Tuesday, 18 June 2013

Cerita 2, 3 hari lepas. Konflik di Syria.


Dua tiga hari lepas, gempar pula dengan kejadian yang berlaku di Jordan, jiran Syria apabila berita mengenai women abuse meletup. Dan Malaysia pula, didinding facebook tersebar pula 'ikhwan mesir' mengiklankan tawaran untuk berkahwin dengan gadis Syria. Bagi aku, wanita...ini bukan berita lawak dan ini tidak sama sekali bukan cara untuk menolong mereka. Ya, berita tersebut ternyata palsu, namun berita mengenai women abuse sama sekali tidak palsu.

 Pengalaman di Lubnan beberapa hari, walaupun singkat. Aku kira bernilai untuk memberi sedikit gambaran tentang apa yang berlaku di sana. Melalui perbualanku bersama dengan sis Maryam, ternyata suasana ini agak rumit. Timur tengah, tidak pernah lekang dari peperangan dimasa ini. Sunatullah berulang kembali.

Ketika berada didalam van, aku melihat wanita tua, wanita meminta sedekah. Kami dikhabarkan kebanyakan mereka ini adalah pelarian dari Syria. Lubnan saya kira penduduknya agak mampu, agak kaya. Alangkah sedihnya hati ini melihat wajah tua meminta sedekah. 

Apa yang boleh aku lakukan? 

Doa, bantuan berbentuk wang yang disalurkan ke NGO/badan yang dipercayai, demo, flashmob...banyak...

Namun tanpa kefahaman dan cuba mendidik kefahaman ke generasi seterusnya, bantuan ini ternyata hanyalah bantuan. Bantuan seperti memberi seekor ikan dan kemudiannya habis dimakan. Kemudian bantuan lagi.

 Giving aids, but no developments

Apa kefahaman yang perlu?

Kefahaman mengapa kita perlu membantu mereka. Bagi kita umat Islam, Aqidah adalah yang pertama dan kemanusiaan juga yang pertama. Aqidah dan kemanusiaan adalah satu. 

Kemudian, jauhkan diri dari mentalili,
'Ah, bukannya berlaku di negara aku pun, Syria tu jauh'
Sekiranya sibuk membaca novel cinta anak datuk kahwin anak tan sri, anak tan sri kahwin dengan anak kak Ton kemudian ditentang. Tentulah terasa jauh sangat konflik ini dengan kita. Sibuk mengejar cinta. Aku katakan begini bukan kerana aku tidak punya perasaan cinta. Namun, janganlah terlalu hanyut sangat dengan 'cinta illusi' yang tidak membawa kemana pun. Bahan bacaan agak penting dalam membentuk cara berfikir seseorang. frasa  you are what you eat, you are what you read juga relevan.

Wanita, dimana-mana pun tunjangnya kuat, lengkapkanlah diri dengan ilmu pengetahuan. Bukan hanya dengan angan-angan mengejar cinta yang tidak pasti dimana pengakhiran.

Aku tidak mampu merasai kesakitan, keperitanmu wanita Syria, Palestin, Rohingya, Somalia dan dimana-mana di serata dunia yang sedang menderita dengan keganasan, kerakusan, peperangan. Kesakitan, keperitan dengan kekejaman yang berlaku. Kesedihan kehilangan ahli keluarga. Namun, hidup tetap perlu diteruskan. Ku kirimkan doa.. kau lah wanita yang Allah takdirkan mendapat lebih keistimewaan. Semoga Allah merahmati kalian. 

ps : Jom Boikot! Boikot tanpa kefahaman akan membuatkan anda ketagih dengan barang yang diboikot. Boikotlah dengan kefahaman, hati, perasaan, kemanusiaan dan semuanya dibawah payung aqidah. Jika kita tidak faham mengapa perlu boikot, jangan tunggu untuk difahami, namun carilah cara bagaimana untuk memahami.


No comments: