Saturday, 14 June 2014

Tempat Baru

Alhamdulillah 3la kullihal.

Akan mula bertugas sebagai pensyarah kimia di Kolej Matrikulasi Sarawak pada 17/6/2014 (insha Allah). Setelah setahun menanti, ini tempat yang Allah takdirkan untuk saya belajar dan mengajar.

Doakan semuanya selamat.


Monday, 3 February 2014

Interview SPP 2014

28/1/2014

Hari temuduga SPP. Alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya agak gementar sikit. Cam biasa, kena steady...

Masuk bilik interview jam 9.45 pagi, dan keluar dalam jam 10.30 pagi. Dalam 45 minit jugaklah. Satu kumpulan dalam lima orang.

Masuk bilik bila dengar bunyi loceng, cam biasa...muka kena steady dan jangan menampakkan kecuakan anda.

Ada lima soalan yang kumpulan saya dapat. Panel bagus, dengar satu-satu jawapan dari kami. Antara soalan yang ditanya;

1) Apa berita luar negara yang anda tahu/ikuti?

2) Apa itu PBS

3) Dalam menjayakan pendidikan di Malaysia, peranan siapakah yang paling penting? Ibu bapa, guru, pembuat dasar, masyarakat?
- Soalan kritikal, menuntut kita untuk pilih je mana-mana jawapan dengan mengemukakakn hujah yang bernas. Lebih baik kalau dapat kaitkan dengan FPK, PPPM.

Lepas tu, ada dua soalan dari guru cemerlang (GC)

4) Aspek apakah yang perlu diambil kira sewaktu menggubal soalan  untuk pelajar?

5) Apakah cara- cara untuk menggalakkan pelajar berfikir aras tinggi?

Tips:
- Pakaian kalau boleh kemas, pakai blazer dan tanda nama.
-Riak muka kena steady.
-Cakap, kurangkan aa...er...
-Elakkan 'repetition' dalam memberi point untuk jawapan.
-Tahu FPK dan juga mengikuti transformasi pendidikan.


ps: Nampaknya blog ni sudah mula nak mati secara senyap sejak hujung tahun 2013 lagi.

Thursday, 2 January 2014

Kindle Paperwhite-Hang



Soalan: Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya kindle saya hang?

Jawapan: 1) Cas kindle anda. Sekiranya langkah pertama tidak berjaya, 2) tekan butang on/off  sekurang-kurangnya 30- 45 saat. Beri masa pada kindle anda untuk loading.

Monday, 18 November 2013

[reviu] Buku-buku mengenai Pendidikan Khas (PK)

Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan dua buah buku yang berkaitan dengan special Education atau dalam bahsa melayunya disebut Pendidikan Khas.
Jika diambil kira dari pengetahuan peribadi, hakikatnya saya tidak tahu banyak mengenai pendidikan khas walaupun sekolah menengah saya dahulu mempunyai sebuah blok untuk murid-murid pendidikan khas. Apa yang saya tahu mengenai mereka , mereka di sana adalah kerana  sindrom down. Saya tidak tahu bahawa dibawah rangkaian pendidikan khas ini terdapat banyak lagi sebab mengapa mereka bersekolah berlainan blok dengan kami, mempunyai masa persekolahan dan rehat yang berbeza.

Saya ingat lagi bagaimana perbualan saya dengan rakan-rakan saya mengenai mereka yang berada di bawah Pendidikan Khas (PK) ini, sekali sekala...mestilah timbul rasa ingin tahu juga bagaimana keadaan mereka. Salah seorang dari kawan saya berkata, mereka adalah slow learner..mereka mengeja agak lambat, sekiranya mereka mengeja bola, kita sudah sempat mengambil bola. Ok, sebenarnya perbualan kami ini agak lawak dan kami ketawa dengan meriahnya, tetapi berhenti apabila kawan saya menyambung..Tetapi mereka ini ahli syurga. Secara kesimpulannya, inilah yang saya dapat mengapa ada PK di Malaysia. Kerana mereka slow learner dan syndrom down.

Buku pertama yang saya baca bertajuk : The Curious Incident of the Dog in the Nighttime karya Mark Haddon.

Kredit: Google


Buku ini menarik! Kerana penulis menulis buku ini sebagai seorang budak lelaki autisme berumur 15 tahun. Bagaimana seorang kanak-kanak autism melihat sesebuah perkara.  Buku ini menghiburkan dan secara langsung memberi pengetahuan kepada kita tentang autism. Sinopsis di sini.

Buku kedua yang saya baca adalah : Front of the Class : How Tourette Syndrome Made Me the Teacher I never Had karya  Brad Cohen dengan Lisa Wysocky.

Kredit: Google


Berbeza dengan buku pertama, buku kedua adalah bukan fikyen. Jadinya, saya menghabiskan masa lebih lama untuk menelaah buku ini. Buku ini sememangnya memberikan informasi kerana ianya ditulis oleh seorang guru yang mempunyai Tourette Syndrom. Bagaimana perjalanan hidup beliau bersama 'teman baiknya' iaitu Tourette syndrom. Tourette syndrom adalah neurological disorder yang menyebabkan seseorang tidak mampu mengawal pergerakan dan bunyi yang dikeluarkan oleh mereka.  Sinopsis di sini

Secara keseluruhannya, kedua-dua buku yang saya baca mempunyai kelebihan yang tersendiri. Buku yang pertama agak menghiburkan dan agak sesuai sebagai sebuah bacaan yang santai. Manakala buku yang kedua lebih formal. Buku yang kedua juga telah difilemkan. Namun saya belum lagi menonton filem tersebut. Sekiranya anda ingin tahu mengenai autism, Rainman adalah sebuah filem yang agak menarik untuk ditonton.

Pada pandangan saya, di Malaysia kita kurang didedahkan dengan mereka yang istimewa ini. Mungkin ada pendedahan mengenai mereka, namun ianya dalam keadaan yang formal. Mungkin juga dalam penulisan yang agak akademik. 

Sekian, reviu pendek mengenai buku-buku ini. Kini, samaada suratan atau kebetulan...saya sedang membaca buku House Rules karya Jodi Picoult. Buku ini juga mengisahkan tentang autism yang dituduh membunuh. Nampaknya, di bahagian barat dunia, Pendidikan yang diberi mengenai mereka yang istimewa ini sudah banyak caranya dab agak kreatif. Mungkin penulis novel di Malaysia yang menulis novel Love you Mr. Arrogant, Suamiku Ustaz, Playboy itu suamiku, Coke and Sundae dan sewaktu dengannya boleh menyelitkan sedikit ilmu pengetahuan yang berguna ini disamping angan-angan mempunyai teman wanita cantik/teman lelaki kacak, kisah percintaan dua darjat, halangan oleh datuk datin dan sebagainya. Jika inilah demand bahan bacaan di Malaysia.

Saturday, 24 August 2013

Kisah Warga Asing

Hehe

Sejak-sejak ni, timbul pula cerita mengenai kad pengenalan khas untuk warga Bangladesh. Hangatlah semuala warga asing dari negara  ini, tetapi kurang sedikit hangatnya berbanding ketika PRU dahulu.

Kemudian, cerita mengenai ekonomi di Malaysia yang semakin merudum. Ekonomi Malaysia ni, boleh dilihat semakin tak sihat apabila tukaran mata wang asing dengan RM menjadi tinggi. Contohnya, waktu pertengahan tahun hari tu 1 GBP= MYR 4.80, sekarang GBP1=MYR 5.10.

Berbalik kepada kisah pekerja asing ni.

Ada beza antara pekerja asing yang berasal dari Indonesia dan Bangladesh.

Ini yang saya lihatlah. Mungkin disebakan tinggal di kawasan Felda, jadi dapatlah kaji sikit apa kaitan ekonomi dengan pekerja asing.

Oklah, pekerja dari Indonesia ini, sikap mereka menyimpan wang. Dan kemudiannya akan menghantar wang tersebut ke Indoensia, maka berlakulah pengaliran wang kita ke negara luar. Ini saya dapat lihat mengenai sifat mereka berbelanja. Mereka kurang minat untuk ke pasar lambak, menunggu bas dihari minggu untuk ke pekan, membeli motor dan melepak pagi-pagi di warung kopi.

Berbeza dengan sikap warga Bangladesh, mereka membelanjakan wang yang mereka dapat. Mereka akan menunggu bas untuk ke pasaraya, membeli motorsikal, sanggup berjalan kaki dari ladang sawit ke kedai makan petang-petang dan membeli nasik lemak di waktu pagi. Maka, bermulalah kitaran wang ringgit yang sihat.

Ekonomi ni, mudahnya (untuk orang yang tiada degree ekonomi) adalah perbelanjaan. Kitaran wang. Kalau hari ini, kita dapat RM20, dan simpan. Dan semua orang pun buat macamtu. Tiadalah kitaran wang yang sihat.

Hari tu ke bank, tukar wang RM100 lama, usia hampir 25 tahun . Belum pun sempat tukar ke pejabat Maybank, ada  seorang lelaki 30-an kejar. Jadi, tukar dengan beliauje lah. Maka, bertukarlah penyimpan wang lama tersebut. Semoga wang 100 lama tu sihat-sihat dan diframe dengan baik.


[Reviu] Unbroken

Salam wrm

Pada tahun ini, banyak buku yang saya baca berkisarkan kisah benar, sejarah dan juga fantasi. Dalam list ini juga, termasuklah sebuah buku yang bertajuk Unbroken.

Sebenarnya, saya tidak tahu langsung kewujudan buku ini. Hinggalah melihat post kawan di FB. Disebabkan waktu tersebut agak tegang dengan assignment, saya mengambil keputusan untuk membaca buku tersebut (versi kindle). Membaca buku sebelum due date ternyata memberi kepuasan kepada saya. 

Buku ini adalah biografi Louie Zamperini dan juga sahabatnya iaitu Allen Philips. Berlatarbelakangkan selepas WW1 dan ketika WWII, buku ini ternyata memberikan debaran yang tersendiri. Louie, daripada seorang kanak-kanak nakal--> Atlit Olimpik di Berlin (waktu Hitler memerintah, beliau dapat berjabat tangan dengan Hitler) ---> Tentera Udara US ---> Prisoner of War (POW), Tahanan Perang-->Kehidupan selepas perang.

Jika dilihat pada tajuk: 

 Unbroken: A world War II Story of Survival, Resilience and Redemption


Memang agak kena dengan jalan cerita. Direct. Kisahnya agak mendebarkan, bagaimana Aircraft yang dinaiki karam di lautan, bertahan di laut lebih daripada sebulan dan juga bertahan menjadi tahanan perang di penjara Askar Jepun. Semasa beliau menjadi tahanan perang, keluarga Louie di Amerika telah mendapat berita yang beliau telah mati . Apa yang menariknya, apabile tentera Jepun mengetahui Louie adalah bekas atlit Olimpik, pelbagai peristiwa yang berlaku. Antaranya, Louie disogok oleh seorang askar Jepun untuk dikalahkan supaya kekasih askar Jepun tersebut bangga dengan beliau (askar Jepun). Beliau juga digunakan sebagai bahan untuk menyebarkan propaganda Jepun.

Kisah tahanan perang juga sangat bermakna untuk diketahui, ini kerana rakyat Malaysia juga merupakan tahanan perang WWII. Cara seksaan hampir serupa. Namun, askar-askar Amerika akan mencatat apa yang mereka lalui dan akan menyembunyikan catatan tersebut. Jika mereka mati, mereka akan memberitahu dimana mereka menyembunyikan catatan tersebut kepada tahanan yang lain.

Kemudian, buku ini menceritakan kehidupan Louie dan Alan selepas perang. Trauma yang dialami. Ternyata, bukan mudah untuk melupakan apa yang berlaku sepanjang mereka menjadi tahanan perang.


Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang sukakan genre sejarah, biografi. Tetapi, ianya diceritakan dalam bentuk fiksi. Tidaklah dimuatkan dengan jalan cerita yang padat dengan fakta dan membosankan. Kurang repetition. Buku ini mendapat rating yang tinggi di US dan biasa-biasa sahaja di UK. Salah satu sebab, mungkin semangat patriotik US membuatkan buku ini mendapat sambutan yang hangat. 

