Tuesday, 18 June 2013

Cerita 2, 3 hari lepas. Konflik di Syria.


Dua tiga hari lepas, gempar pula dengan kejadian yang berlaku di Jordan, jiran Syria apabila berita mengenai women abuse meletup. Dan Malaysia pula, didinding facebook tersebar pula 'ikhwan mesir' mengiklankan tawaran untuk berkahwin dengan gadis Syria. Bagi aku, wanita...ini bukan berita lawak dan ini tidak sama sekali bukan cara untuk menolong mereka. Ya, berita tersebut ternyata palsu, namun berita mengenai women abuse sama sekali tidak palsu.

 Pengalaman di Lubnan beberapa hari, walaupun singkat. Aku kira bernilai untuk memberi sedikit gambaran tentang apa yang berlaku di sana. Melalui perbualanku bersama dengan sis Maryam, ternyata suasana ini agak rumit. Timur tengah, tidak pernah lekang dari peperangan dimasa ini. Sunatullah berulang kembali.

Ketika berada didalam van, aku melihat wanita tua, wanita meminta sedekah. Kami dikhabarkan kebanyakan mereka ini adalah pelarian dari Syria. Lubnan saya kira penduduknya agak mampu, agak kaya. Alangkah sedihnya hati ini melihat wajah tua meminta sedekah. 

Apa yang boleh aku lakukan? 

Doa, bantuan berbentuk wang yang disalurkan ke NGO/badan yang dipercayai, demo, flashmob...banyak...

Namun tanpa kefahaman dan cuba mendidik kefahaman ke generasi seterusnya, bantuan ini ternyata hanyalah bantuan. Bantuan seperti memberi seekor ikan dan kemudiannya habis dimakan. Kemudian bantuan lagi.

 Giving aids, but no developments

Apa kefahaman yang perlu?

Kefahaman mengapa kita perlu membantu mereka. Bagi kita umat Islam, Aqidah adalah yang pertama dan kemanusiaan juga yang pertama. Aqidah dan kemanusiaan adalah satu. 

Kemudian, jauhkan diri dari mentalili,
'Ah, bukannya berlaku di negara aku pun, Syria tu jauh'
Sekiranya sibuk membaca novel cinta anak datuk kahwin anak tan sri, anak tan sri kahwin dengan anak kak Ton kemudian ditentang. Tentulah terasa jauh sangat konflik ini dengan kita. Sibuk mengejar cinta. Aku katakan begini bukan kerana aku tidak punya perasaan cinta. Namun, janganlah terlalu hanyut sangat dengan 'cinta illusi' yang tidak membawa kemana pun. Bahan bacaan agak penting dalam membentuk cara berfikir seseorang. frasa  you are what you eat, you are what you read juga relevan.

Wanita, dimana-mana pun tunjangnya kuat, lengkapkanlah diri dengan ilmu pengetahuan. Bukan hanya dengan angan-angan mengejar cinta yang tidak pasti dimana pengakhiran.

Aku tidak mampu merasai kesakitan, keperitanmu wanita Syria, Palestin, Rohingya, Somalia dan dimana-mana di serata dunia yang sedang menderita dengan keganasan, kerakusan, peperangan. Kesakitan, keperitan dengan kekejaman yang berlaku. Kesedihan kehilangan ahli keluarga. Namun, hidup tetap perlu diteruskan. Ku kirimkan doa.. kau lah wanita yang Allah takdirkan mendapat lebih keistimewaan. Semoga Allah merahmati kalian. 

ps : Jom Boikot! Boikot tanpa kefahaman akan membuatkan anda ketagih dengan barang yang diboikot. Boikotlah dengan kefahaman, hati, perasaan, kemanusiaan dan semuanya dibawah payung aqidah. Jika kita tidak faham mengapa perlu boikot, jangan tunggu untuk difahami, namun carilah cara bagaimana untuk memahami.


Tuesday, 7 May 2013

Politik Sesuap Nasi

Saya pinjam term ini dari Pak Di.

Tapi, saya guna perkataan ini untuk kontek yang dekat dengan saya.

Kisah anak-anak peneroka.

Untuk balik kampung, bahagian Felda/BN ada bekalkan sedikit wang.

Boleh dapat RM50 seorang. Bantuan balik kampung mengundi katanya.

Malangnya, Adun di kawasan saya, salah kira. Dia kira di kampung saya anak-anak peneroka bilangannya hanyalah 200 orang.

Namun, bilangan sebenar adalah hampir 500 orang. Maka, marahlah yang lagi 300 orang...

Tidak dapat RM50 balik kampung. Aduh.

Wang pula?

Politik Wang? Sesuap nasi? Maaf, mungkin perkara ini tidak berlaku di kampung anda.

Jika penggal ini masih lagi bekalkan wang, dan bukan pembangunan diri & material ?

Tanda tanya tu ?

Saturday, 4 May 2013

[catatan] Every Child Matter ke?

Sebelum ini saya menulis mengenai apa yang berlaku pada anak-anak muda sekarang adalah produk dari orang dewasa.

Dan orang dewasa pula rasa pelik! Kenapalah generasi muda macamni. Makin teruk! Zaman kita dulu, takde pun macam ni. 

Orang dewasa pelik...' tak cukupkah kasih sayang yang aku beri?';' Apa yang anak-anak nak...semua mak/abah beri'.

Ini fenomena sekarang. Ada beberapa perkara tersembunyi diantara baris-baris ayat di atas.

Hakikatnya, hubungan dalam sebuah keluarga, masyarakat...amat memerlukan hubungan tersirat. Hubungan yang tidak nampak melalui mata kasar, namun boleh dirasa dengan hati.

Tidak dapat dinafikan, masa kini...tuntutan kemajuan, hidup kesan dari sistem yang ada menyebabkan lelaki dan perempuan terpaksa bekerja keras. Kadangkala, bukan untuk puaskan hati. Tetapi untuk hidup.

Semua harga naik, barang naik, minyak naik, gula naik!

harga kasih sayang & masa juga naik!

Kini, orang dewasa sibuk. Jadi, antara cara memanifestasi kasih sayang adala melalui material. Smartphone, tablet, sony psp. Jika ada masa melepak bersama-sama...mata mungkin akan pandang kepada skrin. Bukan pada wajah.

Nak masak untuk makan malam sekeluarga juga, perlu curi-curi masa. Maka, kasih sayang melalui air tangan juga sangatlah mahal harganya berbanding makanan dikedai mamak.

Ah...Kita perlu fikirkan cara untuk menjalin semula kasih sayang...setiap orang ada language of love yang tersendiri. :)


Wednesday, 1 May 2013

Every Child Matter?

Ya... sejak-sejak ni, banyak dengar mengenai kes-kes buli di sekolah. Ada yang dibuli, ada pula si pembuli dan ada pula si penonton.

Yang dewasa pula, sebarkan video buli tersebut. Hukum mereka. Maki mereka. Mula cari salah siapa?

Ah..cikgu salah, tak jaga anak murid.

Ah..ibu bapa salah..tak beri perhatian kepada anak

Ah..ibu bapa salah, terlebih manjakan anak

Ah..budak-budak zaman sekarang memang macam ni. Waktu zaman kita, takde pun macam ni..


Ya, salah tetap salah...namun mereka masih lagi kanak-kanak. Hakikatnya mereka produk orang dewasa. Ini adalah penyakit masyarakat, bukan penyakit anak tersebut. Kita mungkin lupa hadis ini:


sementara itu, hadis Rasulullah SAWyang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)



Friday, 26 April 2013

[Catatan] Live Your Life!

Ungkapan ini pada saya, tidak sesuai diungkapkan kepada sesiapa pun. Ini kerana dalam kehidupan ini, kita pasti menginginkan perubahan. Kan? 

Setiap orang inginkan kehidupan yang lebih baik. Suka saya ingatkan dengan kisah Umar bin Abdul Aziz yang inginkan perubahan. Namun, perubahan yang baik dan lebih meningkatkan kredibiliti

Pada mulanya, beliau ingin berkahwin dengan Fatimah binti Abdul Malik. Beliau berjaya.
       Ingin menjadi gabenor, beliau berjaya
                        Ingin menjadi khalifah, beliau berjaya hinggakan mampu menjadi agen pengislahan yang  agak hebat dan tercatat dalam sejarah.
Dan akhirnya, apa yang beliau tinggal hanyalah Syurga.
Ini memang cita-cita paling tinggi buat mereka yang percaya kepada hari akhirat.

Jadi? berbalik kepada kontek kita. Adakah kita ingin sekadar 'Live your Life', ada juga aplikasinya pada sesuatu yang kita tidak punya kuasa untuk ubah. Namun, sekiranya ada peluang, rebut dan bergeraklah. Jangan tunggu sahaja.

Air yang bertakung, sifatnya senyap, dan lama kelamaan akan busuk. Berbeza dengan air yang sentiasa bergerak, aktif.

Jangan takut untuk bercita-cita. Allah tahu apa yang kita mahu dan Allah lebih tahu apa yang kita mampu. 

Do not live your life! Make a move bro. =)

Nurul Hidayah Bani
26/4/13
                      

                                

Monday, 22 April 2013

[Travelog] Kembara Lubnan_6

1 April 2012

Seawal jam 8 pagi, kami bertolak dari hotel menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri.
Akh Yusuf, ketua delegasi telah ke Nepal malam tadi. Maka, kami berlapan memulakan perjalanan.
Bro Tarek menemani kami.

Sedih juga, Tanah Syam akan saya tinggalkan.

10 pagi, kami sudah berada didalam perut kapal terbang.

2 petang, kami selamat sampai di London, Heathrow. Mula terasa sejuknya London. Dari suhu yang nyaman, jatuh mendadak hingga 3-4 darjah celcius.

Jam 5 petang, saya akan bertolak ke Nottingham. Dengan membawa 1001 kenangan dan satu permulaan.

Jangan hingga kembara ini sekadar satu percutian.


22 hari selepas pulang dari Tanah Syam.


Nurul Hidayah Bani
Nottingham, UK.

Monday, 15 April 2013

[Travelog]Kembara Lubnan_5

31 Mac 2013

Antara hari yang saya tertunggu-tunggu. Hari ini  seharian, masa akan dihabiskan untuk perjalanan pergi dan pulang ke selatan Lubnan, untuk melihat Palestin. Tanpa saya sedar, tulisan saya menghampiri hari-hari terakhir disini. Banyak yang saya ingin cerita tentang Lubnan ini, saya kira jika anda membaca travelog ini tanpa mengetahui sejarah ringkas Lubnan, anda akan merungkai banyak persoalan. Saya juga begitu, saya bukanlah seorang yang arif sejarah.


Sehari sebelum bertolak, beria-ria bro Tarek mengingatkan kami membawa jaket, katanya suhu di selatan sejuk. Hakikatnya saya agak malas ingin membawa jaket kerana merasakan selatan Lubnan tidaklah sejuk mana, malam sebelum bertolak pun, kami ada mencari berapa suhu di tempat tersebut, ah..tidaklah sejuk mana, sekitar 17-18 degree celcius.

Namun, paginya, sempat jugalah saya mencapai jaket. Risau unpredictable weather, maklumlah bro Tarek orang sini. Kami bertolak sekitar 8:30 pagi dari Beirut, berhenti untuk sarapan di Saida yang jaraknya sekitar sejam dari Beirut. Di Saida, Abu Ammar menanti kami. Disini, kami dihidangkan dengan roti yang diatasnya ada keju. Namun sayangnya, saya sudahpun bersarapan di hotel dan tidak mampu untuk menghabiskan sarapan yang mereka sediakan. Kami makan dikedai biasa, tepi jalan. Namun tentu ada uniknya mengapa Abu Ammar membawa kami kesini. Saya kira, biarlah kami merasa sedikit cara bersarapan seperti orang Lubnan biasa-biasa setelah beberapa hari bersarapan di hotel. Ya, negara unik ini.

Kemudian, kami bertolak meneruskan perjalanan. Sebelum sampai ke Lubnan, kami berhenti sebentar untuk menanti dua orang sisters yang akan turut serta bersama kami di sempadan. Salah seorang boleh berbahasa inggeris, jadi saya hanya bersembang dengan salah seorang dari mereka. Ada juga masanya saya akan bersembang akan cuba bersembang dengan kedua-duanya dengan menggunakan bahasa isyarat dan juga tambahan dua tiga perkataan bahasa arab yang saya pernah belajar. Hakikatnya, saya menyesal kerana kurang bersungguh untuk belajar bahasa ini. 

Perjalanan ke sempadan Palestin amat menakjubkan, walaupun ngantuk, saya tidak mampu pun untuk melelapkan mata kerana ingin melihat keadaan sekitar. Selain daripada kecantikan semulajadi, Abu Ammar juga bercerita tentang perang saudara yang meletus hampir 40 tahun dahulu sanbil menunjukkan kesan-kesannya. Pada waktu itu, saya hanya mampu tercengang dan terkumpullah pelbagai soalan didalam kepala. Maklumlah, persiapan saya sebelum ke Lubnan saya kira agak minima. saya fikir hanya berbekalkan cerita From Beirut to Jerusalem (Ang Swee Chai) saya mampu berhadapan dengan persoalan yang bakal tiba, namun sangkaan saya itu meleset kerana setelah difikir-fikirkan buku tersebut hanyalah menceritakan keadaan yang berlaku pada waktu Korban Sabra dan Shatilla berlaku, tetapi tidak menceritakan latarbelakang sejarah bagaimana perang tersebut berlaku.

Sebelum kami betul-betul sampai disempadan, kami sempat berhenti di tepi jalan, menikmati pemandangan laut mediterranean yang sangat menakjubkan. Airnya sungguh jernih. Saya kira, saya tidak akan habis memuji kecantikan semulajadi yang Allah kurniakan kepada tanah barakah ini. Hari yang saya kira event yang agak penting, bateri kamera saya pula habis. Jadinya, saya tidak mampu merakam banyak gambar.

Dalam dua kilometer lagi untuk ke Palestin, kami sudah mula melalui check-point. Passport kami dikutip untuk diteliti. Alhamdulillah, setelah semuanya dipermudahi, kami dilepaskan untuk meneruskan perjalanan. Namun Allah lebih mengetahui, kami dilarang untuk melintasi sempadan yang sekiranya kami berjaya..masuklah kami ke tanah Palestin. Tanpa mengecewakan kami, kami dibawa untuk melihat palestin dari van (yang bergerak). Palestin amat dekat, hingga sampai ke satu tahap, jarak Palestin dari kami sekitar 10 meter!

Salah seorang yang membawa kami, saya tidak pasti sama ada Abu Hisyam ataupun Abu Ammar bercerita kepada ahli delegasi lelaki tentang insiden yang berlaku pada tahun 2006. Mereka (Rakyat Palestin di Lubnan) berpakat untuk merempuh pagar yang memisahkan antara mereka dengan tanah air yang tercinta. Ya, mereka tahu mereka akan mati jika cuba merempuh pagar tersebut dan hasilnya? enam orang telah ditembak mati ketika peristiwa itu berlaku dan salah seorang dari mereka hanya berada di barisan belakang mereka yang ditembak mati! Ah, mereka tahu mereka akan mati, namun mereka ingin tunjuk kepada dunia melalui media bahawa mereka, masih ada rasa ingin pulang ke tanah air mereka sendiri. Salah seorang dari mereka juga, pernah menjadi tahanan ketika di Palestin dan Lubnan. Hebat sungguh mereka ini, Allah telah takdirkan saya untuk berjumpa dengan mereka yang benar-benar terlibat secara langsung didalam konflik Arab-Israel ini. Sebelum ini, saya hanya mampu membaca di surat khabar, internet, menonton video ataupun berita.

Ada juga masanya kami keluar dari van dan melihat keadaan sekeliling, mereka yang membawa kami adalah rakyat Palestin, tersentuh saya melihat mereka menangkap gamabar tanah air mereka dari jauh, cuba pula kita bayangkan yang kita hanya melihat Malaysia dari dekat, berpagar, dikawal...dan kita hanya mampu menangkap gambar. Mungkin sukar untuk kita bayangkan..namun kerana hubungan kemanusiaan yang terjalin diasaskan oleh aqidah inilah yang membuatkan kita tergerak untuk bersama-sama dengan mereka.

Kawasan Selatan Lubnan dikawal oleh askar-askar UN dari pelbagai negara termasuklah Malaysia. Yang sempat saya lihat adalah askar dari Korea Selatan dan juga Indonesia. Kami sempat turun dan bersembang-sembang dengan askar UN dari Indonesia ini. Keadaan disempadan agak berangin, namun tidaklah sejuk. Jadinya, jaket yang saya bawa saya tinggalkan didalam van.

Tembok Pemisah





Gambar sempadan Palestin dan Lubnan. Lihat, memang agak dekat dan betapa suburnya kawasan ini.
Gambar ini diambil dari Facebook Page Israa Institution


Melihat Palestin dari jauh membuatkan saya benar-benar merasa geram dengan Israel. Telitilah sejarah, anda akan merasakan bahwa setiap yang berlaku itu ada rasionalnya. Mungkin hanya pada mereka. Israel, they are fighting for land. Utara Palestin memliliki tanah yang sangat subur, hijau, penuh dengan kegiatan pertanian. Dalam perjalanan pulang( sekitar jam 3 petang) dan kami masih lagi di sempadan..ada ternampak pekerja-pekerja di ladang Palestin. Ya, mereka itulah rakyat Palestin yang bekerja diladang negara haram Israel dengan dibayar gaji yang agak murah.

Ah, ada cerita menarik mengenai rakyat Israel ini, tergelak juga saya ketika mendengarnya..mereka ini, percaya pada hari Sabat (Sabtu) mereka tidak boleh menyalakan api, jika yang ortodoks (totok), lebih hebat...menekan suis untuk menyalakan lampu juga dikira salah. Jadinya, terpaksalah mereka meminta bantuan dari jiran mereka yang muslim untuk menyalakan lampu rumah mereka. Pelik, manusia memang pelik.

Dalam perjalanan ke sempadan juga, saya sudah lali memerhatikan kereta kebal turut berjalan sama. Saya akhiri kisah saya kesempadan dengan beberapa perenggan yang saya baca dari buku From Beirut to Jerusalem karya Thomas Friedman. Saya mula membaca buku ini setelah dua minggu pulang dari Lubnan! Bila membaca buku ini, ada juga rasa saya juga sudah menjejakkan kaki ke Beirut, namun tidaklah seperti beliau, Thomas tinggal lebih lama dan berada di Beirut ketika perang meletus.  Saya akui, saya amat bersetuju dengan statement beliau dan ini jugalah yang tersimpul diminda saya ketika berada disana. Saya kira, jika berada di negara ini lebih lama, saya sendiri tidak mampu menyangka apakah jenis jawapan yang akan saya terima.

"Beirut was always a city that provoked more questions than answers, both for thise whi lived there and those who did not. The most frequent questions from my readers and friends back home all began with "How?"- How do people cope, How do people survive? How do people  go on living in the city where violence has killed or injured 100 K souls in fourteen years of civil strife?"
                                                                             (Thomas Friedaman)



Nurul Hidayah Bani
2358
150413
Nottingham, United Kingdom