Showing posts with label cermin diri. Show all posts
Showing posts with label cermin diri. Show all posts

Sunday, 3 June 2012

Dah mati baru tahu?

Salam wrm semua.
Alhamdulillah, semoga kelapangan yang diberikan oleh Allah dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Sungguh, masa itu adalah makhluk Allah yang taat pada Penciptanya, kerana itulah kadangkala kita boleh merasakan sejam itu pendek dan adakalanya panjang!

Ada dua cerita yang menarik, mungkin tidak popular seperti kisah kura-kura dan arnab.

Kisah pertama adalah kisah seorang pengemis.
Seorang pengemis yang memang hari-hari mengemis, tiada rumah, tinggal di jalanan. Satu hari beliau menjumpai sehelai kot di tempat pembuangan sampah. Maka, hari-hari seterusnya, kot tersebut membaluti tubuhnya. Kot tersebutlah melindungi dirinya dari kesejukan malam, panas terik siang. Akhirnya, pengemis tersebut dijumpai mati ketika musim sejuk tiba. Kot tersebut masih membaluti tubuhnya.

Seorang petugas kebersihan telah ditugaskan untuk mengurus mayat tersebut. Setelah mayat pengemis tadi diuruskan, petugas tersebut membelek-belek kot sang pengemis tadi. Alangkah terkejutnya petugas tersebut apabila mendapati bahwa didalam poket kot tersebut terdapat 10ribu US dolar.

Mengemis sahaja? Cukup arr........


Owh.. tidak...tepuk dahi.

Kisah Kedua

Seorang yang dihormati dan sering dikunjungi orang ramai..X namanya. Beliau seorang yang tidak pernah mengenakan pakaian yang sesuai untuk dirinya. Mengapa dikatakan sebegitu rupa? kerana beliau hanya memakai kain kapas yang sudah lama tidak kira sewaktu musim sejuk mahupun panas. Namun, peliknya, ketika beliau mati, ternyata beliau meninggalkan kekayaan lebih dari pada empat ribu dinar. Satu nilai yang banyak. Kan.......

Simpan harta? Buat apa? Kerana setiap kita akan ada pengakhirannya. Namun, simpanlah secukupnya untuk kita teruskan hidup selagi hayat masih ada.


Apa yang ada disebalik dua kisah ini?

1) Dapat kita lihat persamaan antara kedua watak ini, iatu meninggalkan harta yang banyak setelah mati.

2) Namun, kita boleh melihat perbezaan antara kedua kisah ini. Sang Pengemis meninggalkan harta yang banyak tanpa dia pun tidak mengetahui, namun si X pula meninggalkan harta yang banyak dan ia sedar ia telah meningalkan harta yang banyak, tapi si X kedekut hinggalah ajal menjemput tiba.

3) Sang pengemis; Sekiranya dia berusaha lebih,berfikiran kreatif membelek-belek barang yang ada pada dirinya, tentu dia akan menjumpai duit yang banyak tu kan dan bolehla dia guna untuk memperbaiki hidupnya, namun disebabkan dalam fikirannya hanyalah...ala...cukupla aku sekarang mintak sedekah dan tak berusaha untuk berfikir lebih jauh...makanya...matilah dia dalam keadaan kelaparan dan kesejukan.

4)Manakala si X pula, mati dalam keadaan tidak bersyukur? kenapa? Kerana sewaktu hidupnya da tidak memanfaatkan kekayaan yang ada untuk digunakan dengan sebaiknya, boleh sahaja dia guna untuk sedekah, infaq, wakaf..untung-untung semua tu dilaburkan khas untuk saham hari akhirat.

5) Apakata kita aplikasikan cerita ini untuk renungan kita bersama, kekayaan/ harta yang ada dalam kisah ini kita misalkan dengan keupayaan/potensi yang ada sama ada terpendam ataupun nampak yang Allah kurniakan pada diri kita.

6) Daripada kisah pertama, ya, kadangkala memang ada potensi diri yang kita tidak nampak, namun insyaAllah ianya ada sekiranya kita BERANI mendalami potensi yang ada dengan berfikir dengan lebih jauh, kreatif. Tidak cukup dengan hanya baca, lihat dan dengar, namun perlu fikir, analisa/kaji dan praktikkan apa yang realistik.

