Sunday, 10 October 2010

year of changing

itulah kata-kata yang diutarakan oleh seorang penulis cerpen yang bertajuk 4kuntum bunga.Aku suka mendengar kata2nya,bagaikan menghibur hatiku kala aku mengalami kecelaruan yang telah lama aku simpan hingga aku tidak tertahan menanggungnya.Tindakan aku semalam mungkin tidak nampak di mana matangnya aku sampai tegar bertindak macam tu...sengaja ku tahan penulis tersebut dari beredar dari bilikku,aku ingin mendengar setiap bait kata2nya.Aku akui,apa yang aku rasa adalah salah,tapi pada aku..aku memerlukan masa untuk bekerjasama dengan seseorang.Aku tahu,tarbiyah bukan untuk menyeragamkan manusia,setiap manusia mempunyai karektor yang tersendiri.Allah yang mencorakkannya.Aku tahu semua tu,tapi aku masih belum dapat memahaminya dengan hati menyebabkan aku kecundang.
seribu kemaafan aku pinta pada dia,
Jalan menuju keredhaan Allah itu banyak durinya,banyak dugaannya..pengorbanan..mudah untuk aku tulis,tapi bukan mudah untuk aku lakukan.keadaan diri yang sejak dari kecil jarang menerima arahan menyebabkan aku bungkam apabila aku menerima arahan.. inilah perubahan yang aku akan hadapi,kerja secara amal jamaie,aku perlu meluruskan niat,mencari keredhaan dan perlu mujahadah dalam bekerjasama.tapi apa yang aku terima diasampaikan melalui . orang kedua,mengapa perlu disampaikan melalui orang lain?mengapa tidak sampaikan sendiri padaku?adakah aku ini terlalu kecil untuk terus bercakap dengan aku?
perubahan yang berlaku juga aku tahu melalui orang kedua.mengapa aku tidak diberitahu oleh orang yang sepatutnya?setiap orang karektornya berbeza,mungkin ada yang boleh menerima dari orang lain..tapi pada aku,benda yang besar seperti itu,aku mahu mendengarnya sendiri.....
semasa di Malaysia,seorang kakak yang sangat aku hormati bertanya padaku,sudikah aku kalau aku di hantar ke sana?lantas aku berfikir mengatakan ya..mungkin waktu itu aku bersama dengan semangat,tetapi bukan dengan kefahaman dan persiapan menghadapinya,tidak pernah aku terfikir dengan siapa aku akan berkerjasama?bagaimanakah karakternya..apakah niatku?
aku sangat tertekan bila mendengar perkataan2 itu,pada aku,kejayaan bukan terletak pada kehebatan aku mengumpulkan manusia yang kosong,tetapi bagaimana aku meniatkannya untuk keredhaan Allah.Andai aku terus pergi tanpa mendengar kata2 dari penulis,mungkin aku hanya pergi kerana tugas,mana keredhaan Allah akan ku dapat?tanpa niat yang sebenar2nya.
hari ini aku berfikir,
aku perlu muhasabah diri..mencari dimana titik hitam yang menyebabkan aku kecundang,memperbaikinya agar apa yan aku akan lakukan aku fahami.aku tidak mahu hanya mengejar mad'u..mendf,mengorbankan masaku,apa yang ada padaku,mengumpulkan orang,tetapi keredhaan Allah itu jauh sekali.
berikan aku masa memuhasabah diri..
maafkan aku kakak yang saya hormati.
saya hanya tidak mahu di dominasi.
tapi akan saya atasi perasaan ini,walaupun memakan diri.
maafkan saya kakak yang saya kasihi..
kerana disaat akhir baru saya memahami..
maafkan aku penulis,kerana mengambil masa kamu untuk bersama aku.
maafkan saya kakak yang saya sayangi,kerana kamu menggantikan saya di saat akhir.

