Monday, 23 November 2009

program zero to hero=]



Alhamdulillah,hri sabtu (21/11/09)dengan izin Allah swt dapat sy hadir ke program FZTH..bagus la program tu...cm bila dah ptg...dkt2 isyak tu badan pun dah rasa letih..
ada jgk yg dari univ warwick,king's yg datang mengimarahkan majlis ilmu tu...=]
semoga program macam ni dapat diteruskan lgi...sgt bagus la,antara yg saya dapat..ialah,perbezaan antara PELAJAR MUSLIM dgn MUSLIM YANG BELAJAR,mana lebih baik??kemudian sy didedahkan dgn semangat keimanan&ketaqwaan para sahabat dalam menyebarkan Islam,dari 300 org umat Islam pada awl dakwah yg bermula pada 610M hggalah dapat membentuk negara Islam yg pertama iaitu Madinah,dari 300 hggalah 12400(pada wktu Madinah dibentuk)..kemudian diikuti dgn pemerintahan khalifah Al-Rasyidin yang meluaskan empayar(daulah)Islam hgga ke Syam,Palestine,Mesir,Iraq,Iran dan Amenia.Pada thun 661 pula bermulalah zaman kerajaan Umaiyyah..kerajaan ini lebih kepada pembinaan tamadun,pembukaan wilayah semakin pesat dijalankan.Antara wilayah yg telah dibuka ialah wilayah Afrika Utara,Andalus hgga ke sempadan India.setiap kebangkitan pasti ada yg tumbang,setelah kerajaan Umaiyah digulingkan kerajaan Abasiyah pula memerintah.kerajaan Abbasiyah dibahagikan kepada dua,iaitu Abbasiyah I dan AbbasiyahII.Pada zaman Abbasiyah I,perkembangan ilmu Fiqh,Hadith dan Sains& teknologi berkembang pesat..aktiviti penterjemahan giat dijalankan,Terdirinya banyak pusat2 pendidikan dan perpustakaan.Ilmuwan2 Islam sangat ramai pada wktu tersebut.kejatuhan kerajaan Abbasiyah(pada zaman Abbasiyah II akibat kelemahan sistem pemerintahan dan terlalu selesa dgn kemewahan) bermula dengan Perang Salib pada tahun (1095-1291M)serta adanya serangan monggol pada tahun(656H/1258M)Pada wktu ini umat Islam ramai dibunuh,buku&kitab dibakar dan dibuang sehingga ada riwayat yg mengatakan pada wktu tersebut air sungai Nil telah berubah warna menjadi warna merah darah +warna2 dakwat dari kitab2 yg telah dibuang..Kemudian,Sultan Muhd Al Fateh(1453M)telah menawan Turki.kejayaan beliau menawan Turki pada usia yg muda sangat dikagumi.(24tahun).Akhirnya pada tahun 1924 kerajaan Turki Uthmaniyah tlh dikuburkan oleh Mustafa Kemal Atatürk.dia ni telah menghapuskan sistem khalifah..kini genap 85 tahun kita hidup tanpa sistem Khalifah.Bagaimanakah keadaan kita Umat Islam sekarang??marilah kita renungkan bersama..semoga kita dapat membangkitkan kembali kegimilangan Islam dengan berteraskan keimanan & ketaqwaan...

2 comments:

aqifays said...

salam..
hai awak.
ingat akak lagi? yg duk seblah awak asek tanye "awak ok ke ni?"
hehehe.
insyaAllah kite jumpe lagi next time.
keep on updating your blog k..!
looking forward to read d next entry~

Hidayah Bani said...

haha.=].tq2..ingat2..
iAllah..smoga kita jmpa lg...