7) Kisah kedua pula, ya..kadangkala kita tahu kita ada potensi diri, contohnya: boleh menganalisa politik dengan adil secara 360 darjah dan 3D ( dan ini adalah contoh sahaja, anda boleh ganti dengan kebolehan menjahit, mengait, memasak dan sebagainya), namun kita malasssss ataupun tidak yakin ataupun terasa inferior complex yang berlebihan....cukupla aku tengok sahaja apa yang berlaku, bio lah Parti A lawan Parti B dengan fitnah, dan Parti B pula mendowngradkan partinya dengan lawan mencari fitnah jua....akhirnya tenggelamlah negara tempat si Parti A dan B ini dengan onar dan fitnah...ptui..dengan dan kebolehan yang ada..biarlah ku simpan tanpa dimanfaatkan..

8) Jadinya, pesanan terutamanya kepada diri saya sendiri, kita perlulah yakin, insyaAllah(jangan sampai superior pulak) dalam mengembangkan fikiran kita dan berani mengorak langkah, berfikir lebih jauh. Sekiranya kita lihat kita mempunyai potensi yang boleh dimanfaatkan kearah kebaikan, maka mulakanlah langkah dalam memanfaatkan kebolehan tersebut dengan ikhlas dan benar.

9) Semoga Allah membimbing dan memberi petunjuk kepada kita semua dalam mengharungi hidup ini. Semakin meningkat umur, semakin banyak realiti kehidupan yang kita alami. Janganlah hanya alami sahaja realiti kehidupan ini, namun analisalah, fikirlah secara retrospektif akan apa yang telah berlaku supaya ianya menjadi pengajaran dalam kita menjalani kehidupan seharian yang akan mendatang hinggalah ajal menjemput kita...semoga manfaat/kebolehan yang ada pada diri kita digunakan dengan amanah, supaya ianya menjadi saham diakhirat kelak..

10) Semoga segala usaha kita diterima Allah. Ameen.




Thursday, 29 December 2011

Aku lihatmu....

Aku melihatmu bintang
Hanyasanya bilanganmu tidak terkira
Cantik gemerlapan, lagi memukau mata
Kau cantik, aku mahu kau jadi penemanku
Namun, tatkala awan gelap tiba, siang menjelma,
Kau tinggalkanku

Aku lihat pula padamu bulan
Kau satu dalam seribu bintang
Kau lah paling terang, engkaulah pilihan hatiku
Aku jatuh cinta padamu
Sering aku lihat kamu, 
Sambil cerita kisah suka duka ku
Kau jadi saksi, tawa dan tangisku
Kala awan gelap tiba
Gerhanalah kamu
Kau juga  pergi tinggalkanku

Aku lihat matahari
Kau sumber kehidupan
Kau lebih hebat dari bulan dan bintang
Aku kira, tanpamu tiadalah kehidupan
Kau jadi saksi kerja kerasku
Mencari ilmu, rezeki, ibrah di bumi tempat tinggalku
Namun awan gelap menjelma
Mendunglah bumi
Malam menjelma, hilanglah mentari
Kau jua, tinggalkanku

Tangisan menjelma
Malam gelap gelita, tanpa bintang dan bulan
Siang mendung suram tanpa terik mentari

Masa berlalu
Ampunkan aku
Aku manusia pelupa
Aku mencari yang ada, tiada
Hingga lupa pada yang selalu ada
Sang Pencipta dan Pencinta
Sungguh, aku manusia pelupa
Terlalu mencintai ciptaan 
Hingga aku terlupa pada Zat Maha Pencipta
Sungguh, ampunkan aku


Kesatlah air mata
Hilangkanlah hiba
Rabbmu sentiasa ada
Mengawasimu sepanjang masa
Tuhanmu tidak pernah lupa
Walau hakikatmu hanyalah manusia alpa

Kala terasa diri tidak punya apa

 Hanya tangisan menerpa menyelubungi masa
Hentikanlah tangismu
Mulakan langkah yang baru
Mohonlah pada Rabbmu
Pimpinlah jalanmu
Menuju pada Cintamu yang hakikatnya Satu
Dihadapanmu masih ada rumah-rumah Allah
Disana ada kemanisan
Disana ada penawar duka






Wednesday, 9 November 2011

penyakit

Penyakit hati adalah penyakit yang tersembunyi. Sukar untuk disedari oleh penghidapnya. Ini menyebabkan penghidap lalai akan penyakit ini, boleh jadi ia akan menular dari fasa satu hinggalah ke fasa kritikal. 