Thursday, 7 October 2010

golongan manusia yang di doakan malaikat

salam alaik..
Alhamdulillah,aku dikurniakan housemate yang baik yang bagi pinjam laptop ni unk update blog,hehe...
Usai menunaikan solat maghrib semalam,salah seorang housemate yang merupakan seorang kakak,wanita berkerjaya dan daie  ada bagitau mengenai 11 golongan yang didioakan malaikat..tapi dia bagitahu 2 je,menyebabkan rasa nak tahu..hehe.disebabkan rasa nak tahu,aku pun menggogle..:)la..and 11 golongan tu adalah:

1)orang yang tidur dalam keadaan suci
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dan tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hambaMu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2)orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: “Ya Allah, ampunilah ia,sayangilah ia.”
3)Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf hadapan."
4)Orang yang menyambung saf pada solat jemaah(tdak membiarkan saf kosong)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jika seorang imam membaca( ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘amin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar sacara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari(hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hambaKu?”
Mereka menjawab: “Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.”
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya: “Doa orang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dimakbulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,malaikat itu berkata ‘amin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: “Ya Allah,berikanlah ganti bagi orang yang berinfak….”
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang menjenguk(melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
MasyaAllah,tulah sebelas golongan yang d dioakan malaikat,iAllah..bagi aku sebagai seorang pelajar,11 point ni adalah sangat luas dan berkaitan dengan kehidupan seharian,lagi2 yang mengimarahkan solat  jemaah,and hubungan dengan manusia di sekeliling..huhu..walaupun tak dapat buat 11 point n,sekurang2nya kta berusaha sehabis mampu.
source:google:blog orang:artikel kat harian metro.

Wednesday, 6 October 2010

terasing

salam,

Terasing,novel pertama yang aku baca kat Uk untuk tahun ni..hehe..erm,pada aku cerita dia tak berapa menarik sebab aku dah boleh jangka apa yang berlaku,even pada aku jalan cerita yang bosan,tapi values yang ada sangat bagus lah untuk kita jadikan darah daging.Tema values yang diketengahkan ialah ukhuwah,persahabatan yang berlandaskan keimanan.cerita ni pasal saif dan zaman dimana saif ni telah menyetujui untuk sentiasa mengingati Zaman di dalam doa dan juga apabila zaman ni jatuh,dia akan hulurkan tangan untuk menaikkan semula.Konflik bermula bila masing2 melanjutkan pelajaran dan setelah hampir 4 tahun berpisah,zaman tidak dapat dihubungi....konflik yang berlaku adalah __________dan apa yang berlaku pada zaman _____.Akhirnya Zaman pulang semula dengan dendam  pada saif kerana janji saif yang kedua iaitu menghulurkan tangan apabila dia terjatuh baginya tidak ditunaikan,zaman rasa terasing..by the way rasa tersentuh jugak  melihat kesungguhan saif untuk menunaikan janji tersebut,padahal semuanya adalah berpunca dari salah faham dan juga pra sangka buruk...novel ini adalah yang terawal Hilal asyraf yang dipublish..pada aku still tak boleh menandingi sinergi,environment novel2 beliau adalah berbeza,tapi apa yang diketengahkan adalah sama iaitu ukhuwah,persaudaraan dalam Islam.hurm..lagi satu buku dia yang aku tengah baca adalah Fanzuru,langit ilahi 3,buku ni memang lebih meninggalkan kesan berbanding langit ilahi dan kembara hamba mencari cahaya..btw aku belum habis baca fanzuru,tapi sampai apa yang aku baca,semua cerita yang beliau coretkan aku akui,takde yang non sense..kadang2 aku terfikir,pekanya dia pada kehidupan seharian,motivasi2 yang dia dapat  tu adalah dari kehidupan beliau,melalui kuliah,pengisian yang takde pun bertemakan kursus motivasi macam kat Malaysia an...maknanya motivasi tu kita boleh dapat dari kehidupan,bukan dari ceramah motivasi yang merapik2 kat luar sana,(bagi org yang pandai grab apaa yang berlaku pada sekeliling dia and related dengan kehidupan ).satu perkara lagi,pada aku dia mempraktikkan apa yang dia tulis lagi2 mengenai ukhuwah kerana,aku perasan benda ni bila dia merakam ucapan and kata2 sahabat sekeliling beliau dengan menulis nama penuh orang tu.Memang best kalau dapat ingat nama orang and muka orang tu dengan cepat kan..sebab aku ni memang lambatla nak ingat nama orang,apatah lagi nama penuh:(,dan selalunya orang yang tegur aku dulu dengan kata:"macam pernah nampak,ni Hidayah kan",pastu aku mula la buat kering je and otak aku pun mengrefresh memori sapeee la orang tu..huhu..jadi,mulai hari ni,aku pun perlu peka pada sekeliling..sebab motivasi and inspirasi tu dapat dari sekeliling kalau kita peka,Hilal juga manusia,aku juga manusia..yang membezakan adalah bagaimana kita melihat &mengambil pengajaran pap yang berlaku di sekeliling kita....

salam ukhuwah
-hidayah bani-
birmingham 2010
syawal 27 1431
Terasing
pic from google
fanzuru
pic from google

Tuesday, 5 October 2010

updated pakai phone.

huhu,lama tak updated blog or blogging sebab laptop tak boleh guna unk online.Dah hantar untuk format balik,tapi still has old prob.rasa cam nak beli someting.kalau dah ada tu,maknanya dah beli la..huhu..tp baik aku pikr dlu...nti lari bajet lak,gpun langit waktu malam buat masa sekarang tak slalu cerah.

merindui online di laptop
hidayah bani
22:34pm,5/10/10
via blogger for iphone.

Monday, 4 October 2010

hari ini

bermulalah lecture&class unk 2nd year.
hope permulaan yang baik akan menghasilkan pengakhiran yang cemerlang.
ya Allah,bantu aku..semoga segala pilihanku tak memberi kesan buruk pada hidupku,kematianku,dakwah,Islam,imanku...
ameen.


with love
hidayah
syawal 25 1431
4 oct 2010

Saturday, 2 October 2010

kisah si burung

Alhamdulillah..akhirnya sampai jugak aku ke UK setelah 101 hari kat Malaysia.huhu..walaupun berat hati nak tinggalkan malaysia yang simpan 100001 kenangan,tapi hidup kena diteruskan jugak..sobb2...mind set2..niat ke UK&blajar jejauh ni kerana Allah.
sepanjang cuti hari tu aku sempat g Sarawak,rumah kak jue selaku naqibahku,sepanjang g jaulah tu,banyak la mengimbas balik benda2 yang aku buat waktu kecik2 dulu..waktu selalu je duduk ngan nenek aku sampai nangis2 tanak balik umah.he.antaranya mancing ikan kat parit,waktu kat sarawak tu pun..mancing g..guna umpan cacing,alhamdulillah aku still tak kekok letak cacing kat mata kail..:)sayangnya,kail tak megena..aku rasa sebab masa tak kena kut untuk mengail waktu tu.
selain tu jugak,ayah kak jue ada ajak kami menangkap burung wak-wak.aku penah dah makan daging burung tu.;).btw dua malam kami keluar untuk mencuba nasib mana tahu boleh dapat an tangkap burung tu,sayangnya dua2 kali kami keluar untuk tangkap burung tu,kami tak dapat pun tangkap burung tu,tapi aku bersyukur sebab baru la tau camne nak tangkap burung tu..dengan ada condition dia,kalau nak burung tu keluar,selalunya timing kena waktu bulan gelap..waktu malam first kami keluarbulan terang and hujan renyai2,ayah kak jue pun pasangla rakaman suara burung and dalam masa 10 minit tu dah dengar ada burung yang menyahut...tapi besa la,burung berpelajaran....he,pastu bila satu tempat tu kami rasa macam burung tu tak mau je,kami pun menukar location untuk tangkap burung tu..tapi still takde rezeki.
benda yang buatkan aku teringat nak cakap pasal burung ni..adalah sebab subuh tadi,aku terbaa satu ayat ni,dalam surah Al-Waqiah..mengenai keadaan dalam syurga and makanannya.

"dan daging burung apa pun yang mereka inginkan,(56:21)

disebabkan ayat ni,membuatkan aku anggap yang burung ni adalah satu benda yang istimewa hingga menjadi hidangan di syurga,pada aku la..kat dunia ni memang payah nak dapat benda2 macam ni,cam ayam hutan,burung..benda yang rare la untuk orang makan.berdasarkan pengalaman aku,memang vip2 ni suka makan ayam hutan and burung(yang aku tau n penah makan wak2 je),sebab jiran aku ni memang teree tangkap ayam hutan ngan burung wak2 and demand untuk haiwan yang payah nak dapat ni adalah tinggi di kalangan orang-orang atasan,mungkin seetengah orang tak tahu,apa yang menyebabkan haiwan ni menjadi kegilaan adalah sebab rasanya yang natural,even liat tapi rasa daging haiwan ni memang sedap.(dapat makan sebab jiran aku ada bagi:P).tapi,apa yang ada kat dunia ni memang tak boleh terbanding dengan rasa kat syurga nanti,huhu..
ps:mahu rasa daging burung dalam syurga gak..ameen.

-hidayah bani-
syawal 1431.

