Saturday, 11 September 2010

makan...makan..

pada yang kenal aku
mesti pelik,nape tajuk gtu
rajin dan gatal tangan
nak conteng dinding ni slalu
haha..bukan ada org baca pun
bangun pagi je
blogging.
kata tangan sakit
haha..
tipu la ko ni dayah
semalam ok je balik kampung
bla..bla..bla..
pendekkan cerita
pas conteng unk previous entry semalam
aku baca balik buku yang aku promote hari tu
pasal makan!
hehe,teringat kali pertama makan dalam talam
hehe
hence,ada satu hadis yang best!untuk peringatan aku bila makan
nak makan,termakan,hampir makan n bila makan ramai2.
Abu Ayyub al-Anshari meriwayatkan:
maksudnya:"suatu hari,kami sedang bersama Rasulullah saw.Beliau menyuguhkan makanan.Tidak pernah kulihat makanan yang lebih berkahnya daripada makanan itu pada awal kami memakannya.Namun tidak pernah pula kulihat makanan yang lebih sedikit berkahnya daripada makanan itu pada saat terakhir kami memakannya.Kami bertanya 'wahai Rasulullah.Mengapa hal ini bisa terjadi?'Beliau menjawab,'kita menyebut nama Allah ketika kita mulai makan.Tetapi kemudian,ada orang yang duduk lalu makan tanpa menyebut nama Allah.Maka setan pun makan bersamanya'.
(riwayat:Tirmidzi,Ahmad,dan Bagawi)

jadi,tu lah sebabnya ye lau aku makan kadang2 tak kenyang
bukan orang lain
ntah2 aku sendiri yang lupa..ish2
aku pinjam je buku ni
nak beli la nanti
sebab boleh jadi panduan seharian.
haha
berbalik pada hadis kat atas
takutnye setan duk makan sekali
dahla setan,makan dengan setan..
tanak aku
makanan kan darah daging
berkah:penting
untuk pembinaan hati yang suci lagi murni
wuwu...
p/s:hari ni seronok,bangun pagi tengok bengkak kat tangan dah makin surut
get well soon !inshaAllah.
asal banyak strikethrough,abaikan perenggan pertama.

Friday, 10 September 2010

tragedi pagi raya.

pic:cik hidayah bani
p/s:pemandu berhemah melampau:),not taken on eid mubarak.haha.
hari ni hari raya(perlu ke bagitau?)haha
ada sebuah cerita yang berlaku.
seorang budak bernama siti.
memang sebelum ni dia plan tanak balik kampung
sebab dia tak rapat dengan sepupu
yang kebanyakannya laki2
boring...
tapi,nasib siti di pagi raya
abah siti pening kepala
tapi abah dia nak sangat balik kampung...
kakak2 siti surrendeeer..
meke kata:
1)kawan nak datang
2)nak g beraya umah kawan.
maka siti,yang tak punya apa2 plan.......
yang takde member roger nak datang 
n tak roger rumah kawan untuk datang...
menjadi the chosen one..
temankan ayahnya selaku menjadi drebar.
even sakit,
malas nak gaduh2
nasib menjadi anak yang sedikit kecik
kena banyak mengalah.
mengenangkan,siti yang balik setahun skali..
3 bulan setahun
1 bulan setengah di rumah.......(hiperbola je)
berangkat ke kampung bersama mak,abah,adik siti sendiri.(takkan adik jiran sebelah)
seksanya waktu sampai bandar B,jalan sangat jamming.
memang sampai sempat g jamming.
hence,decide guna highway je.
waktu tu,tangan siti memang dah sakit giler.
(pki manual je..tak mampu meng'auto'kan kete)
beliau pun berkata:takpe...bukan selalu
asal abah dapat balik kampung,jumpa nenek :)
(macam anak misali lak,haha)
g memang sesak,plan nak renti kat R&R
tapi,macam dah ada kampung kat ctu
terus je la...
akhirnya sampaila ke kampung,kat XXX
wahaha...
seronoknya ,walaupun siti rasa best even boring
 siti rasa seronok sebab tengok abah dia rasa best
dapat berjumpa nenek.
waktu balik,nasib baik tak sesak.
ya Allah,baru siti sedar nikmat bila tangan tak sakit...
p/s:semoga siti cepat sembuh...,maksimum laju jalan bandaran dah ditukar jadi 80km/j.huhu.
aku tak tau nape bulan ni tangan gatal sangat nak update blog.
salam aidilfitri
taqabbalAllah minna wa minkum.
moral of the story:
-carilah keredhaan Allah dengan berbakti pada kedua ibu bapa selagi mereka wujud di dunia.
-hanya Allah yang berhak menetukan,perancangan kita akan berjalan lancar atau tidak.
-sabar itu separuh daripada iman,jadi untuk mendapat kemanisan iman kita perlulah di uji.
-bersyukurlah dengan nikmat sihat yang Allah berikan a.k.a semua nikmat yang terlalu banyak.
-jangan bising2 bila memberi sesuatu kerana Allah tidak pernah mengungkit pemberiaNya kepada kita.
hehe..banyak moral yang dapat dari kisah siti ni.

eid mubarak!

pic from:cik Hidayah Bani

SELAMAT HARI RAYA AIDLILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN.
P/S:still tak reti menganyam ketupat ;p

sabar itu kemenangan,pertolongan Allah pasti tiba.

Alhamdulillah
syukur,masih hidup masih boleh menyambut syawal
hadiah Allah pada hambaNya yang sabar
sabar menempuh segala dugaan
bermujahadah
apa itu aidilfitri?
semuanya boleh di singkap melalui lafaz takbir yang bergema
bersahutan.
HARI KEMENANGAN
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, 

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.

Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, 

Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, 

Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, 

Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, 

Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, 

Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.

jika kita benar2 menghayati apa makna di sebalik takbir ni...ia menyeru kita untuk:
-yakin tanpa sebarang keraguan,Allah itu maha Kuasa,tidak memerlukan bantuan sesiapa pun untuk menegakkan deen(Islam)
-bersabar dengan segala  tentangan yang menimpa kerana dalam jalan untuk menegakkan agama Islam ini memang ada mehnahnya.
-mengingatkan kita kembali kepada peristiwa perang Ahzab di mana ketika itu tentera kafir bersekutu menentang orang Islam di luar kota Madinah,di dalam kota Madinah,BAni Quraidzah melakukan pengkhianatan.(pergh,tersepitnya umat Islam waktu tu),pada ketika itu kaum munafik yang tinggal di luar kota MAdinah ingin pulang,lebih menambah tekanan pada pihak muslimin.
ps:semoga diri kita semua dalam kebaikan hingga Ramadhan akan datang,selamat hari raya,maaf zahir batin.

Thursday, 9 September 2010

virusssssssssss!!!!!(baik tak payah baca)

laptop kena virus
format kali ke 2 untuk summer ni
hilang kerja2 chemistry,ntah2 bnda lain,doc.2 lain
nak salahkan sapa?
aku la,
yang punya bengap g lurus jadi lurus punya budak
cucuk pendrive kakak(kakak PJK kampung aku) tu yang berhantu lagi berhantu
pastu,dia pya pdrive affected laptop aku,
mana aku tau
cucuk hardisc plak
sumeeee jadi shortcut
mmc camera pun,jadi shorrrtcut
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..........
kenangan jaulah sarawak :(
mana nak dapat lagi..
kak qied,afiqah,soriii ek
simpan dalam ingatan je la ye memori2 kita bersama...
walaupun nanti nak kena ingat banyak benda tapi benda tu jangan lupa tau,
kenangan indah bulan puasa kita
kita sama2....
jangan bagi virus serang file memori kita
jangan bagi virus paling jahat,virus prasangka buruk invade hati kita
the joy we had,the pain we shared are always on my mind.
iAllah,kalau kita ingat kerana Allah,virus tu pun takut kan.
kamera aku pun rosak
baru beli tahun lepas,
bajet brand bagus,harga mahal boleh tahan
tapi,lebih baik pakai kamera cap ayam.
haha..dah2,ni post yang ntah hape2
mengenangkan harta dunia
yang boleh rosak,di serang.
mungkin(bukan mungkin,betul ni) ni proses purification from Allah
(merungut plak aku ni,malu la sikit denganNYA)
supaya aku betul2 bersihkan hard disc aku dari benda2 jahiliah
laptop aku,
kamera aku
(yang kamera tu,suruh fikir balik,bukan sume bnda yang kita expect boleh dapat,zuhud2..beli yang sedang,ok asal boleh guna dah la kan)
huaa......
time kasih notebook free
bolehla aku update blog slalu
time cuti ni
time tak boleh g mana2
sebab tak brapa sihat
nak tukar gear kereta pun sakit
boleh merayau g mana lagi?
Allah sayang tu,duk la rumah temankan mak abah adik
lagi sebulan (kurang dari sebulan lah) je nak balik.
haaa.....tu sebab aku tak berani buat internet banking
soriii sangat pada sapa2 yang aku still hutang
kat sini lau bukak,dia tak secure.(not https)
duit kat bank aku pun penah hilang
lagiii la tak berani
iAllah,aku mesti bayar.
WAJIB
WAAAAAJIB!!!!!!!!!!
k,entry paling ntah hape2
dah2 
haha
wallahualam
mood:panas,di tepi kipas.
ps:semoga kejadian2 ni menimbulkan kesedaran DnT kat aku,sehebat mana pun teknologi,tu ciptaan manusia,Allah jugak tentukan riwayatnya.
adik2 sekarang memang canggih teknologi,skolah rendah dah pki blackberry,main psp,aku dulu waktu skolah rendah main masak2,mancing,panjat pokok rambutan,baling itik orang pakai kasut pastu kena marah ngan mak org,isk nakal.
pics from pak cik google:deviantart

Wednesday, 8 September 2010

mengenal kekasih Allah.

