Sunday, 6 March 2011

apa beza

Gambar 70-an, free hair, skirt labuh, duduk  sopan sahaja, masih mempunyai budaya kesopanan gadis melayu.gambar ditangkap, kemudian menjadi koleksi peribadi.
Gambar kini : Bertudung paras atas dada, baju yang agak ketat , membuat gaya kembung pipi, membulatkan              mata dan menjelir lidah dengan harapan bajet menggoda, gambar diupload untuk ditunjukkan ke satu dunia.

Apa beza ye? mungkin dari segi Islam tiadalah sangat bezanya, tapi dari segi adat kesopanan, silalah kita bersama-sama menjaga tatasusila gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatnaik supaya gambar-gambar itu tidak menjadi fitnah kaum hawa dan tidak melanggar hukum syarak, jom kawan- kawan!:).

Fisabilillah.

Wanita sebaik-baik hiasan di dunia, andai taatnya disalurkan hanya kerana yang Esa, dialah ketua wanita di syurga.

Wednesday, 2 March 2011

[reviu] Alangkah lucunya negeri ini.

pics:Google



salam wrm...
 Usai sahaja saya menonton filem ini, memang tangan saya meronta-ronta ingin menulis apa yang hati &akal saya cerna. Tetapi............Hormon-hormon ngantuk lebih pantas bertindak, lantas action yang sepatutnya, (duk kat meja stadi, stadiiiiii sambil menulis entry ) bertukar berpandukan rotation pada C2 axis kepada menarik duvet dan ZzzZZzzZzz..(tamatlah riwayat saya untuk hari semalam). Alhamdulillah, Allah beri izin pada diri saya untuk beroperasi hari ni, hu hu.. dan semoga operasi-operasi saya pada hari ini lebih baik dari semalam...ameen.

Alangkah lucunya negeri ini, keseluruhan cerita ini punya mesej yang tajam dan berani, filem ini lebih kepada membuka mata pembesar, rakyat dan makhluk-makhluk yang lain akan realiti di negeri tersebut. Watak- watak yang diketengahkan adalah penganggur yang mempunyai sarjana, pencopet-pencopet (pick pocket,penyeluk saku) haa..pencopet-pencopet ini adalah kanak- kanak ye, masyarakat kampung: tok imam, ibu bapa, rakan sebaya. Berlatarbelakangkan konflik rakyat dalam mencari sesuap nasi di samping ingin mengaplikasi apa yang telah dipelajari, cerita ini pada saya terus memberi mesej tanpa perlu berselindung lagi.
satu lagi mesej yang ada ialah kepentingan pendidikan, kepentingan pendidikan telah di terapkan secara santai dalam filem ini. Rasa mahu cerita lebih, tapi..lebih baik jika anda sendiri menilainya.:)

Apa perbandingan filem ini dengan filem di Malaysia?
waaah, bagai langit dengan bumi dari segi penyampaian mesejnya, bagai hantu kak Limah dan juga si Muluk(nama watak utama), pada saya, watak Muluk dalam cerita ini memang memberi impak yang besar, mungkin agak keterlaluan andai saya membuat perbandingan filem ini dengan hanya satu sahaja filem di Malaysia, ok, sekarang selak balik file-file lama, cerita Malaysia baru-baru ini dan lama-lama ini yang saya lihat adalah pisau cukur, aku masih dara dan apa lagi ntah, semua saya tak larat nak habiskan..ha, mat semp-it, apa lagi-lagi la...ok, jika anda sudah tengok cerita-cerita ini, sila buat perbandingan dengan cerita Alangkah lucunya negeri ini . Saya rasa rekemenkan anda membuat perbezaan dari segi motif dan juga mesej.=.=.

Baru-baru ini, sahabat saya ada memberitahu pada saya, ada artis yang marah pada TV islamik di negara kita, syarikat chanel yang baru iaitu tv..jeng..jeng..,ok, artis tu agak berang dan menyatakan : bagaimana hendak berlakun kalau tak boleh pegang-pegang,penting kotttt,habis tu kalau jadi suami isteri macamana?(ok,ini ayat saya,tapi ayatnye mungkin lebih kurang)kamoon,pliss lakukan perubahan yang lebih diredhai,ok(malas nak ulas panjang-panjang),berbalik pada ALNI,..apa yang saya lihat dari filem ALNI ini, tanpa adegan pegang-pegang ataupun adegan berunsurkan seksual,ataupun pelakun-pelakon yang MENJOLOK MATA, cerita ini masih boleh hidup..masih boleh bernafas, andai filem ini tidak boleh pecah panggung pun. tetapi filem ini memberi satu MESEJ yang sangat MENDALAM dan berunsurkan REALITI.

saya hampir menangis melihat filem ini.ataaau mungkin ramai yang menangis apabila melihat filem lagenda  budak setan ke?(lupa..tapi ada setan-setan tu),tapi pada saya,lagenda budak setan tu, waktu part pertama, saya dah selamat buat kerja lain iaitu ZzzzZZZZzzz,
sayang seribu sayang,
 habiskan duit berjuta- juta,
menaja cerita yang tidak menjana minda,
 biarkan anak muda leka
hanyut dalam dunia yang dicipta.





HB,
revolusi sederhana?apa tu?


Monday, 28 February 2011

MABIT 2011

jeling-jeling kertas A4 putih.
ada marker sharpie kat tangan.
ambik kertas..conteng-conteng sket..
ok, tangan saya memang dah lama tak melakar, urgh..
melukis?habis hancur.he he..
conteng-conteng, kaler- kaler sket.
install dalam laptop.
tambah efek tipu-tipu sket.
bagi nampak cantik..
(ps:tapi tetap tak cantik).
ok, ni poster untuk promosi mabit minggu ni.
ahaaaaaa... ewah!
pic credit to:penulis:P
Mabit Musim Bunga 11
Qurratun&Huda.
is coming!
sila klik pada gambar untuk lebih jelas.

hb.
malas~

Runtuhnya kota Melaka
Melaka,
Nama yang dijulang
Pelabuhan yang gemilang
Tanahnya subur, negaranya makmur
Sultannya berdaulat lagi mahsyur.
Harta & kuasa, Tiada masalah baginya,
Meminang Puteri Gunung Ledang,
Jambatan Emas , Hati Nyamuk, air mata anak-anak dara,
Mampu sahaja beta sediakan,
 Asalkan hajat beta  tercapai..
Rakyatnya juga sibuk dengan hiburan,
Dondang dendang, apa lagi? Tak mampu patik senaraikan.
Kuasa dan  Nafsu
Habis rakyat dikerah begitu,
Patik juga tidak tahu,
Apabila situasinya begitu,
Pembesar- pembesar tidak menentu,
Pedagang- pedangang tersenyum, simpan rahsia seribu,
Tuanku, dibelakngmu ada pengkhianat!
Habis rahsia kota Melaka dibocorkan..
Kelemahan, kekuatan dapat dikesan..
Ah, mereka datang tuanku!
Datang dengan kapal, meriam..
Bagaimana dengan kami tuanku?
Kuasa? Puteri Gunung Ledang? Jambatan emas?hati nyamuk?
Aduh, kami sakit, kami hanya ada keris dan tombak.
Kami hanya ada tarian yang menghiburkan,
Kerana kami lena dibuai harta berjuta..
Aduh, sakitnya.
Tentera upahan tuanku juga belot, mereka lari!
Aduh, habis jambatan dibakar, masjid dirosakkan,
Wanita, kanak-kanank tiada pengecualian.
Aduh, patik masih rasa kesakitannya,
Walaupun patik generasi yang tidak terkira,
 Jarak masa 500 tahun lamanya.
Patik harap, peristiwa ini tidak berulang lagi ditempat yang sama,
Wahai sahabat-sahabatku,
Bersedialah!
Jadilah pemimpin yang adil, rakyat yang setia.
Pilihlah pemimpin berlandaskan syarak yang ditetapkan olehNya.

Thursday, 24 February 2011

pengalaman ngeri


Anda dinasihatkan membaca setelah mendapat keyakinan diri(dari rakan sebaya juga) untuk bertahan, andai anda tidak dapat bertahan ditengah jalan, jalan back sentiasa terbuka untuk diklik.