Tuesday, 28 September 2010

keranaNya.

Assalamualaikum...dengan lafaz Bismillah..
Hari ni hatiku tergerak untuk meng'klik' pada profile sahabatku ,my coursemate,yang banyak bantu aku...rupa2nya dia ada blog yang baru di bikin...aku membaca satu persatu entry dia..hatiku tersentuh..seakan2 boleh berkaca mata aku membacanya..tapi tak sempat nangis kerana mengenangkan barang tak pack lagi:(..
entry yang paling membuatkan aku tersentuh adalah mengenai persahabatan..kami tak ramai..siapa lagi hendak kami kawan&sayang di sana,melainkan sahabat2 yang ada..kepada dia,aku juga ingin meminta maaf dan ingin sangat mengucapkan terima kasih kerana dikala sesuatu menimpa diriku,selain Allah,sahabat2 yang lain,dia juga  bersamaku..aku berharap agar dia dapat bersamaku di jalan ini,semoga persahabatan yang terjalin antara aku dengannya di kekalkan atas dasar keimanan,bukan atas dasar dia coursemateku,jiranku,rakan seuni dan yang lain2 kerana dasar yang lain akan roboh..hya berdasarkan keimanan&ketaqwaan sahaja yang kekal hingga kesyurgaNya..iAllah.
situasi ini sangat bertepatan dengan ayat Quran yang menyentuh hatiku malam tadi(7:151)..ketika hatiku sedang sedih mengenangkan bakal meninggalkan keluarga dan apa yang bakal kulalui di hadapan yang mendatang,ku terbaca ayat ini..ayat ini terkandung di dalam surah al-'Araf,diantara ayat2 sekitarnya menceritakan tentang nabi Musa yang pergi bermunajat ke gunung Sinai selama 40 hari,diamanahkan kaum bani Israel kepada saudaranya iaitu nabi Harun  semasa ketiadaannya.sungguh,dugaan itu tetap ada,betapa sedihnya hati nabi Musa apabila pulang dari gunung Sinai dia mendapati bahawa kaumnya telah mengikut Samiri menyembah patung anak sapi..kisah ini diabadikan di surah ini..mafhumnya:

Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah ia: “Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu?” Dan ia meletakkan Lauh-lauh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadanya. Nabi Harun berkata: “Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka); oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku, dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim”.(150)
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani”.(151)

melalui kisah yang diabadikan dalam Quran ini,apa yang aku faham ialah ternyata di dalam persaudaraan kita sebagai manusia tidak pernah terlepas dari perasaan marah,sedih,kecewa..kadangkala marah dan kecewa tanpa mendengar penjelasan dari sahabat kita,kerapkali kita mudah terasa,kecewa dan memandang luarannya sahaja..tetapi adakah kita cuba memahami hatinya,mendengar penjelasannya..kadangkala ego itu yang menguasai diri kita?huhu...aku juga mengakui betapa sukarnya untuk berlapang dada atas segala yang berlaku,tapi untuk membina ukhuwah berlapang dada itulah dasarnya.. apabila kita meng'ignite' api permusuhan,pergaduhan..betapa riuhnya sorak musuh2 kita iaitu iblis laknatullah,betapa gembiranya mereka apabila melihat tahap terendah ukhuwah iaitu berlapang dada dapat di runtuhkan temboknya..andai tahap yang paling bawah sekali sukar untuk kita laksanakan,bagaimanakah ukhuwah itu dapat di bina?aku menghela nafas lagi..melihat pada diri yang serba kekurangan.
ayat 151 pula adalah doa yang menyentuh hati aku...selepas keadaan mula reda,nabi Musa pun berdoa..apa yang aku dapat adalah......Baginda tidak hanya berdoa untuk dirinya,malah untuk saudaranya dalam meminta keampunan dari al-Rahman.....
selalukah aku berdoa untuk saudara2 ku yang merupakan ahli keluargaku, sahabatku juga?
semoga soalan ini dapat ku jawab dengan amalanku ya Allah.
terima kasih Allah...kerana kurniakan diriku ini nyawa untukku dapat merenung kembali&mengambil iktibar dari kisah2 terdahulu dalam peluang memperbaiki diriku sendiri..
semoga tahun2 yang akan mendatang akan lebih memperbaiki perhubungan kami hendaknya..

di perantauan..ya Allah,berikan kami rasa kasih  tanpa sebab kecuali keranaMu.