Sekiranya disedari, sukar baginya untuk terus bertahan mengawalnya. Ini kerana ubatnya adalah pahit. Ubat ini ialah melawan keinginan hawa nafsunya sendiri.


Saya agak memilih buku untuk dibaca mengikut tempoh yang ada. Selalunya, buku berbentuk sirah nabi, kisah para sahabat, sejarah, biography dan fiksyen saya akan habiskan secepat mungkin. Namun, buku seperti Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin ataupun buku yang mengajak kita melakukan amali(haraki).., saya lebih selesa membacanya sedikit demi sedikit. saya membaca buku ini sejak bulan dua yang lepas(bukan dua bulan yang lepas). Masih tidak habis lagi? mengapa?

Jawapan yang lain saya simpan sendiri. Apa yang saya perasan, selalunya buku ini amat bersesuaian dengan apa yang saya rasa. Saya juga mahu habis membaca, namun saya tidak mahu segalanya hanyalah teori, bukan amali.

Untuk diri saya khasnya, terlalu banyak yang perlu diperbaiki dalam jalan menuju Allah.

Rujukan:
Imam Ahmad b Qudamah al-maqdisi, Mukhtasar MInhaj al-Qasidin, bab 18, hal.308

Saturday, 29 October 2011

Mulia

Aku risau sekiranya seseorang memuliakan orang lain kerana pangkatnya, bukan kerana ilmu. Maka dunia diletakkan di atas, ilmu hanya dijadikan alas. Kesannya amat besar, manusia akan mengejar pangkat. Oleh itu, selain menyusun manusia, susunlah hati-hati ini agar lebih menyintai ilmu keranaNya dan bukan menyintai pangkat dan kedudukan.

Be humble, merendah diri


Pangkat akan hilang di bawa pergi. Ilmu yang berguna akan menjadi saham di kubur& akhirat nanti.

Wallahualam.


Saturday, 18 June 2011

salah

" Menegur kesalahan itu penting, tetapi apa yang lebih penting adalah memahamkan apa kesalahan yang telah dilakukan supaya orang yang berbuat salah tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan kesalahan itu berulang."

Jangan membisu, hanya mengatakan dia bersalah. Lalu dia meminta maaf. Namun pada masa yang sama masih lagi berbuat salah hingga anda rasa dia tidak boleh diubah.
Ini terjadi kerana dia hanya tahu dia telah berbuat salah, namun tidak faham bahagian manakah kesalahannya itu.

Skill ini juga amat penting bagi seorang guru. Kadangkala kita lebih cenderung  menegur kesalahan yang dilakukan berbanding menerangkan apa jenis kesalahan yang dilakukan.



^^,

Note for self today. 

Friday, 6 May 2011

Baju Kotor.

Sepasang suami isteri berpindah ke rumah baru. Mereka sibuk mengenas rumah baru tersebut. Esoknya, sedarnya si isteri dari tidur, dia melihat rumah sebelah melalui tingkap rumahnya. Dilihat seorang wanita tua sedang minyidai kain di ampaian, kain yang disidai di ampaian tersebut kelihatan kotor. Terlintas dalam hatinya, mengapakah wanita tua ini tidak membasuh baju sehingga bersih.

Hari kedua, si isteri terasa ingin melihat keluar lagi. Diwaktu yang sama, dia memandang ke luar melalui tingkap yang sama. Apa yang dilihat wanita tua itu menyidai pakaian, pakaian yang disidai masih kotor. Terdetik dalam hatinya, bagaiman wanita yang sudah tua dan berpengalaman ini membasuh baju. Dia memberitahu suaminya akan hal itu, namun suaminya diam sahaja,(buat kering).

Hari ketiga, si isteri ini bangun lagi, dia melihat keluar rumah melalui tingkap yang sama. Dilihat wanita tua itu sedang minyidai baju, tetapi kali ini baju itu bersih! Terdetik dalam hatinya, tentu wanita ini sudah mempunyai skills membasuh baju yang betul, ataupun menggunakan sabun yang betul-betul berkesan.

"Bang, sayang tengok mak cik tu dah basuh baju dengan bersihnya la, dah tiga hari sayang perhatikan, bersih jugak akhirnya, hoho".

Suaminya dengan selamba menjawab,

" Erm, takdela sayang, pagi tadi abang bangun awal sikit, cuci tingkap yang sayang guna untuk tengok mak cik tu".

si isteri

"erk...."

Moral : Mengadili seseuatu dengan menggunakan alat yang kotor. Akan nampak lah yang kotor itu walaupun yang kotor itu datangnya dari tuan punya pengadil.

Rehat seketika.




Sunday, 20 February 2011

dari kaca mata seorang yang ingin berubah.


Assalamualaikum..
Alhamdulillah, Allah masih kurniakan aku kekuatan untuk menulis walaupun kadangkala diri ini jatuh, Allah tetap beri kekuatan untuk bangkit, kadangkala rasa diri ini sombong, Allah tetap mahu memandang, kadangkala hati ini terasa sakit, Allah tetap sediakan ubatnya, dimanakah ubat itu? Tepuk dada, tanyalah iman kita.
Sakit rasanya apabila perkara ini berlaku, tapi ini adalah satu cara Allah untuk mendidik hati yang hitam  ini,mungkin tanpa peristiwa ini, apakah yang berlaku  padaku? Apakah aku masih mampu bertahan dengan niat yang menipu?  Aku bermonolog sendiri, ya Allah, hebatNya diriMu dalam menentukan apa yang terbaik buat hambaMu. Peristiwa yang berlaku baru-baru ini menyebabkan aku sedar satu perkara yang menjadi penghalang untuk cahaya Ilahi bergerak dalam garisan yang lurus melintasi sekeping hati yang dimiliki.
Di dalam entri yang sebelum ini,ada diketengahkan mengenai peranan media. Andai media itu mengiku garis peraturan tetapan hati manusia,tentulah ianya tidak adil. Mengapa? Kerana manusia itu sendiri tidak adil,manusia mempunyai kehendak. Kehendak yang tidak menentu,kadangkala melulu. Di masa kini,untuk kita bangkit kembali, untuk kita melihat sendiri bagaimanakah Islam di zaman nabi,kita sendiri perlu membuka mata,mangkaji sendri panduan yang ada. Andai mengikut garis panduan kita,pasti terlena, maka ikutlah garis panduan yang ditetapkan oleh Allah swt.
Aku masih lagi berdiri melihat dunia melalui dimensi yang kecil, masih belum 3600 ataupun 3D. masih melihat pada Malaysia tanah airku dan kemudiannya dibandingkan di bumi putih ini. Aku memandang pada media kita,satu medium yang hanya dikendalikan oleh beberapa orang dan kemudiannya di siarkan secara pukal pada  rakyat Malaysia. Andai rancangan yang dikeudarakan itu lebih mementingkan hiburan  berbanding mesej yang tersirat,maka itulah yang kamu dapat. Penyalahgunaan media massa yang ada. Hati saya menjerit,seni itu indah,tetapi kita yang mencalarkannya mengikut hawa nafsu kita yang akan lalai dan lupa,yang hanya mahu mengikut keseronokan sementara sahaja, selepas itu, apabila ditanya,kosong,hanya gelak ketawa,derai air mata,tangisan tidak terhingga atau gerak tari yang tiada sudahnya  yang kita muntahkan. Apakah itu mampu membawa kita melepasi neracaNya. Aku diam,hatiku menjerit.
Bukan kerana aku tidak mendapat apa-apa, tetapi aku terkejut apabila mengenangkan definisi  yang  di salah ertikan, bagaimana kita mahu memanfaatkan Islam itu syumul seandainya dalam sesuatu itu kita dicampuradukkan dengan sesuatu yang bukan Islam? Carilah definisi tersebut dan bandingkannya dengan apa yang kamu inginkan?samakah? sedangkan minyak tidak akan bercampur dengan air,inikan pula antara haq yang batil. Tapi kini perumpamaan untuk haq yang batil tidak boleh di umpamakan seperti minyak dan air, pada aku kini haq yang batil bagaikan hitam dan putih kemudian ada kelabu diantara kedua warna tersebut.
Sakit rasanya apabila mengenangkan perkara ini, walau apa pun yang berlaku,berpeganglah pada apa yang ada pada dirimu walaupun sukar….aku diam, aku tahu Allah sayang padaku. Andai aku seorang mahu lakukan perubahan pada media kita,itu mustahil. Kerana itu perlu kita bangkitkan kembali diri ini,mengkaji di mana yang haq, dimana yang batil. Menyelami  setiapa perkara yang terjadi. Percayalah, Negara kita tidak akanberubah seandainya kita hanya sekadar menghentam dan saling memaki antara satu sama lain. Bukan itu penyelesaiannya, bukalah mata,bacalah…bacalah kalam Allah yang dikurniakan pada kita. Bukan menulis untuk memuaskan hati, tetapi untuk memperbaiki diri sendiri di jalan yang penuh berduri.