Assalamualaikum wrm..
Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik dah bulan Februari. Tak lama lagi menjelanglah musim exam dan iAllah akan tamatlah second year saya. Agak sekejap jugak la.  Oh , ye baru-baru ni saya mengalami satu pengalaman yang buat perut saya bergelodak, rasa macam tak lalu nak makan dah.
Peristiwa ini berlaku apabila saya teringin untuk membeli nasik lemak di sebuah kedai yang terletak di SO, nama kedai itu biarlah dirahsiakan. Kali pertama saya membeli nasik lemak di kedai tersebut, rupa nasik lemak itu agak kemas dan rasanya agak bagus, jadi niat saya untuk membeli nasik lemak buat kali kedua agak membara. Akhirnya, pada hari yang saya rasa senang untuk keluar, saya pun pergilah ke kedai tersebut untuk membeli nasik lemak tersebut.
Pada mulanya saya agak terkejut apabila kena menunggu lama untuk membeli nasik tersebut, kemudian lagi terkejut apabila melihat nasik tersebut dibalut menggunakan kertas, tidak menggunakan polistren seperti dahulu. Akhirnya saya pun pulang ke rumah menjinjit nasik tersebut sambil berfikir tentang perubahan yang berlaku dalam masa seminggu.(macam tak puas hati pun ada)
Sampai sahaja ke rumah, saya terus membasuh tangan untuk mengerjakan nasik lemak ayam tersebut, betapa terkejutnya saya apabila melihat telur goreng kini digantikan dengan telur rebus separuh, lagi lagi saya terkejut apabila melihat ayam yang digoreng masih mempunya bulu yang lebat(masyaAllah..(T.T)) Saya tidak mampu makan dan tidak mampu meneruskan  proses mengerjakan nasik tersebut, lalu saya menutup ayam tersebut dan makan dengan sambal ikan bilis dan telur rebus(1/2).
Selepas selesai mengerjakan nasik tersebut, saya duduk-duduk dan sempat terfikir suatu perkara, andai fizikal kita tidak mampu menerima sesuatu kekurangan yang terdapat pada makanan, ataupun makanan itu kotor, apakah kita pernah menitikberatkan tentang makanan hati kita juga? Andai fizikal mahukan makanan yang bersih, bagaimana pula hati kita? Andai fizikal saya tidak mampu menerima nasik lemak yang sangat sedap tapi ayamya masih berbulu, mampukah hati menerima makanan yang sedap tetapi kotor, saya boleh analogikan seperti kita mencari alasan untuk menonton sebuah filem, kita katakana filem itu mempunyai pengajaran yang sangat bernilai untuk kita ambil dan terapkan dalam kehidupan seharian, tetapi filem itu mempunya hanya sedikit (sikittt je)aksi dewasa, lebih dari pengajaran yang ada, so pengajaran mendominasi la kan,so boleh la kan?,owh itulah pengadilan kita pada hati yang zahir ini, apa mampu hati menerima? Fizikal anda mungkin gembira, tetapi hati kita umpama makan nasik lemak ayam goreng yang berbulu, hati kita yang tidak nampak ini sedang menangis dan nak termuntah-muntah kerana dipaksa makan ayam tersebut. Fitrahnya, hati kita ini bersih. (TT_TT). Betapa bersihnya hati kita asalnya sehingga diumpamakan seperti ini..cinta=hati.love is cinta.erk..(=.=)
" Dua cinta yang tidak boleh bersatu dalam satu masa adalah cinta kepada Allah dan cinta kepada maksiat"
Makanan yang sedap tidak mampu untuk kita terima andainya terdapat najis didalamnya,
Begitulah hati kita.
Ps: entry yang agak extreme, tetapi setelah difikirkan pengajarannya, bolehla untuk kita ambik kan.


Wednesday, 23 February 2011

ajaib!

dari hari Ahad hari tu sangat teringin nak makan nasik lemak..tapi, malas nak keluar, beli barang n so on.
lastly hari ni memang tekad nak beli nasik lemak kat banana leaf, tapi sebelum keluar, solat dulu. Lepas solat makan sebijik coklat n minum setengah cawan teh sejuk. Hasilnya....dah tak rasa lapar dan tak rasa nak beli nasik lemak yang mahal tu. Ok, selamat duit £5.
rindu malaysia,
Moral of the story: Makan tu satu keperluan untuk hidup, tapi manusia ni memang ada 'nafsu'. Jadi,dalam keadaan lapar, macam-macamla yang kite nak kan? tapi bila dah ada sentuh secubit je kan?ahaaa....kadangkala manusia yang hanya mampu makan sepinggan nasik di pagi hari mempunya keinginan memiliki emas setinggi gunung walaupun sebenarnye bukan nak buat ape pun dengan emas tu..erm,macam tak berapa ilmiah sangat entry ni, tp ok la kan, ada moral.