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda bolehlah melihat reviu-reviu orang lain di laman Goodreads.



Cover  Unbroken versi US

Cover Unbroken versi UK

2204
24/8/2013
Sungkai, Perak
Malaysia~ Prepares for the unexpected

Tuesday, 18 June 2013

[Reviu] Reclaim Your Heart





Salam wrm. 

Reviu buku bulan ini adalah Reclaim your Heart karya Yasmin Mogahed. 

Saya tertarik untuk membaca buku ini apabila melihat ramai kawan saya di sekitar UK dan Ireland membaca buku ini. Baru-baru ini pun, terserempak dengan seorang kawan yang nak balik Malaysia, kemas sebelah tangannya memegang buku ini. Ya, buku ini memang ramai pembacanya, lagi-lagi dari kalangan kaum Hawa.

Buku ini merupakan kompilasi entri blog penulis. Saya akui, gaya penulisannya agak menarik. Dan secara peribadi, saya agak lambat membaca buku ini. Mungkin sahaja kerana isinya bukan sekadar untuk dinikmati dengan membaca, tetapi perlu dinikmati dengan berfikir dan memuhasabah diri.

Saya kira saya suka semua bahagian yang ditulis, dan yang paling saya suka adalah pada bahagian Attachment, Love dan juga Women's Status. Untuk menulis entri-entri sebegini, saya yakin penulis adalah seorang yang kuat berfikir, teliti dan seorang yang cuba memerhati sesuatu peristiwa yang berlaku dengan kacamata yang berbeza. Mungkin boleh saya panggil kacamata Islam. Banyak peristiwa yang saya kira biasa sahaja, namun kretiviti penulis mengupas peristiwa tersebut mencetuskan satu pandangan yang agak bernas untuk difikirkan. Ini tidak bermaksud apabila kita membaca kita perlu bersetuju dengan apa yang beliau fikirkan, namun kita juga perlu berfikir dahulu sebelum bersetuju. Bacalah dengan kritikal.

Di bahagian Women's status, saya amat tertarik dengan entri yang bertajuk : The Empowerment of Women, ada beberapa perenggan yang amat menarik perhatian saya. Tentang femisim, apabila wanita cuba meletakkan statusnya adalah pada lelaki. Ya, benar apa yang penulis nukilkan.

Given our privilege as women, we only degrade ourselves by trying to be something we’re not–and in all honesty–don’t want to be: a man. As women, we will never reach true liberation until we stop trying to mimic men, and value the beauty in our own God-given distinctiveness.
And yet, in society, there is another prevalent “master” which has defined for women their worth. And that is the so-called standard of beauty. Since the time we were little, we as women, have been taught a very clear message by society. And that message is: “Be thin. Be sexy. Be attractive. Or…be nothing.”
So we were told to put on their make-up and wear their short skirts. Instructed to give our lives, our bodies, our dignity for the cause of being pretty. We came to believe that no matter what we did, we were worthy only to the degree that we could please and be beautiful for men. So we spent our lives on the cover of Cosmo and we gave our bodies for advertisers to sell.
We were slaves, but they taught us we were free. We were their object, but they swore it was success. Because they taught you that the purpose of your life was to be on display, to attract and be beautiful for men. They had you believe that your body was created to market their cars.
Bacaan penuh: Klik disini

 Memang inilah yang terjadi sekiranya wanita mengejar status dan standardnya supaya sama dengan lelaki. Walhal, lelaki dan perempuan adalah berbeza. Inilah yang berlaku di masa ini. Secara teknikal, kelemahan buku ini adalah kualiti cetakan kurang memuaskan, saiz tulisan agak kecil dan harga buku ini agak mahal. Jika di Malaysia, harga buku ini mungkin sekitar RM 75 ke atas. Jika anda ingin benar memiliki buku ini, saya sarankan agar anda membaca terlebih dahulu entri-entri blog penulis. 

1800
Nottingham, UK
18/06/2013