Jatuhnya Melaka kerana kealpaan mereka,
Lalai dengan tarian lenggok lentiknya tubuh,
Bangga dengan harta setinggi gunung,
Cukup dengan kawasan menjadi tumpuan dunia
Melenakan hati yang ria
Memberi peluang pada sang tentera salib
Datang merampas tanah mereka,
Membinasakan segala yang ada
Lalu dibina kota
Itulah kisah 500 tahun yang dahulu
Sunatullah…
Yang berlaku dengan izinNya,
tidak mustahil andai perkara itu diulang-ulang
Atas kelalaian kita pula..

Start from simple things first.

cukupkah andai kalian melaungkan kata-kata semangat dakwah,tetapi pada diri kalian masih di nilai oleh mereka yang memuji jahiliah yang ada pada diri anda. Aku tidak sanggup,aku tidak mahu. maafkan aku.


Sunday, 13 February 2011

bahasa.

assalamualaikum..
Alhamdulillah,Allah masih beri saya hadiah hari ini apabila masih membenarkan saya bernafas tanpa perlu membayar sesen pun padaNya,saya masih boleh melihat langit di malam hari dan dipagi hari sambil  menanti bilakah saya boleh melihat bintang dan bulan yang agak menyorok  minggu ni.Sambil saya membuat kerja,sempat juga saya berfesbuk dan berblogging melihat blog kawan-kawan saya dan junior saya.Saya dapat rasa satu perasaan yang kurang senang apabila ada sesetengah status menggunakan perkataan yang tidak sopan iaitu WTF,Bullshit..etc..etc...apabila ditanya mengapa buat status sebegitu,tanpa rasa segan silu jawapannya:"saja,dah lama tak mencarut,sesekali jadi bodoh apa salahnya,bosan jadi pandai."
Saya sedar,saya bukanlah seorang yang sesuai untuk mengetengahkan isu ini,mungkin belum cukup sopan dan solehah ataupun bijak,tetapi untuk menanti saya menjadi sopan,solehah dan bijak baru menulis mengenai hal ini,mungkin pada waktu itu saya sudah tiada lagi di dunia,tiada siapa mampu menjaminnya  kecuali Allah yang Esa,selain itu rasa kurang senang yang ada pada diri saya mengenai  budaya yang masih dianggap cool oleh sesetengah golongan ini mendorong saya untuk menulis mengenai perkara ini.Bahasa melambangkan siapa diri kita,dalaman kita.Janganlah kita membinasakan diri kita menggunakan organ yang tidak bertulang ini.


Daripada Abu Hurairah:Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah saw tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab ”Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik”. Baginda ditanya tentang apa yang akan memasukkan manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab ”Mulut (lidah) dan faraj (alat kelamin)” (Fathu Bari. Jld 8:316)


