceity dan juga Palestinian Association for Human Rights (Witness)

Ps: Gambar yang bukan saya rakam, saya ada letak kredit.

Nurul Hidayah Bani
1918
09042013
Nottingham, UK


Thursday, 7 March 2013

[reviu] The Punishment of Gaza

Penulis: Gideon Levy

Bil. Mukasurat : 148

Penerbit : Verso

Genre : Politik

Harga: £7.19 (Baru) £3.50 ( Pelbagai keadaan)

Tahun: 2010


Gideon Levy, nama ini baru sahaja saya kenal apabila melihat sebuah dokumentari di Al-Jazeera yang bertajuk Going Against The Groin. Beliau adalah seorang jurnalis Israel yang menulis untuk Hareetz . Setelah melihat dokumentari ini dan juga membaca buku beliau, secara peribadinya beliau adalah seorang jurnalis yang telus, mencari berita yang paling tepat untuk disiarkan dan melihat konflik ini dengan mata hati dan melawan arus propaganda yang disiarkan melalui media-media lain di Israel.

Gideon Levy, seorang yang lantang bersuara apabila beliau meninjau sendiri bagaimana keadaan Palestin. Selain beliau,  Richard Goldstone juga merupakan seorang yang lantang bersuara di peringkat antarabangsa apabile beliau membentangkan Goldston Report yang telah ditentang habis-habisan oleh Israel. 


Umumnya buku ini sangat menarik, memuatkan sebanyak 40 artikel dari tahun 2006-2009. Ianya adalah pandangan dari sebelah pihak yang lain, tetapi mempunya kesedaran mengenai injustice yang berlaku. Saya dapat menilai perkara ini apabila membaca apa yang ditulis memang tidak lari dengan apa yang dilaporkan oleh media-media lain seperti al-Jazeera, Berita di televisyen (sebelum tahun 2008, berita di televisyen Malaysia agak bagus dan boleh dipercayai) serta cerita dari NGO-NGO yang fokusnya adalah untuk kebebasan Palestin.2006-2009,  pelbagai perkara yang berlaku sepanjang waktu ini yang memang memberi impak besar pada masa kini.

Membaca ulasan dari Gideon Levy, membuatkan saya mengimbas semula episod-episod yang berlaku sepanjang masa tersebut. Mujurlah saya ada mengetahui sedikit sebanyak konflik ini sejak dibangku sekolah lagi. Apa pandangan beliau, catatan beliau mengenai Perang Lubnan ke2 sewaktu tahun 2006, begitu juga dengan operasi 'Autumn Cloud' dan juga 'Summer Rain' yang dijalankan pada tahun yang sama. Kemudian, dari segi politiknya, tahun 2006 mengukir satu sejarah yang sungguh hebat iaitu kemenangan Hamas pada pilihanraya yang sah, namun begitulah mereka (Israel, US dan kuasa Barat lain) tetap tidak mengiktiraf Hamas, bahkan mengasak lagi dengan mengenakan sekatan ekonomi.

Ada juga diantara rentetan  yang dimuatkan, catatan yang agak mikro, kisah-kisah rakyat Palestin  seperti berhadapan dengan dugaan dan tuduhan yang kadangkala tidak masuk akal. Hakikatnya, tentera Israel laknatullah ini menganggap rakyat Palestin umpama objek untuk dijadikan latihan menembak, tidak kira dari darat, laut mahupun udara. Namun, yang diwar-warkan di Israel adalah , merekalah tentera yang paling bermoral didunia.

Antara catatan beliau mengenai Hamas yang dimuatkan ditajuk ke 20: Talk With Hamas. Tajuk ini adalah coretan beliau sewaktu Jun 2006,

" The two year siege and boycott-which has included starvation, blackouts and bombardments-have produced no sign that Hamas is weaker"(p-66)

Begitu juga apabila Hamas langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mengalah, Gilad Shalit kini berada ditangan Hamas (ingat semula peristiwa yang berlaku pada tahun 2006, serangan telah dimulakan oleh mereka), ini menyebabkan mereka tiada pilihan lain melainkan berunding dengan pihak Hamas (Walaupun hakikatnya mereka tidak mengiktiraf Hamas). Coretan Gideon levy mengenai situasi ini..

" Israel has nothing to lose. Our policy is such that we do not talk to Abbas because he is too weak, and we do not talk with Haniyeh because he is too strong"(p66-67)

Inilah ironinya, apa yang mereka lihat, pandangan mereka. Mereka takut sebenarnya. Gaza, penjara terbesar di dunia, namun itulah tempat dimana adanya angkatan tentera paling berani.