Tuesday, 22 February 2011

[reviu]serius best...

salam alaik..

Alhamdulillah,minggu ni ditakdirkan saya free sikit,jadi dapatla tulis sesikit kat blog ni n make over sket pada pattern yang baru. Ehem, disebabkan minggu yang banyak free ni, banyaklah godaan dan juga cabaran dari sang Iblis dan Syaiton yang menunggu di kiri dan bawah serta kekuatan yang di peroleh dari Allah yang sangat dekat untuk melimpahkan rahmatNya dan  malaikat Raqib dan Atid yang bersedia menulis pahala-pahala yang diganjarkan serta dosa-dosa yang melimpah ruah(T_T)

Berbalik pada tajuk di atas,serius best, apa yang di maksudkan serius best adalah dua buah buku yang tengah saya usaha untuk habiskan, buku yang pertama adalah buku wonders of solar system. Disamping baca buku ni, saya jugak ada tengok video wss ni.(kiranya buku  diadaptasi dari video-video ni).masyaAllah..best sangat sebab dapat kenal Allah lebih dari apa yang ada sekitar bumi ni. 

Salah satu yang mengagumkan saya adalah keadaan planet kita jika hendak di bandingkan dengan planet lain sangatlah berbeza. Bayangkan planet Mercury(Utarid) mempunyai julat suhu yang tinggi, pada waktu malam(membelakangi matahari) suhu planet ini boleh mencecah hingga -184oC dan apabila waktu siang, suhunya boleh mencapai hingga 427oC. Planet ini juga tidak mempunyai atmosphera yang sesuai dan terdedah pada hentaman-hentaman asteroid.

Beralih pada planet Zuhrah, planet ini pula sangat panas dan takde sejuk-sejuk ni disebabkan kesan rumah hijau(green house effect) yang hebat, atmosfera planet ini pula terdiri daripada carbon dioksida dan gas nitrogen. Purata suhu planet ini adalah 464oC. 

Planet Marikh pula mempunyai suhu yang lebih kurang dengan bumi iaitu maksimum 27oC dan minimum -133oC,planet ini tidak sesuai untuk didiami kerana mempunyai lapisan atmosfera yang sangat nipis, pada mulanya planet ini mempunya atmosfera yang komposisinya hampir menyamai bumi, tapi akibat daripada saiz planet yang kecil,maka tahap ketahanan daripada diranapkan oleh angin solar juga kurang hebat berbanding bumi,maka angin solar(solar wind) telah menghakis lapisan atmosfera ini sedikit demi sedikit. 

Akhir sekali, planet kita mempunyai suhu maksimum 58oC dan minimum -89oC. Bumi..yup,satu-satunya planet yang nampak istimewa..kalau zoom in lagi ke dalam planet ni, nampaklah hamba-hamba Allah yang mencari-cari tujuan hidup dan makhluk-makhluk ciptaannya. Angkasawan pertama? tentulah nabi Muhammad saw yang menaiki kapal angkasa yang paling canggih, tak diketahui berapa kali ganda lajunya daripada kelajuan cahaya, tapi canggih la kan=). 

Itulah idola saya dalam setiap bidang kehidupan.:D.


Di sini saya sertakan link trailer WSS. kalau cover buku dah ada pada entry yang sebelum ni.


pic from google.
tapi nak sertakan gak.

Ok, rasa panjang pulak kalau nak cerita dua-dua buah buku kat sini,takpelah..buku lagi satu to be continue...


Apa yang saya rasa bila baca buku ni, adalah perasaan yang sangat-sangat kagum pada Maha Pencipta iaitu Allah swt. Ternyata al-Quran yang diturunkan 1400 tahun yang lepas telah menceritakan segalanya. Maka, nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang hendak kamu dustakan.(QS: surah al-Rahman)
keempat-empat planet adalah 'terresterial planet'..