Apa yang saya kesalkan adalah budaya seperti itu dirasakan cool dan kadangkala biasa sahaja,bagaikan bahasa harian yang digunakan apabila mahu berkomunikasi  di kalangan mereka,saya berasa sangat kecewa kerana pada saya penggunaan kata-kata seperti itu ibarat menjatuhkan maruah sendiri terutamanya di khalayak ramai.Mungkin ada yang rasa khalayak ramai itu adalah pergi ke hadapan semua orang dan berkata-kata seperti itu,tetapi di zaman yang seperti ini,di Facebok,Twitter atau blog juga merupakan medan khalayak ramai.Semalam,ketika saya singgah sebentar ke Green Lane Mosque,Birmingham saya sempat berbual dengan seorang wanita yang boleh saya katakan sebaya ibu saya,wanita itu mencari buku dakwah dalam bahasa mandarin,untuk diberikan pada sahabatnya yang bukan Islam tetapi mahu mendekati Islam menggunakan bahasaibundanya,saya terharu melihat kesungguhan wanita tersebut.
 Sebelum saya meminta diri dari,beliau telah berkongsi sesuatu dengan saya,iaitu berhati-hatilah menggunakan teknologi sekarang kerana ia adalah salah satu medium untuk  menyebarkan fitnah.saya kira nasihatnya sangat berharga,mungkin kerana beliau sudah melihat peredaran zaman lebih lama dan mengalami kepesatan teknologi yang hebat sejak beliau lahir.Saya berharap,terutamanya pada diri saya sendiri agar tidak menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan seperti ini.Tujuan saya menulis bukanlah untuk syok sendiri,mengkritik di sana-sini,tetapi adalah untuk memperbaiki diri sendiri. khas untuk kaum saya terutamanya yang bakal menjadi ibu pada generasi yang akan datang,janganlah kita menjadi guru pertama pada anak-anak kita yang masih suci dengan menggunakan bahasa yang kotor seperti itu,janganlah kita bertindak  mengotorkan kain yang fitrahnya bersih.
Pada diri saya sendiri terutamanya,masih belum terlambat untu berubah,menggunakan bahasa yang lebih sopan,cubalah iAllah pasti berjaya kerana ianya mengubah sikap kita,bukanlah untuk mengubah sifat semulajadi kita walaupun sukar.

hb.
0928/130211

Sunday, 16 January 2011

andai aku....

Jam menunjukkan jam 2340 pm
letih...itu perasaanku kini,mp3 dibunyikan...
Al-Mathurat Sugra ku dengar perlahan...
lampu dipadam...
tiba-tiba  terpancar satu cahaya....
berkelip-kelip......
 diiringi bunyi helikopter yang berlegar di udara
aku masih baring,membiarkan sahaja....letih keluh jasadku....
tiba-tiba...rohku bersuara..hatiku minta aku berfikir..
andai aku pelarian dibumi sendiri...apakah aku bisa biarkan bunyi itu berlegar?
kemudian diselang seli dengan bunyi peluru buta
tanpa mengira nasib...mencari mangsa
sebagaimana saudara seaqidahku di sana...
Palestin,Pakistan,Afghanistan....Iran.Iraq..di mana sahaja..
dalam kesejukan malam,di buru mereka yang tamakkan dunia
tanpa belas,tanpa ihsan..tanpa mengira jantina dan umur..
kamu kanak2?kamu warga tua?
aaah...peduli apa.....
itulah mereka...
asalkan misi mereka berjaya...(2:120)
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (120)
tanpa duvet,tanpa heater,tanpa makanan,tanpa hiburan..
saudaraku berlindung,hanya Allah menjadi pengharapan
di muka bumi Allah yang di mana bumi di pijak,di situ kalimah Lailahaillallah di junjung
bukan di hati sahaja,tapi dilidah dan amal
itulah mereka...saudara seaqidahmu wahai diriku.
aku........?....malu tunduk sendiri...
kuatkan aku di Jalan Ini wahai yang MahaPenyayang
berikan aku kekuatan berpegang teguh di taliMU,menjadi celupanMu....andai ini terbaik buatku....aku mahu menyumbang pada agamaMu.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (2:155)
saudaraku...bersabarlah,janji Allah itu pasti.
andai aku..
di beri pilihan
aku tidak mahu menjadi
robot tanpa ruh
di programkan oleh mereka
di ikat tangan
dibelenggu anggota badan
di butakan mata dipekakkan telinga
dari mendengar,membantu saudaraku..
leka dengan 'halwa mereka'
aku mahu manjadi pemuda
yang bangkit bersama
Allah
bantu hambaMu ini..
picture:credited to deviant art.