Sunday, 13 December 2009

mari kita renung kata2 hikmah imam Al-Ghazali

Assalamualaikum......
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia?
Yang paling dekat dengan kita adalah MATI. "Sebab itu janji Allah bahawa yang hidup pasti akan mati" (Surah Ali Imran :185)
2. Apakah yang paling jauh dengan diri kita didunia.?Yang paling jauh dari kita jauh adalah MASA LALU.
Masa lalu adalah yang pling berharga dan sangat rugi jika disia2kan kerana ia tidak akan datang kembali..Oleh itu manfaatkan lah masa yg ada dgn sebaik2nya.;D
3. Apa yang paling besar didunia ini.
Yang paling besar didunia ini adalah HAWA NAFSU. "Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke Neraka." (Surah Al A'raf: 179)
4. Apakah yang paling berat didunia.
Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. "Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.n.w meminta mereka menjadi (khalifah)
pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah" (Surah Al-Azab :72).

5. Apakah yang paling ringan didunia.
Yang paling ringan didunia adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita dengan mudah meninggalkan solat.
6. Apakah yang paling tajam didunia.
Yang paling tajam didunia adalah LIDAH. Kerana dengan lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


No comments: