Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Thursday, 26 April 2012

Semoga Allah merahmati

Kedua ibu bapaku


Mak, abah. Anakmu ingin memohon maaf atas segala dan silap.

Sejak kecil anakmu sudah jauh meninggalkanmu

Namun, ya Allah aku memohon, tetapkan hatiku untuk sentiasa memanjatkan doaku untuk mereka

kedua ibu bapaku

Mak, abah.

Selamat pergi dan kembali.

Cinta mak dan abah  sangat unik

bukan seperti cinta sahabat

bukan seperti cinta kekasih

kerana cinta mereka sejak ku belum lahir lagi

melihat dunia.

sedangkan kasihku pada mereka

Apabila aku sudah berakal, mampu berfikir bahawa merekalah kedua ibu bapaku

Mak abah

Selamat pergi dan kembali

Doakan anakmu

yang sentiasa belajar mengasihimu keranaNya

Mak abah

Aku minta maaf.

coretan anakmu yang jauh dimata.
dekat di dalam doa.

Nurul Hidayah Bani

Sunday, 26 February 2012

Harta dari emak

Salam wrm

Lama tak update.

Tiba-tiba teringat zaman kecik-kecik dulu,

Waktu tu saya darjah 2 atau 3, tak pasti. Tapi lagi kuat darjah dua.

Rasa macam selalu kena buli-.-''

Maybe sebab halus je kot.


Bila balik, mengadu kat mak.-.-''

dan emak saya ajar saya satu doa, dan memang saya ingat sampai sekarang(Alhamdulillah)........Kadangkala hampir menitiskan air mata tiap kali membaca doa ini, terkenangkan wajah tua emak saya.
“Allahumma inni auzubika minal hammi wal huzni wa auzubika min al ijzi wal kasal wa auzubika min al bukhli wal jubni wa auzubika min ghalibatid daeni wa qahrir rijal” (dua 38)

O Allah! Indeed I seek refuge in You from worry and grief, and I seek refuge in You from helplessness and laziness, and from miserliness and cowardice, and I seek refuge in You from the overpowering of debt and domination of others.




Kini, baru saya faham.......

Duit, kemewahan, ipad, ipod, iphone, ipaid adalah harta...harta yang nampak...dan boleh sahaja harta ini rosak dimamah zaman atau hilang sekelip mata.

Namun doa, yang emak ajar pada saya..bagaikan satu harta yang tidak nampak, namun kekalnya hingga hari ini. Boleh jadi inilah antara saham emak saya.

Harta yang diberi pada anaknya, yang si anak boleh apply bila-bila masa. Wireless.

insyaAllah...

Madrasah pertama ialah rumah~ dan murabbinya adalah kedua ibu bapa.




Wednesday, 23 March 2011

Penawar hati



Ulamak Akhirat.

Salah satu sifatnya adalah lebih cenderung pada ilmu yang bermanfaat untuk akhirat dan menjauhkan diri daripada ilmu yang tidak bermanfaat.

Diriwayatkan daripada Syaqiq al-Balkhi r.h.m yang telah bertanya kepada Hatim: "kamu telah bersamaku selama beberapa tempoh, apakah yang telah kamu pelajari.?" Hatim menjawab, "aku telah pelajari lapan perkara."

1) Apabila aku memerhatikan manusia, aku dapati setiap seorang daripada mereka ada kekasih, tetapi kekasihnya akan meninggalkannya apabila dia dibawa ke ke kubur. Justeru aku jadikan kekasihku hanyalah amal kebaikanku agar ia kekal bersamaku ketika di dalam kubur.

2) Apabila aku merenung kembali firman Allah:
.....serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu(An-Nazi'at:40)
  
  lalu aku bermujahadah melawan kehendak nafsu sehingga ia akur untuk taat kepada Allah.

3) Aku dapati setiap orang ada barang yang bernilai, lalu dia menjaganya dengan baik. Kemudian aku perhatikan pula firman Allah:

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (An-Nahl:96)


Justeru setiap kali aku memiliki barang bernilai, aku belanjakannya pada jalan Allah agar ia kekal menjadi milikku disisi Allah taala.

4) Aku dapati manusia meletakkan (kemuliaan diri mereka) kepada harta, kemegahan, kemuliaan sedangkan ia tidak bernilai apa pun. Lalu aku membaca firman Allah Taala

...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)...(Al-Hujurat:13)


Oleh itu aku beramal ke arah ketaqwaan agar aku menjadi seorang yang mulia.

5) Aku melihat manusia saling berhasad dengki, kemudian aku perhatikan firman Allah Taala:

...Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita)..( Az-Zukhruf: 32)


lalu aku tinggalkan sifat hasad dengki.

6)Aku perhatikan manusia saling bermusuhan. Kemudian aku perhatikan firman Allah Taala:

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka.( Fatir:6)


Lalu aku tinggalkan sifat permusuhan dengan mereka dan aku jadikan syaitan itu satu-satunya musuh aku.

7) Aku dapati manusia sanggup menghina diri kerana mencari rezeki, lalu aku melihat firman Allah:

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)(Hud:6)

lalu aku menumpukan sepenuh perhatianku untuk melaksanakan tanggungjawabku kepada Allah dan aku tinggalkan apa yang menjadi hak aku disisinya.[1]
 [1]-iaitu rezeki ada di mana dia tidak perlu bimbang kerana itu adalah haknya yang Allah akan berikan kepadanya.

8) Aku melihat manusia leih bergantung kepada perniagaan, perusahaan dan kesihatan tubuh badan mereka. Lalu aku bergantung dan tawakkal hanya kepada Allah.

Sumber: Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi, Ringkasan Kitab Jalan Mereka yang Menuju Allah, Jilid 1, bab1, hal. 43,44.

Saya tujukan apa yang saya ingin kongsikan ini pada anda semuanya terutamanya adik saya, saya harap adik akan lebih kuat dan niatkan segala usaha hanya pada Allah. Hasil itu telah tertulis, [ pena telah diangkat, lembaran telahpun kering..-hadis 19,hadis Arba'in), apa yang Allah mahu ganjarkan pada kita adalah apa yang tersurat dan tersirat disebalik usaha kita. Teruskan berusaha dan niatkan kerana Allah. 
Untuk adik, buat penawar hati yang lara. 

dengan mengingati Allah, hati kan menjadi tenang(13:28)
[kredit gambar]


Friday, 7 January 2011

2010 yang telah berlalu..

Alhamdulillah..alhamdulillah,Allah izinkan lagi untuk jariku menari-nari di atas keyboard untuk mengepost entry sulung di tahun 2011 ni.semoga tahun 2011 menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya..ameen..ameen.
2010 memang banyak la mencatat memori yang mengajar aku erti hidup,kenangan manis,tawar,pahit silih berganti..hari terakhir aku pada tahun 2010 tidaklah senormal biasa,Tapi Alhamdulillah nikmat iman dan Islam tu masih ada,even di uji dengan duit yang mengalir keluar secara tidak disangka-sangka,ianya mengajar aku bahawa harta yang ada pada diri ini semuanya hanyalah pinjaman semata-mata atau dengan kata lainnya singgah sekejap pada diri kita ni,benda tu pun mengajar aku pasal penyucian harta,ye la..duduk sini pakai bank yang konvensional(betulke ni?)..ok la dgn kata lain bukan sistem islam,hence ada la interest2 yang masuk secara senyap2 which is kita tak boleh la guna interest tu untuk kegunaan diri sendiri.
Lalu,setelah seminggu kejadia itu berlaku,barulah aku cerita kat mak aku...wah,rupa2nya mak memang bagi motivation pada aku instead memberi nasihat yang panjang berjela-jela.
antaranya...takpelah,duit yang hilang,kalau mata hilang sebelah sanggup tak?kalau orang bagi 10000 paun nak mata sebelah nak bagi tak?,camna kalau tiba2 Allah hentikan O2,n mintak kita bayar untuk setiap hela nafas?(petikan dari nasihat mak yang panjang..)..zas..maka,aku pun mula rasa terkedu dengan apa yang mak aku cakap..ada betulnya...maka,apa yang ada pada kita ni,kecill sangat kalau nak dibandingan dengan apa yang Allah beri...macam mata kita,tak boleh di renew,tapi kalau duit,ic,pasport,iAllah boleh dapat balik,boleh di buat semula kan..huhu..jadinya hari ni dan seterusnya kena lebih semangat la walaupun apa yang berlaku...
ha..kena lebih semangat untuk pergi ke uni,amek result H NMR untuk experiment lepas:),semoga dapat spectrum cantik..ameen..ameen.


sesudah snow turun
0941
07012011

Tuesday, 1 June 2010

dia yang sudah membesar=]

salam:)
fuh,rupanya lama gak aku tinggalkan malaysia,anak sedara aku pun dah besar..teringat waktu jaga dia sebelum fly dulu..kecik je,lemah...tak pandai menjerit.senyap je..pandai nangis,tapi depan ak berani la nk nangis..hehe..
habis je ak blaja kat metrik,aku pun balik...n tgk dia dah ada kat umah tgah menyusu..lahir waktu ak tgah memerah otak jawab soalan PSPM2..hehe..
rindu kat dia n rasa kagum dengan kuasa Allah yang Esa..Allahuakhbar...
waktu zaman2 berbedung g..unk mendapatkan tidur yg sempurna..:)
ok,terus skip time dia dah besar:)
waktu fly dulu dia baru pandai menirap..sekarang dah berdiri dah..
hehe
ok..step by step da..tgk via gambaq je la..huhu
hehe..bila berambut pendek..:)
ok muhammad hazmi,tggu auntie balik..hehe!
jangan jadik kacang lupakan kulit,hope dia tak lupa la ek ak ni salah sorang mak cik dia gak
huhu~~!~





Tuesday, 25 May 2010

abah,esok exam..

hari ni telepon la mak...cam biasa,cakap la jgk dgn abah.abah tya bila exam..sye pun jawab..
''lusa bah,ntahla..tak taulah blh buat ke tak,rasa mcm  blh fail pun ada''....
pastu abah saya pun menjawab,
'' kamu ni,jangan lah cakap macam tu..kita belajar kan kerana Allah..cintai Allah,tentu Allah cinta pada kita,mintalah pada Allah,tentu Allah perkenankan.''
sebagai anak yang baik,hehe..saya diam mendengar nasihat ayah saya sbb kat Malaysia ayah sy jarang bkak mulut nk nasihat sy..mungkin saya kurang communicate kot bila dah dekat..srooob....sroob..saya akui,mmg ada benarnya nasihat ayah sye tuh..jadi perlulah kita letakkan kepercayaan yng tggi pada Allah dan cintailah Allah dahulu kerana cinta dan janji Allah itu pasti...bila kita kurang rasa cinta pada Allah,mcm perbualan sy tadi tu lah..bunyi macam putus asa je dah,masyaAllah..terima kasih la pada abah sbb dah ingtkan point yang penting dalam hidup ni..biasalah manusia,hya mahu mengejar cinta manusia,dunia..yang hanya menjanjikan sesuatu yang tidak pasti..
mengingati Allah?bagaimana?
Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu[98], dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. (2:152)
lihatlah,sudah Allah janji pada hamba2nya yng mengingatinya,,subhanallah...
mencintai Allah?bagaimana?
Katakanlah(Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
huhu..sudah Allah tunjukkan bagaimana panduan untuk mengingatiNya dan mencintaiNya...

Apabila abah cakap mcm tu jgk..tb2 timbullah analogi dalam kepala......er..betul jgk ye,klu pasangan orang yang tengah hangat bercinta apa2 pun sanggup buat untk pasangannya..selalu je saling ingt mengingat..*apa pya bm ak ni??samalah bila perasaan cinta kita yang membuak2 pada Allah,tak terbanding rasa cinta tersebut pada cinta dunia..masyaAllah..=..=.....Ya Allah,berilah rasa Cinta ak padaMu YA Allah,berilah ak kekuatan dan Hidayah untuk terus istiqamah dijalanMu Ya Allah,Berilah aku kekuatan untuk terus mengingatiMu pada waktu susah atau senang..hanya Rahmat dan Kash SayangMu ku harapkan....
Thanks Allah,give me Abah as proxy to motivate me....=selawat=