Friday, 24 September 2010

ending epilog syurga cinta

aku tak berapa puas ati ngan ending cter ni sebenonye.lau deme bagi aku chence nak bagi idea ending camne,aku nak ustadz riyan tu kawen dengan shuhada,isk..sempat; plak baru nak akad tu menyibuk2 irham nak datang.....takpe la,dapatla jgk si shuhada tu kahwin dengan orang yang dia nak,lau ikut arahan aku unk ending tu,taknye si shuhada akan ada epilog syurga cinta 2?ish...bek tak payah..kira ok je la ending dia..
p/s:even aku tak brapa suka mia sbb aku rasa dia menyibuk je,tapi cter tu ada jugak moral value yang boleh diambil,semoga industri drama swasta Msia terus berkembang dengan matlamat mendidik rakyat msia disamping buat duit...

Wednesday, 22 September 2010

isabella

yeah,novel ke3 yang aku baca,apa yang mentrigger aku unk baca novel ni bila aku baca blog saifulislam yang ada sebut pasal novel ni and aku ada baca sket e-novel dia melalui i-pod kawan aku waktu aku g jaulah sarawak hari tuh...btw pada aku,novel ni menarik dan umum,boleh dibaca di seluruh lapisan masyarakat.Tapi,ada jugak benda yang aku tak berapa faham sampai kena ulang perenggan tu dua kali,aku ulang mungkin kerana tak mau salah interpret sesuatu data memandangkan novel ni berkisarkan perbandingan agama Islam dan kristian.novel ni mengisahkan isabella yang ditakdirkan untuk mencari kebenaran apabila dia terdengar perbualan 2 orang pemuda Islam di taman yang terletak di Cordoba,spain..pemuda2 tersebut membincangkan tentang kekeliruan dalam agama Kristian yang mengundang persoalan pada diri Isabella,lantas dia mengambil keputusan untuk berbahas dengan pemuda2 tersebut,dia diwakili oleh paderi2 yang hebat dari seluruh sepanyol untuk berdebat mengenai persoalan tersebut,Isabella mula goyah terhadap pegangannya apabila melihat paderi2 dan ayahnya yang merupakan paderi terhebat di sepanyol tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh Umar Lahmi,bahkan memberikan jawapan yang karut lagi mengarut......walaupun cover depan buku ni ialah muka ayu raudah yang membuatkan selera membaca sedikit kurang,tapi sila abaikan cover tersebut kerana isinya sangat menarik,buku ini asalnya berbahasa urdu,diterjemah kepada pelbagai bahasa termasuklah bahasa melayu
..wallahualam..
karya Maulana Muhammad saeed Dehlvi
kalau cetakan bahasa melayu,cover depan ada gambar muka ayu raudah.
pic from google.


syawal1431
22 september 2010

versus

pergh..baru je habis baca novel ni..novel ni aku rasa best and memang aku hayati..banyak kaitan dengan diri aku jugak..cara penulis novel ni buat jalan cerita membuatkan aku rasa dia ni macam akhawat oversea,btw aku tak tau pun apa jantina penulis ni,tapi dia tinggal kat perak haha,..permulaan cerita ni agak santai and in general la,kehidupan rakyat msia yang kaki skate,tepi jalan..n mereka ni mengubah haluan hidup..memang menarik pada aku sebab hujah2 yang dia sampaikan untuk lakukan perubahan adalah berdasarkan Quran,hadis n some book yang bagus macam di jalan dakwah aku bernikah,ibid,wahai pemuda and many more.kira macamna eh.permulaan cerita agak ringan,dah nak akhir2 makin berat plak an..but still santai..novel ke4 yang aku baca untuk summer ni lepas sinergi,denyut kasih medik ngan isabella.,pada aku ini adalah salah satu usaha dakwah hlovate kepada rakyat Malaysia secara general.,kira dia ni berbeza dengan hilal asyraf yang secara direct(tapi memang keduanya berbeza dari segi penyampaian)kalau cer hilal asyraf plak banyak pada ukhuwah n directly pada keadaan sebenar student yang mengikuti dakwah dan tarbiyah sama ada dalam negara or luar negara,apa2 pun pada aku stakat ni memang dua ni la penulis yang best.=.= n agak berjiwa.lastly,aku mengiyakan apa yang dia tulis kat belakang tu,sesuai untuk mereka yang ingin berubah,insyaAllah.
cover depan n blakang novel.
ps:my sibs kata tak best...uhu~

Friday, 17 September 2010

masa itu semakin menghampiri....

seorang demi seorang
berangkat pulang
meninggalkan insan-insan tersayang
aku meniti hari
menanti giliranku,kamu,dia,awak.
untuk di hantar pergi.
di sana jangan aku menyendiri
aku pun tak mahu.
maka,ya Allah
kurniakanlah aku sahabat terbaik
penemanku di sana nanti
teguhkanlah hatiku untuk bersamanya di dunia ini
agar dia tak meninggalkanku di alam barzakh nanti
menjadi pembelaku di padang mahsyar kelak.
menjadi penyelamatku di titian sirat
setiap hari ku dengar berita pemergian
kalaulah yang pergi itu aku?
apakah bekalanku?
soooooob.=[

jangan matikan hati aku ya Allah
selagi jasad dikandung badan.