salam ramadhan
semalam,tengah tidur petang tiba2 dapat text dari kakak.
mood:mamai,bawah kipas,panas.
kakak:dayah,penah baca tak syamail Rasulullah
me:belum.(bajet org tdo balas text)
kakak:nak baca tak?
me:nak.
bangun je dari tido,buku tu dah ada kat sebelah aku,waaah...
dalam hati:alamak,buku sirah nabi lagi,raheeq makhtum pun tak habis baca.
lalu aku pun membelek2 buku tersebut,ternyata sangkaan meleset....buku ni mengenai keperibadian Rasulullah,ianya bukan melalui penceritaan(esei)tapi melalui hadis2.
semuanya sangat details,dari ciri fizikal,perilaku,ibadah,perhubungan&akhlak serta penghidupan,semuanya diterangkan melalui hadis2 yang sahih dan kurang sahih(akan diberitahu jika tidak sahih)
buku ini adalah karya Imam al-Tirmizi yang diterjemahkan ke bahasa indonesia.
walaupun baru baca separuh,tapi banyak sangat informasi yang saya dapat antaranya bentuk fizikal Rasulullah,cara minum rasulullah,cara duduk,semuanya amat terperinci.
memetik salah satu hadis mengenai cara tertawa baginda:
Abdullah bin HArits bin Jaza'ra meriwayatkan,
''saya tidak pernah melihat seseorang yang lebih sering tersenyum melebihi Rasulullah''
                                                                        (riwayat Tirmidzi dan Ahmad)
memang rasa terbayang betapa indahnya Baginda dengan cara tawanya adalah senyuman dan senyuman Baginda sentiasa terukir diwajahnya.
wah,memang kebanyakan isi dari buku ni membuatkan aku kagum dan ini boleh memupuk semangat untuk mencintai Rasulullah apabila kita mengetahui dengan lebih terperinci keperibadian Baginda.
Apa yang penting juga,benda ini adalah umum,sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan boleh dijadikan sebagai bahan tazkirah,usrah&halaqah..tunggu apa lagi,inilah masanya untuk kita mengenal insan teragung di mata dunia&langit alam semesta.:).Jom banyakkan bahan ilmiah,untuk memberi,kita perlu menerima:D
wallahualam

Saturday, 4 September 2010

syukran:)

background song:sebiru hari ini
Bismillah.....
Alhamdulillah
Allah bagi saya chance lagi nak update blog ni
terima kasih Allah
malam ni,tergerak nak capai phone
dengar lagu sebiru hari ini
start je intro lagu tu
1001 kenangan waktu saya fes yer bermain balik..
macam ada skrin depan saya
kenangan pahit,manis,masam,masin
lagi2 pada seseorang yang saya sayang
sayang dia kerana Allah
sebab Allah beri pinjam dia pada saya
untuk uji saya punya
sabar saya,marah saya,tawa saya,tangis saya
dan yang paling penting,sejauh mana saya nak kan sesuatu yang paling mahal
iaitu hidayah Allah.
4 musim diharungi bersama
tapisan itu pasti,hanya Allah layak menilainya
autumn
kaki dijejakkan bersama,tersemat harapan
mengenal hati masing2
suka,benci masing2
winter bermula,winter retreat penyerinya
journey bersama,halangan tetap ada
masa berlalu lagi
tapi hati tetap ingin bersama
walau sesakit mana
 diri ini hanyalah insan yang lemah
badai melanda,bersua muka tanpa kata2 
 lihat wajahnya penuh dengan duka,marah,kecewa
ingin bertanya,tapi terasa diri inilah penyebabnya
maafkan saya sebab selalu buat dia kecewa
hanya padaMu 1001 rasa dicurahkan
aku tak mahu kehilanganya
tapi prasangka sentiasa ada
pembunuh senyap.
spring bermula,sarat dengan hela nafas menghadam nota
sarat dengan persoalan membuat pilihan
penerokaan  atau SC
hati  inginkan SC
tiada pilihan lain selain itu
hati ini sangat inginkannya
berangkat ke _ tanpa perasaan
kerana hati ditinggal di 'sana'
ingin ketahui semua cerita
pasti ada hikmahnya'Allah itu maha adil bijaksana
menyusun atur hidup makhluk ciptaaNya
memberi ruang pada diri ini
menilai diri
memberi ruang pada dia...
sebulan tanpa khabar berita
hanya bunyi pintu menjadi khabar berita
pemergiannya
kepulangannya
membisu..........ingin tahu...
tapi..biarlah semua itu berlalu
senyuman tawa yang terkunci
hampir dapat dibuka bila menerima
cenderahati bersama ayat cintaNYa
yang mafhumnya
perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang di iringi dengan sesuatu yang menyakitkan.Allah lagi kaya lagi maha penyantun(2:263)
kisah spring berlalu
summer menjelma,perang bermula
hati bergolak,pelawaan keSTC diterima
berat hati ingin pergi
diri ini mahu menyendiri
sekali lagi bukan diri ini yang merancang
Maha Pencipta memutuskan
pergilah,cintaKU ada disana
kembara mencari redhaNYa bermula
benar,di suatu tempat yang tidak di duga
cinta itu bermula
inginku jadikan cinta itu sebagai darah daging...
menjadi nafas,nadi dan kuasa pada diri ini.
andai diri ini sudah sampai masanya
ingin ku dihentikan bersama cintaNya
wallahualam