Pandangan peribadi
Buku ini adalah sebuah buku yang agak mencabar, dari segi bahasa dan juga koleksi artikel yang ada. Ianya membangkitkan semula ingatan-ingatan saya mengenai konflik yang penuh dengan ketidakadilan, ianya bukan perang, ianya adalah satu pembantaian terhadap Palestin secara keseluruhan. Tahun 2006-2009, pelbagai peristiwa yang berlaku, operasi 'Cast Lead' (Operasi ini lebih kejam daripada perang Yom Kippur,1967), pertukaran pemimpin di Israel iaitu dari Ehud Olmert ke Benjamin Netanhayu, begitu juga di US,sewaktu tahun 2009, dari George W. Bush kepada Barrack Obama. Merek yang berminat untuk membaca buku ini perlu ada sedikit pengetahuan asas mengenai konflik Israel-Palestin dan juga kancah di negara-negara timur tengah yang lain, jika tidak, mungkin anda akan pening-pening sedikit.

Hidayah Bani
Nottingham, IK
07032013


Wednesday, 4 May 2011

sayang duit, sayang alam sekitar.

Cashier : Do you need a bag? it worth 3p.

Me : errr, no thanks.
..*sambil(terpaksa) memasukkan barang ke dalam beg sekolah*


Perbualan yang saya dah selalu terbual bersama mak cik/kakak cashier. Waktu mula-mula sampai sini, rasa kekok jugak, lama-lama alert dan rasa bagus jugak macam ni.

Simple je caranya, jual beg plastik berbanding tidak sediakan langsung(kalau tak sediakan, kesian pulak pada yang beli banyak barang, tapi lupa bawak beg) untuk menyelamatkan alam sekitar . Kira macam denda la pada orang yang tak bawak beg plastik@reusable beg sendiri.
Plastics bag, take more than hundred years to decomposed.
kredit gambar


Maka, berkuranglah penggunaan dan pengeluaran beg plastik. Lalu, sayang duit, sayang juga alam sekitar.
(Ok la, 3p boleh derma pada Aqsa Syarif ke, Viva Palestine ke, Islamic Relief ke). Sungguh, 3p itu sangat berharga.
sekali keluar beli barang lebih satu plastik,
balik umah, simpan.
dah penuh lemari rumah, buang. erk..
(tercucuk diri)
[kredit gambar]

Masa saya kat matrik dulu, saya ada belajar pasal warna tong sampah kitar semula, siap buat presentension lagi. Rupa-rupanya, mengenal warna tong kitar semula tu tak penting( bukan tak penting, cuma kuraaang penting), yang lebih penting adalah praktikaliti bagaimana hendak mengitar semula. Hoho.


Rindu metrik :P
[kredit gambar]
Anyway, Miss Melissa Benidict Solution, a lorry of thanks to you. :), miss you teacher..
 *ok, solution tu takde sebenarnya.



Sunday, 16 January 2011

andai aku....

Jam menunjukkan jam 2340 pm
letih...itu perasaanku kini,mp3 dibunyikan...
Al-Mathurat Sugra ku dengar perlahan...
lampu dipadam...
tiba-tiba  terpancar satu cahaya....
berkelip-kelip......
 diiringi bunyi helikopter yang berlegar di udara
aku masih baring,membiarkan sahaja....letih keluh jasadku....
tiba-tiba...rohku bersuara..hatiku minta aku berfikir..
andai aku pelarian dibumi sendiri...apakah aku bisa biarkan bunyi itu berlegar?
kemudian diselang seli dengan bunyi peluru buta
tanpa mengira nasib...mencari mangsa
sebagaimana saudara seaqidahku di sana...
Palestin,Pakistan,Afghanistan....Iran.Iraq..di mana sahaja..
dalam kesejukan malam,di buru mereka yang tamakkan dunia
tanpa belas,tanpa ihsan..tanpa mengira jantina dan umur..
kamu kanak2?kamu warga tua?
aaah...peduli apa.....
itulah mereka...
asalkan misi mereka berjaya...(2:120)
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (120)
tanpa duvet,tanpa heater,tanpa makanan,tanpa hiburan..
saudaraku berlindung,hanya Allah menjadi pengharapan
di muka bumi Allah yang di mana bumi di pijak,di situ kalimah Lailahaillallah di junjung
bukan di hati sahaja,tapi dilidah dan amal
itulah mereka...saudara seaqidahmu wahai diriku.
aku........?....malu tunduk sendiri...
kuatkan aku di Jalan Ini wahai yang MahaPenyayang
berikan aku kekuatan berpegang teguh di taliMU,menjadi celupanMu....andai ini terbaik buatku....aku mahu menyumbang pada agamaMu.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (2:155)
saudaraku...bersabarlah,janji Allah itu pasti.
andai aku..
di beri pilihan
aku tidak mahu menjadi
robot tanpa ruh
di programkan oleh mereka
di ikat tangan
dibelenggu anggota badan
di butakan mata dipekakkan telinga
dari mendengar,membantu saudaraku..
leka dengan 'halwa mereka'
aku mahu manjadi pemuda
yang bangkit bersama
Allah
bantu hambaMu ini..
picture:credited to deviant art.