Tuesday, 14 September 2010

can't sleep.

jam kat notebook:2.45 a.m
mata masih degil2 untuk memejamkan diri.
hati rasa bersalah,takut,malu...
pada siapa?
pada yang Maha Melihat
yang Maha Mengetahui.
teringat perbualan antara siti dan mia.
mereka rakan seperjuangan.
kisah mereka begini.
mia adalah anak kebanggaan kedua ibu bapanya merangkap kebanggaan kampung beliau.Beliau sangat disanjung kerana kehebatannya dalam acara balapan.Apa yang menariknya pada mia,dia adalah seorang anak yang sangat manja dan berusaha menjaga imej baik di depan kedua ibu bapanya.Pada suatu hari,selepas tushen,mia terasa hendak berjumpa dengan buah hatinya,mia meminta siti mencoverline dari parentsnya yang rajin berkeliaran di sekitar bandar.
mia:siti,aku rasa nak dating dengan Abu la hari ni.....
siti:ish ko ni,kan mak ko dah pesan kat aku supaya escot ko.(siti sangat skema)
mia:ko ni,tak spoting langsung la siti,kamon la..kita kena maju..wawasan 2020 beb.
mia mentertawakan siti yang skema.

siti:tak bolehla mia...aku kena pegang amanah.
mia:lantak ko la,walaupun ko skema,aku tetap nak jumpa abu.
akhirnya,mia berlalu pergi.

maka,mia pun mengagahkan diri untuk berdating juga walaupun telah ditegah oleh sahabatnya sendiri.siti telah menegahnya dengan kuasa yang ada,lalu dia merepot pada ketua bandar.siti teringat akan hadis yang pernah dibincangkan dengan kak naqibahnya ketika usrah dua hari yang lepas.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya ; “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Jika tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman.”

[Hadis Riwayat Muslim]
sedang mia rancak melakukan aktiviti ikhtilat yang dilarang,tiba2 beliau ditangkap oleh pak Bakar,ketua bandar.
pak Bakar:ha,mia...awak dan Abu dah ditangkap untuk kali ke 180.bila nak insap?
mia:tolongla pak Bakar,jangan bagitau mak ayah saya....saya malu pak bakar..malu dengan mak ayah saya,dengan orang kampung..habislah prestasi saya sebagai ratu balapan.
mendengar kata2 mia,tiba2 pak Abu terasa perlu mentarbiyah mia dan Abu yang hanya mendiamkan diri.
pak Bakar:ha,takut kantoi dengan parents ye,dengan Allah macamana?
lalu pak bakar pun membaca ayat Quran yang bermaksud:
Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (2:284)

tiba2 mia terasa sangat terkesan dengan kata2 dan ayat Quran yang telah dibaca oleh  pak Bakar....beliau sangat malu pada dirinya dan sangat malu yang berjuta kali ganda pada Allah.Mia memandang pak Bakar dengan mata berkaca,
mia:terima kasih pak Bakar,setelah 180 kali pak Bakar tangkap saya,kali ni saya betul2 terasa.tahniah.penangkapan Pak Bakar berjaya.saya rasa malu sangat.PAk Bakar,saya nak balik dulu..saya nak minta maaf pada ibu bapa saya.saya nak bertaubat.saya bersyukur saya ditangkap hari ni....Alhamdulillah.
selain dari itu,mia juga berjumpa dengan siti dan meminta maaf,kemudian mereka belajar rajin2 dan masuk universiti terkemuka di benua eropah,mereka juga turut membuat usrah di lokaliti masing2 dan harap2 mereka tsabat dijalan dakwah.nasib Abu tidak diketahui.

apa yang aku dapat dari cerita ni,ialah mia yang ditangkap dan malu,tapi pada ketika itu dia tidak mempunyai kefahaman.
siti yang sudah mempunyai sedikit kefahaman,berusaha sebaik mungkin menyelamatkan sahabatnya.inilah contoh persahabatan yang dibina atas dasar keimanan,menarik sahabat ke syurga,bukan menolak sahabat ke neraka..soooooobs.

tetapi Allah lah yang mengurniakan hidayah pada siapa yang dimahukan.
lagi,perasaan malu pada manusia ketika kantoi melakukan dosa.
tetapi tidak terfikirkah bahawa Allah itulah yang berhak untuk kita merasa malu kerana Allah maha Melihat apa yang kita lakukan.
cerita siti ni,sangat terkesan untuk aku ingat.....=[
jazakillah siti.
with love,
3.47 a.m
15 september 2010
syawal 1431


keep in touch 2!

dapat sekeping kad dari selatan tanah air.
pas baca...
terus tak boleh stop senyum

mesti org aku pelik tengok aku senyum je hari ni.
haha
tengs kak!...
hehe..
tapi aku rasa tak sempat nak balas kad dia sebab dia dah nak balik
takpe,aku balas kat sini
to kak x,
firstly,slamat menyambut hari raya,maaf zahir batin.
since kenal akak,saya bersyukur sangat.
sory kak,saya bukan je tak sempat nak beli kad raya,nak balas pun dah tak sempat.=..=
afwan juga atas segala kesalahan dan kelemahan saya selama kita kenal.
apapun,jzkk 4 being my beloved sister 
lastly,
I also will pray that we' ll become Jannahmate my dear sister.(terharu baca yang ni)


 with love,
hidayah bani

Hadis Ketigabelas : Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : “ Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.” 


Saturday, 11 September 2010

PAGIIIII..1015 300910

HA?
baru aku taw.
flight aku nanti pagi.
tu je nak bagitau
sebab selama aku cuti ni aku bajet flight malam