Tajuk: Mandala Dunia Kedua
Penulis: Azizi Haji Abdullah
Penerbit : PTS Litera
Harga: RM 18.00
Teringat saya akan perbualan dengan seorang kawan, mungkin main-main, mungkin juga serius.
A: Eh, ko nak kahwin dengan tokey balak tak?
B: Tak nak la..
A: Kenapa taknak? kaya apa...Takpun ko tak nak sebab dia rosakkan alam sekitar.
B: Ha ah, sebab dia merosakkan alam sekitar,sebab tu la aku tak nak.
Alam Sekitar, nadi bumi. Hutan belantara, jantung penguat kehidupan di dunia. Novel terakhir Ustadz Azizi Haji Abdullah sebelum beliau meninggal dunia. Saya kira satu karya hebat. Penulis bukan sahaja mempunyai susunan kata yang menarik, bahkan penulis juga menerangkan keadaan di dalam novel dengan sungguh terperinci, hingga terdetik hati saya, "hebatnya, penulis umpama ahli ekologi yang memang sangat memahami keadaan di dalam hutan belantara." Novel ini juga merupakan sebuah novel akidah, penuh perincian dan setiapnya dikaitkan dengan Allah Maha Pencipta.
Dua watak utama, Sima dan Jon. Seorang pensyarah dan seorang sarjana ekologi. Kedua-duanya mahu mencari dunia kedua, mahu lari dari hiruk pikuk hutan batu yang penuh dengan keserabutan, penyelewengan, jenayah dan segala-galanya sangat menyesakkan minda. Sima dan Jon, berkenalan lalu apabila menyedari mereka berdua mempunyai matlamat yang sama, iaitu mahu lari dari hutan batu, akhirnya keduanya merancang untuk meneroka Banjaran Titiwangsa, mencari dunia kedua.
Jon, berbekalkan nilai moralnya, dia tidak membawa tuhan bersama, cukuplah sekadar mempunyai nilai moral yang kukuh, masuk ke hutan belantara, untuk mengagumi dan memelihara ciptaanNya, bukan Pencipta. Sima, berbekalkan keimanannya bersama-sama Jon ke hutan belantara. lalu bermulalah kehidupan mereka berdua, bersama dalam satu khemah.
Melalui novel ini, pelbagai persoalan yang bermain di minda saya, sebagai seorang manusia yang normal, saya terfikir, apakah Sima dan Jon mampu bertahan hidup bersama, sima dengan imannya sebagai seorang muslim, jon dengan nilai moralnya. Di dalam novel ini juga, penulis sarat meletakkan elemen-elemen aqidah melalui perbualan Jon dan Sima.
Banjaran Titiwangsa, hakikatnya banjaran ini amat dekat dengan kehidupan saya. mana tidaknya, saya hidup berdekatan dengan banjaran ini. Usai membaca novel ini, apabila saya melihat banjaran Titiwangsa, unpama saya kembali semula ke dunia novel Mandala Dunia Kedua. Ustadz Azizi, cantik sekali di gambarkan keadaan banjaran titiwangsa, hebat sekali kesannya kepada saya. Apabila membaca novel ini, hati saya umpama tergores juga apabila melihat ada kesan tarahan tanah di banjaran ini. Semakin lama manusia semakin tamak, semakin rakus mencabul hutan tropika hingga lupa bahawa itulah tunjang kehidupan mereka.
Hutan, banjaran. Saya pasti anda sudah tahu apakah kegunaannya. Tanpa banjaran dan hutan, mungkin kita tidak mampu hidup dengan amannya.
Saya teringat satu point yang saya baca dari buku, Doktor Umum, karya Dr. Mahathir. Beliau menyatakan bahawa perindustrian lebih menguntungkan dan memberi peluang pekerjaan berbanding sektor pertanian. Bayangkan, seekar tanah apabila digunakan untuk pertanian, ianya hanya mampu memberi peluang pekerjaan kepada seorang petani, namun apabila seekar tanah dibangunkan untuk perindustrian, ianya mampu memberi peluang pekerjaan yang lebih banyak, boleh jadi berpuluh-puluh. Namun, apabila di fikirkan semula, bila tiba masanya, manusia tidak akan mampu hidup dengan hasil perindustrian. Manusia tidak akan mampu hidup dengan hanya ada kereta besar, telefon mudah alih yang canggih, teknologi yang hebat, namun tiada makanan. Ianya menyedarkan saya akan sehebat manapun pembangunan di masa ini, namun apabila tiada keseimbangan, hanya kerosakan yang akan berlaku. Saya tidak mengatakan pendapat Dr. M salah, pendapatnya betul dan dengan pemikiran beliaulah negara kita membangun. Namun, keseimbangan itu perlu ada supaya kita mampu meneruskan kemandirian hidup secara semula jadi. Tidak perlu meneroka planet lain untuk didiami, cukuplah dengan memakmurkan bumi yang ada ini dengan sebaiknya.
Mandala Dunia Kedua, sebuah novel yang pastinya tidak mengecewakan. Saya kira sudah hampir tiga minggu saya habis membaca novel ini, namun isinya masih bermain-main di fikiran saya. Satu karya sastera yang sarat dengan ilmu, kesedaran dan juga pasak aqidah. Semoga roh pennulis ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang soleh. Setiap yang beliau titipkan, merupakan ilmu yang sangat berguna, dunia dan akhirat.
Wallahualam
Hidayah Bani
Nottingham.